Queen duduk di hujung meja panjang, bersilang kaki, lengan disandar malas.
Di seberang meja, Madam Constance duduk tegak, mata tajam menikam. Awal dia datang, nak bincang sikit dengan cucunya itu sebelum sesi menggoda bermula.
"Kau bila nak kahwin?"
Langsung. Tanpa mukadimah.
Queen angkat muka perlahan.
Oh, here we go again.
Queen senyum nipis, tak ada rasa terkejut langsung.
"Nenek sihat?" Queen tanya, nada santai.
Madam Constance mendengus.
"Sihat? Aku sihat, tapi aku tak sihat tengok kau."
Hailey yang berdiri di belakang Queen diam, tapi mata dia sekejap-sekejap tengok pintu.
Kalau ada emergency exit, mungkin Queen dah keluar awal tadi.
Queen mendongak, menyandarkan kepala ke kerusi.
"Nenek, nenek dah lebih 80 tahun, kan?"
"Apa kena-mengena?"
Queen memandang neneknya dengan ekspresi malas.
"Nenek dah tua… tapi liat nak mampus."
Hailey tersekat nafas.
GILA. BIBIR QUEEN NI TAK ADA INSURANS.
Madam Constance mengerut dahi.
"Apa kau cakap tadi?"
Queen menoleh ke Hailey.
"Hailey, aku ada cakap apa-apa ke tadi?"
Hailey geleng kepala laju.
"Tidak, Miss Queen."
Madam Constance mengetap bibir.
"Kau tahu kau sepatutnya dah ada suami, dah ada anak, dah jalankan tanggungjawab sebagai pewaris. Tapi sampai sekarang kau masih bujang!"
Queen memandang tangannya sendiri.
"Betul. Aku pewaris."
Mata Queen naik semula, tepat ke arah Madam Constance.
"Dan sebagai pewaris, aku ada kuasa penuh atas hidup aku sendiri."
Madam Constance mengetap gigi.
"Tak ada siapa nak kahwin dengan perempuan tak sempurna macam kau!"
DEAD SILENCE.
Hailey menggenggam tangan.
Itu keterlaluan.
Queen?
Langsung tak ada ekspresi.
Mata dia kosong.
Kemudian, senyum perlahan.
"Kalau aku tak sempurna… kenapa nenek masih harapkan aku yang warisi semua ini?"
Madam Constance terdiam.
BOOM. CHECKMATE.
Queen menyandarkan diri semula, meneliti reaksi neneknya.
"Nenek boleh bagi pada adik-beradik ayah aku. Mereka pun cucu nenek, kan?"
Madam Constance diam seketika.
Sebab dia tahu, Queen betul.
Anak-anak dia yang lain?
Mereka tak cukup bijak, tak cukup kuat.
Mereka tak boleh kawal empayar seperti Queen.
Tapi dalam hati Madam Constance, dia tetap tak puas hati.
Queen terlalu bebas, terlalu keras kepala.
Queen tak boleh dikawal.
Dia membuang pandang, kemudian bersuara dingin.
"Kau tetap perlu kahwin, Queen."
Queen menghela nafas perlahan.
"Baiklah, nenek."
Madam Constance angkat kening.
"Baiklah?"
Queen senyum manis.
"Baiklah. Aku akan kahwin."
Madam Constance mengerut dahi.
"Serius?"
Queen mengangkat bahu.
"Ya. Cuma…"
Queen mendekat sedikit, menyandarkan siku ke meja.
"Nenek ada calon yang boleh buat aku turn on?"
SILENCE.
Hailey, yang dah berulang kali nak gugur jantung, menunduk dan batuk kecil untuk tahan gelak.
Madam Constance hampir baling cawan ke kepala cucunya sendiri.
"Queen, aku serius!"
Queen tertawa kecil, menutup bibir dengan jari.
"Alaaa nenek, relaks lah. Kalau aku jumpa calon yang buat aku excited, aku bagitahu nenek dulu, okay?"
Madam Constance hampir kena strok.
Tepat jam sembilan pagi.
Queen duduk di sofa dengan sebelah tangan menyokong kepalanya, ekspresi kosong. Di hadapannya, tiga lelaki berdiri seperti peserta audition.
Di hujung bilik, Madam Constance memerhati dari kerusinya, teh di tangan, mata tajam seperti hakim di mahkamah. Hailey pula bersedia dengan iPad, mencatat setiap butir—walaupun kedua-dua mereka tahu ini cuma prosedur sia-sia.
Queen menghela nafas panjang. Hari lain, lelaki lain. Tapi tetap sama—membosankan.
Lelaki pertama melangkah ke depan.
Tall. Brunette. Mata biru. Julian.
Lelaki kedua melangkah.
Rambut messy, gaya effortlessly sexy. Adrian.
Lelaki terakhir melangkah.
Tinggi. Tegap. Wajah keras, scar di kening. Dominic.
Madam Constance tiba-tiba bersuara. “Ha… yang ini nampak macam lelaki sebenar. Mungkin akhirnya Queen akan ada waris.”
Queen menjeling neneknya. “Nenek, perempuan boleh ada waris tanpa lelaki. It’s called adoption.”
Madam Constance menjawab dengan pandangan don’t test me, child.
Dalam sekelip mata, lampu bilik bertukar malap.
Muzik slow bass mula berdengung di ruang itu.
Queen hampir tersedak. “Nenek—”
Julian, Adrian, dan Dominic mengambil posisi masing-masing.
Tali leher dilonggarkan. Butang baju dibuka. Kulit yang sudah disapu minyak khas—minyak buatan entah dari mana—berkilat di bawah cahaya chandelier.
Julian menekan pinggul sedikit ke sisi, memandang Queen dengan mata separuh redup.
Adrian menjilat bibir sebelum jemarinya perlahan menyentuh dada sendiri, turun ke perut.
Dominic pula, tanpa sebarang senyuman, menarik tali pinggangnya dengan gerakan perlahan.
Queen menghela nafas dalam. “Oh for f—”
Mereka mula bergerak.
Julian menghampiri dulu, tangan ingin menyentuh dagu Queen—tapi Queen sudah lebih awal mengangkat satu jari saja, menahannya.
“Don’t.”
Julian tersenyum nakal, mengangkat tangan tanda menyerah sebelum kembali menari.
Adrian lebih berani. Dia mendekat, cukup untuk Queen menghidu bau minyak eksotik di kulitnya.
“Kau boleh tolak semua lelaki, Queen.” Suaranya mendatar, mencabar. “Tapi…” Dia condong lebih dekat, bibirnya hampir menyentuh telinga Queen. “…Apa kau pasti… kau tak rasa apa-apa?”
Queen senyum perlahan.
Dia menyentuh dagunya.
“…aku rasa…”
Adrian menunggu.
“…yang minyak di badan kau ni berbau pelik.” Queen berkerut. “Ini minyak apa? Minyak masak?”
Adrian tersengih. “Minyak khas.”
Madam Constance menyampuk. “Dari bomoh cinta di Itali. Kau tahu tak minyak ni pernah buat Duchess of—”
Queen angkat tangan. “Nope. Stop. I don’t want to know.”
Sementara Queen sibuk menahan gelombang serangan visual dan sensual ini, Hailey di sisi menekan skrin iPad dengan ekspresi dead inside.
Dominic, yang dari tadi memerhati, akhirnya bergerak.
Satu tangan menekan belakang sofa Queen, tubuhnya condong ke depan, mendekat.
Suaranya rendah, hampir berbisik. “Kau boleh kutuk, kau boleh ejek. Tapi kau tahu…”
Queen memandang tepat ke dalam matanya.
“…aku tahu kau sedang menahan diri.”
Queen tersenyum sinis.
Jari telunjuknya naik, menekan perlahan dahi Dominic untuk menolaknya ke belakang.
“Sayang,” bisiknya tajam. “Aku bukan menahan diri. Aku cuma bosan.”
Madam Constance mengeluh. “Kau memang keras kepala.”
Queen menegakkan badan dan menepuk tangan sekali.
“Okay, sesi tamat. Kau semua boleh keluar.”
Julian, Adrian, dan Dominic kelihatan sedikit kecewa, tapi tidak terkejut.
Dominic senyum kecil, seolah-olah terhibur. “Aku suka kau, Queen. Kau memang berbeza.”
Queen mencapai gelas espresso. “Dan aku tak suka kau. Jadi pintu di sana.”
Ketiga-tiga lelaki akhirnya berundur.
Sebelum keluar, Julian sempat mengenyit mata. “Kalau suatu hari nanti kau berubah fikiran, kau tahu di mana nak cari aku.”
Queen hanya mengangkat gelas espresso ke arah mereka sebelum kembali menatap neneknya.
Madam Constance menggeleng. “Satu hari nanti, kau akan menyesal.”
Queen tersenyum tipis sebelum meneguk espresso.
“Atau mungkin, nenek yang akan menyesal kerana tak pernah percayakan pilihan aku.”
Madam Constance menghela nafas panjang, menggeleng kepala dengan ekspresi kecewa tahap dewa.
“Kau betul-betul nak habiskan hidup tanpa suami, Queen?”
Queen meneguk sisa espresso dengan santai. “Mungkin.”
Neneknya mengetap bibir. “Kau fikir kau akan okay?”
Queen senyum nipis. “Aku tahu aku akan okay.”
Sebelum Madam Constance sempat membalas, loceng pintu berbunyi.
Queen dan neneknya serentak berpaling ke arah pintu. Hailey, yang sejak tadi mendiamkan diri, menoleh dengan sedikit pelik.
Queen bersandar semula, malas. “Aku pesan makanan.”
Madam Constance mengangkat kening. “Makanan apa?”
Queen menjawab dengan ekspresi kosong.
“Ayam goreng kegemaran Upin Ipin.”
Hailey batuk kecil menahan ketawa. Madam Constance terus menepuk dahi.
“Queen! Kau kena jaga badan!”
Queen sudah pun bangkit, malas nak dengar bebelan neneknya yang memang tak pernah habis. Dia berjalan menuju ke pintu, membuka kunci dengan satu tangan.
Pintu terbuka.
Queen terkedu.
Dada terasa berat. Perut bergetar sedikit.
Lelaki di hadapannya berdiri tenang, satu tangan memegang plastik makanan.
Tinggi. Berjaket hitam. Mata gelap, tajam.
Elias Vesper.
Jantung Queen seolah-olah tersilap rentak.
Kenapa dia ada di sini?
Mereka saling memandang. Masa terasa lambat.
Elias hanya tersenyum kecil, kepala sedikit senget, seolah-olah menunggu Queen bersuara dulu.
Queen sempat tarik nafas perlahan, mengawal ekspresi. ‘Aku cool. Aku always cool. Tapi kenapa dada aku rasa lain sikit?’ bisiknya.
“…Kau jadi tukang hantar makanan sekarang?”
Elias mengangkat bahu sedikit. “Dunia ni penuh kejutan.”
Suara Queen tetap datar. “Aku tak suka kejutan.”
Senyuman Elias melebar sedikit, seperti dia sudah tahu jawapan itu.
Di belakang Queen, Madam Constance memerhati.
Matanya sempit, menganalisis ekspresi cucunya yang tiba-tiba lain macam. Hailey pula mencuri pandang ke arah Queen sebelum kembali fokus pada skrin iPad—tapi tangan dia dah bersedia kalau drama besar bakal meletup.
Kemudian…
Madam Constance bersuara.
“Kalau kau dah tercegat di situ, baik kau masuk.”
Queen tersentak sedikit.
Elias pula—dengan wajah selamba—mengangkat plastik makanan dan berkata dengan suara santai, tapi ada sesuatu di balik nada itu.
“Saya cuma nak hantar ayam goreng kegemaran Upin Ipin.”
Madam Constance tersenyum miring. “Masuklah.”
Queen mengetap rahang.
Elias melangkah ke dalam.
Pintu tertutup.
Dan permainan bermula.
Madam Constance meneguk espresso yang sudah sejuk, kemudian berdiri tanpa sebarang amaran.
"Aku balik dulu."
Queen tak membantah. Hailey pun tak.
Neneknya hanya memandang Elias seketika sebelum melangkah keluar dari penthouse dengan gaya yang masih anggun, walaupun jelas ada sesuatu dalam fikirannya.
Di luar penthouse, sebuah kereta mewah sudah menunggu.
Rolls-Royce Phantom berwarna hitam berkilat, pintunya dibuka oleh seorang pemandu berkot hitam dan bersarung tangan putih. Lelaki itu tunduk hormat, tetapi Madam Constance hanya masuk ke dalam tanpa memberi pandangan kedua.
Pintu tertutup.
Kereta mula bergerak perlahan, meninggalkan bangunan eksklusif itu.
Di dalam, udara sejuk penghawa dingin terasa nyaman, tetapi wajah Madam Constance tidak langsung menunjukkan tanda relaks.
Dia bersandar, mengeluarkan telefon, membuka galeri—dan play satu video.
Video yang dia sendiri RAKAM secara diam-diam sebentar tadi.
Di skrin—Queen membuka pintu, kemudian kaku.
Wajahnya berubah. Mata membesar sedikit.
Elias berdiri di hadapan dengan plastik makanan, senyum kecil bermain di bibir.
Queen mengambil masa tiga saat sebelum sempat mengawal ekspresi, tetapi tiga saat itu sudah cukup untuk neneknya membaca sesuatu.
Madam Constance mengetap bibir.
Tidak.
TIDAK.
Menantu aku tak mungkin orang darjat rendah.
Madam Constance memejam mata sejenak, sebelum menekan pause pada video itu.
Bibirnya mencebik.
“Tak mungkin,” dia berbisik, tetapi nada suaranya lebih kepada cuba meyakinkan dirinya sendiri.
Pemandu di hadapan diam sahaja.
Lelaki itu bukan sekadar pemandu biasa—dia sudah lama bekerja dengan Madam Constance, sudah lali dengan perangai wanita itu.
Tetapi kali ini, dia rasa lebih baik jangan menyampuk langsung.
Madam Constance bersandar semula, termenung.
Satu tangan memegang telefon, satu tangan lagi mengetuk jari ke paha dengan ritma yang perlahan.
Dalam kepalanya—wajah Elias dan Queen bermain semula, berulang-ulang.
Dia menutup mata.
Berfikir.
Bermain strategi.
Sebab kali ini, musuhnya bukan Queen.
Tetapi seorang lelaki dengan ayam goreng dalam tangan dan senyuman yang tak sepatutnya ada kesan.
Tapi kesannya ada.
Dan dia tak boleh benarkan itu berlaku.
Kereta terus bergerak, membawa seorang nenek yang sudah sedia berperang.
Madam Constance mode: GRANDMASTER STRATEGIST ON. Dia nampak sesuatu yang Queen sendiri tak sedar. Tapi betul ke Elias tu ‘darjat rendah’? Atau nenek ni tak tahu siapa dia sebenarnya?
Share this novel