Perempuan Diraja

Fantasy Completed 13300

Kerajaan Auris

Dari kejadian di Harem dan Putera Anal, Regina kini tinggal di istana Putera Mahkota..

Kehidupanya di Istana Itu sunyi, hanya hamba tetap yang dibenarkan disitu.. Pintu pagar Istana setinggi Tembok Batu dengan beberapa pengawal hebat diletakkan di Pintu Utama...

Dan sekalipun Regina tidak pernah menemui Putera Mahkota lagi ..

Dia hanya dibiarkan hidup sendirian menjalani hidup di Istana dengan disediakan pembantu, Dan segala urusan Regina dipenuhi....

Hinggalah satu Hari Putera Mahkota datang dan Lelaki Itu memaklumkan sesuatu...

" 7 Hari lagi akan diadakan keramaian untuk Perempuan Diraja, dan sebagai Hamba yang dipilih oleh Putera Mahkota.. Kita berdua àkan diraikan!"

Wajah Marry resah Itu yang Terlihat di mata Noah.. Marry mengerdipkan mata Birunya beberapa kali menunjukkan reaksi tergamam sebaik sahaja berita Itu dikhabarkan ...

" Bagaimana kalau Hamba menolak?"

Regina menjatuhkan wajah, keadaan kewarasan Putera Mahkota sering berubah - rubah..

Dia harus berwaspada untuk Keselamatan diri...

" Kematian! Sebagai seorang Hamba, tiada banyak pilihan Marry"
Noah Rasa dia telah berlembut...

Dia hanya membawa Marry kesitu tanpa alasan...Dia biarkan seorang hamba tinggal di kediaman istananya dengan sebuah Kediaman disediakan untuk seorang hamba..

Malah dia memberikan penghormatan kepada Marry dengan menjadikan Marry sebagai Perempuan Diraja..

Noah Masih tidak faham kenapa Marry berkeras ingin bebas...
Tapi sesuatu tentang Marry buatkan Noah tidak mahu melepaskan Marry terlebih dahulu..

Ada sesuatu tentang Marry yang membuatkan mereka berdua terikat..

Mata Noah memandang kearah Regina..

" Pastikan keraian Itu berjalan dengan lancar, beta Tak mahu Ada sebarang bantahan....!"

" Putera, sekiranya semua Itu telah selesai...bagaimana dengan nasib hamba selepas ini?"
Regina mahukan kepastian tentang hidupnya...Adakah dia boleh menemui Keluarganya lagi...Keluarga diraja Maurry..

" Hidup dan mati hamba disini àkan ditentukan oleh Beta...!"
... Habis bicara, Putera Noah meninggalkan Regina sendirian....

Dia tidak mahu memikirkan lagi tentang nasib Marry selepas dinobatkan sebagai Perempuan Diraja...

Apa yang Noah tahu, wanita Itu àkan Selamat dan tiada seorang lelaki Diraja yang dibenarkan untuk menyentuh Marry nanti selepas hamba Itu dinobatkan sebagai Perempuan Diraja Putera Mahkota..

" Permaisuri!"

Marry tunduk hormat pada Permaisuri yang tiba - tiba datang kearah kediamannya. Kediaman Puteri 7 yang telah dianugerahkan kepadanya oleh Sultan..

Jika dia mengetahui awal kedatangan Permaisuri disitu, dia àkan buatkan persiapan menyambut kedatangan Permaisuri..

" Dayang Istana ? Apa yang kamu ajarkan pada Puteri Maurry?"
Permaisuri menjeling marah kepada Dayang Istana... bersama lirikan mata yang memberi ancamam semua dayang - dayang menundukkan wajah...

Hanya seorang Dayang tua berani mendekati Marry..telingan Marry dirapatkan dengan Bisikan..

" Tuan Puteri tunduk hormat separuh badan dan tunggu hingga Permaisuri memberi arahan.. Ringkas dan Padat Dayang bicara pada Puteri..

Marry yang mendengar tergamam dan Segera menundukkan separuh tubuh Dan kedudukan duduknya ditahan...

Sebagai penghormatan kepada Permaisuri..

DIA atidak tahu cara sebenar penghormatan Itu dijalankan disini, kerana Sejak masuk ke istana Auris Itu adalah pertemuan kedua Marry bersama Permaisuri..

Banyak perkara yang perlu dia pelajari untuk menjadi seorang Puteri..

Pertemuan Pertama bersama Permaisuri dan Raja dirasakan Marry tidak sesukar ini...dia hanya perlu menunduk hormat dan berdiri semula menghadapi Raja dan Permaisuri.

Tapi kini cara penghormatan kepada Permaisuri ternyata berbeza....dia tidak mahu mencari musuh dengan sesiapa disini...disebabkan Itu Marry hanya menurut...

" Permaisuri maafkan hamba, Puteri Regina Masih tidak tahu adab menghormati disini, patik àkan maklumkan semua perkara Istana kepada Puteri!"

Seorang Dayang yang berbisik pada Regina Melangkah ke hadapan..

Berlainan cara seorang Dayang menghormati Permaisuri, dayang tidak separuh menunduk sepertinya, sebaliknya kepala dayang diletakkan sepenuhnya di lantai, penghormatan yang dilihat Marry seperti bersujud..

" Pastikan Hal ini tidak berlaku lagi!".
Permaisuri berjalan kearah kerusi Diraja dan duduk dengan gayanya yang tersendiri..

" Dayang panggilkan Putera Andika disini, dia Juga perlu menemui Tuan Puteri." Wajah permaisuri melihat kearah Marry, dengan layangan dari Jari, dia memberikan isyarat kepada Marry bangun...

Marry berdiri dengan perlahan - lahan sebelum menghadiahkan senyuman kepada Permaisuri.. Biarpun sakit kaki terasa akibat menahan tadi, sakit Itu tidak dipedulikan.

Kesakitan Itu tidak segusar perasaannya yang dikawal dalam hati agar rahsianya sebagai Puteri Palsu tidak terbongkar...

" Kamu Puteri Regina?"
Mata Permaisuri memandang tubuh Marry dari atas kebawah, sebelum matanya terhenti pada mata Puteri..

" Puteri Regina Nayla, Kerajaan Maurry!" Marry perkenalkan diri..

Putera Andika masuk menghadap Permaisuri sebelum tubuhnya berdiri di sisi seorang gadis..

Putera Andika syak inilah Puteri yang dimaksudkan oleh Bondanya..Pertama Kali bertemu Marry, dia tiada perasaan.. Tiada yang istimewa dari Puteri Kerajaan Maurry yang diagung - agungkan sebelum ini..

Puteri Regina menyembuhkan Putera Mahkota..

" adakah perkara Itu benar!"

Sebenarnya Putera Andika Masih ragu - ragu dengan apa yang dia dengar dan berlaku !

" Ini Andika Putera ketiga Kerajaan Auris, Memandangkan Puteri belum sempat diperkenalkan dengan Keluarga diraja, Beta àkan letakkan Putera disini bagi menemani Puteri..

Putera àkan tunjukkan kawasan Istana..Puteri boleh lihat persiapan untuk Putera Mahkota!"
Permaisuri melirik pergi Dan tidak memandang Andika dan Marry yang Masih setia di tempat tadi..

Melihatkan keadaan kekok antara dia dan Puteri, Andika menghadiahkan senyuman.

Ternyata senyuman Itu buat Puteri Regina yang kelihatan gelisah sebentar tadi kembali membalas senyuman Putera Andika....
. " Andika, !"
Putera memperkenalkan diri.......

" Regina......! Regina Nayla!" Tangan putera tidak disahut sebaliknya Marry menundukkan tubuh sebagai hormat...

Mereka berjalan menyusuri laluan kediaman Putera Mahkota...Andika membuang pandangan sebelum matanya menangkap tubuh seseorang di sebuah Kediaman Putera Mahkota..

" Pengawal siapa perempuan disana?" Tanpa mempedulikan Marry, Mata Andika terpegun pada susuk tubuh yang sedang termenung di sebuah singgahsana ..

