8: My Move

Others Series 3177

MAJLIS hari jadi kali ini lebih merimaskan Queen daripada biasa. Dengan kehadiran Elias yang tak disangka-sangka sebagai waiter, dan Hailey yang setia di sebelahnya macam bodyguard peribadi, kepalanya dah cukup serabut.

Dan seolah-olah tak cukup drama, suara yang paling malas dia nak dengar muncul di tengah-tengah suasana itu.

“Queen, lama tak jumpa! Kau sihat?”

Queen mengerling sekilas. Suara itu—cukup buat dia rasa menyampah.

Renese.

Perempuan itu tanpa segan silu duduk berhadapan dengannya. Seperti biasa, dia dalam gaya ‘hot mama’, dengan anak kecil di pangkuan. Senyumannya penuh makna, mata bercahaya seolah-olah mahu menyampaikan sesuatu yang dia sendiri rasa ‘bernilai’.

“Aku teringin nak tengok kau bahagia macam aku,” kata Renese, sambil mengusap kepala anaknya. “Bila kau nak kahwin, Queen?”

Hailey yang duduk di sebelah Queen, dah boleh rasa aura bakal perang. Dia cuba menahan ekspresi wajahnya supaya tetap profesional, tapi dalam hati, dia tahu ini akan jadi sesuatu yang menarik.

Queen angkat kepala perlahan-lahan, matanya tepat memandang Renese. Senyum nipis terukir di bibirnya. “Kau nak aku kahwin macam kau?”

Renese angguk penuh yakin. “Ya lah. Tengok aku, dah ada suami, ada anak.”

Queen ketawa kecil. Satu tangan mencapai gelas minumannya, sambil matanya meliar ke jari manis Renese. Ada cincin di situ. Cincin yang sangat dikenalinya.

“Ohh… suami kau,” katanya perlahan, hampir berbisik. “Yang semalam aku nampak kat hotel dengan perempuan lain tu?”

Darah serta-merta hilang dari wajah Renese.

Hailey menggigit bibir, cuba menahan gelak. Oh my god.

Queen hanya memerhati perubahan reaksi Renese dengan senyuman kecil penuh kasihan. “Sayang… Kau sibuk nak aku kahwin, tapi suami kau sendiri sibuk ‘menyibukkan diri’ dengan perempuan lain.”

Renese gelabah. “Aku… Kau salah orang kot!”

“Oh, really?” Queen buat muka tidak percaya sebelum mencapai telefonnya dari atas meja. Beberapa klik dan dia sudah menemui apa yang dicari. “Nah, tengok gambar ni. Sama tak?”

Mata Renese membulat. Dia diam, tangan yang tadi mengusap kepala anaknya kini menggenggam kain dressnya dengan kuat.

Queen menyandar santai, tidak tergesa-gesa. “Next time, sebelum nak sibuk hal hidup aku, pastikan laki kau tak sibuk dengan perempuan lain.”

Hailey tepuk dahi, cuba menahan tawa. This is too good.

Renese tanpa kata terus berdiri, mendukung anaknya, kemudian melangkah pergi dengan langkah tergesa-gesa.

Queen menghirup minumannya perlahan. “Hailey, remind me to send gambar ni dekat sepupu-sepupu lain.”

Hailey akhirnya tergelak. “Noted, Miss Queen.”

Queen tersenyum penuh makna. “Aku cuma bagi dia reality check.”

Queen menarik nafas perlahan selepas ‘insiden’ tadi. Renese dah angkat kaki dengan muka merah padam, tapi sekarang bukan masanya untuk dia berpuas hati. Dia masih mencari kelibat Elias.

Matanya menyapu seluruh dewan, tetapi Elias sudah tiada di sana. Hailey di sebelah turut perasan dan berbisik perlahan. “Dia masuk ke dalam.”

Queen mengangkat kening sedikit. Tanpa menunggu, dia bangun untuk pergi dari situ, tetapi langkahnya terhenti bila terdengar suara tegas yang sangat dia kenal.

“Jangan mimpi nak pergi ke mana-mana, Queen.”

Queen menutup mata sekejap. Great. Madam Constance.

Neneknya berdiri tidak jauh, menatapnya dengan mata tajam. “Aku baru nak cakap dengan kau pasal perangai kau tadi, kau dah nak lari pula.”

Queen tersenyum nipis, malas nak layan. “Nenek, aku ada hal.”

“Hal apa yang lebih penting daripada keluarga kau?” Nada Madam Constance penuh teguran. “Renese tu ada suami, ada anak, tahu tanggungjawab. Kau? Masih sendirian, masih sombong, masih Queen yang sama.”

Queen mendongak sedikit, matanya tajam memandang wanita tua itu. “Nenek nak aku jadi macam Renese? Pura-pura bahagia dengan laki yang curang?”

Madam Constance mendengus. “Paling tidak, dia ada keluarga.”

Queen ketawa kecil. “Aku lebih rela sendiri daripada kena berlakon.”

Madam Constance menggeleng, matanya masih meneliti cucunya. “Kau terlalu keras kepala, Queen.”

