Bacaan Matang. Queen—pewaris muda yang memiliki segalanya. Kekayaan, kuasa, kecantikan—semuanya dalam genggaman. Penthouse mewah di serata dunia, jenama fesyen eksklusif, dan black card tanpa had. Tapi ada satu perkara yang dia tak pernah dapat… RASA. Kemalangan yang meragut ibu bapanya dan dia satu-satunya terselamat, bukan sekadar meninggalkan trauma, tetapi sesuatu yang lebih dalam—kehilangan nafsu. Tiada keinginan, tiada getaran, tiada detik di mana hatinya berdegup lebih laju kerana sentuhan seorang lelaki. Dan itu masalah besar… kerana pewaris sepertinya perlu berkahwin dan menghasilkan waris. Kini, lima lelaki penggoda terbaik dari agensi elit berdiri di hadapannya—dihantar untuk ‘mencairkan’ ais yang membeku dalam dirinya. Suit ketat, senyuman menggoda, dan suara serak-serak basah yang kononnya mampu menggoyahkan sesiapa. Tapi bagi Queen? Penthouse, Midnight Hailey menuang wine ke dalam gelas kristal sambil menjeling ke arah lelaki-lelaki yang sedang menunggu giliran untuk menghadap Queen. Semua nampak yakin. Semua fikir mereka mampu buat Queen jatuh ke dalam pelukan mereka. Queen: “So… kau orang ni semua professional?” Seorang lelaki tinggi dengan mata tajam melangkah ke depan. “Kami yang terbaik. Percayalah, lepas ni—” Queen mengangkat tangan, memotong ayatnya. “Jangan buang nafas. Aku cuma nak kau tahu satu benda.” Dia meneguk wine perlahan sebelum bersandar ke sofa. Queen: “Aku tak berminat.” Senyap. Lelaki itu mengangkat kening, kelihatan sedikit tercabar. “Belum cuba, belum tahu.” Queen tersenyum sinis. “Dah cuba. Dah tahu. Dah bosan.” Hailey tersenyum nipis, tahu bahawa malam ini akan jadi satu lagi kegagalan bagi mereka. Queen meletakkan gelasnya dan bangkit berdiri. Tumitnya berdetak perlahan di lantai marble. Queen: “Jadi sebelum kau orang buang masa lagi… pintu keluar di situ.” "Perempuan Tanpa Nafsu"—Sebuah kisah tentang kehilangan, kuasa, dan dilema seorang wanita yang memiliki segalanya… kecuali sesuatu yang paling asas."
Update 28 April 2025
2025-04-27 1 Replies
Wowww Queen dah tergoda...nak tapi malu tu Elias...hahaha
2025-04-09 1 Replies
oppsss ttba terlintas kisah lalu ye Queen...kenapa Elias tanya camtu...biasalah Queen egonya berpisah tiada...iyeke xde sensasi....cuba dekat lagi Elias...hahaha
2025-04-02 1 Replies
nth2 geng nenek puaka tu yg tumbuk Elias takut rahsia terbongkar kalau Elias kawin dgn Queen..hahaha ko igt senang2 ke si Queen tu nak serah diri kahwin dgn jantan playboy tu..igt hadap sangat harta ko tu...nak sgt dia kawin kan..tunggu dan lihat siapa pilihan Queen...hehehe