BAB 26

Romance Series 62817

PELUKAN erat Amira membuatkan Afiqah terasa sukar untuk bernafas.

" Oi kau nak bunuh aku ke Mira", segera tubuh Amira ditolak kuat supaya dapat melonggarkan pelukan Amira.

" Tak..", lurus jawapan Amira sambil melepaskan pelukan dan menggosok perlahan bahu Afiqah.

Wajah suram itu ditatap Afiqah. " Tak payah nak buat muka macam tu lah. Bukan salah kau pun. Salah lelaki tu", Afiqah melabuhkan punggung di pangkin. Sengaja mengajak Amira dan Rabiatun duduk di pangkin depan rumah yang terhias indah dengan lampu solar ball string. Itu adalah hasil kerja Harris setelah dipaksa oleh Afiqah yang mahukan pangkin itu menjadi tempat yang nampak romantis pada waktu malam.

" Kenapa kau tak cakap dengan aku si Talib tu buat hal. Ni dah malam baru aku tahu", Amira tidak puas hati kerana Afiqah dan Rabiatun merahsiakan hal tersebut daripadanya.

" Bukan tak nak cakap. Aku ingat esok-esok baru nak beritahu. Sebab ni lah. Macam ni. Kalau beritahu mulalah buat muka macam dialah yang buat salah", tangan kanannya disuakan ke wajah Amira.

" Kalau kau beritahu esok pun muka aku macam ni juga. Bukannya akan bertukar jadi Amira Othman penyanyi tu", balas Amira dengan wajah mencuka. " Kau pun satu Atun. Diam je", tamparan kuat singgah di peha Rabiatun.

" Aduh. Sakitlah", cepat pehanya diusap oleh Amira namun cepat juga ditepis kerana Rabiatun sangat tidak suka dengan sentuhan begitu. " Aku ni kalau ikutkan nak heret kau ke sini. Tapi mak orang ni. Tak nak beritahu kau. Bukan salah aku", puas Rabiatun membebeli Afiqah siang tadi namun wanita itu langsung tidak peduli. Kasihankan Mira lah. Itulah. Inilah.

" Dahlah. Talib pun dah diambil polis kan", Afiqah mahu meredakan keadaan.

" Kau nak rujuk dengan Talib ke Mira?", soal Rabiatun tanpa dalih.

" Tak nak. Aku dah sampai ke tahap ni. Mana mungkin aku nak terima dia semula. Talib bukan Harris", kendur suara Amira. Teh o panas dibancuh Afiqah disisip perlahan.

" Kenapa dengan Harris?", laju Rabiatun menyoal. Afiqah pula terpinga dengan soalan Rabiatun! Patut aku yang tanya!

" Harris tu dia faham erti tanggungjawab. Walaupun dia tak ingat Iqa tapi dia tak culas dengan tanggungjawab dia", apakah Amira sedang memuji Harris?

" Mana kau tahu dia tak culas. Bukan kau bini Harris. Kalau ada isu pun bukan mak orang ni cakap dengan kita", Rabiatun memandang Afiqah.

" Hal rumah tangga takkan nak dicanang pada orang luar. Ada masalah cuba selesaikan. Itulah resam hidup berumah tangga. Hal macam Mira ni tak boleh nak elak dah. Kalau kena pukul dengan suami memang tak boleh diam. Kena suarakan. Kita orang perempuan ni bukan punching bag para suami", geram pula apabila teringat kejadian siang tadi. Kenapalah dia lembab sangat tak boleh nak lempang semula muka si Talib tu!

" Aku bukan suruh canang hal rumah tangga sendiri", Rabiatun membela diri. Dia tahu Zahlia sedang mengganggu rumah tangga sahabatnya itu. Dan dia pernah ternampak pertemuan Harris dan Zahlia satu tengah hari tanpa kehadiran Afiqah. Entah Afiqah tahu atau tidak pertemuan itu. Mahu memberitahu Afiqah dia bimbang akan menghuru harakan rumah tangga Afiqah yang nampak baik-baik sahaja. Biarlah. Dia mahu melihat dahulu.

Lama juga mereka berbual sehingga mata Rabiatun tertunak pada Harris yang berdiri di jenang pintu. " Hmm.. Cik abang kau dah tak tentu arah dah tu. Jom balik Mira", Rabiatun bangun dari pangkin. Tetapi Amira berlambat-lambat pula.

" Kau tak marah aku kan Mira?",

" Marah kenapa?",

" Buat report",

" Baguslah. Biar tambah kes dia. Lagi cepat lagi lama dia masuk jail", kes pukul Amira masih dalam perbicaraan dan Talib belum lagi dihukum dengan kesalahan itu.

" Hati- hati memandu Atun. Kau bawa janda hot tu",

" Ah! Hot tang mana. Kalau artis okay juga. Ni..Minah kilang",

" Bengonglah kau ni Atun", marah Amira dan sengaja menghempas kuat pintu kereta. Dari luar Afiqah nampak dua sahabat itu mengomel itu ini. Namun Afiqah hanya tersenyum melihat keceriaan Amira. Alhamdulillah. Semoga kau terus kuat Mira.

PELUKAN di pinggang Afiqah dieratkan sambil bibinya nakal mengucup leher isterinya yang terdedah. Pandangannya menumpu pada langit yang terhias dengan jutaan kerlipan bintang. Angin semilir yang menyapa lembut membawa suasana yang sangat tenang dan mendamaikan. Namun tidak setenang dan sedamai hatinya sekarang.

Sepi. Keduanya hanya menikmati suasana itu dengan masing-masing sepi tanpa suara. Pipi kanan Afiqah dielus pula dengan belakang jemarinya

" Sakit lagi pipi sayang?",

" Dah okay",

Pipi Afiqah dikucup perlahan dan dagunya diletak di bahu isteri. " Masa sebelum abang hilang ingatan dulu kita selalu macam ni?", mengajak berbual menghilangkan resah yang hadir di hati. Dia mahu berbicara soal Zahlia sebenarnya.

" Tak..",

" Ya?",

" Hmm..tak sempat nak romantis macam ni penjahat tu dah huru harakan kita",

" Kenapa sampai sekarang polis tak dapat tangkap penjahat tu ya?", soal Harris.

" Mungkin mereka tu penjahat yang sangat profesional",

" Mungkin..",

Seketika mereka berdua diam lagi.

" Tak sempat romantis macam ni tapi kita sempat buat anak kan", Harris ketawa nakal.

" Abang boleh tahan ke kalau tengok isteri cantik, menawan abang ni..",

" Mana boleh tahan..", cepat dia memintas dan satu kucupan singgah di bahu Afiqah.

" Lelaki kan. Nafsunya cuma yang itu", Afiqah berpaling mengadap tubuh Harris.

" Tak sama macam perempuan. Nafsunya 9. Tapi akalnya cuma 1. Sebab tu macam- macam ragam",

" Sebab itulah Allah jadikan lelaki itu sebagai pemimpin. Kalau pun tidak memimpin negara tentu sekali dia perlu memimpin keluarganya. Perkara asas seorang lelaki. Terima kasih abang..",

" Untuk?",

" Hadir dalam hidup Iqa sebagai pemimpin Iqa. Iqa bukan perempuan yang sempurna untuk ada di sisi abang tapi abang sudi terima Iqa",

" Abang pun tak sempurna sayang",
" Bila Amira disia-siakan Talib Iqa takut. Takut kalau itu juga akan berlaku dalam rumah tangga kita",

" Tak perlu takut apa yang jadi pada masa akan datang. Allah itu Maha Pengasih. Maha Penyayang. Yakin sahaja dengan Dia",

" Hmm..", Afiqah mengangguk perlahan.

" Abang ada sesuatu nak cakap pada Iqa", Harris cuba untuk bertenang. Tubuh isterinya masih lagi dalam pelukannya.

" Apa dia?",

" Zahlia..",

" Kenapa dengan Kak Lia..", cepat rangkulan tangan Harris dileraikan
Entahlah. Bila berkait dengan Zahlia dia jadi cemburu walaupun Harris dan Zahlia sudah tiada hubungan.

" Dengar dulu..", pinggang Afiqah diraih kembali. Dagu isterinya dipaut lembut membawa mata mereka saling bertentangan.

" Apa..", mencuka sudah wajahnya.

" Lia nak abang teman dia buat kimo",

" Bila?",

" Lagi sebulan macam tu",

" Di mana?",

" HKL ",

" Kenapa Kak Lia tak beritahu Iqa. Iqa pun boleh temankan dia. Kenapa nak abang pula yang temankan", awal dulu dia juga yang seakan membenarkan segala keperluan sakit Zahlia dipenuhi Harris sehingga meminta Harris menikahi semula kakaknya itu. Tapi sekarang?

" Kita pergi samalah. Takkan abang berdua je dengan Lia. Nanti sayang juga yang akan fikir bukan-bukan kalau abang berdua je dengan Lia",

" Hmm..Tahu pun. Kalau abang tak nak Iqa salah sangka fasal hubungan abang dengan Kak Lia abang tak boleh beri ruang dan peluang untuk Iqa salah sangka. Jangan sorokkan apa-apa dari Iqa",

" Abang tak nak sebab Lia hubungan kita terjejas sayang. Walaupun abang tak ingat lagi hidup abang dengan Iqa sebelum ni tapi abang nak bahagia dengan Iqa",

" Abang bahagia sekarang?"

" Alhamdulillah. Tentu sekali. Suami mana tak bahagia. Bangun pagi disediakan semua keperluan. Makan sarapan, tengah hari, makan malam dimasak isteri. Pakaian isteri basuhkan. Bila penat isteri urutkan. Bila sakit isteri jagakan. Apa lagi. Semua isteri abang yang superwomen ni buatkan",

" Jadi abang ingat Iqa ni tukang masak, tukang cuci, tukang urut lah",

" Lebih kurang macam tulah", sendanya dengan ketawa kecil.

" Hmm..di situ rupanya taraf isteri Encik Harris ye", matanya sengaja menentang mata Harris.

Harris ketawa besar dengan bicara isterinya.

" Sayang segalanya pada abang. Yang paling peting sayang tempat abang bercucuk tanam. Hasilnya dapat dah Akid seorang. Banyak lagi benih nak bercucuk tanam ni ", makin kuat tawanya apabila melihat renungan tajam dan gelengan isterinya.

" Abang memang tak boleh kalau tak cakap kotor kan?",

" Mana ada abang cakap kotor. Itu gurauan mesra suami isteri sayang. Habis nak suruh abang gurau mesra begitu dengan isteri jiran depan rumah. Isteri Pak Kamal depan tu? Mahu diparang Pak Kamal nanti",

" Lelaki itulah dalam kepala dia",

" Haih kalau tak dapat memang boleh beku otak abang sayang",

" Dahlah! Nasib Iqa tak mengandung sekarang. Kalau tak otak anak Iqa tercemar dengan cakap-cakap kotor abang tu",

" Macam nak ajak abang buat Iqa mengandung lagi je tu", Harris .asih mahu mengusik.

" Ya Allah. Eloklah pergi ambil wuduk bawa-bawa solat. Berzikir ingat Allah sama abang", Afiqah berlalu masuk ke rumah. Malas lagi mahu dilayan otak nakal lelaki itu.

" IBU dah cakap dengan ayah ke?", langkah kaki Afiqah terhenti apabila suara Atiya yang sedang berbual di telefon menerjah pendengarannya.

" Kenapa?", tiba-tiba Harris berbisik pula apabila melihat langkah Afiqah yang berhenti tiba-tiba.

" Ayah mesti tak bagi. Ibu tahulah ayah tu macam mana",

Saat bicara Atiya singgah di telinganya Harris menarik lengan Afiqah. " Tak baik curi dengar perbualan orang sayang",

Afiqah menurut langkah kaki menuju ke bilik mereka. " Kak Lia nak apa?",

" Esok Atiya cakaplah tu dengan abang. Tak pun kalau dia dengar kita tak tidur lagi ni tentu kejap lagi ada orang ketuk pintu bilik kita ni", Harris mula berbaring dan menarik selimut.

Baru sahaja Harris menghabiskan ayatnya bunyi ketukan di pintu bilik kedengaran.

" Tengok. Betul kata abang", dia tidak pula bangun malah terus berbaring dan memejamkan mata. " Beritahu abang dah tidur",

" Abang belum tidur kan", Afiqah tidak puas hati dengan tingkah lelaki itu.

" Ayah..", suara Atiya memanggil ayahnya . Lembut dan manja.

Afiqah jugalah yang bergerak membuka pintu. " Ya. Ada apa Tiya?",

" Ayah dah tidur ke umi?",

" Hmm.. Kenapa?",

" Ibu ajak Tiya pergi Langkawi lusa. Tiya nak tanya ayah dulu. Boleh ke?",

" Esok pagilah tanya ayah ya",

" Okay", cepat Atiya berlalu tanpa banyak soal.

Harris bangun dan bersandar di kepala katil saat Afiqah melabuhkan punggung di sebelahnya. " Kata sakit. Dah sihat ke dia? ", Harris kehairanan pula.

" Tak tahulah. Agaknya Kak Lia nak luangkan masa dengan Tiya sebelum rawatan. Mungkin dia fikir nanti bila dah mula rawatan susah nak bawa Atiya berjalan lagi. Lepas rawatan kan ada kesan sampingan. Badan jadi letih tak bermaya",

" Hmm..", tubuhnya dipaling mengadap Afiqah.

" Abang benarkanlah Kak Lia bawa Tiya ke Langkawi tu. Biarlah dia nak bersama berseronok dengan Tiya", Afiqah juga berbaring dan meletakkan kepala di lengan Harris.

" Kita nak bersama dan berseronok di mana?",

" Hmm.. Mana-manalah abang. Jangan depan orang sudahlah", faham sangat maksud suaminya tadi.

Jawapan Afiqah mengundang tawa besar suaminya. " Pasrah sangat bunyinya tu",

" Kini aku pasrah dengan segalanya..", nyanyian lagu Pasrah meniti di bibir Afiqah.

" Pasrah. Pasrah juga. Lain kali jangan pasrah sangat biar orang tampar Iqa" pipi kanan Afiqah dielus dan dikucup perlahan.

Senyum terukir di bibirnya. " Bukan Iqa pasrah. Iqa terkejut. Iqa macam kena pukau",

" Nasib Talib tak pukau bawa balik ke rumah dia",

" Hish! Abang ni! Cakaplah yang baik-baik",

" Hmm..Yang baik-baik ya. Jom buat pahala dengan abang", sengih lebar terpamer di wajahnya buat Afiqah menjauh.

" Hey! Yang baik-baik dah abang cakap tu?", pinggang Afiqah terus diraih dan didakap erat. " Jangan cuba-cuba lari ya adinda ku sayang. Kanda sangat-sangat mengharapkan dinda malam ini",

Afiqah tertawa dengan sendaan suaminya. " Abang tak ingat kan Iqa tak boleh bersama abang malam ni"

Harris mengeluh kasar. " Kena berbini dua ni. Yang sini cuti ada yang di sana. Yang sana cuti ada yang di sini",

" Iqa rasa Iqa tak letak ramuan pelik pelik dalam sup ayam tadi",

Bicara Afiqah membuat Harris ketawa besar. " Sayang..sayang..Dahlah. Jom tidur. Penat je abang bagi bunga-bunga dari tadi. Sudahnya kena biar je la otak abang ni beku..", meleret suara Harris.

Afiqah ketawa lagi. " Nasib badanlah En Harris. Tak ada rezeki. Nak buat macam mana kan",

" Hmm..", nadanya dibuat bagai terlalu kecewa.

Bibir Harris dikucup lembut. " Tidurlah abang. Penat dah telinga Iqa dengar abang merapu",

Dahi Afiqah dikucup dan ditarik tubuh Afiqah dalam posisi yang selesa. " Love you sayang",

" Love you abang",

" Baca doa tidur",

" Hmm..", Afiqah hanya menggumam dengan matanya yang terpejam..

Seketika keduanya sepi. Namun bunyi telefon Harris mengganggu tidur mereka.

" Siapa pula ni", rungutnya tanpa menilik skrin terus dijawab. " Hello",

" Hello Rris", sapaan suara Zahlia mengejutkannya.

" Lia..",

Terus celik mata Afiqah saat nama Zahlia meniti di bibir suaminya.

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience