10: Permainan

Others Series 3177

Hailey duduk di tempat penumpang dengan tangan bersilang. Bibirnya ketat, matanya merenung keluar tingkap. Dominic di sebelah hanya senyum sinis sambil menekan butang start enjin.

Dominic menjeling. “Tak ada mood ke hari ni?”

“Aku tak suka macam ni, Dom.”

“Macam mana? Kau suka aku bila aku bagi kau keseronokan, tapi tak suka bila aku minta something balik?” Dominic bersandar santai di tempat duduk pemandu, satu tangannya memegang stereng, sementara satu lagi mengusap dagunya.

Hailey menghela nafas, masih tak pandang Dominic. “Aku buat kerja aku, kau buat kerja kau. Kita sepatutnya habis dekat situ.”

Dominic ketawa kecil. “Hailey, kau dah enjoy servis aku berapa lama? Setahun? Dua? Kau ingat benda ni percuma?”

Hailey diam.

Mata Dominic menyelidik ekspresi Hailey yang tetap tegang. “Kau suka kawal keadaan, kan? Kau suka pilih, siapa yang kau nak, bila kau nak. Tapi sekarang, aku yang pilih.”

Hailey menggigit bibirnya. “Apa sebenarnya kau nak dari aku?”

Dominic menoleh, memandangnya dengan renungan tajam. “Bantu aku dapatkan Queen.”

Hailey akhirnya memandang Dominic, dahi berkerut. “Queen bukan jenis yang boleh dimanipulasi, Dominic.”

Dominic senyum kecil. “Kau underestimate aku.” Dia bersandar, jari bermain di skrin keretanya. “Aku ada banyak cara. Tapi kau... kau shortcut aku.”

Hailey menggeleng perlahan. “Dan kalau aku tak nak?”

Dominic hanya angkat bahu sebelum menekan butang di skrin kereta. Tiba-tiba, audio mula bermain. Suara Hailey. Nafasnya. Desahannya.

Hailey kaku. “Kau gila ke?”

Dominic matikan audio itu dan senyum lagi. “No, aku cuma tahu macam mana main permainan ni.”

Hailey mengetap gigi. Dia tahu dia dah terperangkap.

*

Di Pejabat Peribadi Madam Constance.

Lampu meja menerangi kertas-kertas bertaburan di hadapannya. Jari-jemari Madam Constance sedikit menggigil saat dia memegang dokumen itu. Mata tuanya bergerak mengimbas setiap baris ayat dengan penuh teliti.

Di hadapannya, Aley, peguam kepercayaannya, duduk dengan wajah serius.

“Saya dah semak semuanya. Identiti Elias Vasper, asal usul dia, semua ada dalam dokumen itu.”

Madam Constance menelan liur. Tangannya mengusap dahi yang mulai berpeluh.

“Jadi... budak itu masih hidup.”

Aley mengangguk perlahan. “Dan sekarang, dia berada di sisi Miss Queen.”

Madam Constance mendongak, menatap Aley dengan pandangan tajam yang berbaur cemas. “Queen tahu?”

Aley menggeleng. “Setakat ini, tiada bukti menunjukkan Miss Queen sedar siapa Elias sebenarnya.”

Madam Constance bersandar ke kerusi. Nafasnya berat.

“Patutlah... patutlah hati aku rasa tak sedap sejak pertama kali aku tengok budak tu. Mata dia. Cara dia tengok Queen.”

Dia mengusap dokumen itu, matanya terpaku pada nama Elias Vasper. Memorinya kembali ke lebih dua puluh lebih tahun yang lalu...

Sepasang suami isteri duduk, termasuk Queen sendiri di dalam kereta, menuju ke rumah perlindungan anak yatim. Mereka sudah lama berbincang, akhirnya mereka setuju untuk mengambil seorang anak lelaki berusia 14 tahun. Tetapi takdir berkata lain. Mereka tak pernah sampai ke destinasi. Kemalangan itu berlaku, meragut nyawa mereka dan Queen terselamat. Dan anak lelaki itu?

Dia ditinggalkan.

Sekarang, budak yang sepatutnya menjadi sebahagian dari keluarga Queen telah kembali—tetapi bukan sebagai seorang adik.

Sebaliknya, sebagai seorang lelaki yang cuba mendekati Queen.

Madam Constance menghela nafas panjang. “Aku perlu lakukan sesuatu sebelum Queen tahu kebenaran ini sendiri.”

*

Studio mewah itu lengang hari ini. Dinding kaca pejabat utama membiaskan cahaya matahari, menampakkan Queen yang duduk di dalam dengan wajah bosan. Jari-jarinya mengetuk meja secara rawak, bibirnya mencebik sedikit.

Di luar pejabat itu, Elias melangkah masuk ke dalam studio sambil membawa satu dokumen di tangannya. Dia menghampiri kaunter penerimaan, di mana Mimi sedang sibuk dengan komputer.

“Dokumen dari kilang lain. Letak atas meja Queen.”

Mimi mengambilnya sambil menjeling ke arah Elias. “Oh, kau lagi. Hari-hari nak hantar barang je ke atau ada niat lain?”

Elias hanya tersenyum, matanya tidak lepas dari pejabat di atas, di mana Queen kelihatan termenung sendiri.

Mimi kut arah pandangan Elias. “Ohh… I see.”

Elias ketawa kecil. “Buat kerja, Mimi.”

Mimi mengangkat telefon meja dan menekan nombor dalaman pejabat Queen. Tidak lama kemudian, Queen mengangkat.

Queen: “Apa?”

Mimi: “MIss Queen, dokumen dah sampai. Oh, dan...”

Queen sudah menjeling ke luar tingkap pejabatnya sebelum Mimi sempat habiskan ayat. Dari jauh, Elias melambai tangan santai, senyum tak bersalah.

Queen menjulingkan mata sebelum mengangguk kecil dan menamatkan panggilan. Telefon diletakkan kembali.

Dia bangun dari kerusi, menarik nafas sebelum mencapai beg tangan berjenama mahal dan kunci kereta. Sambil membetulkan rambutnya dengan gaya malas, dia melangkah keluar dari pejabat.

Mimi bisik perlaha. “Hmm... nampaknya ada yang tak sabar...”

Queen berjalan ke arah Elias dengan langkah penuh gaya, wajahnya penuh ego seolah-olah tak peduli langsung.

Tapi dalam hati?

Degupan jantungnya laju tanpa dia pinta.

Queen berjalan tanpa menoleh ke belakang. Tumit tingginya mengetuk lantai, bunyinya jelas dalam lorong sunyi yang menghala ke parking bawah tanah.

"Kenapa tak balik lagi? Aku busy."

Elias, yang berdiri di belakangnya tadi, tersenyum nipis sebelum mengekori langkahnya. Dia tak berkata apa-apa, hanya mengikuti dengan santai, tangan masuk ke dalam poket.

Queen sedar dia diekori, tapi dia buat tak tahu. Macam biasa.

“Pembantu robot kau mana? Tak teman kau hari ni?”

Queen masih tak toleh, suara acuh tak acuh. “Hailey cuti.”

Elias mengangguk perlahan. “Oh… cuti ya.”

Dia sengaja melangkah lebih dekat, kini berjalan seiring dengan Queen. Bahunya hampir menyentuh bahu Queen, tapi tidak. Sempadan antara mereka masih ada—hanya ketegangan halus di udara yang makin terasa.

Elias sambil pandang ke hadapan. “Tapi kalau cuti… kenapa dia ada dalam kereta seorang lelaki sado yang nenek kau kenal?”

Langkah Queen terhenti sekejap. Dahi berkerut kecil, tapi dia cepat-cepat menyembunyikan reaksi itu dan menyambung langkah.

“Apa maksud kau?”

Elias mengangkat bahu. “Aku cuma bermain dengan nombor.”

Dia berhenti sebentar, sengaja membiarkan Queen tertanya-tanya sebelum menyambung, suaranya rendah tetapi cukup jelas untuk menusuk rasa ingin tahu Queen.

“Satu perempuan, satu lelaki. Dua insan dalam satu ruang tertutup. Tiga saat sebelum enjin dihidupkan. Empat tayar bergerak ke arah yang aku tak pasti. Lima langkah aku ke belakang sebelum aku fikir, patutkah aku beritahu kau… atau biar kau kira sendiri?”

Queen memandang Elias dengan renungan tajam.

“Kau ni berfalsafah ke bagi teka-teki?”

Elias hanya tersenyum. Seksi.

“Aku cuma pakai matematik.”

Queen menghela nafas. “Aku tak ada masa nak kira teka-teki kau.”

Elias menjongket bahu. “Tak perlu kira. Kau cuma perlu rasa.”

Queen masuk ke tempat pemandu dengan keluhan kecil, tetapi sebelum sempat dia mengunci pintu—bam!

Pintu sebelah penumpang terbuka, dan Elias masuk dengan muka selamba. Dia duduk, menarik tali pinggang keselamatan dengan tenang, seolah-olah kereta ini memang miliknya sejak awal.

Queen memalingkan kepala, memandang Elias dengan pandangan tajam.

“Keluar.”

Elias bersandar santai, tangan kiri bertenggek di stereng kereta Queen, sementara sebelah lagi masuk ke dalam poket seluarnya.

“Tak nak.”

Queen menghela nafas panjang. Dalam hati—ahhh, biarkan sajalah. Tapi egonya terlalu besar untuk membiarkan Elias menang mudah.

“Aku nak balik.”

Elias angkat bahu. “Baliklah.”

Queen menjeling. “Sendiri.”

Elias memandangnya dengan mata bersinar nakal. “Aku teman.”

Queen menggenggam stereng, cuba menahan kesabarannya. “Elias, kau ni betul-betul tak malu, eh?”

Elias ketawa kecil, kemudian bersandar lebih dekat. Tangannya masih santai di stereng, tapi tubuhnya kini lebih hampir.

“Aku cuma tuntut janji.”

Queen mengerutkan dahi. “Janji apa?”

Elias memiringkan kepala sedikit, senyumannya bermain di bibir. “Jangan buat-buat lupa.”

Queen mengetap bibir. Ah, ya. Janji itu. Dia ingat. Cuma dia tak sangka Elias akan serius menuntutnya.

“Kau serius?”

Elias mengangguk kecil. “Sangat.”

Queen menghela nafas lagi, kali ini lebih panjang. Dia bersandar, merenung wajah Elias dengan teliti.

“Kau ni… tak malu, eh, minta sesuatu dari perempuan?”

Elias tersenyum lebar. “Tak. Sebab aku tahu perempuan ni pun nak bagi.”

Queen membulatkan mata. “Excuse me?”

Elias ketawa lagi, kali ini lebih rendah, lebih perlahan. Kemudian, dia bersandar lebih dekat, sehingga hidung mancungnya hampir menyentuh hidung Queen.

Queen menelan air liur.

Elias berbisik. “Kan?”

*

Elias bersandar di sofa penthouse Queen, meneliti sekeliling dengan tenang. Ini bukan kali pertama dia masuk ke sini. Dulu, masa dia masih kerja part-time hantar makanan, dia pernah sampai ke sini. Bezanya, dulu dia hanya delivery guy. Sekarang? Dia lebih dari itu.

Queen berjalan ke mini bar, tangannya mengambil botol wain sebelum mengangkatnya sedikit ke arah Elias.

“Minum?”

Elias hanya mengangguk, tapi matanya tak lepas dari Queen. Perempuan itu membuka penutup botol dengan gerakan santai, menuangkan wain ke dalam dua gelas kristal.

Sambil dia menyerahkan satu gelas kepada Elias, tangannya yang satu lagi menarik blazer dari bahunya, membiarkannya jatuh ke lantai dengan sengaja.

Elias tidak terus mengambil gelas itu. Sebaliknya, matanya melirik ke arah Queen yang kini berdiri di hadapannya, hanya dalam pakaian ketat yang jelas menampakkan lekuk tubuhnya.

“Kenapa seksi ni?”

Queen tersenyum tipis, meletakkan gelas wain di meja di hadapan Elias sebelum melipat tangan di dada.

“Kau takut?”

Elias ketawa kecil, mengangkat gelasnya perlahan sebelum meneguk sedikit.

“Nope.”

Queen mengangkat dagu, mencabar. “Baguslah. Sebab aku pun tak suka lelaki yang penakut.”

Elias meletakkan gelasnya semula di meja, lalu bersandar dengan lebih santai.

“Tapi aku rasa kau yang takut.”

Queen menyempitkan mata. “Excuse me?”

Elias tersenyum nakal, matanya turun naik dari wajah Queen ke tubuhnya, kemudian kembali ke matanya semula.

“Kalau kau betul-betul nak uji aku… why not go all the way?”

Queen menggigit bibir bawahnya sedikit, hatinya berdebar. Damn it, kenapa dia rasa macam dia yang sedang diuji sekarang?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience