QUEEN berdiri di depan cermin bilik persalinannya, matanya kosong menatap refleksi sendiri. Sehelai gaun sutera hitam tergantung di tangannya—entah sejak bila dia capai, dia sendiri tak pasti. Tangan kirinya pula memegang sepasang heels stiletto dengan hiasan kristal, sedangkan di meja belakangnya sudah ada tiga pasang kasut lain yang dia sendiri letak.
Hailey yang berdiri tegak hanya memerhati dengan senyuman kecil. Queen, wanita yang biasanya penuh keyakinan, kini kelihatan… tak keruan. Untuk pertama kali dalam sejarah, Queen kelihatan tidak tahu apa yang dia mahu.
“Apa pendapat kau, Hailey?” Queen akhirnya bersuara, memandang assistantnya melalui refleksi cermin.
Hailey menahan senyum. “Saya rasa Miss patut bertenang dulu sebelum Miss pakai gaun hitam dengan sepasang heels berbeza.”
Queen mengerutkan dahi sebelum menunduk. Sepatu kanan dan kiri di tangannya bukan pasangan yang sama.
Dia membuang nafas perlahan.
Sejak bila dia jadi macam ni?
Hailey menghampiri Queen dengan ekspresi yang lebih lembut daripada biasa. “Miss Queen, saya dah bekerja dengan Miss bertahun-tahun. Miss boleh buat keputusan tentang sesuatu dalam masa kurang lima saat. Tak kisahlah soal bisnes, soal pekerja, atau soal lelaki. Tapi malam ni…” Hailey senyum. “Miss nampak macam perempuan yang sedang bersiap untuk first date.”
Queen mengetap bibir, tidak membalas.
Dia bukan budak baru nak kenal lelaki. Dia bukan perempuan yang akan gelabah hanya sebab ada lelaki ajak dia keluar. Tapi entah kenapa, sejak Elias hantar mesej tadi...
—“Malam ini. Aku jemput kau pukul lapan.”—Queen tak boleh fokus pada apa-apa.
“Miss sedar tak sejak tadi Miss dah tukar baju lima kali?” soal Hailey lagi.
Queen menjeling. “Aku ada banyak pilihan.”
“Dan Miss tak pernah ambil masa lebih dari tiga minit untuk pilih baju.” Hailey mengangkat kening.
Queen mendengus kecil, tetapi tetap tidak membalas. Dia membuang gaun di tangannya ke atas sofa dan menarik nafas dalam.
Dia sepatutnya boleh buat ini macam biasa. Pergi keluar, makan malam, dan balik—tanpa perasaan yang tidak perlu.
Tapi kenapa dengan Elias, semuanya rasa… berbeza?
Hailey tersenyum kecil, seperti membaca fikiran Queen. “Jadi, Miss nak pakai apa?”
Queen diam seketika sebelum menghulurkan tangan. “Tolong aku.”
Hailey mengangkat kening, sedikit terkejut. Queen tak pernah minta pendapat tentang pakaian, apatah lagi meminta tolong untuk bersiap.
Tapi malam ini, Hailey tahu—Queen sedang menghadapi sesuatu yang dia sendiri tak mahu akui.
Dan Hailey sangat suka melihatnya.
QUEEN melangkah keluar dari penthouse dengan penuh yakin—atau lebih tepat, dia cuba untuk kelihatan yakin. Gaun satin merah gelap yang terbelah tinggi di sisi bergerak mengikut rentak langkahnya, heels stiletto yang dipilih Hailey berbunyi halus setiap kali menyentuh lantai marmar.
Tapi sebaik sahaja dia keluar ke porch, langkahnya terhenti serta-merta.
Matanya terbeliak.
Elias berdiri di tepi sebuah motorbike hitam matte, lengan bersilang dengan ekspresi tenang seperti biasa. Jaket kulitnya tersarung kemas di badan, seluar jeans gelap dipadankan dengan but hitam yang jelas bukan dibuat untuk berjalan di karpet merah. Helm full-face tersangkut di lengan motornya, membuatkan situasi itu kelihatan lebih ridiculous dalam kepala Queen.
Sebab apa?
Sebab dia sendiri tengah pakai gaun mewah dengan high slit sampai paha dan kasut tumit 5 inci!
"…Kau bergurau, kan?" suara Queen keluar lebih tegang dari yang dia jangka.
Elias mengangkat sedikit kening. "Tentang apa?"
Queen menuding ke arah motor itu. "Ni."
Elias menunduk sedikit, memandang motornya dengan ekspresi berpura-pura keliru sebelum kembali menatap Queen. "Oh. Ini? Tak. Aku serius."
Queen rasa darah dia naik sampai ke kepala.
"Kau suruh aku bersiap, tapi kau datang dengan motor?"
Elias mengangkat bahu. "Aku tak suruh kau pakai macam tu."
Queen hampir nak patahkan heels dia sekarang.
Dia tarik nafas panjang, cuba bersabar. "Aku pakai macam ni sebab aku ingat kita nak pergi ke tempat yang—aku tak tahu—ada kerusi untuk duduk? Bukannya peluk pinggang kau atas motor sambil berdoa aku tak jatuh!"
Elias ketawa kecil. "Jadi kau nak peluk aku?"
Queen betul-betul rasa nak baling clutch bag dia ke muka lelaki ni.
"Kau faham tak yang aku tak boleh naik motor dengan baju ni?" Queen menggerakkan tangan, menunjuk ke bahagian slit gaunnya yang jelas tidak direka untuk perjalanan yang melibatkan kelajuan tinggi dan angin kencang. "Satu, aku tak selesa. Dua, aku boleh tercampak. Tiga, aku tak nak orang ingat aku perempuan simpanan Mat Rempit."
Elias tersenyum nipis. "Aku bukan Mat Rempit."
"Bukan tu point dia!"
Queen menutup mata sekejap, tarik nafas untuk kali ketiga dalam masa seminit. Dia cuba bertenang, tetapi lelaki ini betul-betul menguji tahap kesabarannya.
Elias masih tenang, masih bersandar di motornya. Seperti dia dah agak reaksi Queen akan begini.
Tapi sebelum Queen boleh sambung berleter, Elias bersuara perlahan—tenang, tapi cukup untuk buat degupan jantung Queen tersentak.
"Kau tetap nampak cantik."
Queen terkedu.
Elias mengangkat sedikit kepala, matanya meneliti Queen dengan cara yang tak terlalu jelas, tapi cukup untuk buat dia rasa—aneh. Bukan seperti lelaki lain yang memandangnya dengan niat tersirat, bukan seperti lelaki yang mahu memikatnya dengan pujian kosong.
Sebaliknya, pujian Elias kedengaran seperti… fakta.
Seperti dia baru selesai membuat pengiraan matematik, dan hasilnya adalah: Queen memang cantik.
Sahaja atau tidak, nadanya yang seakan-akan membincangkan persamaan algebra itu buat Queen rasa lain macam.
Bibirnya terbuka untuk membalas—mungkin nak marah, mungkin nak cakap sesuatu yang sinikal—tapi tiada kata yang keluar.
Sebab dia baru sedar satu perkara.
Dia tersipu malu.
…Sejak bila?
Elias perasan perubahan ekspresi Queen, dan bibirnya terangkat sedikit.
"Jadi," katanya perlahan, seperti menikmati saat ini, "nak ikut aku atau tidak?"
Queen mengetap gigi, masih marah, masih geram—tapi dalam masa yang sama, dia dah kalah.
Sebab walaupun dia nak cakap tidak… dia tahu dia akan ikut juga.
Bunyi enjin motor Elias bergetar garang, memecah keheningan malam. Queen, masih dengan ekspresi separuh reda, separuh geram, perlahan-lahan naik ke tempat duduk belakang dengan penuh hati-hati.
Masalahnya satu.
Jarak antara dia dan Elias terlalu jauh.
Macam ada ruang cukup untuk seorang lagi manusia duduk di tengah-tengah mereka.
Elias menoleh sedikit, suaranya jelas di sebalik deruan enjin, “Queen, kau duduk jauh sangat.”
Queen mendengus. “Sebab aku tak nak sentuh kau.”
Elias ketawa kecil. “Kalau kau jatuh nanti, kau juga yang sakit.”
Queen masih berkeras.
Tak mungkin dia nak peluk Elias sesuka hati. Dia masih ada maruah!
Tapi sebaik sahaja Elias menarik throttle, motor itu bergerak ke depan dengan hentakan kecil—dan Queen hampir melayang ke belakang.
Secara refleks, tangannya terbang ke hadapan dan dia terus berpaut pada Elias.
"Ugh—Elias!"
Elias tak kata apa, tapi dia tahu dia menang.
Bibirnya terangkat sedikit. “Bagus.”
Queen mengetap gigi, cuba menenangkan diri. Dia peluk Elias sekadar untuk kestabilan, tak lebih dari itu. Tangannya memegang jaket kulit lelaki itu dengan genggaman yang sepatutnya profesional.
Tapi Elias bukan Elias kalau dia tak suka bermain dengan batas kesabaran Queen.
Tiba-tiba, dia pulas throttle lebih kuat.
Motor meluncur laju ke depan.
Queen, yang tidak bersedia, terlajak sedikit—dan tanpa sengaja, dadanya terhimpit ke belakang Elias.
Serentak, otaknya menjerit.
Elias buat sengaja, kan?!
Mukanya merah serta-merta. Queen pantas menjarakkan diri semula, tapi tak sampai dua saat, Elias bersuara dengan nada neutral, seolah-olah kejadian tadi tidak berlaku langsung.
“Pegang elok-elok, Queen.”
Queen sempat menjeling dari belakang. Lelaki itu masih dalam posisi santai, seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Tapi Queen tak bodoh.
Dia tahu.
Dia RASA.
Elias diam bukan sebab dia tak perasan.
Dia diam sebab… dia suka.
Queen merengus kecil, memalingkan wajah ke sisi, cuba menenangkan degupan jantungnya yang tak tentu arah.
Motor terus meluncur di jalanan, meninggalkan penthouse dengan penuh gaya.
Dan di sebalik wajah seriusnya, Elias menyimpan senyuman kecil yang Queen tak dapat lihat.
SUASANA dalam bar itu… bukan dunianya.
Queen berdiri tegak di depan pintu, matanya meneliti keadaan sekeliling dengan rasa janggal yang cuba dia sorokkan. Lampu-lampu kuning malap menggantung di atas kepala, mencipta bayangan panjang di lantai kayu yang jelas telah menampung ribuan tapak but. Ruang utama bar itu dipenuhi orang—ada yang sedang berbual sambil mengangkat gelas bir, ada yang duduk di kaunter bar dengan wajah merah akibat alkohol, dan ada pula yang menari line dance di tengah-tengah lantai dengan penuh semangat.
Bunyi muzik country berkumandang dari speaker lama di sudut bar. Sekumpulan lelaki berkemeja denim dan bertopi koboi bertepuk tangan sambil menghentakkan kasut mengikut rentak lagu, menambahkan lagi kekecohan.
Queen menelan liur.
Dia tak biasa. Ini bukan tempatnya.
Elias di sebelahnya pula…
Seolah-olah dia telah pulang ke habitat asal.
Lelaki itu melangkah masuk dengan yakin, menyapa beberapa orang yang lalu lalang dengan anggukan kecil. Malah, ada beberapa pelayan bar yang nampaknya mengenali dia.
“Elias!”
Seorang lelaki berbadan besar dengan apron bartender menegurnya dari belakang kaunter bar. “Lama tak nampak kau, kawan! Masuk, masuk!”
Queen memandang Elias dengan ekor mata.
Sejak bila dia mesra dengan orang?
Elias mengangkat tangan sedikit sebagai balasan, sebelum berpaling ke arah Queen yang masih terpaku di tempatnya.
“Jom.” Dia menundukkan sedikit kepalanya, matanya merenung Queen dengan maksud tersembunyi.
Queen menghela nafas perlahan, sebelum akhirnya melangkah masuk dengan penuh berhati-hati. Setiap kali dia bergerak, dia cuba untuk tidak berselisih dengan sesiapa. Bukan sebab dia sombong, tapi sebab dia rasa… tak selesa. Tempat ini terlalu asing. Terlalu berbeza dari dunia yang dia kenal.
Langkahnya sedikit tersekat-sekat kerana lantai kayu yang tidak sekata, membuatkan dia sesekali menjeling ke arah Elias dengan wajah tidak puas hati.
Dan lelaki itu hanya ketawa kecil.
Tiba-tiba—
“Hey, sweetheart.”
Queen tersentak apabila seorang lelaki separuh mabuk tiba-tiba muncul dari tepinya. Rambut lelaki itu kusut, bajunya sedikit terbuka, dan tangannya terangkat seolah-olah mahu menyentuh bahu Queen.
Refleks, Queen mengelak.
Wajahnya berubah tegang. “Excuse me?”
Lelaki itu tersengih, matanya memandang Queen dari atas ke bawah. “You’re too pretty to be standing alone. How about a drink with me?”
Queen mengerutkan dahi. Jantungnya mula berdegup dengan sedikit amaran.
Namun sebelum dia sempat berkata apa-apa, satu tangan kuat menolak bahu lelaki mabuk itu ke belakang.
Bukk!
Lelaki itu tersandar sedikit, matanya membulat kerana terkejut.
Elias.
Queen tersentap sedikit melihat ekspresi Elias.
Mata lelaki itu sejuk, hampir gelap. Senyumannya masih ada, tapi ia bukan senyuman ramah seperti tadi.
“Dia bukan untuk kau.” Elias bersuara perlahan, tapi cukup jelas.
Lelaki mabuk itu terkebil-kebil, sebelum wajahnya berubah pucat. Seolah-olah baru tersedar sesuatu.
“Shit—Elias, aku tak tahu dia dengan kau! Aku—aku minta maaf, bro.” Lelaki itu mengangkat tangannya sedikit sebagai tanda menyerah, sebelum segera berpaling dan berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang.
Queen memandang Elias tanpa berkelip.
“...Sejak bila kau menakutkan orang macam tu?”
Elias tersenyum sipi. “Sejak selalu.”
Queen tidak berkata apa-apa.
Untuk pertama kali, dia melihat sisi Elias yang berbeza. Sesuatu yang lebih dari sekadar lelaki misteri yang selalu muncul dalam hidupnya.
Dan entah kenapa…
Dia rasa selamat.
Dan… AHH!
Komen sikit hihi
Share this novel