Queen mengelak. Dia tidak mahu berbicara lebih lama dengan Elias. Soalan tadi tidak sepatutnya muncul, dan dia tidak ada tenaga untuk menjawabnya.
Dengan langkah malas, dia masuk semula ke dalam rumah dan menjatuhkan badan ke atas sofa. Penat. Kali ini bukan sekadar fizikal, tapi mental juga.
Elias berdiri di ambang pintu, memandangnya dengan ekspresi sukar dibaca. Sejenak, dia hanya menghela nafas sebelum akhirnya bersuara.
“Tidur di bilik aku.”
Queen menggeleng tanpa membuka mata. “Tak nak.”
Dia tahu jam sudah hampir sepuluh malam, tetapi tidur di bilik Elias bukanlah pilihan. Dia selesa di sini—atau sekurang-kurangnya, mahu meyakinkan diri bahawa dia selesa.
Elias menghela nafas, nadanya sudah malas untuk berdebat. Queen pun tahu dia lelaki yang jarang memaksa, tetapi kali ini...
Tiba-tiba, dia rasa tubuhnya melayang.
“Hei—”
Suaranya hampir berubah menjadi jeritan, tetapi terhenti apabila wajah Elias hanya beberapa inci darinya. Nafasnya tertahan. Mata mereka bertaut—dan entah kenapa, jantung Queen berdetak lebih laju.
Elias tetap tenang, seolah-olah tidak menyedari kekacauan dalam dirinya. Dengan mudah, dia membawa Queen ke dalam bilik dan meletakkannya di atas katil.
“Tidurlah.”
Suaranya rendah, hampir seperti bisikan.
Queen masih terdiam, cuba memahami sesuatu yang dia sendiri tidak pasti.
Tanpa banyak kata, Elias mengambil extra selimut dan bantal dari tepi katil. Dia tidak menunggu reaksi Queen, hanya beredar keluar dan menuju ke ruang tamu.
Queen masih belum bergerak.
Matanya merenung siling, tapi fikirannya masih tersangkut pada wajah Elias yang terlalu dekat tadi.
Entah kenapa, kali ini... tiba-tiba dia merasa sesuatu.
Sensasi.
Jantungnya berdetak laju.
Queen menelan air liur. Dia tak pasti. Dah lama dia tak rasa ini. Perasaan ini.
Damn.
Dia menolak rasa itu jauh-jauh. Tak mungkin. Bukan sekarang, bukan dengan Elias.
Dia cuba tidur. Lima minit. Masih terjaga. Sepuluh minit. Dia mengerang perlahan, frust dengan dirinya sendiri.
Arghhh!
Queen bangun dari katil, kakinya membawa dia ke ruang tamu tanpa sedar. Elias tidur dalam posisi menggoda—satu tangan di perut, satu lagi di sisi kepala. Nafasnya perlahan dan tenang. Wajahnya kelihatan lebih muda dalam tidur, hidungnya mancung, kulitnya bersih.
Queen menelan air liur.
Tangan kanan dia terangkat, jemarinya hampir menyentuh pipi Elias. Sekadar ingin rasa.
Tapi sebaik saja hujung jarinya menyentuh kulit lelaki itu—
Tap!
Elias membuka mata. Cepat, tajam. Dalam sekelip mata, dia menangkap tangan Queen, mencengkamnya dengan kuat.
Queen terkedu.
Mata mereka bertaut. Wajahnya serta-merta memanas. Shit.
Tak ada alasan untuk ini.
Dia cuba menarik tangannya, tapi Elias tidak melepaskan. Sebaliknya, lelaki itu menariknya lebih dekat.
Dan sebelum Queen sempat mengelak—
Tubuhnya sudah berada dalam dakapan Elias.
“Got you.”
Suara Elias rendah, hampir berbisik di telinga Queen.
Queen kaku.
Sial. Kenapa jantung dia masih berdetak macam ni?
Queen cuba menolak, tapi Elias lebih pantas.
Lengan lelaki itu mengunci tubuhnya dalam dakapan, membuat Queen terperangkap antara kehangatan tubuhnya dan debaran dalam dada sendiri.
“Kau buat apa?” Suara Queen bergetar sedikit.
Elias tidak menjawab. Nafasnya terasa di tepi wajah Queen, dekat, terlalu dekat.
“Kalau kau dah tak boleh tidur, aku boleh tolong.”
Queen mengetap bibir.
Sebelum dia sempat membalas, Elias sudah bangun dan menolak tubuhnya ke atas sofa itu.
Queen memejam mata. Elias senyum, dia mendekatkan bibirnya di bibir merah Queen itu. Di saat itu, sensasi mula menjalar seluruh tubuh badannya.
Queen dapat merasakan sedikit kebasahan sewaktu dia membalas ciuman lelaki itu. Hangat. Seperti yang seharusnya dia rasakan.
Kucupan itu berlarutan selama seminit dengan usapan di rambut wangi Queen, sebelum Elias menarik wajahnya. Queen merasa malu dan segan, dia memandang ke tepi, walaupun hatinya memberontak, mahukan kehangatan itu lebih lama lagi.
Elias faham.
“Kalau kau tak nak, aku boleh stop, Queen.” Elias melepaskan pelukan Queen dan ingin bangun dari duduknya.
Tapi…
Queen menarik kembali kain baju Elias. Ahh!! Peduli apa Queen rasa. Dia nak. Nak sangat. Dia membuka tshirt kelabu yang Elias pakai. Elias agak terkejut dengan tindakan Queen.
Queen menatap tubuh badan Elias seperti seorang elit dan mempunyai bekas lebam dan di tepi pinggang Elias. Dia meraba dada Elias dan berkata,
“Apa yang berlaku kepada kau, Elias?”
Elias hanya menghela nafas perlahan.
“Kau tak perlu tahu, Queen.”
Queen mengetap bibir, tangannya masih di dada Elias, jari menyentuh lebam yang jelas di kulit lelaki itu. “Jangan cakap macam tu. Aku nak tahu.”
Elias menyentuh jemari Queen, menggenggamnya perlahan sebelum mengangkat wajahnya. Matanya redup, tapi ada sesuatu yang tajam di dalamnya.
“Aku tak perlukan belas kasihan kau.”
Queen mengerutkan dahi. “Ini bukan pasal belas kasihan.”
Elias tersenyum nipis. “Kalau aku cakap sebab aku sayang kau, kau akan percaya?”
Jantung Queen berdegup kencang. "Elias…"
"Atau kau nak aku cakap sesuatu yang lebih menyakitkan, supaya kau berhenti peduli?"
Queen terkedu.
Elias mendekatkan wajahnya sedikit, suaranya rendah dan hampir berbisik.
"Jangan risau tentang aku, Queen. Kau tak akan suka jawapannya."
Lelaki itu kemudian bangun dan menuju ke bilik air, seperti perbualan tadi tidak pernah berlaku.
Queen masih duduk di situ, jari-jarinya menggenggam cadar dengan kuat.
Dia tidak suka cara Elias cuba menjauhkannya.
Tapi entah kenapa, kata-kata lelaki itu terasa lebih jujur daripada segalanya.
***
Elias terjaga seperti biasa, mata sedikit berat, tetapi tubuhnya sudah terbiasa dengan rutin. Dia menghela nafas, menoleh ke sisi—ruang tamu yang sunyi, hanya dirinya sendiri di sofa dengan bantal dan selimut yang sedikit berselerak.
Namun, sesuatu terasa pelik.
Bau hangit.
Elias mengerutkan dahi, kepalanya mengarah ke dapur. Dalam masa kurang daripada beberapa saat, dia sudah bingkas bangun, hanya berseluar tanpa baju, lalu melangkah laju ke arah sumber kekecohan itu.
Dan di situ, dia melihatnya.
Queen berdiri di dapur, spatula di tangan, wajahnya penuh dengan ekspresi bercampur-baur—sedikit panik, sedikit terhibur, tetapi lebih kepada bangga. Dia memandang Elias, tersengih kecil.
Namun, itu bukan perkara paling mengejutkan.
Queen hanya memakai kemeja putih miliknya.
Kemeja yang terlalu besar di tubuh wanita itu, labuhnya menutupi paha, tetapi tetap memberi gambaran jelas tentang apa yang pakai di bawahnya, hanya berseluar dalam. Kancing paling atas terbuka, memperlihatkan payudaranya yang sedikit terdedah, leher jenjang dan kulitnya yang licin.
Elias terdiam. Mata lelaki itu turun naik, menganalisis keadaan sebelum kembali ke wajah Queen.
"Gaun aku basah," Queen berkata selamba, masih dengan senyumannya. "Sedang dijemur."
Elias tidak memberi reaksi segera. Hanya kelipan mata yang sedikit perlahan sebelum dia menarik nafas dan menghembuskannya semula, cuba mengabaikan fakta bahawa dia baru bangun tidur dan terus disajikan pemandangan seperti ini.
"Dan kau fikir main masak-masak dalam keadaan macam ni idea yang bagus?"
Queen menjongket bahu. "Aku lapar. Aku nak buat sesuatu untuk kau juga."
Elias mengerling ke dapur yang sedikit bersepah. Bau roti yang terlebih bakar masih menusuk hidungnya. Dia melangkah ke depan, satu tangan di pinggang, satu lagi menggosok wajahnya, masih cuba memahami situasi ini.
Queen ikut pandang hasil kerjanya. “Hmm. Mungkin aku patut order makanan je.”
Elias mencapai pinggan di atas meja dan memerhatikan roti yang lebih rentung daripada boleh diselamatkan. Dengan ekspresi kosong, dia mengambil sepotong kecil dan memasukkannya ke dalam mulut.
Queen mengerutkan dahi. "Kau makan?"
Elias mengunyah perlahan, matanya masih pada Queen. Kemudian dia menelan, mengangkat bahu. "Taklah seteruk rupa dia."
Queen tersenyum kecil, tetapi sebelum dia sempat berkata apa-apa, Elias sudah menolak pinggan itu kepadanya.
“Kau masak, kau makan.”
Queen mendengus. “Elias—”
Elias tidak mendengar, sudah beredar keluar dari dapur tanpa berkata apa-apa lagi. Tetapi di belakangnya, ada senyuman kecil yang tidak dapat dia sembunyikan.
Elias yang sedang menyabun muka dan rambut hanya sempat mengerutkan dahi saat mendengar bunyi ketukan kuat di pintu bilik mandi.
"Cepatlah mandi! Nanti sarapan!" suara Queen kedengaran dari luar.
Elias mengeluh kecil, masih dalam keadaan separuh sedar dari tidur tadi. "Tunggulah. Aku tengah bersabun ni."
Namun, dalam masa beberapa saat—
"Opss!!!"
BAM!
Pintu bilik mandi terbuka.
Elias membuka mata tepat pada saat Queen berdiri di hadapannya, mata terbeliak, bibir ternganga.
Queen kaku.
Elias? WOW! Satu pakej lengkap yang setiap wanita mahukan. Bertubuh sasa dan kepanjangan yang diimpikan. Eh!
Elias pula—masih dengan buih sabun memenuhi rambut dan wajahnya— hanya memandang Queen tanpa ekspresi, seolah-olah otaknya sedang menyesuaikan diri dengan situasi ini.
Queen menelan liur. "Aku... aku tak tahu kau betul-betul tengah mandi."
Elias mengangkat satu kening. "Apa kau fikir aku buat dalam bilik mandi? Bertapa?"
Queen tersedar, wajahnya merah padam, tetapi dia masih tidak bergerak, seolah-olah mindanya belum cukup laju untuk memproses fakta yang sedang terpampang di depan mata. Slurp!
Elias menarik nafas panjang, kemudian dengan tenang, dia menggapai paip air dan memutarnya sedikit ke arah Queen.
Queen tersentak.
Semburan air suam terkena hujung bajunya, membuatnya terundur ke belakang dengan kelam-kabut.
"Elias!!!"
Elias tersenyum kecil, akhirnya membilas sabun dari wajahnya. "Itu hukuman sebab menyerang privasi aku."
Queen mengelap percikan air di mukanya, wajahnya masih merah.
"Aku—aku tak sengaja!"
Elias hanya mengangkat bahu, memusingkan badannya kembali ke arah pancuran.
"Sekarang tutup pintu dan keluar sebelum aku terfikir nak buat benda lain. Kau pula jangan menolak."
"Aku takkan—!"
"Queen."
Nada suara Elias kali ini lebih tenang, tetapi ada sesuatu di sebalik intonasinya yang membuatkan Queen terdiam.
Terlalu banyak dalam fikiran, tetapi lidahnya kelu.
Akhirnya, dengan langkah tergesa-gesa, Queen menutup pintu dengan kuat dan melarikan diri.
Dari dalam, Elias hanya ketawa kecil sebelum menyambung mandinya.
"Bodohlah kau ni, Queen."
Lama kan tak update. Maaf busy. Enjoy tau. Jangan lupa komen :)
Share this novel