" Itu Marry Putera Andika, Perempuan Diraja Putera Mahkota!" Pengawal memaklumkan..

" Marry!' Wanita yang disebutkan Putera direnung tajam oleh Marry... bagaimana Puteri boleh berada disini?"

" Oh! Jadi dialah perempuan yang menimbulkan pergaduhan Dua Putera!" Putera Andika menembak sambil tersenyum kecil...Dia telah faham kenapa Putera Mahkota marah kepada Putera Anal..

Kecantikan wanita yang menjadi pilihan Putera Mahkota adalah yang paling tercantik dari Semua perempuan diistana raja ..

Termasuk dari istananya Juga..kening Putera Andika dinaikkan menunjukkan kekaguman kecantikan si gadis..

" Dia hanya hamba bagi Keluarga Diraja kami. Bagaimana Putera Mahkota boleh memilihnya!"

..Dia disitana Puteri 7, berdekatan dengan Putera Mahkota, kenapa berita ini tidak diamaklumkan langsung kepadanya...

Kenapa dalam banyak- banyak perempuan, Putera Regina yang dipilih oleh Putera Mahkota, kenapa bukan dia..

" Mungkin dia istimewa di mata Putera Mahkota. Tidak seorang perempuan yang berjaya membuatkan Putera Noah tertarik, tapi dengan Hamba dari Maurry, nampaknya selera Putera telah berubah.

... Sangat menakjubkan, tapi Dia memang Cantikkan Puteri, mata dia mampu buatkan lelaki cair..

" Mengarut! Dia seorang hamba dan dia tidak layak berada di samping Putera Mahkota!"
Marry semakin panas .Dia tidak dapat menerima dirinya ditolak...

Kenapa Regina yang dipilih....Kenapa nasib Puteri Regina begitu baik....!Marry semakin sakit hati..

" Siapa kata seorang hamba tidak layak disisi Putera Mahkota, nampaknya Puteri Masih tidak faham lagi situasi disini.. Jangan cepat mengalah Puteri, Masa - Masa hamba seperti dia tidak àkan lama?"

Andika tersenyum penuh muslihat , namun matanya Masih belum lepas melihat kecantikan sang Gadis.. semakin direnung semakin dia jatuh hati..

' Apa yang Saya Tak faham?"
Marry dapat rasakan Ada muslihat yang disimpan dalam fikiran Putera Andika..Dan muslihat Itu sepertinya menjadi rahsia dalam Istana..

" Putera Mahkota àkan mengahwini Tuan Puteri? Dia hanya perlukan Masa, dia tidak àkan lepaskan Puteri?"

" Apa maksud Putera tentang hamba? Kenapa bukan beta yang dipilih terlebih dahulu oleh Putera Mahkota!" Semakin rumit Hal yang dirasakan oleh Marry tentang hal - Hal istana di kerajaan Auris..

" Perempuan Diraja! Dia tidak àkan hidup lama dengan Putera Mahkota. Kecantikan dia tidak àkan dapat mengubati penyakit Putera Mahkota!"
Sekali lagi Putera Andika senyum sinis..

" Apa maksud Putera?" Marry semakin berminat ingat mengetahui rahsia tentang Putera Mahkota Kerajaan Auris..

Sebelum ini dia hanya mendengar khabar angin tentang kisah Putera Mahkota yang membunuh semua Puteri Diraja..

Setelah dia menjadi sebahagian dari Keluarga Diraja Auris, dia sepatutnya dimaklumkan dengan kejadian sebenar..tapi tiada siapa yang berani bersuara...semua rahsia seakan ditutup kemas..

" Dia àkan terbunuh nanti! Hidupnya àkan berkahir! Tapi awak Marry? Adakah awak mahu nasib awak sama seperti dia? Dibunuh oleh Putera Mahkota!"

Putera Andika tidak dapat menahan ketawa..

" Jadi ...!" Marry Kehilangan kata - kata..Dia benar - benar terkejut dengan apa yang Putera Andika katakan...