Queen mendekat sedikit, suaranya rendah tetapi cukup tajam. “Aku keras kepala sebab aku tahu apa yang aku nak, nenek.”

Dia tak tunggu lama. Dengan penuh yakin, dia melangkah pergi, langsung tak peduli pada renungan tajam neneknya. Ada hal lain yang lebih penting sekarang—Elias.

Hailey mengekori dari belakang, tak bersuara, tapi dia tahu. Queen ada misi lain malam ni.

Queen melangkah ke belakang penthouse dengan langkah tergesa-gesa. Hailey yang setia di belakangnya terpaksa berhenti apabila Queen menoleh sedikit dan berkata dengan tegas, “Tunggu sini.”

Hailey mengangguk tanpa banyak soal.

Queen meneruskan langkahnya ke dalam lorong kecil di belakang penthouse itu, matanya liar mencari kelibat Elias. Nafasnya sedikit sesak, bukan kerana penat, tetapi kerana—

Tiba-tiba, lengannya ditarik ke tepi.

Queen hampir terjatuh, tetapi tubuhnya segera ditahan oleh seseorang. Jari-jari kuat menggenggam lengannya, membawa dia ke sudut yang lebih tersembunyi di ruangan itu.

Jantung Queen berdegup kencang. Bukan kerana terkejut—tapi kerana dia tahu siapa pemilik sentuhan itu.

Elias.

Lelaki itu berdiri di hadapannya dengan wajah bersahaja, mata hitamnya yang tajam penuh dengan sesuatu yang Queen sendiri tidak mahu tafsirkan sekarang.

Queen mendongak, cuba melepaskan lengannya dari genggaman Elias. “Lepas.”

Elias tidak berganjak. Senyum sinisnya bertambah lebar. “Kenapa cari aku?”

Queen mendengus kecil, memalingkan wajahnya ke tepi. “Siapa cakap aku cari kau?”

Elias ketawa perlahan. “Oh, jadi kau ke sini semata-mata nak tengok dapur nenek kau?”

Queen mengetap bibir. Dia benci bila Elias membaca dia dengan mudah macam ni.

Elias semakin dekat, suaranya perlahan tapi cukup menusuk, “Aku tahu kau rindu aku.”

Queen memandang lelaki itu dengan renungan tajam. “Jangan perasan.”

Elias mengangkat bahu, masih dengan senyumannya yang menyakitkan hati.

Queen tahu dia tak ada masa untuk main tarik tali ni. Elias perlu jadi boyfriendnya sekarang, sekurang-kurangnya di hadapan Madam Constance.

“Elias,” Queen bersuara, nada lebih lembut. “Jadi boyfriend aku.”

Kening Elias terangkat. “No.”

Queen hampir kehilangan kesabarannya. “Elias.”

Lelaki itu masih dengan ekspresi tak berperasaan. “Apa aku dapat?”

Queen mengetap bibir. Elias bukan jenis yang akan tunduk dengan mudah. Dia tahu itu.

Elias menyandarkan diri ke dinding, matanya berkilat dengan sesuatu yang berbahaya. “Kau tahu, Queen…” Jemarinya perlahan-lahan mengira sesuatu di udara, seolah-olah sedang menyelesaikan masalah matematik yang kompleks. “Jika aku kira dengan tepat, peluang kau untuk pujuk aku tanpa ada pulangan kepada aku adalah kosong perpuluhan kosong satu peratus.”

Queen mendengus. “Apa kau merepek?”

Elias tersenyum, tangannya masih menulis angka-angka yang hanya dia faham. “Statistik mengatakan, dalam permainan dua hala, bila satu pihak terlalu terdesak, pihak yang satu lagi akan mendapat leverage.” Elias memandang Queen, matanya tajam, “Dalam kes ini, leverage itu aku.”

Queen telan liur.

“Sebab tu,” Elias menyambung, “jika kita samakan keadaan ni dengan teori Nash Equilibrium, kau tak ada pilihan lain selain—” Elias berhenti seketika, mendekatkan wajahnya ke Queen, suaranya semakin perlahan, “bersetuju dengan syarat aku.”

Queen rasa mukanya panas.

Elias tersenyum lagi, tangannya menyentuh dagunya seolah-olah sedang meneliti data. “Satu malam. Itu je aku nak. Dan kau dapat apa yang kau mahu.”

Queen mengerutkan dahi. “Kau… Kau ingat kau siapa?”

Elias mengangkat bahu. “Matematik tak pernah salah, Queen.”

Queen tahu dia kalah kali ini. Dia tahu Elias sedang mempermainkan egonya, menjadikan dia subjek dalam teori-teori logiknya yang menjengkelkan tapi… menggoda.

Nafas Queen naik turun perlahan.

“Okey,” katanya akhirnya, dengan nada rendah yang hampir tidak kedengaran.

Elias tersenyum puas. “Good girl.”

MADAM Constance berdiri anggun di atas pentas kecil, di hadapan sekumpulan tetamu berpengaruh yang memenuhi dewan penthouse itu. Suaranya tegas, penuh keyakinan, seperti seorang ratu yang mengatur permainan.

“Sebagai wanita yang sudah lama melihat dunia,” katanya, “aku hanya mahukan yang terbaik untuk cucu perempuanku. Dan hari ini, aku mahu memperkenalkan seseorang—lelaki yang aku yakin mampu membimbingnya ke arah kehidupan yang lebih stabil.”

Semua orang bertepuk tangan.

Di sebelahnya, Dominic tersenyum penuh keyakinan, berdiri dengan postur yang hampir sempurna. Dia adalah definisi sebenar lelaki dari novel romantik klise—tinggi, berotot, rahang segi empat yang nampak seperti diukir dengan precision. Wajahnya licin seperti baru keluar dari sesi grooming paling mahal di dunia. Suit yang dipakainya melekap kemas, menonjolkan badan atletiknya yang boleh buat perempuan lemah lutut.

Dan malam ini, dia adalah calon pilihan Madam Constance untuk Queen.

Dominic menoleh ke arah hadirin, memberi senyuman separuh menggoda, separuh bangga.

Tapi sebelum dia sempat membuka mulut—

“Sorry, nenek. Aku dah ada lelaki.”

Suara itu memecah keheningan dewan.

Semua mata berpaling ke arah pintu masuk penthouse.

Dan di sana—

Queen berjalan penuh megah, tersenyum puas sambil memaut erat lengan Elias.

Dewan yang tadinya riuh mula sunyi.

Elias, yang kini memakai suit gelap yang fit dengan tubuh tingginya, tampak seperti dia pemilik sebenar tempat ini. Dasi hitam yang terikat longgar di lehernya, rambutnya tersisir sedikit berantakan tapi masih cukup rapi untuk kelihatan effortlessly attractive. Mata tajamnya hanya fokus ke hadapan, tidak mempedulikan sesiapa, seolah-olah dia bos dalam majlis ini.

Queen?

Dia menikmati setiap detik ini.

Langkahnya penuh gaya, seakan berjalan di atas pentas peragaan.

Mata-mata tetamu melekat pada mereka berdua—lebih tepat, pada Elias yang entah dari mana tiba-tiba muncul sebagai ‘milik’ Queen.

Dominic yang tadi yakin kini mengetap rahang (yang segi empat itu), jelas tidak berpuas hati.

Madam Constance pula… hampir menjatuhkan mikrofon.

“Apa maksud kau, Queen?” Madam Constance bersuara, cuba mengawal ekspresi terkejutnya.

Queen tersenyum lebih manis, dan dengan gaya penuh dramatik, dia merapatkan tubuhnya lebih dekat kepada Elias, memegang lengan lelaki itu seolah-olah dia satu-satunya lelaki di dunia.

“Maksud aku,” katanya perlahan tapi cukup kuat untuk didengar semua orang, “aku dah ada lelaki aku sendiri.”

Elias mengangkat kening, tapi tetap diam, membiarkan Queen menikmati lakonannya.

Suasana tegang.

Dominic memandang Queen dengan pandangan tidak percaya, sebelum matanya beralih ke Elias. “Kau siapa?” suaranya sedikit kasar.

Elias akhirnya bersuara, senyumannya tipis tapi cukup tajam untuk menusuk ego sesiapa sahaja.

“Elias.”

Hanya satu perkataan, tapi cukup untuk menambah minyak ke dalam api yang baru nak menyala.

Madam Constance menarik nafas panjang, jelas cuba mengawal perasaannya. “Queen…” Nada suaranya mengandungi ancaman tersembunyi. “Ini bukan perkara yang boleh dibuat main.”

Queen mengangkat bahu, kepalanya bersandar sedikit pada bahu Elias, membuatkan lelaki itu melirik ke arahnya dengan ekor mata.

“Aku tak main-main,” Queen berkata dengan nada selamba, sebelum tersenyum lebih lebar. “Kan, sayang?”

Elias sempat berfikir beberapa saat sebelum membalas dengan satu anggukan perlahan.

“Hmm.”

Dominic menggeleng kepala sedikit, ketawa sinis. “Kau fikir aku percaya ni semua?” Dia memandang Queen dengan tajam. “Kau ni desperate sangat sampai sanggup buat fake relationship?”

Queen mendongak, wajahnya masih tersenyum tapi matanya kini berbahaya. “Kalau ya pun, at least aku tak desperate sampai nak kahwin sebab nenek aku suruh.”

Dominic mengepal tangan di sisi.

Madam Constance mengetap gigi.

Dan Elias?

Dia masih berdiri di situ, tenang, seperti seorang pemerhati yang menikmati drama tanpa perlu berkata apa-apa.

Tapi Queen tahu—walaupun Elias tak bersuara, aura lelaki ini cukup kuat untuk menenggelamkan sesiapa yang cuba menandinginya.

Dan itulah yang buat Dominic semakin marah.

Game on.

Okay guys. Ada benda yang saya tunggu sebelum nak publish lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience