9: Kalah VS Menang

Others Series 3177

MADAM Constance yang turun dari pentas dan terus mendekati Queen dengan lagaknya itu. Dia merenung wajah Elias sejenak dan Elias memandang ke tepi. Kemudian, dia menarik lengan Queen.

"We need to talk." Suara Madam Constance tenang, tapi ada nada yang tak boleh dibantah.

Queen menjeling. "Boleh je kalau nenek nak bincang, tapi kalau nak bagi ceramah, better kita skip je. Aku dah hafal skripnya."

Madam Constance menghela nafas perlahan. "Aku cuma nak tahu kenapa Elias?"

Queen tersengih sinis. "Sebab dia lelaki?"

Madam Constance memandangnya tajam. "Jangan main-main, Queen. Kau tahu aku tak bodoh. Elias bukan pilihan yang bijak."

Queen menyilangkan tangan. "Bijak untuk siapa? Aku, atau nenek?"

"Untuk kau." Madam Constance membetulkan rantai mutiara di lehernya, gerakan kecil yang selalu dia buat bila cuba menahan diri.

"Kau boleh pilih sesiapa saja, tapi kau pilih dia? Seorang lelaki yang kau sendiri tak nampak sebagai masa depan?"

Queen tersenyum kecil. "Nenek, aku bukan pilih dia sebab aku nak happily ever after. Aku pilih dia sebab dia... convenient."

Madam Constance diam sejenak. "Kau tak boleh hidup dengan hanya keselesaan, Queen. Keselesaan itu perangkap."

Queen ketawa perlahan. "Hidup ni sendiri dah perangkap, nenek. At least, biar aku pilih sangkar aku sendiri."

Madam Constance menghela nafas lagi, kali ini lebih berat. "Jangan buat keputusan yang akan kau kesali."

Queen merenung wajah wanita itu. "Nenek sendiri pernah kesal dengan keputusan hidup nenek, kan?"

Madam Constance tidak menjawab. Tapi dari cara dia diam, Queen tahu—ada banyak perkara yang wanita itu ingin katakan, tapi memilih untuk tidak diucapkan.

"Jangan jadi seperti aku, Queen." Itu saja yang akhirnya keluar dari bibirnya sebelum dia melangkah pergi, meninggalkan Queen dengan pemikiran yang dia sendiri tak mahu hadapi.

Dominic turun dari pentas dengan langkah tergesa, mengejar Madam Constance yang sudah jauh ke depan. Dari jauh, dia dah macam pesuruh setia nenek Queen.

Tapi sebelum hilang sepenuhnya dari pandangan, Dominic sempat menoleh dan memberi pandangan tajam ke arah Elias—seolah-olah memberi amaran.

Elias, yang berdiri santai di sisi Queen, tak terkesan langsung. Sebaliknya, dia senyum. Senyum yang cukup untuk menunjukkan dia tak peduli dan langsung tak takut.

Queen yang menyaksikan momen itu hanya menghela nafas perlahan. “Kenapa aku rasa kau sengaja provoke dia?”

Elias mengangkat bahu, senyumnya masih tak pudar. “Aku senyum je.”

Queen jeling. “Senyum dengan niat.”

Elias ketawa kecil. “Mungkin. Tapi kalau dia takut dengan senyuman aku, itu masalah dia, kan?”

Queen geleng kepala. “Jangan cari pasal dengan Dominic.”

Elias bersandar sedikit. “Aku tak cari pasal.”

Queen mendengus kecil. Elias ni, kadang-kadang, dia lagi bahaya daripada orang yang sengaja cari gaduh.

SELEPAS majlis selesai, Queen dan Elias sama-sama balik ke hotel. Queen masuk dulu, tapi bila Elias nak ikut masuk, Queen halang. Dia ingat Elias hanya bergurau pasal ‘janji’ yang dia buat sebelum ni. Tapi Elias? Dia serius.

Queen halang Elias masuk, buat muka tak bersalah. “Kau ingat aku serius ke?”

Elias ketawa kecil, tapi mata dia tetap tajam. “Aku tahu kau suka buat main-main. Tapi dalam matematik, ada satu konsep yang menarik—teori kebarangkalian.”

Queen angkat kening. “Dan?”

Elias sengaja bersandar pada dinding sebelah pintu. “Kalau ikut hukum kebarangkalian, janji kau ada dua kemungkinan. Satu, kau tepati. Dua, kau mungkiri.”

Queen mendecih. “Dah tentu.”

“Tapi kalau kita ambil kira pola tingkah laku kau sebelum ni, kebarangkalian kau mungkir janji makin tinggi setiap kali kau rasa kau boleh menang,” Elias bersuara perlahan, seakan mencabar.

“Jadi, kalau aku letak taruhan, aku akan bertaruh kau takkan tepati janji malam ni.”

Queen terkedu. Dia rasa macam Elias baru saja meletakkan dia dalam satu situasi di mana dia perlu tepati janji, kalau tidak, Elias ‘menang’. Dan Queen benci kalah.

Elias buat gaya nak pergi. “Tapi tak apa. Aku dah buat pengiraan. Aku dah agak kau takkan tepati janji.”

Queen mengecilkan mata. “Kau ni nak provoke aku ke?”

Elias senyum nipis. “Aku cuma buat kesimpulan berdasarkan teori game dalam matematik. Kalau kau tak tunaikan janji, kau menang sebab kau berjaya elakkan diri. Tapi kalau kau tunaikan janji…”

Elias menundukkan sedikit wajahnya, mata tepat ke mata Queen, “…aku yang menang.”

Kemudian dia pusing badan, langkah perlahan.

Queen gigit bibir. Sial. Kenapa dia rasa macam dia baru kena checkmate?

***

Sibuk dengan kerja, Queen tak sedar masa berlalu. Tangannya lincah menekan skrin tablet, memilih material, menyusun konsep. Dalam banyak-banyak studio yang dia miliki di seluruh dunia, studio ini yang paling dia suka. Ada sebab dia bina tempat ini dulu—ini tempat di mana dia boleh tenggelam dalam kerja, jauh dari segala drama hidup.

Hailey, seperti biasa, ada di sebelahnya. Berdiri tegak, tablet di tangan, mencatat segala perintah tanpa sepatah pun mengeluh.

Tapi hari ini, Hailey buat sesuatu yang jarang dia buat—dia menegur.

“You okay, Miss Queen?”

Queen tak angkat muka. “Busy.”

Hailey senyum kecil. “That’s not an answer.”

Queen menyedut nafas, masih fokus pada tablet. “Tak perlu jawapan. Aku memang busy.”

Hailey hanya tunduk, senyum dia tak luntur. Queen boleh buat-buat tak perasan, tapi Hailey tahu. Queen pelik hari ni.

Tapi kalau Queen tak nak cakap, dia takkan paksa.

Queen akhirnya tolak tablet ke meja. Dia bersandar, pandang Hailey dengan renungan sinis. “Hailey, kau tak bosan ke hidup macam ni?”

“Macam mana?”

Queen angkat bahu. “Selalu dengan aku. Offday pun kerja. Aku risau kau tak kahwin. Nanti jadi andartu, aku juga kena bertanggungjawab.”

Hailey tergelak kecil. “Kalau saya jadi andartu, Miss Queen pun sama.”

Queen mengecilkan mata. “Aku pilih untuk tak kahwin. Kau?”

Hailey hanya senyum dan sambung kerja. Queen mengeluh. Kenapa semua orang asyik senyum je hari ni?

Queen bersandar pada meja, lengan bersilang, renungan tajam ke arah Hailey yang masih sibuk menaip sesuatu di tabletnya. Perempuan ni memang betul-betul robot.

“Hailey.”

“Yes, Miss Queen?”

“Kau cuti seminggu.”

Hailey terhenti menaip. “Tak perlu. Saya okay.”

Queen angkat kening. “Aku tak tanya kau okay ke tak. Aku bagitahu.”

Hailey menghela nafas kecil. “Tapi—”

Queen angkat tangan, menahan sebarang bantahan. “Dengar dulu. Aku bagi kau cuti seminggu. Aku bagi kau pinjam kereta paling mahal yang aku ada. Aku sponsor tiket ke mana-mana luar negara yang kau nak pergi.”

Hailey terkebil. “Miss Queen…”

Queen senyum sinis. “Pergi cari bakal suami.”

Hailey tergelak kecil. “Saya tak perlu—”

“Kau nak aku tambah cuti jadi sebulan?” Queen memotong, nada makin tajam.

Hailey akhirnya menghela nafas panjang, sebelum mengangguk perlahan. “Fine. Saya pergi.”

Queen tersenyum puas. “Good. Jangan balik awal.”

HAILEY melangkah keluar dari studio mewah milik Queen dengan ekspresi biasa, tapi langkahnya sedikit perlahan. Telefon dalam genggamannya bergetar, dan dia menghela nafas sebelum membuka mesej yang baru masuk.

Di tepi jalan, sebuah kereta hitam berkilat diparkir dalam bayang-bayang bangunan. Seorang lelaki bersandar pada pintu, tangan dalam poket, wajahnya separuh terlindung dari cahaya lampu jalan.

Dominic.

Hailey menghampirinya, dan Dominic menegakkan badan. Mereka bertukar pandang. Sekilas, bibir Dominic bergerak, mengucapkan sesuatu yang hanya Hailey dengar. Dia tidak terus membalas.

Dari jauh, Elias berdiri di sudut, separuh terlindung oleh tembok bangunan. Kotak kecil dalam tangannya terasa lebih berat dari biasa, tapi bukan kerana isinya. Matanya tajam, memerhati interaksi di hadapan sana.

Dominic bercakap dengan nada perlahan, hanya cukup untuk Hailey dengar. Wajahnya serius. Hailey kelihatan teragak-agak, tapi akhirnya dia mengangguk kecil.

Kemudian, tanpa banyak kata, dia membuka pintu kereta dan melangkah masuk.

Dominic melihat sekeliling, memastikan tiada mata lain yang memerhati sebelum dia sendiri masuk ke dalam kereta dan menutup pintu.

Kereta itu bergerak perlahan sebelum berlalu pergi, meninggalkan Elias sendirian dalam senyap. Dia mendengus kecil, matanya masih terpaku ke arah jalan yang baru sahaja dilalui Hailey dan Dominic.

Something is definitely off.

Bersambung…

Maaf lama sangat tak update. Busy. Thank you sangat sebab sudi singgah baca. Jangan lupa komen tau :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience