MONOLOG QUEEN
Aku pernah percaya hidup aku sempurna.
Pernah percaya yang aku boleh ada semuanya—keluarga yang bahagia, masa depan yang cerah, dan… kehidupan yang normal.
Tapi hidup ada cara dia sendiri untuk mengajar kau satu perkara—tak ada yang betul-betul milik kau.
Aku umur lima belas waktu itu.
Aku ada ibu, aku ada ayah. Kami dalam perjalanan untuk mengambil seorang adik angkat—seorang lelaki. Kononnya untuk melengkapkan keluarga kecil kami. Kononnya untuk memberi aku seseorang yang boleh aku panggil "adik".
Tapi aku tak pernah sampai ke pusat anak yatim itu.
Aku tak pernah ada adik.
Apa yang aku dapat hanyalah ingatan terakhir ibu dan ayah aku dalam dentuman kaca yang berterbangan—dan tubuh mereka yang kaku di jalan raya.
Aku terjaga berbulan kemudian, di bilik hospital yang dingin.
Orang kata aku bertuah. Aku selamat. Aku sembuh. Aku boleh hidup macam biasa.
Tapi aku tak rasa biasa langsung.
Sebab aku sakit.
Bukan sakit yang boleh kau lihat.
Bukan sakit yang boleh dirawat dengan pil atau terapi.
Aku sakit dengan cara yang orang tak faham.
Aku sakit sebab aku tak rasa apa-apa.
Aku cuba.
Aku cuba jadi seperti perempuan lain. Aku cuba hidup macam mana yang dunia nak.
Aku cuba jatuh cinta. Aku cuba bercinta.
Aku cuba… segalanya.
Tapi tubuh aku kosong.
Nafsu aku mati.
Aku pegang tangan seorang lelaki—tak ada debar.
Aku dicium di pipi—tak ada kesan.
Bibir aku disentuh, perlahan dan lembut—aku hanya mengira masa dalam kepala.
Sepuluh saat.
Lapan saat.
Lima.
Aku cuba lelaki yang lembut, yang romantik, yang sabar.
Aku cuba lelaki yang agresif, yang dominan, yang tahu apa dia mahu.
Aku cuba yang muda, yang matang, yang jauh lebih tua.
Aku cuba yang tampan, yang sederhana, yang buat perempuan lain tergila-gila.
Tapi aku tetap sama.
Aku tetap Queen yang duduk diam di sofa, memerhati mereka seperti seorang pengkritik seni melihat lukisan yang tak memberi apa-apa makna.
Kadang-kadang aku tengok ke cermin.
Aku cantik. Aku tahu aku cantik.
Kulit aku sempurna. Rambut aku jatuh dengan cara yang betul. Bibir aku merah dengan bayang kemewahan.
Aku tahu aku boleh buat mana-mana lelaki rebah.
Tapi aku tak boleh buat diri aku sendiri tunduk pada perasaan yang aku patut ada.
Aku pernah fikir mungkin aku belum jumpa lelaki yang tepat.
Jadi aku tunggu. Aku beri masa. Aku beri peluang.
Tapi setiap kali seorang lelaki pergi, aku masih di tempat yang sama.
Kosong.
Hambar.
Tak ada apa-apa.
Aku boleh beli semua benda dalam dunia ini.
Tapi aku tak boleh beli keinginan aku sendiri.
Dan itu… lebih menakutkan dari kehilangan segalanya.
Aku jadi legenda.
Bukan kerana kemewahan aku.
Bukan kerana siapa aku dalam dunia ini.
Tapi kerana satu gelaran yang mereka berikan kepada aku—
"Perempuan Tanpa Nafsu."
***
DALAM bilik khas itu, Queen bersandar santai di sofa eksklusif, sebelah tangan menyilang kaki, sebelah lagi mengacah bibir dengan jari. Hailey duduk di sebelah, sibuk menaip sesuatu di iPad, tapi mata dia tetap memerhati keadaan.
Di hadapan mereka, lima lelaki berdiri dalam barisan. Baju mereka? Macam peserta pertandingan raja sehari. Seorang berkemeja satin merah menyala dengan rantai emas berkilauan. Seorang lagi berbaju putih, terbuka dua butang atas, kononnya seksi. Ada yang berjaket kulit ketat macam ahli boyband lapuk.
Queen memandang Valeria—pemilik agensi penggoda elit—dengan ekspresi bosan.
“So… ni dia?” Queen mengangkat satu kening, suara penuh skeptikal.
Valeria tersenyum bangga.
“Ni bukan sembarang lelaki, sayang. Mereka ni yang terbaik dalam agensi aku. Terlatih untuk menggoda sesiapa saja, termasuk perempuan seperti kau.”
Perempuan seperti aku? Tsk.
Queen tak jawab. Dia cuma tenung mereka. Lima lelaki, berdiri dengan penuh keyakinan. Seorang berambut panjang tersenyum dengan mata galak. Seorang lagi—yang nampak paling muda—menjilat bibir sikit.
Hailey berdehem perlahan. Dia tahu bos dia bukan jenis mudah impressed.
“Seseorang nak tunjuk bakat?” Valeria memandang lelaki-lelaki itu.
Seorang melangkah ke depan, si baju satin merah. Dia buat muka menggoda, menjongket satu kening sambil menggulung lengan baju, menampakkan urat lengannya yang sengaja ditegangkan.
Queen tengok saja.
Lelaki itu senyum nakal dan menunduk sedikit, bercakap dengan nada licik.
“Miss Queen… you nampak lonely. Maybe you perlukan seseorang untuk—”
Queen mengangkat tangan, meminta dia diam.
Lepas tu, dia menganga. Dan mengeliat kecil sebelum menguap tepat ke muka lelaki itu.
“Ugh.” Queen betulkan duduk, masih menggosok tengkuk dengan malas.
Seluruh bilik… senyap.
Hailey tahan gelak. Valeria… terdiam.
Lelaki tadi, yang konon penuh keyakinan, nampak terkedu.
“Sorry, sorry.” Queen mengibas tangan. “Bukan salah awak. Saya cuma... bosan.”
Lima lelaki saling berpandangan, sedikit gelisah.
Valeria bercekak pinggang.
“Kau serius? Ini the best of the best, Queen!”
Queen angkat bahu.
“Mungkin standard kau rendah.”
Valeria berdecit marah.
Queen memandang sekeliling, mata dia mendarat pada satu susuk tubuh di belakang Valeria.
Lelaki berkemeja kelabu kusam, bersandar pada meja dengan fail di tangan. Spek mata tebal di wajahnya. Penampilannya jauh berbeza dari lima lelaki ‘penggoda’ tadi.
Rambut dia sedikit messy, tapi bukan dalam cara yang disengajakan. Dia macam… pekerja pejabat yang bosan dengan hidup.
Queen mengerut kening. “Habis, dia?”
Semua mata berpaling pada lelaki itu.
Hailey periksa iPad, tak ada rekod nama dia. “Siapa dia?”
“Dia bukan sebahagian dari pasukan.” Valeria ketap gigi. “Dia pembantu aku. Kerani, penolong, pencatat nota.”
Queen mengerling Valeria. “So, dia pun lelaki, kan?”
Valeria sempat berfikir. “Technically… ya.”
Queen senyum sikit. “Kalau macam tu, aku nak uji dia pulak.”
Valeria terus protes. “Queen, come on! Dia bukan—”
“Bukan penggoda?” Queen menyampuk, senyum nipis. “Exactly. Sebab tu aku nak test dia.”
Valeria cuba membantah, tapi Queen angkat tangan—tanda dia dah buat keputusan. Hailey pun tarik nafas panjang, dah malas nak lawan sebab dia tahu bila Queen dah kata A, takkan ada B.
“Okay, semua keluar.” Queen bersuara.
Lima badut—eh, penggoda—mula beransur keluar.Valeria masih ragu-ragu, tapi akhirnya ikut juga. Hailey pandang Queen macam nak protes, tapi Queen balas dengan jelingan tajam.
Hailey angkat tangan. Fine. She’s out.
Sekarang, dalam bilik besar itu—hanya tinggal Queen dan Elias.
Elias masih berdiri tegak, nampak confuse dan nervous. Dia betulkan spek mata dia dengan hujung jari.
Queen lean ke depan, siku atas meja, dagu bertongkat. Senyum santai.
“Nah,” Queen jeling ke Elias. “Cuba buat aku turn on.”
Elias—TERBATUK.
“S-sorry?” Dia adjust kolar baju, macam tiba-tiba rasa panas.
Queen angkat kening. “Aku suruh kau goda aku.”
Elias tekup mulut kejap. Pandang kiri, pandang kanan. “Err… okay?”
Dia angkat tangan nak buka butang atas kemeja dia—
“Stop.”
Queen bersuara sebelum satu butang pun terlepas. Elias terhenti serta-merta.
Queen jongket kepala, mata dia scanning Elias dari atas sampai bawah.
“Aku tak nak kau pura-pura.” Queen senyum sinis. “Aku nak kau jadi diri kau sendiri.”
Elias… telan air liur.
“Jadi diri sendiri?”
“Ya,” Queen goyang kaki perlahan. “Macam mana kau nak goda aku… sebagai Elias Vesper?”
Elias masih nampak blur. Tapi perlahan-lahan, dia tarik nafas panjang.
And then… he smirks.
“Oh.”
Queen perasan perubahan kecil dalam ekspresi Elias. Daripada nerd clueless—kepada something else.