" Jadi Malam dia berada di bilik Putera Mahkota, semua yang dikatakan Putera Mahkota adalah benar dan lelaki Itu tidak bermain - main dengan nyawanya..!"
Marry tergamam dan dia menunjukkan wajah pucat dan ketakutan memandang kearah Puteri Andika...

Dia dapat rasakan semua cerita tentang Putera Mahkota adalah benar...
Dia tidak dapat berpatah balik dengan mengaku bahawa dia adalah Puteri Palsu dari Kerajaan Maurry..

Rahsia Itu mesti kekal, jika dia Masih di Auris dia Masih Selamat..

Jika dia dikembalikan ke Maurry, dia àkan didapati bersalah menyamar sebagai Puteri, dan hidupnya àkan berkahir dengan kematian..

Tidak banyak jalan yang boleh fikirkan Marry...Jika benar Puteri Regina adalah penyelamat Putera Mahkota, dia àkan Selamat disini dan dia perlu rahsiakan Siapa Puteri sebenar.....

Dia amat Pasti Puteri tidak àkan membongkarkan rahsia mereka berdua......yang mengusarkan Marry, Malam perkahwinannya bersama Putera Mahkota...

Segala perubahan Puteri dapat dilihat Andika...
" Puteri ? Kenapa wajah Puteri pucat?"

" Putera bawa Saya keluar dari sini?"
Marry Tak mahu nyawanya melayang, dia dengar apa yang dikatakan Raja dulu tentang Putera Mahkota....

seakan dengan kehadiran dia di situ, penyakit Putera telah dirawat...

Jadi jika ramalan Itu adalah benar, bukan dia yang sembuhkan Putera Mahkota, sebaliknya Puteri Regina....

Marry telah ketakutan, segala impian nya telah musnah. Jika dia mendapatkan Putera Mahkota, berkahwin dengannya tentu sahaja nasibnya àkan sama dengan Puteri yang lain, mati ditangan Putera Mahkota..

Tidak dia perlu lakukan sesuatu!

" Kenapa Puteri?"
Putera Andika Juga ingin tahu apa yang telah terjadi dengan Puteri hinggakan sikapnya tiba - tiba berubah..

" Saya Tak mahu berkahwin dengan Putera Mahkota, Putera Andika...Saya Tak mahu nasib Saya sama dengan Puteri - Puteri yang lain...Apa perlu Saya buat untuk perkara Itu tidak terjadi!"
Marry tiada pilihan, jika dengan Andika dia dapat mencari jalan keluar dari hidup Putera Mahkota dia àkan balas jasa Putera Itu di kemudian Hari..

" Mudah, Awak kena tetapkan perkahwinan dengan Putera Raja sebelum Putera Mahkota nobatkan awak jadi milik dia!"

" Siapa yang boleh Bantu Saya Putera? Tolong Saya?"
Regina menunjukkan segala perasaan ketakutan dalam hatinya..

" Saya àkan tolong awak Puteri! Kita berkahwin?"
Putera Andika tiada pilihan, Permaisuri telah mengarahkan dia untuk mencari jalan bagi mendapatkan Puteri Regina...

Dan Puteri Regina begitu terdesak untuk lari dari dipilih oleh Putera Mahkota...

Ini adalah satu peluang buat Andika dan bagi Marry perkahwinan dengan Andika àkan menyelamatkan hidupnya..

..ANTHIEN

Satu Daerah bahagian yang dikuasai oleh Kerajaan Auris...

PUTERA Edward berjalan menuju ke sebuah gerai makanan , dia menunduk wajah apabila melihat askar - askar Auris sedang bergegas.....menuju kearah sesuatu..

Beberapa tentera dilihat sedang mundar - mandir di sepanjang laluan dengan beberapa orang Ketua melintasi di laluan yang sama menuju ke Pasar Utama..

" Pengumuman!" suara tentera keras kedengaran ...

Keseluruhan rakyat dilihat Edward berpusu - pusu kearah askar Diraja.. Semuanya berhimpun sambil mendengar pengumuman yang akan dibicarakan oleh tentera .

" Pada tanggal 7 purnama, keraian bagi memilih Perempuan Diraja àkan diadakan . Raja bermurah hati untuk menjamu semua rakyat Jelata dengan keraian makanan yang àkan diadakan di seluruh Daerah Kota.

Kesemua rakyat di kerajaan Auris bersorak gembira dengan pengumuman berkaitan Putera Mahkota yang telah memilih Perempuan Diraja Pertama..

" Perempuan Diraja? Apa sebelum ini bukan Putera Mahkota Auris hanya memilih Puteri? Bagaimana dengan nasib Puteri Regina?"

" Hei! Perempuan Diraja dipilih untuk apa? Adakah disebabkan Perempuan Itu Keturunan Raja?"
Edward Tak peduli, dia mahu mengetahui nasib apa yang sedang dialami Regina di kerajaan Maurry, adakah adiknya Masih hidup ataupun telah mati..dan siapa yang dipilih oleh Putera Mahkota!

" Nampaknya engkau bukan berasal dari sini?" Lelaki tua hanya tersenyum dengan cara lelaki muda yang begitu berminat dengan pemilihan perempuan oleh Putera Mahkota..

" Siapa yang Putera Mahkota pilih?" Edward Masih belum puas hati...setiap perkara melibatkan Putera Mahkota dan Kerajaan Maurry tidak terlepas dari perhatian Edward..

" Pemilihan Puteri àkan dijalankan sebulan lagi. Ini pemilihan Putera Mahkota untuk hamba dijadikan Perempuan Diraja! Nampaknya ini adalah yang pertama Putera memilih perempuan dari kalangan hamba..."

Edward Masih keliru! Bukan sebelum ini Putera Kerajaan Auris hanya memburu Puteri?

" Bila majlis Itu ?" Edward mahu tahu dan dia perlu siasat dimana keberadaan Regina..

" 3 Hari lagi, Dan semua rakyat dibenarkan masuk Istana untuk melihat wajah perempuan Diraja!"

" Tentu sahaja dia Cantik!"

" Muda....!"

" Ini adalah yang pertama..tentu hamba Itu istimewa...

" Yang pasti Raja àkan ada pewaris...

Beberapa rakyat yang bersama - sama mendengar dengan Edward mula berbicara sesama mereka dan Edward , fikiranya hanya dipenuhi dengan wajah Regina..

" Putera Kita kena bergerak sekarang, wakil dari Kerajaan Century telah menunggu..Kita perlu Segera jika tidak pihak musuh akan mengecam kehadiran Kita disini!" Seseorang bergerak ke arah Edward Dan bicara secara berbisik ditelinga....

Edward hanya memerhati susuk tubuh tentera Kerajaan Auris yang Masih sibuk mengumumkan sesuatu dan keriuhan rakyat yang bersorak gembira membuatkan hati Edward sukar untuk meninggalkan Regina....

" Putera !" Seseorang mengejutkan lamunannya..

" Jika Kita tidak bergerak sekarang, perjanjian bersama Century àkan terbatal! "
Sekali lagi dia diingatkan.. Edward yang mulai tersedar menganggukkan kepala bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Panglima kerajaanya..

" Kita beredar menemui Century. Selepas 7 purnama Kita kembali..

Arahkan tentera perhatikan pergerakan tentera Auris dan jangan hilangkan jejak mereka .. Kita perlu selamatkan Regina...

" Baik Putera!"

Bersama keresahan dijarinya, Negara Auris ditinggalkan oleh Edward tanpa menemui Regina...

Dia perlu selesaikan satu perkara dengan Century.. Dengan bantuan Century nanti, peluang untuk memdapatkan dan menyelamatkan Puteri Regina lebih cerah....

Share this novel

EmaIra
2020-10-16 20:49:11 

makin best la nv ni

EmaIra
2020-10-16 20:49:07 

makin best la nv ni

EmaIra
2020-10-16 20:48:34 

main best la nv ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience