Doktor Mala meletakkan pen sambil bersandar ke kerusi, gaya orang yang dah terlalu biasa dengar masalah klien.
“Queen, kehilangan nafsu selepas trauma ni bukan benda luar biasa. Mungkin kita boleh cuba terapi hormon atau—”
“Skip,” Queen potong cepat. “Terus ke solusi yang lebih… practical.”
Doktor Mala mengangguk sedikit. “Okay. Awak boleh cuba pendekatan psikologi. Mungkin ada faktor emosi yang menyebabkan—”
Queen menongkat dagu. “Doktor. Saya pernah bercinta. Saya pernah ada lelaki dalam hidup saya. Saya pernah tidur dengan mereka.” Dia menghela nafas, jari mengetuk meja. “Tapi sekarang? Saya tengok lelaki, saya cuma nampak bil hospital.”
Doktor Mala tersenyum kecil. “Jadi… awak rasa bosan?”
Queen bersandar. “Saya rasa macam iPhone tanpa bateri.”
Doktor Mala ketawa kecil. “Mungkin kita kena cari charger yang sesuai?”
Queen balas senyum tipis. “Atau mungkin saya patut tukar model.”
Doktor Mala meletakkan pen di atas meja sebelum bersandar, memandang Queen dengan pandangan lebih santai.
"Tapi... sometimes, ia boleh berlaku dengan kehadiran seseorang yang cukup kuat untuk menembusi pertahanan awak."
Queen hanya menatap doktor itu.
Matanya tak berkelip, tapi dalam kepala—gambar wajah seseorang muncul.
Elias.
Queen berdehem kecil, segera mengalihkan pandangan ke fail perubatannya.
"So, basically... kena jumpa lelaki yang betul."
Doktor Mala tersenyum nipis.
"Lebih kurang macam tu."
Queen menghela nafas.
"Sial."
***
Di dalam restoran fine dining eksklusif, Queen duduk diam.
Di hadapannya, Hailey sibuk menaip di iPad—mungkin jadual meeting esok, atau harga pasaran saham.
Queen tidak bercakap.
Matanya tertancap pada satu meja tidak jauh darinya.
Sepasang suami isteri muda.
Lelaki itu menyuapkan sesudu makanan ke mulut isterinya, dan wanita itu ketawa kecil, menepuk perlahan tangan suaminya.
Tangan mereka bertaut. Ada chemistry. Ada sesuatu yang lebih daripada sekadar sentuhan.
Di sebelah mereka, seorang kanak-kanak perempuan—mungkin tiga tahun.
Mungil. Rambutnya diikat dua, dalam dress merah yang berenda.
Dia menyuapkan sudu kecil ke dalam mulutnya, sedikit comot, sebelum ketawa kecil.
Dan lelaki itu—si ayah—mengusap lembut kepala anaknya.
Senyuman dia… tenang.
Queen mengangkat gelas wine di hadapannya, meneguk perlahan.
Bukan kerana dia mabuk.
Tapi kerana dia rasa sesuatu yang lebih menyakitkan daripada mabuk.
Cemburu.
Bukan cemburu pada handbag wanita itu. Bukan pada jam tangan lelaki itu.
Bukan pada harta, bukan pada status.
Tapi pada kasih sayang yang organik.
Sesuatu yang tak boleh dibeli, tak boleh disewa, tak boleh dirancang dalam kontrak.
Sesuatu yang dia takkan pernah punya.
Tangannya perlahan-lahan menggenggam gelas wine lebih kuat.
Dan seolah-olah takdir memang suka menekan tempat luka, di sudut lain restoran—
Sepasang kekasih bercumbu di meja mereka.
Bibir bertemu bibir, tangan saling menggenggam. Langsung tak peduli orang lain di sekitar.
Queen menjeling tajam.
“Get a room.”
Hailey mengangkat kepala. “Miss Queen?”
Queen menghela nafas perlahan, cuba bertenang. “Nothing.”
Matanya melirik ke dinding restoran—dan kali ini, dia nampak pantulan wajah sendiri di cermin.
Wanita berpakaian sempurna. Mewah. Berkelas tinggi.
Tapi… di mata sendiri, dia kelihatan kosong.
Seolah-olah dirinya hanyalah patung lilin yang bernilai berjuta, tapi tak bernyawa.
Kata orang, dia boleh ada lelaki mana saja yang dia mahu.
Hakikatnya? Dia sudah cuba.
Dia cuba menaruh hati.
Cuba jatuh cinta.
Cuba benarkan seseorang mengetuk pintu hatinya.
Tapi setiap kali lelaki itu mengusap tangannya, mencium dahinya, membisikkan kata cinta…
Dia tak rasa apa-apa.
Langsung tak ada getaran, tak ada keterujaan, tak ada ‘spark’.
Seolah-olah dia bukan manusia biasa.
Dan sekarang, dia duduk di sini, di meja eksklusif yang hanya orang kaya boleh masuk—
Dengan akaun bank penuh, nama yang dihormati, kuasa yang tak boleh disentuh sesiapa…
Tapi hati yang kosong.
Queen menghela nafas kecil, menyandarkan tubuh ke kerusi, matanya melirik ke langit malam di luar tingkap.
Seperti sesuatu dalam dirinya—
Gelap. Sepi. Tak berpenghuni.
Dan sesuatu yang dia tahu…
Takkan pernah berubah.
Queen pulang seperti biasa malam itu.
KLIK.
Tombol pintu dipulas.
Queen melangkah masuk ke dalam penthouse kegemarannya. Penthouse yang paling dia sayang.
Penthouse yang menyimpan terlalu banyak hantu dari masa silam.
Dia tidak menyalakan lampu.
Tak perlu.
Dia tahu setiap inci tempat ini.
Setiap perabot, setiap sudut, setiap bayangan yang tidak kelihatan.
Matanya terus tertumpu pada satu benda di hujung ruangan.
Sebuah piano lama.
Masih di situ.
Tak terusik.
Tak pernah dia buang.
Queen berjalan perlahan, kakinya hampir tidak berbunyi.
Ujung jarinya menyentuh permukaan piano itu. Dingin.
Seperti dirinya.
Perlahan, dia duduk di bangku.
Dan sebelum jarinya menyentuh kekunci, dia dapat dengar sesuatu.
Suara ayahnya.
"Mainkan satu lagu untuk ayah, Queen."
Suara itu sepatutnya sudah hilang.
Seperti empunya tubuhnya.
Tapi malam ini, suara itu… masih ada.
Queen menarik nafas.
Dan mula bermain.
"Hold me now… I'm six feet from the edge, and I'm thinking…"
Perlahan.
Satu-satu nota mengisi ruang kosong.
Air matanya tidak jatuh.
Tapi dada dia rasa terhimpit.
Sesak.
Sebab dia tahu—
Kalau dia berpaling sekarang, tidak akan ada siapa-siapa di tepinya.
Tak ada ayahnya.
Tak ada ibunya.
Tak ada sesiapa.
Queen terus bermain.
Bibirnya bergetar, tapi suara masih cuba keluar.
"Maybe six feet ain’t so far down."
Tiba-tiba, suara itu terhenti.
Jarinya juga berhenti.
Kerana dia sedar sesuatu.
Lagu ini tidak akan pernah sampai kepada orang yang dia rindukan.
Dan mereka tidak akan pernah dengar dia lagi.
Dada Queen terasa berlubang.
Dan kali ini, air matanya jatuh.
Satu.
Dua.
Tiga.
Tapi dia tidak menyekanya.
Biarkan saja.
Malam ini, dia bukan pewaris harta.
Bukan wanita yang kuat.
Bukan seorang Queen yang dingin dan kebal.
Malam ini, dia cuma seorang anak yang kehilangan ibu bapanya.
Dan di penthouse yang paling dia suka ini—
Dia betul-betul keseorangan.
***
Pagi itu, Queen terjaga perlahan.
Matanya berat, kepalanya terasa kosong. Dia tidak ingat bila dia tertidur. Yang dia tahu, dia terjaga di atas sofa ruang tamu, masih dalam gaun sutera yang dia pakai semalam.
Cahaya matahari mula masuk melalui tingkap kaca yang luas, menerangi ruang yang sepatutnya terasa hangat… tapi baginya, tetap terasa dingin.
Dan di tengah-tengah keheningan pagi, di antara bunyi detik jam dan angin tipis yang meniup langsir—
Queen seolah-olah dapat mendengar sesuatu.
Lembut. Mendayu-dayu. Seakan-akan bisikan.
"God knows I tried..."
Bulu romanya meremang perlahan.
Dia tidak pasti sama ada lagu itu hanya bermain di dalam fikirannya, atau benar-benar berkumandang di penthouse ini. Tapi suara Lana Del Rey itu—suara yang lunak tetapi penuh kepedihan—menusuk terus ke dalam jiwanya.
"God knows I begged, Begged, borrowed and cried"
Queen mengangkat tubuhnya perlahan. Matanya masih mengantuk, tapi dadanya terasa berat.
Dia berjalan ke arah tingkap, menolak langsir ke tepi. Pandangannya jatuh ke bawah—ke bandar yang mula sibuk dengan manusia yang punya kehidupan masing-masing.
Kereta bersusun, pejalan kaki bergerak pantas, pasangan kekasih bergandingan tangan.
Dunia terus berjalan.
Dia melihat pantulannya di kaca tingkap.
Wanita yang sama.
Queen yang sama.
Tapi mata itu—mata dalam pantulan itu—nampak lebih kosong daripada semalam.
Queen menutup mata seketika, menarik nafas perlahan. Cuba mencari sesuatu dalam dirinya.
Rasa marah? Tidak.
Rasa sedih? Mungkin.
Rasa lelah? Ya.
Dan entah kenapa, lagu itu terus terngiang-ngiang di kepalanya.
"I’ve got nothing much to live for ever since I found my fame…"
Queen membuka mata.
Sial.
Betapa ironinya lagu ini terasa tepat dengan hidupnya sekarang.
Dia menghela nafas kecil, sebelum berpaling.
Sudah tiba masanya untuk berhenti berkhayal.
Hari ini—seperti hari-hari sebelumnya—dia akan bangun, bersiap, memakai wajah wanita yang punya segalanya…
Dan terus menjalani hidup seperti tiada apa-apa yang mengganggunya.
Mungkin satu hari nanti, dia akan menemui sesuatu yang boleh mengisi kekosongan ini.
Tapi bukan hari ini.
Dan mungkin—tidak akan pernah ada hari itu.
Queen baru saja mahu menarik selimut semula ketika telefonnya bergetar di meja sisi.
Dengan mata separuh tertutup, dia menghulurkan tangan, meraba-raba sebelum mencapai skrin yang menyilaukan.
Satu mesej masuk.
Hailey:
Miss Queen, agensi tu akan datang pagi ni. Mereka bawa ‘calon’ lain untuk Miss. Jangan lupa, Madam Constance akan check perkembangan nanti.
Queen mengeluh panjang, menekan wajahnya ke bantal.
Damn it.
Macam biasa.
Orang-orang ini memang tak pernah puas hati selagi dia tak ada lelaki di sisi. Berapa kali lagi dia perlu melalui sesi “menilai penggoda” yang langsung tak memberi kesan pada dia?
Satu demi satu lelaki datang dengan segala rupa dan pesona yang kononnya mampu menggoda sesiapa saja. Tapi hakikatnya?
Mereka semua sama.
Mereka akan berdiri di hadapannya dengan keyakinan penuh, cuba memikat dengan senyuman dan kata-kata manis. Ada yang berpakaian maskulin klasik, ada yang datang dengan pesona bad boy, dan ada yang terlalu berlebihan—seperti model pakaian dalam yang salah faham konsep.
Queen sudah bosan.
Tapi nak buat macam mana?
Dia tiada pilihan.
Sebab kalau dia tak turun dan menjalani sesi membosankan itu…
Ada saja seorang wanita tertentu yang akan membebel sepanjang hari tentang kenapa Queen masih single, kenapa dia tak ada waris, kenapa dia tak cuba buka hati, kenapa dia terlalu memilih, bla bla bla…
Madam Constance.
Queen menekan bantal ke mukanya, mengerang perlahan sebelum menghempaskan bantal itu semula.
"F*** this."
Dengan malas, dia bangun, mengusap wajahnya sebelum melangkah ke bilik mandi.
Masa untuk bersiap.
Masa untuk menjalani hari sebagai Perempuan Tanpa Nafsu sekali lagi.
Dan kali ini… siapakah ‘lelaki bertuah’ yang akan menjadi mangsa penilaiannya?
Entahlah.
Yang pasti, dia tetap tidak akan terkesan.
Share this novel