BAB 20

Romance Series 62817

Kepala Afiqah berpaling mengadap wajah Harris. Bibirnya dikemam menahan getar rasa di hatinya.

" Tapi..Abang berhak pilih bahagia abang", tanpa dapat ditahan air matanya menitis juga. Cuba diseka dengan hujung jarinya. Namun makin diseka makin mengalir laju dan dia mula teresak kecil. Afiqah bangun dan menuju ke katil Akid yang hanya dua langkah dari katilnya. Diletakkan Akid di katil dan dia masih tidak berganjak dari katil itu. Tangannya memegang kejap palang katil yang diperbuat daripada kayu itu.

Harris hanya melihat Afiqah yang masih berdiri di sisi katil Akid. Perlu ke dipujuk? Ah! Dia jadi canggung pula.

" Iqa..",

Panggilan Harris yang bernada seakan serba salah membuatkan air mata Afiqah makin menderu laju. Tubuh Afiqah melurut jatuh sambil tangannya masih memegang palang katil bayi. Terkejut melihat tubuh Afiqah yang terduduk di lantai tergesa-gesa Harris meloncat turun dari katil.

" Kalaulah Iqa tak pergi rumah abang malam tu. Abang takkan cedera sebab nak selamatkan Iqa. Abang takkan hilang ingatan sebab nak selamatkan dan abang takkan fikir nak tinggalkan Iqa kan", kali ini dibiarkan sahaja air matanya terus membasahi pipi.

" Iqa..", kedua bahu Afiqah dikejap kemas oleh Harris saat wajah Afiqah masih menunduk memandang lantai.

Seketika wajahnya didongak memandang tepat anak mata Harris. " Kalau selamanya abang tak ingat Iqa tak mahukan Iqa. Abang boleh lepaskan Iqa. Kalau dulu Iqa setuju. Kali ini Iqa juga akan setuju sebab Iqa sayang abang", entahlah kenapa tengah malam ini dia rasa sensitif sangat. Ya. Kerana selepas dua bulan, tengah malam ini barulah Harris membangkitkan hal ini. Hal antara dia, Harris dan Zahlia. Selama dua bulan ini Harris banyak berdiam diri dan melalui hari hari seadanya sahaja. Tidak banyak berbual. Tidak banyak bertanya itu ini. Hanya bercakap apa yang perlu. Dan langsung tidak mengungkit tentang hubungan mereka. Tapi malam ini?

Melihat Afiqah yang nampak begitu sedih terus dirangkul tubuh itu dalam pelukannya. Kali kedua Afiqah menangis di hadapannya selepas kali pertama wanita itu menangis di wad dulu. Entahlah. Sebahagian hati Harris dia tidak sanggup melihat kesedihan wanita ini. Dadanya sesak saat melihat kesedihan Afiqah. Ya. Dia juga menjadi sangat sedih dan pilu bagai hatinya juga disayat-sayat. Namun dia juga keliru dengan perasaanya sendiri.

" Iqa ikhlas abang lepaskan Iqa kalau itu kemahuan abang", mata Afiqah yang masih basah dengan air mata benar-benar buat Harris kelu. " Tapi. Jangan ambil Akid. Hmm? Iqa takut kalau abang lepaskan Iqa abang ambil Akid dari Iqa",

" Iqa..jangan fikir bukan-bukan", Harris mengusap kepala Afiqah yang rapat di dadanya. Basah dadanya yang tidak berbaju itu dengan air mata Afiqah. Haih. Tiba-tiba keadaan jadi begini pula.

MATA Afiqah sedikit sembab saat dia melihat wajahnya di cermin. Solekan nipis dioles ke wajahnya. Pemerah bibir juga dicalit nipis. Pewangi disembur di pergelangan tangan dan digosok perlahan. Sekali lagi dicapai pewangi dan disembur di baju dan tudungnya. Haruman White Musk The Body Shop menyerbu rongga hidung.

Kelibat Harris yang tiba-tiba menjelma di pintu bilik dari pantulan cermin sedikit mengejutkan Afiqah yang sedang mengelamun. Perihal kejadian malam tadi memenuhi ruang fikirnya. Renungan mata Harris yang sedang memandangnya dari jenang pintu bilik dibalas dengan wajah bersahaja. Harris mendekat.

" Nenek cakap Iqa nak ke bandar. Nak saya temankan?",

Afiqah berpaling dengan senyuman di bibir.

" Iqa nak ke pejabat agama",

" Pejabat agama? Untuk apa?", dada Harris terus berdegup laju. Rasa bagai mahu meletup pun ya.

" Mira minta tolong Iqa temankan dia ke pejabat agama. Dia nak failkan penceraian dia dengan Talib", Afiqah mula berdiri mengadap Harris yang duduk di birai katil.

Harris tersentak. Dia teringat bicara isterinya tengah malam tadi. Hatinya mula digayut resah.

" Betul ke Mira yang nak bercerai?", gugup juga suara Harris.

" Hmm..Sebab Talib dah abaikan tanggungjawab pada dia dan anak-anak dia. Saya pergi dengan Atun juga. Bukan dengan Mira je",

" Dua bulan ni bila nak ke mana-mana Iqa cakap dengan saya. Tapi hari ini saya dapat tahu dari nenek", suara Harris bagai satu rungutan.

" Maaf. Iqa nak beritahu abang malam tadi. Tapi..", Afiqah terdiam. Takkan nak beritahu aku marahkan Kak Lia layan dia semalam buat aku lupa. Dia bukan hairan pun. Lagipun semalam dia syok je Kak Lia datang. Kak Lia layan dia. Oh..Patutlah. Patutlah dia bangkitkan perihal hubungan mereka. Mungkin dia tak sabar nak balik semula dengan Kak Lia dan nak Kak Lia terus layan dia. Hmm..Afiqah melepas keluhan.

" Tapi apa Iqa?", suara Harris menghilangkan lamunan Afiqah.

" Tapi Iqa lupa", alasan yang logik dan dan diterima akal. Lupa.

" Hmm..lain kali apa-apa minta izin saya dulu.",

" Maaf",

" Atun datang ambil?",

" Hmm..Lepas ambil Iqa. Kami ke rumah Mira",

" Talib setuju ke Mira nak berpisah?",

" Tak. Tapi Mira cakap dia dah lama bertahan. Lagipun lepas Talib bawa lari anak-anak dia dulu Mira macam dah hilang percaya pada Talib",

Harris mengangguk. Dia tidak ingat hal itu tetapi Salmiah ada bercerita akan hal Talib membawa lari anak-anak dia itu baru-baru ini apabila Talib datang mahu meminjam wang dari ibunya itu. Harris teringatkan rayuan Afiqah malam tadi. Tidak mahu dia mengambil Akid jika mereka berpisah. Apakah selepas ini Afiqah juga akan memikirkan soal perpisahan mereka?

Mendengar bunyi suara Rabiatun memberi salam dan dibalas Hasnah Afiqah mendekati Harris " Hmm..Atun dah sampai tu. Iqa pergi dulu", tangan dihulur dan elok Harris menyambut hulurannya tangan lekaki itu dikucup perlahan.

" Iqa..", Harris menggengam jemari Afiqah saat Afiqah baru menarik tangannya.

" Ya?",

" Saya tak pernah terfikir nak lepaskan Iqa selepas Iqa tunjuk kad nikah tu pada saya. Saya tak nak buat keputusan yang akan buat saya menyesal di kemudian hari walaupun dalam hati dan dalam kepala saya sekarang langsung tak ingat siapa Iqa dengan saya", mata Harris mencari mata Afiqah.

" Iqa tak ke pejabat agama hari ini untuk uruskan hal kita. Jangan risau. Iqa takkan buat diam-diam tanpa berbincang dengan abang",

Harris berdiri dan menarik Afiqah ke dalam pelukannya membuatkan Afiqah terkaku sehinggalah beberapa saat kemudian pelukan dilepaskan. " Saya akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku malam tadi", naif suara Harris buat Afiqah ketawa kecil.

" Mestilah abang kena bertanggungjawab. Abang suami Iqa", senyum diukir. Sungguh bicara lelaki ini buat Afiqah ingin ketawa besar sebenarnya tetapi tidak sampai hati pula melihat riak naif itu.

Harris tersenyum dan dahi Afiqah dikucup lembut.

" Dulu..sebelum abang keluar abang akan kucup dahi Iqa macam abang buat tadi", manja suara Afiqah.

" Ya? Saya tak ingat", soal Harris mengangkat keningnya. " Jadi kalau macam tu setiap kali saya nak keluar atau setiap kali Iqa nak keluar kita buat macam tu. Okay?", soal Harris.

" Okay", senyum lebar terukir di bibir Afiqah. Hilang terus bicara dan bualan yang menyesakkan dadanya malam tadi. Tanpa amaran bibir Harris dipagut sekilas dan laju dia meninggalkan lelaki itu.

PEMANDUAN Rabiatun tenang sahaja. Sesekali Rabiatun menjeling Afiqah yang diam sahaja sejak masuk dalam kereta tadi. Melihat mata Afiqah yang nampak sedikit sembab buat hatinya tertanya-tanya.

" Gaduh dengan Harris?",

Afiqah berpaling. " Tak..", meleret jawapan Afiqah.

" Dah tu muka monyok macam mati laki",

" Suami aku hidup lagilah Atun", tidak suka dengan gurauan Rabiatun yang dirasakan keterlaluan. Atun ni memanglah!

Rabiatun ketawa dengan jawapan Afiqah. " Memanglah hidup lagi",

" Aku okay. Biasalah rumah tangga kalau tak ada masalah tu pelik pula kan. Tapi aku masih boleh handle. Harris pun dia layan aku baik je walaupun dia masih belum ingat lagi. Mungkin juga sebab adanya Akid. Kalau tak ada Akid mungkin juga kami dah tak bersama lagi",

" Sabarlah Iqa. Bagi Harris masa. Lagipun dia bukan sengaja lupakan kau. Dia hilang ingatan kan",

" Ya. Aku sedang bersabarlah ni. Tak nampak?Hah. Tak nampak?",

" Nampak macam tak sabar adalah", balas Rabiatun bersahaja.

" Sabar Iqa. Sabar", dia mengurut dada melayan sindiran Rabiatun. "Harap Mira bertabahlah dengan ujian dia ni",

" Lebih baik berpisah daripada merana. Sudahlah tidak membantu malah membebankan pula. Apalah lelaki macam tu. Orang lelaki ni tak sedar mereka tu dilahirkan dengan penuh tanggungjawab. Bila tak faham tanggungjawab macam tulah. Berapalah statistik kes penceraian yang disebabkan oleh lelaki yang tak bertanggungjawab dalam Malaysia ni agaknya ya",

" Entahlah. Manalah aku tahu. Aku tak kaji", jawab Afiqah.

" Aku tak tanya kau? Aku cuma mempersoalkan sahaja",

" Yalah",

Tidak lama mereka sampai ke rumah ibu Amira. Amira dan Talib sudah tidak sebumbung hampir sebulan. Tiada siapa yang mencadangkan penceraian kepada Amira namun wanita itu sendiri yang menyuarakannya. Tentu sahaja Rabiatun akan menyokong kerana lama sudah dia benci dengan perangai Talib. Afiqah mengambil inisiatif menasihati dan meminta Amira menimbang baik buruk keputusannya.

" Hoi. Nak menjanda makin melawa pula kau", tegur Rabiatun apabila Amira masuk ke perut kereta. Semerbak bau pewangi yang dipakai Amira memenuhi ruang dalam kereta.

" Aku memang macam ni apa sebelum ni",

" Kau jangan Mira. Nanti dah berpisah Talib mengulang sejarah macam Harris buat dulu. Kejar janda dia siang malam", selamba sahaja mulut Rabiatun sambil memulakan pemanduan.

" Dia ni kan..", tamparan hinggap di bahu Rabiatun namun disambut dengan tawa.

" Ala..gurau sikit je pun", memuncung mulut Rabiatun. " Tapi kan. Aku ni memang pemandu tak berbayar kau orang berdua ke pejabat agama ke ya?",

Soalan Rabiatun mengundang tawa Afiqah dan Amira. Ketika proses penceraian Afiqah dan Harris dulu pun dialah yang membawa Afiqah ke pejabat agama.

" Makin buat aku takut nak kahwin. Aku tak nak kahwin. Mak! Atun tak nak kahwin", jeritan Rabiatun memenuhi ruang kereta.

" Gilalah kau ni Atun. Tak semua perkahwinan akan mengharungi proses perpisahan Atun. Setiap orang dah ada bahagian masing-masing. Ada orang perkahwinannya berkekalan hingga ke akhir hayat. Ada orang putus di tengah jalan. Rezeki masing-masing. Jangan pula disebabkan perkahwinan aku dan Mira kau tak nak kahwin ", Afiqah menegur Rabiatun yang sejak dari dahulu tidak percayakan perkahwinan.

" Takut nanti kahwin dengan Mikael dia yang tak boleh berenggang dengan Mikael", ujar Amira mengusik.

" Huh. Mikael si lembik tu. Aku perli sikit pun sentap. Bukan kriteria untuk dijadikan suami",

" Eleh..", ejek Amira.

" Eh. Mira kau ni nak berpisah tak sedih ke. Elok je mood kau",

" Tipulah tak sedih Atun. Bertahun kami hidup bersama. Ya aku tahu cerai ni Allah tak suka. Tapi sampai bila. Sampai bila? Dah lama aku bertahan. Bukan aku tak pernah beri peluang. Bertahun dah aku bertahan dengan Talib. Apa guna ada suami kalau semua benda dipertanggungjawabkan pada aku. Aku telan je kata-kata orang selama ni. Mengata aku mengutuk Talib. Bodoh sebab rela diperhambakan suami. Tapi bila dia buat anak-anak aku macam tu aku tak boleh dah. Aku bertahan selama ni pun sebab anak je. Kalau bukan sebab anak..", Amira berjeda seketika. " ..mungkin dah lama aku dan dia berpisah", Amira melepaskan keluh.

Afiqah dan Rabiatun hanya diam mendengar luahan Amira. Simpati dengan Amira. Tentu sahaja. Tapi itulah susanan takdir dari Allah untuk hambaNya.

KERETA Rabiatun berlalu meninggalkan halaman rumah Hasnah. Selesai urusan Amira tadi mereka singgah makan dan terus pulang kerana Afiqah tidak betah berlama-lama meninggalkan Akid.

Baru mahu melangkah meniti anak tangga telinga Afiqah menangkap bunyi deruan enjin kereta. Saat berpaling matanya tertancap pada batang tubuh suaminya.
" Baru balik?", sapa Harris usai Afiqah menjawab salamnya. Tubuh Afiqah diraih dan hujung kening Afiqah dikucup lembut. " Lepas ni. Bukan nak pergi je. Balik pun kena buat macam ni",

Afiqah ketawa kecil. Ah! Sekali lagi dia jatuh cinta pada lelaki ini. Memang Harris ni dilahirkan dengan bakat pandai membuat aku jatuh cinta ke?

" Tak takut abang jatuh cinta pada Iqa kalau buat macam tu", soal Afiqah manja.

" Jatuh cinta?"

" Hmm..",

" Bukan Iqa juga yang nak saya ulang semula cinta kita?", Harris merenung lembut wajah Afiqah.

" Betul ke abang hilang ingatan ni. Hmm?",

" Kenapa?", soal Harris hairan. Keduanya mula naik dan duduk di kerusi yang ada di beranda rumah.

" Abang dah pandai beromantis dengan Iqa berbanding dua bulan lepas", dua bulan. Tawar dan hambar sahaja hubungan mereka. Itupun mujurlah ada Akid. Adalah juga serinya. Kalau tiada Akid? Hmm..Jawablah sendiri.

" Since apa yang berlaku antara kita malam tadi buat saya sedar dan saya akui saya tak nak hilang Iqa", jujur jawapan Harris buat Afiqah gembira dan kecewa. Gembira lelaki itu mahu terus setia. Tetapi kecewa kerana mungkin Harris perlukannya hanya kerana tanggungjawab di atas katil sahaja.

" Hanya kerana hubungan badan?", Afiqah terus menyoal.

" Bukankah hubungan badan itu akan mengeratkan hubungan suami dan isteri?",

" Hmm..", Afiqah menggumam lalu bangun dan berjalan masuk ke bilik. Katil Akid didekati. Tidur lagi. Memang kerja Akid tidur je eh! Dalam perut bukan main aktif. Bila keluar kerja tidur je. Monolog Afiqah dalam hati. Jam dikerling. Ah!Memang masa Akid tidur. Tunggulah dia bangun nanti.

Tubuhnya dirangkul Harris dari belakang. Tiada penolakan dari Afiqah. Malah dia sangat senang dengan perlakuan Harris. Saat dagu Harris diletakkan di bahunya Afiqah tersenyum. Senyum Afiqah melebar saat bibir Harris mula mengucup lehernya yang masih bertutup dengan tudung. Itulah kegemaran Harris sebelum ini. Memeluknya dari belakang dan mengucup lehernya lembut buat Afiqah khayal dan penasaran.

" Lia nak saya kembali semula pada dia", bisikan Harris membuatkan Afiqah menolak keras tubuh lelaki itu supaya menjauh.

" Apa ni? Peluk-peluk orang lepas tu sebut nama Kak Lia. Pergilah balik semula pada dia!", keras suara Afiqah sambil tangannya menanggalkan tudung dengan kasar. Kerana gopoh tindakannya tanpa sengaja jari telunjuknya tercucuk jarum yang disemat di sebelah kiri telinga.

" Hish! Jarum ni pun!", bentak Afiqah. Entahlah tiba-tiba dia panas hati pula. Sedangkan malam tadi bukan main lagi dia mahu berkorban untuk Zahlia! Sekarang? Bila mengikut Amira ke pejabat agama tadi dia jadi takut. Takut jika perpisahan jalan yang Harris pilih jika ingatannya tidak pulih apatahlagi Zahlia masih bertakhta di hati lelaki itu.

Harris menyimpan senyum. Entah kenapa kemarahan Afiqah menghiburkan hatinya. Comel. Mahu sahaja dipeluk sekali lagi. Bimbang dia pula yang dicucuk Afiqah nanti.

" Pergi. Pergilah. Pergilah balik dengan Kak Lia tu", selamba dia menanggalkan pakaian di hadapan Harris sehingga tinggal pakaian dalam sahaja. Panas! Luar dalam dia rasa panas!

Harris meneguk liur melihat tingkah bersahaja isterinya. Tengah marah ke tengah menggoda ni? Dia mendekat. Tangan kanan Afiqah dicapai dan diangkat.

" Jari mana tercucuk jarum tadi?", Harris memerhatikan semua jari Afiqah. Namun langsung tiada kesan darah.

" Telunjuk", mencuka wajah Afiqah.

" Tak ada kesan tercucuk pun", Harris terus membelek jari yang dimaksudkan isterinya.

" Tercucuk jarum bukan tercucuk pedang samurai. Lepaslah", bentak Afiqah melepaskan pegangan tangan Harris tanda protes. Tetapi cepat ditangkap semula dan diperhatikan semula jari telunjuk tadi. Dikucup lembut hujung jari Afiqah biarpun langsung tidak nampak kesan. Entah betul atau tidak jari isterinya itu tercucuk jarum. Ataupun hanya sekadar drama nakal seorang Afiqah. Afiqah pula termangu dengan tingkah manis Harris. Ah! Benar-benar buat dia khayal!

" Cepat mandi. Pakai baju. Saja nak tunjuk badan dia tu. Nanti kalau saya minta hubungan badan..",

" Jangan harap Iqa nak bagi", laju sahaja Afiqah mencelah lalu mencapai tuala dan langkahnya diatur menuju ke bilik air.

Harris ketawa besar dengan jawapan Afiqah dan berjalan mendekati Akid yang sudah terjaga. " Umi Akid tu memang macam tu ya. Saja buat ayah tergoda", tubuh Akid diangkat dari katil. Digomol tubuh anak itu sehingga terdengar jeritan gembira dari anak kecil itu.

Happy reading..

Share this novel

Nani Silong
2024-08-10 08:02:50 

Sweet sgt la ayah a kid..


NovelPlus Premium

The best ads free experience