4: Sentuhan Tak Terduga

Others Series 3177

QUEENDOM Studios—nama yang sesuai dengan status dan aura Queen sebagai pemilik empayar yang gah. Studio ini bukan sekadar tempat kerja, tapi simbol kuasa dan kemewahan, tempat idaman semua orang yang mahu berada dalam industri.

Studio itu sunyi.

Terlalu sunyi.

Queen duduk di atas kerusi mewahnya, tapi posisi dah tak betul.
Sebelah kaki tersangkut di lengan kerusi.
Sebelah lagi menekan lantai.

Tangan bersilang di dada, kepala terlentok ke tepi, mata merenung siling.

"Hailey."

"Ya, Miss Queen?"

"Aku bosan."

Hailey tidak menjawab.
Queen mengeluh.

Dia menegakkan badan, tapi tak sampai tiga saat, dia melorot balik ke posisi asal.

"Kenapa studio ni macam kubur?" Queen merungut.

"Studio ni dah soundproof, Miss Queen," jawab Hailey dengan sopan.

Queen menjulingkan mata.
"Aku tahu, Hailey. Aku bukan bodoh."

Hailey tersenyum kecil.
Dia dah biasa dengan ‘Queen yang bosan’.

Tiga saat kemudian, Queen bangkit.
Kakinya melangkah malas ke arah Hailey, yang masih berdiri dengan postur sempurna.

Queen memandangnya lama.

"Hailey."

"Ya, Miss Queen?"

"Kau ganti aku."

Hailey mengerut dahi. "Ganti apa, Miss Queen?"

Queen melambai tangannya ke sekitar studio.

"Segalanya. Jadi pewaris harta. Jadi bos besar. Punyai penthouse sepuluh biji, shopping mall, studio, salon, cinema, pekerja tampan dan cantik, black card, dan…" Queen memandang Hailey dengan wajah bosan.

"… kehidupan yang tak ada benda nak dibuat."

Hailey senyum sopan dan menggeleng. "Saya tetap lebih suka berdiri di sini, Miss Queen."

Queen mendekat.

"Tak nak langsung cuba jadi Queen?"

"Tidak, Miss Queen."

Queen memandangnya, muka penuh dramatik.

"Hailey."

"Ya, Miss Queen?"

"Aku suka kau."

"Saya tahu, Miss Queen."

Queen merenung lama.

Dan sebelum Hailey sempat menjangka, Queen tarik pergelangan tangannya, menunduk dan cium pipi Hailey.

PLOP!

Hailey terkebil-kebil.

Tapi… seperti biasa—

Dia hanya tunduk hormat.

"Terima kasih, Miss Queen."

Queen tersengih.

"Aku tahu kau setia, Hailey. Sebab tu aku sayang kau."

Hailey hanya tersenyum sopan, tapi telinga dia merah.

Dan Queen—

Puas hati.

Sekurang-kurangnya, ada sesuatu yang boleh buat dia terhibur hari ni.

TUK! TUK! TUK!

Pintu pejabat Queen diketuk tiga kali—cepat, tegas, dan penuh attitude.

Sebelum sempat Queen buka mulut, pintu itu terus terkuak.

Masuklah Xander.

Stylist peribadinya. Lembut? Ya. Vogue? Ya. Drama? Sangat.

Hari ini dia mengenakan suit oversized ungu lavender, dengan aksesori serba perak. Cincin chunky berkelip di jari. Boot kulit berkilat. Rambut slicked back dengan sentuhan high fashion messy. Bibirnya… sedikit berkilau, hasil lip gloss Fenty Beauty yang dia ‘pinjam’ dari koleksi Queen sendiri.

Dengan tangan kiri diletakkan di dada, dan tangan kanan melambai dramatik ke belakang, dia mengumumkan:

"Miss Queen, lelaki hot meletup datang nak jumpa you!"

Queen yang sedang duduk santai di sofa hanya mengangkat kening.

Hailey, yang berdiri di sisi, sudah bersedia untuk menghadapi sebarang perkara yang bakal keluar dari mulut Xander.

"I tak ada appointment dengan sesiapa," Queen menjawab malas.

Xander mendekat, menekan jari ke bibirnya seperti menyimpan rahsia besar.

"Betul… tapi yang ni special. Kiriman dari Madam Constance."

Queen terus tegak duduk.

"Excuse me?"

Xander tersenyum, matanya bercahaya penuh gossip. Dia menunduk sedikit, seolah-olah menyampaikan berita terhangat tahun ini.

"Honey… IT’S. A. MAN. Seorang lelaki yang seksi, tinggi, sado, dengan senyuman yang boleh buat ramai perempuan gugur iman. I ulang, GU-GUR I-MAN!"