Something darker.
Dia tanggalkan spek mata dengan santai, letak atas meja.
Lepas tu, dia jalan perlahan ke arah Queen.
Queen masih cool. Mata dia tajam, menunggu.
Elias… tunduk sedikit. Dia bersandar dekat meja, sebelah Queen.
“Tolong beritahu saya, Miss Queen…” Nada suara Elias berubah, lebih rendah. Lebih smooth.
“… awak nak saya goda awak macam mana?”
Dia menganalisa.
Menilai.
Mengira sesuatu yang hanya dia tahu.
"Jadi…" Queen mengangkat dagu sedikit, nada suara malas-malas. "Apa langkah seterusnya?"
Elias senyum nipis. "Itu soalan saya, sebenarnya."
Queen mengangkat kening. "Oh?"
"Sebab kalau ikut logik, saya yang kena goda awak, kan?" Elias melangkah perlahan ke arah meja di tengah bilik. Tangan dia menyentuh permukaannya dengan hujung jari, seolah-olah mengukur sesuatu.
Queen hanya memerhati.
"Tapi," Elias berhenti dan memandang tepat ke arahnya, "kalau saya tengok dari sudut matematik… saya rasa awak yang sebenarnya sedang diuji."
Queen senyum kecil, tapi matanya tajam. "Oh? Macam mana tu?"
Elias menolak spek mata ke atas hidung dengan ibu jari.
"Dalam teori permainan, ada satu konsep dipanggil prisoner's dilemma." Dia bercakap santai, tapi nada suara dia ada sesuatu yang berbahaya.
"Bayangkan ada dua orang tertangkap. Kalau dua-dua diam, dua-dua selamat. Kalau seorang mengkhianati, seorang lagi akan kalah besar." Elias melangkah mendekat sikit, kepala sedikit senget. "Tapi kalau dua-dua cuba main selamat… dua-dua rugi."
Queen diam, cuma memusingkan gelas wain di tangannya.
"So…" Elias berhenti tepat di depan Queen.
Dekat.
"Awak dengan saya, sekarang ni… siapa yang sebenarnya sedang diuji, Miss Queen?"
Queen masih nampak cool, tapi dia mula rasa sesuatu.
Sedikit.
Cuma sedikit.
Dia ketawa kecil, tapi dalam matanya ada sinar mencabar. "Kau nak main psikologi dengan aku?"
Elias jungkit bahu. "Psikologi dan matematik berkaitan. Awak tahu tak, dalam Fibonacci sequence, setiap nombor selepas dua yang pertama adalah hasil tambah dua nombor sebelumnya?"
Queen menyandar, satu kening terangkat. "Dan?"
Elias tunduk sedikit, suara dia rendah, mendatar, tapi setiap patah perkataan meresap dalam kepala Queen.
“Kalau kita ikut corak Fibonacci… jarak antara kita akan semakin dekat.”
Queen memandang ke bawah, baru dia perasan.
Elias berdiri lebih dekat dari tadi.
Satu langkah.
Dua langkah.
Dan kalau ikut kiraan Fibonacci, langkah seterusnya akan—
Queen tegakkan badan. "Cukup."
Elias senyum.
Tapi dalam senyuman itu, ada sesuatu.
Dia tahu Queen mula perasan.
Dan itu sahaja yang dia perlukan.
Queen masih duduk, tapi kali ni, dia rasa lain.
Bukan sebab jarak Elias yang semakin dekat.
Bukan sebab suara dia yang rendah dan licik.
Bukan sebab mind game Fibonacci yang dia main tadi.
Tapi sebab sesuatu dalam diri dia… TERASA SEPERTI BERGERAK.
Sesuatu yang sepatutnya dah lama mati.
Queen tak tunjuk. Dia tak akan tunjuk.
Dia hanya pandang Elias dengan wajah kosong, sebelum mengangkat gelas wain ke bibir.
Meneguk perlahan.
Letak semula gelas.
Kemudian, dengan suara tenang dan sedikit mendatar, dia berkata:
"Kau tahu tak, Elias… aku suka lelaki yang tahu bermain angka."
Elias diam, menunggu.
Queen senyum nipis. Tapi senyuman itu tidak sampai ke mata.
Dia tunduk sedikit ke hadapan, cukup dekat untuk Elias dengar setiap patah perkataan.
"Tapi kalau kau fikir aku sebahagian dari formula kau… kau dah silap kira."
YA. TAK SALAH. ADA SESUATU YANG BERGERAK DI DALAM DIRI DIA.
And she feels... W-E-T?
Tak sure ni free ke uc. Bagi komen sikit. Nak free me uc? Hahaha. Publish sebab bosan. Update bila perlu je. Tak nak idea hilang.
Share this novel