Sunyi. Itu yang Queen rasa sejak beberapa hari ini. Hailey masih bercuti—takkan nak ganggu dia? Elias pula... Takkan dia menghilang terus lepas bagi kiss sekilas tu? Aduh! Queen mendengus. Dia keluar semula dari studionya, walaupun belum tengah hari.
Langkahnya hampir bertembung dengan seorang lelaki bertubuh sasa, berbau seperti dia mandi dalam perfume satu botol penuh—atau sepuluh. Mata Queen mengecil. "Apa kau buat kat sini?"
Dominic. Lelaki itu tersengih santai, seperti biasa.
"Relax, babe. Kau nampak aku sebagai penceroboh ke?"
"Dah sah-sah kau masuk studio aku sesuka hati. Aku tak bagi kau masuk."
"Alaa, jangan garang sangat. Aku datang dengan someone special untuk kau."
Queen sempat mengerut dahi sebelum suara lembut tapi penuh autoriti menyapa telinganya.
"Aku yang benarkan dia masuk."
Aduh. Orang tua ni pula.
Madam Constance, neneknya, berdiri di sisi Dominic dengan wajah tenang, tetapi matanya tajam seperti biasa. Wanita itu sentiasa nampak berkelas dan terjaga, seolah-olah tiada satu urusan dunia yang boleh mengganggunya.
"Ikut aku," arah Madam Constance. "Kita makan tengah hari dan berbincang sesuatu yang penting."
Queen tak suka nada itu. Sesuatu yang penting dari Madam Constance biasanya bukan benda yang dia mahu dengar.
"Perlu ke bawa lelaki ni sekali?" dia tujukan kepada Dominic yang tersengih macam buat iklan ubat gigi.
"Yes."
Queen hanya mampu mendesis. Kalau neneknya sudah berkata begitu, tiada guna membantah.
***
Mereka bertiga berada di sebuah restoran Jepun. Meja mereka eksklusif, tersembunyi dari pelanggan lain. Seorang lelaki berambut kemas, berpakaian segak dengan gaya seorang profesional duduk di hadapan mereka. Queen tak kenal dia, tetapi dia nampak terlalu rasmi untuk perbincangan biasa.
"Queen, ini Aley." Madam Constance memperkenalkan lelaki itu. "Peguam aku."
Queen semakin tak sedap hati.
"Tujuan perjumpaan ini," Aley memulakan, "berkaitan dengan hak waris yang masih ada untuk anak-anak Madam Constance, yang akan diturunkan kepada cucu-cucu yang sudah berkeluarga."
Queen tersentak. Dia tahu neneknya kaya, tapi ini kali pertama isu warisan dibangkitkan secara langsung.
"Seperti yang kau tahu," Madam Constance bersuara, nadanya seperti sedang mendidik seorang kanak-kanak. "Aku ada tiga orang anak lelaki. Semuanya sudah berkahwin. Salah seorang daripada mereka ialah ayah kau."
Napas Queen terasa berat tiba-tiba. Kenangan pahit itu datang menikam dadanya. Kematian ibu bapanya dalam kemalangan bertahun-tahun lalu masih sesuatu yang sukar untuk dia hadam, walaupun dia takkan pernah tunjukkan kepada sesiapa.
"Hak waris untuk ibu bapa kau, sepatutnya turun kepada kau," sambung Madam Constance, tenang seperti biasa. "Tapi sayangnya, ia tersekat."
"Sebab?" Queen akhirnya bersuara, walaupun dia sudah boleh teka.
Aley menghela nafas kecil. "Harta itu hanya akan diberikan kepada waris yang mempunyai keluarga sendiri. Setakat ini, Miss Queen masih belum berkahwin dan tiada anak, maka hak itu tidak boleh dituntut. Dalam kata lain, jika tiada perubahan, bahagian warisan itu akan diagihkan sama rata kepada saudara kau yang lain."
Sial. Mata Queen mengecil.
"Jadi ini sebabnya kau bawa aku ke sini?" Queen bersandar, menyilangkan tangan. "Nak aku kahwin supaya aku dapatkan hak aku sendiri?"
"Bukan sekadar kahwin." Madam Constance meneguk tehnya dengan tenang. "Kau perlu ada anak."
Queen ketawa sinis. "Oh wow. Macam beli barang, kan? Kahwin, dapatkan anak, dan tadaa, warisan aku jadi milik aku?"
"Lebih kurang."
Queen mendesis. "Dan siapa yang kau nak aku kahwini?"
Senyuman Madam Constance berbahaya. Dia mengangkat satu tangan dan menuding ke arah Dominic, yang sejak tadi menikmati makanannya tanpa sebarang reaksi.
"Dia."
Queen terkedu. Matanya membulat. Sementara Dominic hanya mengangkat kening dengan senyuman playboynya.
"So, babe," Dominic meneguk airnya, matanya bersinar penuh makna. "Bila nak kahwin?"
Queen menepuk meja dengan kuat hingga sumpit di pinggan Aley melantun ke tepi. Serentak, beberapa pelanggan restoran menoleh ke arah mereka. Ada yang bisik-bisik, ada yang pura-pura sibuk dengan makanan sendiri, tapi jelas—mereka semua sedang mendengar.
Queen mengangkat wajah, memandang Madam Constance dengan tajam.
"Kahwin? Anak?" suaranya sedikit bergetar, bukan kerana takut, tetapi menahan bara yang semakin menyala. "Jadi itu cara kau tentukan siapa yang layak dapat hak dalam keluarga ni? Hanya sebab aku tak ada suami dan anak?"
Matanya menikam Aley yang sedang membetulkan cermin mata, seakan sedang menyusun ayat untuk membalas. Queen ketawa sinis.
"Tak sangka, nenek. Aku ingat aku ni cucu kau, bukan aset pelaburan yang kau boleh jual-beli sesuka hati."
Dominic, yang sejak tadi bersandar dengan wajah malas, tersenyum tipis. Seakan terhibur melihat reaksi Queen.
"Relax, babe. It’s just a contract. Win-win situation, kan?"
Queen mengalihkan pandangannya ke arah lelaki itu.
"You think this is funny, Dominic?" suaranya mendatar, tapi cukup membuat senyuman lelaki itu pudar sedikit.
Madam Constance menghela nafas perlahan. "Queen, ini bukan tentang suka atau tidak. Ini tentang hak kau yang aku cuba pertahankan. Kalau kau tetap keras kepala, semua ni akan jatuh ke tangan orang lain."
Queen ketawa perlahan, matanya berkilat.
"Lucu, nenek. Sebab dari awal lagi, aku tak pernah rasa aku ada hak dalam keluarga ni."
Queen mengangkat dagu, menyarung semula kaca mata hitamnya dengan gaya penuh angkuh. Tanpa menoleh lagi ke arah Madam Constance, Dominic, atau Aley, dia bangkit dari tempat duduknya, mencapai beg tangan dengan sekali hayun, dan melangkah keluar dari restoran dengan penuh gaya.
Bahu tegak, langkahnya teratur—bukan melarikan diri, tetapi meninggalkan mereka dalam debu kekecewaan. Biarkan mereka duduk di situ, hadap meja makan yang terasa lebih sepi tanpa kehadirannya.
Dia memandang kereta sport hitamnya terbuka dengan satu klik halus. Belum sempat dia nak masuk,seseorang muncul di sisinya dengan aura yang menikam.
Queen mengetap bibir. Jangan-jangan Dominic? Atau Aley?
Dia menoleh ke sisi—tapi sebaik saja dia berpaling, lengannya ditarik kasar!
"Hey!"
Seseorang dalam hoodie gelap, wajah terlindung bayangan, menarik pergelangannya dan mengheretnya pergi dari situ. Queen cuba meronta, tapi genggaman lelaki itu terlalu kuat.
"Lepas! Kau siapa—"
"Jangan buat bising," suara lelaki itu berbisik tajam, nada mendesak.
Darah Queen berderau. Dia bukan perempuan yang mudah ditakutkan, tapi situasi ini membuatkan adrenalinnya memuncak. Kakinya cuba menghentak tanah, tetapi kasut tumit tingginya bukan sekadar aksesori—itu senjata.
Sebaik mereka sampai ke lorong kecil yang agak tersembunyi dari pandangan orang ramai, Queen bersedia. Tanpa fikir panjang, dia menghayun kakinya ke arah lelaki itu, tumit 5 inci sedia menembus daging kalau perlu.
Namun sebelum dia sempat menyentuh sasaran, lelaki itu mengangkat kedua-dua tangannya, menarik hud ke belakang.
"Queen, berhenti."
Suara itu.
Queen terpaku.
Lelaki di hadapannya—Elias.
Queen terkedu seketika. Tangan besar Elias menutup mulutnya, matanya liar memerhati sekeliling seperti seseorang sedang memburu mereka.
Apa yang berlaku sebenarnya? Sejak bila lelaki di hadapannya ini kelihatan… takut?
Dada Queen berombak kecil. Dia bukan jenis mudah panik, tetapi situasi ini benar-benar aneh.
Namun, matanya segera menangkap sesuatu yang lebih membimbangkan.
Lebam. Luka.
Di pipi Elias, di sudut bibirnya yang merekah sedikit. Ada juga kesan calar di sisi rahangnya.
Darah Queen terasa seakan membeku.
“Elias…” Dia menepis tangan lelaki itu dengan kasar, wajahnya berubah tegang. "Apa yang dah jadi?"
Tanpa menunggu jawapan, Queen terus meraih dagu Elias, menolehkan wajahnya ke kiri dan kanan, memeriksa setiap inci. Jarinya menyentuh luka di hujung bibir lelaki itu, sebelum tangannya turun ke leher, ke dada…
Bahu Elias yang pejal terasa lebih tegang dari biasa.
Queen terus meraba tubuh lelaki itu, mencari sebarang tanda lain—tapi Elias tiba-tiba menghela nafas panjang, matanya separuh tertutup.
"Kalau ya pun tak sabar…" Suaranya rendah, nakal. "Buat la di bilik nanti, kalau kau nak."
Queen terkedu.
Jantungnya yang tadinya penuh kerisauan kini melonjak ke arah lain pula.
"Elias!" Queen menumbuk dada lelaki itu, separuh geram, separuh… entah. "Aku serius!"
Elias tersengih, meskipun wajahnya jelas menunjukkan rasa sakit. “Aku pun serius.”
Selamat bercuti semua. Jemput baca :)
Share this novel