Queen dah boleh agak.

Dan bila Xander angkat sebelah kening dengan senyum penuh makna, Queen dah boleh teka siapa.

"Jangan cakap…"

Xander mengangguk perlahan, drama activated.

"Yes, my Queen. Lelaki yang you tak berjaya tidur dengan dia. The one and only—"

Queen picit dahi.

"Dominic."

Xander mengangkat bahu. "Aha. Dan dia ada di luar, menunggu Miss Queen dengan penuh debaran."

Queen mengeluh panjang.

"Hailey."

"Ya, Miss Queen?"

"Sila panggilkan Tuhan."

Xander terkekek. Hailey hanya tersenyum sopan.

Dan Queen…

Dah mula rasa nak baling sesuatu.

Queen bangun dari duduknya dan hendak melangkah keluar dari pejabatnya tetapi seseorang masuk pula.

Seorang lelaki gagah masuk, Dominic sudah berdiri dengan penuh GQ vibes.

Kemeja hitam, sengaja dibuka dua butang atas. Lengan disinsing, menampakkan otot yang seperti dilukis oleh Michelangelo sendiri. Rahang tajam. Mata redup. Senyum separuh.

Dengan kata lain—cuba menggoda.

Queen berdiri depan Dominic, memandang lelaki itu dari atas ke bawah, seolah-olah sedang menilai barang jualan.

Hailey berdiri di sisi, ekspresi tetap neutral.

Xander pula? Sedang menggigit kuku dengan penuh ketegangan.

"Dominic." Queen menyebut namanya dengan nada malas.

Dominic membalas dengan suara rendah, sedikit serak—dengan harapan akan memberi kesan kepada Queen.

"Miss Queen."

Queen merenung. Mata tajam.

Tapi dalam hati, dia menguap.

Sebab honestly… dia bosan.

Jadi, dia putuskan untuk buat sesuatu.

Queen mendekat.

Perlahan.

Langkah penuh confidence.

Sampai jarak mereka hanya beberapa inci.

Dominic tetap berdiri tegak, seolah-olah tak tergugat.

"You kelihatan… sihat," Queen bersuara.

Dominic tersenyum kecil. "Terima kasih, Miss Queen."

Queen mengangkat tangan—dan meletakkan telapak tangannya di dada Dominic.

Dominic tak bergerak. Tapi nafasnya?

Sikit terhenti.

Hailey menunduk, pura-pura betulkan jam tangannya.

Xander? Menggigit kuku dengan lebih agresif.

Queen mengusap perlahan.

"You banyak bersenam?"

Dominic menjilat bibir.

"Cukup untuk kekal dalam keadaan terbaik."

Queen tersenyum separuh.

Tangannya turun… turun… turun…

Sampai betul-betul dekat bahagian yang bakal buat Dominic ke neraka.

Dominic tahan nafas.

Hailey dah siap sedia nak panggil ambulans.

Xander dah separuh pengsan.

Dan Queen—

Menekan satu jari di buckle tali pinggang Dominic.

Dominic tersentak sedikit.

"Bagus." Queen berkata perlahan, nada seakan memuji.

Dominic cuba menahan ekspresi.

Tapi Queen?

Mata dia dah turun ke bawah.

Dominic tahu dia tengok apa.

Dan jawapannya—

… masih normal dan ternampak bentuk yang sepatutnya dialami setiap lelaki.

Queen diam beberapa saat.

Lepas tu, dia angkat semula kepala, senyum kecil.

"Tak cukup menggoda."

Xander hampir rebah.

Dominic menghela nafas dalam.

Malu? Sikit. Tapi dia sabar.

"Saya tahu," Dominic mengaku dengan tenang. "Tapi saya ada sebab kenapa saya di sini, Miss Queen."

Queen menyilangkan tangan.

"Sebab apa?"

Dominic menatapnya.

Senyuman tipis di bibirnya hilang.

Matanya tenang.

Dan dia jawab dengan suara rendah—

"Sebab Madam Constance yang hantar saya."

Queen mengerut dahi.

Madam Constance hantar dia?

Benda paling menyakitkan kepala hari ini.

Queen mengeluh panjang. Dia berpaling semula, terus melangkah nak beredar.

Tak peduli. Tak tertarik. Tak ada masa.

Tapi Dominic tak menyerah.

"Kenapa awak tak suka saya, Miss Queen?" suara Dominic kedengaran dari belakang. "Saya ada segalanya. Paras rupa, badan idaman, aura dominan. Kegilaan semua wanita."

Queen berhenti melangkah.

Xander buat gaya ‘oh no he didn’t’.

Hailey angkat kening sedikit.

Queen berpaling perlahan.

Mata tajam. Mulut separuh senyum.

Dominic yakin dia akan kena puji.

Queen diam seketika, merenung dari atas ke bawah.

Lama.

Dominic dada dah naik turun, penuh keyakinan.

Dan Queen akhirnya menjawab.

"Sebab awak macam perfume murah."

Xander tercekik air liur.

Hailey kelip mata sekali.

Dominic? Keliru.

"Maksud awak?"

Queen senyum kecil, tajam.

"Bau kuat, packaging gah, tapi bila pakai... pening kepala."

Xander tepuk mulut.

Hailey buat-buat betulkan folder.

Dominic terdiam.

Queen sambung—

"Dan yang paling penting…" Queen mendekat sikit. Mata mengunci Dominic.

"Semua orang ada. Aku tak suka barang yang semua orang dah pegang."

Xander hampir tumbang, tepuk dada sendiri.

Hailey tunduk, tapi bibirnya sedikit tersenyum.

Dominic?

Terdiam.

Tapi dia tetap sabar.

Dia tahu—ini belum tamat.

Queen memandang Dominic buat kali terakhir, kemudian berlalu pergi.

Dan Xander—

Berbisik kepada Hailey dengan suara tercungap.

"Ya Tuhan, aku hidup untuk drama ni."

Queen langkah confident.

Dominic? Dia dah pupus dari fikiran.

Tapi tiba-tiba—

BAM!

Langgar.

Queen terundur selangkah.

Kotak besar terhumban ke lantai.

Dan… mata Queen terbeliak.

Sebab lelaki di hadapannya—

Oh. God.

Elias.

Queen memejam mata sejenak.

Ada sesuatu yang mengalir keluar dari badannya.

Oh no.

Bukan darah sebab dia tahu dia bukan PMS hari tu.

Bukan peluh.

Tapi something… buat Queen tak selesa.

Queen buka mata perlahan-lahan.

Dan Elias masih di situ.

Memandangnya berani.

Tampak muda. Polos. Suka memakai pakaian ala-ala beggy.

Tapi ada sesuatu dalam matanya.

Sesuatu yang buat Queen tak selesa.

Tak perlu sado.
Tak perlu six-pack.
Tapi tetap… menyesakkan dada.

Elias relaks. Dia tunduk, nak angkat kotak yang jatuh.

Dan Xander menerpa.

"Oh, my Gucci! Miss Queen, I'm so sorry!" Xander gelabah, menekan dada sendiri macam dia yang nak kena saman.

Queen masih diam, mata tak lepas dari Elias.

Xander sengih-sengih, sambil pandang Elias. "Dia ni part-timer, Miss Queen! Hantar barang COD je."

Kemudian, Xander bisik dengan penuh perasaan.

"But Queen… he's a cutie. I like him. Hihihi."

Hailey tunduk, buat-buat tengok kuku sendiri.

Dominic masih di belakang, dah rasa macam watak extra.

Dan Queen?

Masih kaku.

Sebab Elias masih memandangnya.

Dan Queen rasa macam terhimpit.

Walaupun Elias—

Tak buat apa-apa.

Queen terasa gelisah.
Dah rasa panas.
Jantungnya berdegup kencang dan otaknya berkelip-kelip dalam satu panik yang tak boleh dikawal.

Dia nak lari.
Cepat-cepat.
Tak nak berlama-lama di situ dengan semua mata yang menyaksikan—terutama mata Elias.

Tapi—

"Queen," suara Elias memecah keheningan. Dia ambil sesuatu dari lantai.

Dia terhenti seketika, tak nak menghadap Elias, takut ekspresinya terbaca.

"Queen," Elias panggil lagi, dan kali ni, dia halang jalan Queen.

"You forgot this."

Apa?

Lipstik Queen yang mahal import dari Paris itu.

Queen berdebar.

Dia terus merampas lipstik itu dari jari Elias, dengan gerakan yang lebih kasar daripada yang dia inginkan.
Dan—

SENTUH.

Jari mereka tersentuh.

Bersentuhan.

Queen terus terasa.
Ada sesuatu yang bergelora dalam dirinya.

Dia tunduk cepat, cuba menyembunyikan wajahnya, rasa panas yang menjalar, dan jantungnya yang berdetak lebih cepat dari yang biasa.

Tanpa kata apa-apa, Queen cepat-cepat berlalu ke arah pintu. Langkahnya terkejar-kejar, dan satu-satunya niatnya— nak lari jauh dari situ.

Namun—

Elias masih diam. Dia masih memandang.

Queen tak boleh tahan.

Tak boleh.

Dia terus berlari menuju ke tandas—mesti check, mesti check!

Tak mungkin!
Tak mungkin!

Ada sesuatu yang tak kena.
Sesuatu yang… baru muncul.

Yay or nay?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience