11: Nakkan Kau

Others Series 3177

“Kenapa seksi ni?”

Queen tersenyum tipis, meletakkan gelas wain di meja di hadapan Elias sebelum melipat tangan di dada.

“Kau takut?”

Elias ketawa kecil, mengangkat gelasnya perlahan sebelum meneguk sedikit.

“Nope.”

Queen mengangkat dagu, mencabar. “Baguslah. Sebab aku pun tak suka lelaki yang penakut.”

Elias meletakkan gelasnya semula di meja, lalu bersandar dengan lebih santai.

“Tapi aku rasa kau yang takut.”

Queen menyempitkan mata. “Excuse me?”

Elias tersenyum nakal, matanya turun naik dari wajah Queen ke tubuhnya, kemudian kembali ke matanya semula.

“Kalau kau betul-betul nak uji aku… why not go all the way?”

Queen menggigit bibir bawahnya sedikit, hatinya berdebar. Damn it, kenapa dia rasa macam dia yang sedang diuji sekarang?

Queen mendongak sedikit, meneguk wain yang masih berbaki dalam gelasnya. Sensasi hangat mula menjalar ke tubuhnya, membuatkan fikirannya sedikit berani. Matanya jatuh pada Elias, yang masih berdiri santai di depannya, dua tangan dalam poket, bibir mengukir senyuman penuh teka-teki.

Dia nampak… muda. Casual. Tak ada aura lelaki yang desperate atau terdesak nak rebut peluang. Itu yang buat Queen rasa lebih tergugat. Kalau Elias menggoda, mungkin dia boleh ketawa dan mempermainkan lelaki itu. Tapi ini? Lelaki itu seperti sedang menunggu… mencabar.

Queen mengerling ke arah cermin besar di belakang Elias, refleksi dirinya kelihatan dalam gaun yang membalut tubuhnya dengan sempurna. Dalam hatinya, dia berkata, Why not?

Dengan gerakan penuh yakin, dia menyentuh tali gaunnya, bersedia untuk melonggarkan sedikit, sekadar mahu menguji reaksi Elias. Tapi sebelum dia sempat menariknya, tangan Elias sudah lebih dulu menyentuh pergelangan tangannya, menghalang gerakannya.

Queen mengangkat kening, tercengang. “Aik, tadi kau cakap nak, sekarang kau menghalang pula?”

Elias tersenyum nipis, jari-jarinya masih melingkari pergelangan tangan Queen, genggamannya cukup kuat untuk menghentikan gerakan, tapi tidak menyakitkan.

“Aku kata aku nak kau kotakan janji.”

Queen mengerutkan dahi, “Dan ini bukan janji aku?”

Elias ketawa kecil, melepaskan pegangan sebelum bersandar pada meja bar. “Kalau kau buat sesuatu sebab alkohol, itu bukan janji. Itu shortcut.”

Queen menyempitkan mata, mendekat sedikit dengan nada mencabar. “Oh? Jadi kau nak aku buat dalam keadaan waras, ya?”

Elias mengangkat bahu, “Kalau itu satu cabaran untuk kau, then yeah.”

Queen mengetap bibir. Damn it. Kenapa rasa dia yang sedang diperangkap sekarang?

Elias mengangkat tangan, jemarinya perlahan menyentuh helaian rambut yang jatuh di pipi Queen, menyelaknya ke belakang telinga dengan gerakan yang terlalu lembut, seolah-olah dia sedang menangani sesuatu yang berharga. Sentuhan itu sekejap saja, tapi cukup untuk membuatkan Queen kaku seketika.

Dia hanya menatap Elias, tetapi entah kenapa, matanya secara refleks jatuh ke bawah. Matanya meneliti, mencari kepastian. Wait…?

Keningnya berkerut sedikit. Tak ada perubahan? Tak ada bentuk naik?

Queen mengangkat semula wajahnya dengan perasaan bercampur-baur. Dia separuh yakin Elias cuma sedang mengawal diri, tapi dalam masa yang sama, apa lelaki ini betul-betul… tak terangsang?

Elias ketawa rendah, matanya berkilat dengan kepuasan melihat reaksi Queen. Dia tahu apa yang Queen sedang perhatikan.

“Tak semudah itu, Queen.”

Perlahan-lahan, Elias melangkah lebih dekat. Queen tak bergerak, tapi nafasnya tertahan seketika bila lelaki itu mendekatkan wajah ke telinganya. Seolah-olah nak berbisik sesuatu.

Tapi dia tak cakap apa-apa. Nafasnya saja yang terasa hangat di kulit Queen, buat bulu roma wanita itu sedikit meremang.

Kemudian Elias mengangkat tangan, jemarinya menyentuh rantai yang melingkari leher Queen. Main-main dengan loket yang tergantung di situ.

Queen masih menanti.

Elias senyum lagi, satu senyuman yang buat Queen rasa tercabar. Dua jarinya perlahan mengangkat dagu Queen, buat mata mereka bertaut.

“You don’t get to control me, Queen.”

Queen nak balas, tapi belum sempat dia buka mulut, Elias terus tunduk dan menyentuh bibirnya.

Ringan saja.

Sekadar sentuhan lembut, cukup untuk buat Queen terdiam, tapi tak cukup untuk memuaskan hati dia.

Sial betul lelaki ni!

Bibir Elias melukis senyum ketika dia melepaskan ciuman itu. “Consider that a teaser.”

Queen masih dalam keadaan terkejut, tak boleh proses apa yang baru jadi.

Elias pula? Dia masukkan tangan dalam poket, kemudian melangkah ke pintu dengan langkah santai.

Sebelum keluar, dia sempat menoleh. “Tidurlah elok-elok. Jangan fikir aku sangat.”

Dan pintu tertutup.

Queen termenung.

Lepas tu dia letak gelas wain atas meja dengan kasar.

“Celaka.”

Tapi dia tetap senyum sendiri.

Malam masih muda, tapi Elias dah mula berjalan pulang.

Dia masukkan tangan dalam poket jaket, langkahnya santai tapi mindanya masih di penthouse tadi.

Senyuman nakal tersungging di bibir. Queen mesti tengah geram sekarang.

Namun, baru beberapa meter dia berjalan, sebuah kereta mewah hitam meluncur perlahan di tepi jalan.

Elias tak perasan.

Dia hanya sempat dengar bunyi pintu kereta terbuka sebelum tiba-tiba—

Satu tangan kasar menekup mulutnya dari belakang!

Kain basah yang sejuk menekan hidung dan bibirnya, bau kimia menusuk hidung.

Shit—!

Dia cuba melawan, tapi cengkaman pada tubuhnya kuat. Lututnya tiba-tiba rasa lemah. Nafasnya makin berat.

Matanya berpinar, pandangannya kabur.

Dunia seakan berpusing.

Suara-suara samar bergema di telinganya, tapi dia dah tak mampu nak fokus.

Dalam beberapa saat, tubuh Elias longlai.

Orang terakhir yang dia fikirkan sebelum semuanya menjadi gelap—

Queen.

***

Elias membuka mata perlahan-lahan, masih dalam keadaan separuh sedar. Kepalanya pening, kesan dari bahan kimia yang membuatnya pengsan tadi.

Tangannya terikat di belakang kerusi. Tali kasar mencengkam kulitnya, membuatnya sukar bergerak.

Dia mengerutkan dahi, memerhatikan sekeliling dengan mata yang masih sedikit kabur.

Ruangan ini luas tetapi suram. Dindingnya berpanel kayu gelap, dengan lampu malap yang mencipta bayang-bayang samar. Bau kayu tua dan asap tembakau memenuhi udara.

Di hadapannya, seorang wanita duduk dengan postur tegak.

Dia berpakaian serba hitam, dengan kain tebal yang menutup hampir seluruh tubuhnya. Tidak nampak muda, tetapi tidak juga terlalu tua. Usianya mungkin sekitar lima puluhan.

Yang paling menarik perhatian Elias adalah anting-anting merah jed yang bergantungan di telinganya, berkilau samar di bawah cahaya malap.

Dari posturnya, dia jelas seseorang yang berkuasa.

Di belakang wanita itu, beberapa lelaki bertopeng berdiri tegak seperti patung, masing-masing bersenjata.

Elias menarik nafas dalam, cuba mengawal situasi.

Wanita itu akhirnya bersuara.

“Jangan dekat dengan Queen.”

Suaranya dalam, penuh ketegasan.

Elias tersenyum tipis, meskipun kepalanya masih berpusing.

“Kenapa?” tanyanya, nada suaranya mencabar. “Kau cemburu?”

Wanita itu menghela nafas kecil, seolah-olah letih kerana perlu melayan Elias.

“Kau tak tahu siapa dia. Dan kau juga tak tahu siapa kau sebenarnya.”

Elias menyandarkan tubuhnya ke belakang, cuba untuk tidak menunjukkan kelemahan walaupun tangannya masih terikat.

“Kalau aku kata tidak?”

Wanita itu mengangkat sebelah keningnya, sebelum bangun dari tempat duduknya.

Bunyi tapak kasutnya perlahan, hampir tidak kedengaran ketika dia menghampiri Elias.

Dengan gerakan yang tenang, dia bersandar sedikit, membiarkan suara rendahnya berbisik di tepi telinga Elias.

“Kau akan menyesal.”

Dia memberi isyarat jari.

Salah seorang bodyguardnya melangkah ke depan dan menghentak perut Elias dengan kuat.

“Ugh—!” Elias mengerang, tubuhnya melentik ke depan akibat impak itu.

Belum sempat dia menarik nafas, satu tumbukan lagi mendarat di pipinya. Rasa besi di dalam mulutnya—darah.

Darah hangat mengalir dari bibirnya, menitik ke lantai.

Wanita itu memandangnya dengan tenang, seolah-olah dia hanya seekor serangga yang boleh dipijak pada bila-bila masa.

“Itu hanya amaran.”

Suara wanita itu dingin, tanpa emosi.

“Jangan cabar aku.”

Elias menggertakkan giginya, menahan kesakitan.

Dia memandang wanita itu, matanya masih menyala dengan kebencian.

Tapi dia tahu—buat masa ini, dia tidak boleh melawan.

Wanita itu berbalik, memberikan satu lagi isyarat dengan jarinya.

Satu lagi tumbukan mendarat di perutnya. Elias merasakan udara seakan terhenti di paru-parunya.

Seketika kemudian, semuanya kembali gelap.

***

Jam di dinding menunjukkan angka 3:00 AM.

Queen terjaga dengan nafas tercungap-cungap.

Keringat dingin membasahi dahinya, jantungnya masih berdegup laju.

Mimpi tadi...
Apa yang dia mimpi tadi?
Wajah seseorang… kabur… suara yang berbisik…
Tapi perasaan itu masih melekat—sesuatu tidak kena.

Queen mengusap wajahnya perlahan, cuba menghilangkan rasa gelisah yang menyesakkan dada.

Dia menghela nafas panjang dan bangun dari katil. Langkahnya perlahan menuju ke dapur.

Satu gelas air sejuk. Itu saja yang dia perlukan sekarang.

Bunyi detik jam terasa lebih kuat dalam keheningan penthouse mewahnya.

Ketika dia meneguk air dari gelas kaca, tiba-tiba…

Perasaan itu datang lagi.

Seperti ada mata yang memerhatikan.

Queen menghentikan pergerakan.

Ada seseorang di sini?

Perlahan, dia berpaling ke arah ruang tamu yang hanya diterangi oleh lampu malap.

Matanya mencari sesuatu di dalam gelap.

Tapi tiada sesiapa.

Kosong.

Queen menghela nafas lega—mungkin hanya perasaan dia sahaja.

Tapi hatinya…
Entah kenapa, hatinya terasa tak sedap.

Tanpa dia sedar, jemarinya menggenggam erat gelas di tangan.

Seketika kemudian, dia tersentak dengan fikirannya sendiri.

Elias.

Kenapa tiba-tiba dia teringat lelaki itu?

Kenapa ada rasa aneh menusuk dalam dadanya?

“Tidurlah elok-elok. Jangan fikir aku sangat.”

Teringat kata-kata Elias sebelum mereka berpisah tadi, Queen mengerutkan dahi.

Huh.

Apa yang aku fikir ni?

Dia mendengus kecil dan menggelengkan kepala.

Queen meletakkan gelas ke sinki dan melangkah kembali ke bilik.

Dia tidak mahu fikirkan apa-apa lagi.

Tapi hakikatnya, fikiran itu sudah pun mengganggu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience