Just a young gun with a quick fuse, I was uptight, wanna let loose
I was dreaming of bigger things, and, Wanna leave my own life behind
Not a "Yes, sir", not a follower, Fit the box, fit the mold, have a seat
In the foyer, take a number, I was lightning before the thunder
JAM di dinding berdetik, tapi Elias Vesper tak pernah terpengaruh dengan masa. Dalam dunia matematik, masa bukan sekadar angka—ia adalah peluang, kemungkinan, dan kesilapan yang tak boleh diundur.
Di hadapannya, layar komputer menayangkan kod yang kompleks. Angka-angka berlari di skrin seperti perhitungan hidup yang tak pernah berhenti. Tangannya bergerak di atas papan kekunci dengan ketepatan yang menakutkan, seolah-olah setiap keputusan telah dikira lebih awal.
Sekilas, dia menjeling ke arah telefon di sisi meja. Skrin gelap. Tak ada sebarang mesej. Tak ada sebarang panggilan.
Dia tak pernah mengharapkan apa-apa.
Sebab orang yang dia tunggu, tak pernah menunggu dia.
Elias bersandar, menghembus nafas panjang. Dari jendela apartmennya yang terletak di bangunan tinggi, dia boleh nampak jalan raya yang penuh dengan kenderaan bersimpang siur. Neon kota berkelip tanpa perasaan. Tetapi di celah-celah kilauan bandar, ada satu tempat yang selalu menarik perhatiannya—
Sebuah penthouse megah dengan dinding kaca.
Di balkoni, seorang wanita berdiri, melihat dunia dengan mata kosong.
Queen.
Malam yang sunyi menarik Elias kembali ke memori lama.
Dia sepatutnya jadi abang kepada perempuan itu.
Dia sepatutnya jadi seseorang dalam hidup Queen.
Tapi Queen tak pernah tahu dia wujud.
Jadi Elias buat apa yang dia tahu—diam dan perhati.
Dia meraup wajahnya, sebelum bangun dari kerusi. Elias masuk ke ruang latihan. Apartmennya luas, tak seformal gim, tapi cukup untuk apa yang dia perlukan—sandsack, cermin besar, dan ruangan terbuka untuk latihan pergerakan.
Dia menghembus nafas perlahan sebelum menarik t-shirt hitam yang melekat di badannya. Peluh dah mula membasahi leher dan bahu, jadi dia humban saja ke lantai tanpa fikir panjang.
Kulitnya yang sedikit basah memantulkan cahaya samar, menampakkan otot yang bukan sekadar hiasan—tetapi hasil disiplin bertahun-tahun.
Jari-jarinya membalut hand wrap perlahan-lahan, memberi tekanan yang cukup untuk memastikan genggaman kuat. Dia dah biasa dengan luka, lebam, dan kecederaan. Sakit fizikal lebih mudah dikawal daripada sakit yang tak boleh dilihat.
Sebaik saja selesai, dia mengangkat kepala dan memandang ke cermin besar di hadapannya. Mata gelapnya tajam, penuh kiraan yang hanya dia sendiri faham.
THUD.
Penumbuk pertama hinggap pada sandsack dengan tepat. Gerakan pertamanya penuh kiraan, tapi semakin lama, dia melepaskan lebih banyak tenaga. Kiri, kanan, hook, uppercut—pukulan yang diasah bertahun-tahun, bukan sekadar untuk mempertahankan diri, tapi kerana dia tahu dunia tak pernah selamat.
Terutama bagi orang seperti Queen.
Bunyi napasnya semakin berat, peluh menitis di pelipis. Tetapi dia tak berhenti.
Satu tumbukan lagi, dan satu lagi—hingga titisan peluh jatuh dari rahangnya ke dada.
Dia mesti kuat.
Dia berhenti seketika, tangan kanan menyapu wajah. Nafasnya kasar, peluh menitis di tulang selangka, turun perlahan ke dada.
Sebab dalam dunia ini, dia tahu satu perkara—
Matematik boleh meramal kemungkinan.
Tapi dalam dunia sebenar, penumbuk yang menentukan siapa yang akan tersungkur.
Elias berdiri tegak, mengangkat wajah. Melihat refleksi dirinya dalam cermin.
Dia mencapai botol air di meja, meneguknya dalam diam. Air sejuk menenangkan tekak, tapi bukan kepala dia.
TING!
Skrin telefon menyala. Satu mesej masuk.
UNKNOWN:
Ada kerja lagi, Vesper.
Lokasi seperti biasa.
Gaji double kali ni.
Elias menyandarkan kepala ke dinding. Matanya separuh tertutup, tapi dia tersenyum kecil.
"Aku tahu korang akan cari aku lagi."
Dia bukan jenis yang suka lekat pada satu kerja. Kebebasan adalah segalanya.
Satu hari, dia boleh jadi lelaki dalam suit—bantu syarikat besar kira untung rugi.
Esoknya, dia boleh jadi lelaki di gelanggang—bertarung untuk duit tunai dalam perlawanan bawah tanah.
Lusa, dia boleh jadi sesiapa saja yang dia mahu.
TING!
Mesej kedua masuk.
UNKNOWN:
Dua jam dari sekarang.
Kita perlukan otak kau.
Elias mengeluh perlahan. Dia mengangkat kepala, matanya memandang penthouse di seberang sana. Lampu di balkoni masih menyala.
Queen masih di sana.
Dia menekan mesej, menaip satu perkataan.
ELIAS:
On my way.
Lokasi seperti biasa.
Gaji double kali ni.
"Bila dunia tak pernah beri kau tempat, kau cipta tempat kau sendiri."
Elias mencapai hoodie hitam di sofa, menyarungkannya. Dia capai kunci motor, melangkah ke pintu dengan senyuman tipis di bibir.
***
SUASANA dalam klinik premium itu tenang. Aroma teh hijau memenuhi ruang, cahaya matahari pagi menyinari tingkap kaca besar. Semua terasa mahal, eksklusif—seperti tempat yang hanya didatangi orang-orang terpilih.
Tapi ketenangan itu hancur berkecai apabila seorang wanita muncul dengan aura tak sabar.
QUEEN.
Berbaju satin longgar warna champagne, rambut disanggul tinggi dengan sunglasses naik atas kepala. Minimal effort, maximum elegance.
Dia menolak pintu ke pejabat Doktor Mala tanpa sebarang salam. Seperti klinik itu adalah milik dia.
???? Doktor Mala, seorang wanita lewat 50-an dengan kacamata separuh bingkai, mengangkat muka dari meja. Wajahnya—campuran garang, penat, dan sayang dalam satu pakej.
“Miss Queen.” Nada dia tegas, malas, dan penuh kasih sayang. “Ini bukan waktu appointment awak.”
Queen menghempas beg tangan atas sofa. “Appointment lambat sangat. Saya tak ada masa nak tunggu.”
Doktor Mala menekan batang hidung, tahan sakit kepala. “Awak memang tak pernah sabar. Awak nak luahkan apa kali ni?”
Queen melemparkan diri atas sofa seperti tuan puteri bosan. Kaki bersilang, jari bermain cincin berlian di tangan.
“Saya ada masalah.”
Doktor Mala mengerut dahi. “Masalah apa?”
Queen menoleh ke arah doktor itu, mata tajam, tapi bibir selamba.
“Saya ternampak seorang lelaki…”
Doktor Mala menghela nafas. “Aduh.”
“Dan setiap kali saya nampak dia,” Queen bersandar, suara dia jatuh satu nada lebih dalam, lebih misteri—
“Saya rasa... sensasi.”
Sunyi.
Doktor Mala perlahan-lahan menutup fail di atas meja.
“Maksud awak?”
Queen angkat satu kening. “Awak faham maksud saya, doc.”
Doktor Mala bersandar di kerusi, memandang Queen dengan pandangan seorang doktor, seorang ibu, seorang saintis, dan seorang wanita berpengalaman.
“…Awak basah?”
Queen mengangkat bahu. “Mungkin.”
Doktor Mala menekan pelipis. “Queen, awak datang ke sini, tanpa appointment, semata-mata untuk beritahu saya, awak basah bila nampak seorang lelaki?”
Queen mengeluh malas. “Jangan buat saya dengar macam perempuan gatal sangat.”
“Bukan ‘macam’.”
Queen buat muka. “Hey. Saya profesional, doc. Saya bukan sembarangan perempuan yang meleleh untuk semua lelaki.”
Doktor Mala memandang Queen lama-lama, dengan wajah penuh skeptikal.
“…Awak yakin?”
Queen berdehem. “Of course. Saya cuba dengan ramai lelaki sebelum ni. Awak tahu sendiri.”
Doktor Mala mengangguk kecil. “Betul juga. Dan awak tak pernah rasa apa-apa.”
Queen membelek cincin di jarinya, merenung kosong.
“…Tapi lelaki ni lain.”
Doktor Mala memandang Queen dengan penuh minat. Nada suara Queen tadi—tak selalunya ada.
Sesuatu dalam diri Queen terganggu.
Dan itu adalah hal yang jarang berlaku.
“Siapa lelaki ni?”
Queen menyilangkan kaki, mengangkat wajah dengan aura tak kalah.
“…Elias.”
Doktor Mala tersenyum kecil.
“Aah. Nama yang menarik.”
Queen menjulingkan mata. “Saya bukan datang sini nak bincang nama dia. Saya nak tahu kenapa saya rasa macam ni.”
Doktor Mala mengeluh, menanggalkan cermin mata.
“Miss Queen, awak dah bertahun hidup macam ais batu.” Dia menyusun jari di atas meja, merenung Queen seperti membaca setiap emosi tersembunyi.
“Jadi bila ada seseorang buat awak rasa sesuatu… itulah masalahnya.”
Queen diam. Lama.
Matanya tajam, tetapi dalam ketajaman itu, ada sedikit kekeliruan.
Sesuatu yang dia sendiri tak faham.
Queen keluar dari bilik Doktor Mala, tumit tingginya berdetak perlahan di lantai marmar sejuk.
Kata-kata Doktor Mala masih bermain dalam kepala.
“Kalau awak nak tahu kenapa awak rasa macam tu… cuba nasib.”
Queen menjulingkan mata sambil menekan butang lif.
“Nasib kepala hotak.”
Doktor Mala sempat mengejek sebelum Queen keluar tadi.
"Nasib itu luas, sayang. Mungkin awak boleh cuba...”
“…sentuhan?”
Sentuhan?? Queen mengerut dahi, malas nak fikir.
Tapi dalam masa yang sama, otaknya tetap terngiang.
Nasib… Sentuhan… Kenapa dia nak dengar cakap Doktor Mala? Buat gila.
Pintu lif terbuka. Queen berjalan tanpa fokus.
Dan—
BAM!
Dia terlanggar seseorang.
Habis bertaburan kertas di tangan lelaki itu.
“Oh, f—” Queen terdiam.
Dia jarang minta maaf. Sangat jarang.
Tapi entah kenapa hari ni…
“Sorry.”
Jari jemarinya bergerak sendiri, mengutip kertas yang berselerakan di lantai.
Tanpa tengok muka lelaki itu.
Sebab dia tak kisah.
Sebab dia tak peduli.
Sebab dia —
Jari dia tersentuh jari lelaki itu yang juga mengutip kertas.
Dan…
SENSASI.
Queen beku.
Dada berombak perlahan.
Aduh. Aduh. Aduh.
Denyutan halus naik dari hujung jarinya, menjalar ke seluruh tubuh. Queen terus tarik tangannya.
Seperti elektrik kecil.
Seperti…
Sial.
Benda ni jadi lagi.
Queen terus angkat muka apabila lelaki itu bangun dari mencangkung.
Dan—
Ya ampun.
ELIAS.
Dia buat apa di sini?
“Oh.”
Elias tersenyum.
Tenang.
Seolah-olah dia tahu sesuatu yang Queen tak tahu.
Matanya merenung Elias dengan seribu persoalan.
Jantung berdegup.
Damn.
Kenapa… dia lagi?
Elias tenung Queen lama.
Dari ujung kepala sampai hujung kaki.
Macam sedang perhati satu masalah matematik yang menarik.
Queen dah ready nak soal dia.
Tapi—
Elias dah bersuara dulu.
"Queen…"
Suara dia tenang. Dalam. Bahaya.
"Tak sangka… hari ni kau akhirnya tunduk di hadapan aku."
Queen blink.
“Hah?”
Dia baru perasan.
Dia masih dalam posisi mencangkung, kutip kertas di lantai.
Seolah-olah dia tunduk kepada Elias.
“Oh, kau nak mampus ke?” Queen terus bangun dan campak kertas ke dada Elias.
Elias ketawa kecil.
Queen bengang.
Elias jongket kening.
“Kau selalu terlanggar aku, Queen. Mungkin ni hint dari semesta?”
Queen julingkan mata. “Hint kepala hotak kau.”
Elias hanya senyum.
“Tak apa. Aku pun suka langgar kau.”
Queen dah capai had.
Dia boleh hentam sesiapa yang cuba malukan dia. Boleh sindir orang tanpa belas. Tapi kenapa bila dengan Elias, dia rasa—
Panas.
Bukan marah. Tapi panas.
Sebab Elias ni lain.
Lelaki ini tak buat banyak. Tak flirt macam orang lain. Tapi dia scan Queen dengan mata dia—macam dia mampu kira setiap degupan jantung Queen dengan tepat.
Tak boleh. Tak boleh lama-lama.
Queen angkat dagu, campak kertas terakhir ke dada Elias (sekali lagi) sebelum buat U-turn dan blah.
Tapi baru tiga langkah, suara Elias menyusul dari belakang.
"Queen."
Langkah Queen tersekat.
Suara Elias tenang. Tapi dia boleh dengar smirk dalam nada tu.
"Kalau kita terlanggar lagi kali ketiga…"
Queen ketap gigi. Dia tak nak tahu.
"...apa kata kita pergi cuba nasib?"
Queen paling kepala sikit, jeling dari hujung mata.
"Nasib apa?"
Elias jongket bahu. "Entah. Maybe—"
Dia jungkitkan sedikit kepala. Renungan dia langsung ke mata Queen.
"—date?"
Hai, macam mana? Free kan? Ajak lah kawan-kawan baca sekali hihihi
Share this novel