BAB 28

Romance Series 63878

WAJAH cantik di hadapan Afiqah nampak teruja dan ceria dengan kehadiran Harris. Afiqah mengangkat wajah memandang sekilas wajah Harris dan jelas terhias senyum manis di bibir lelaki itu. Harris yang sedar dengan tingkah isterinya terus merangkul pinggang Afiqah. Afiqah yang pada mulanya rasa seperti sedikit tergugat dengan keadaan yang sedang berlaku mula kelegaan dengan tingkah Harris.

" Apa khabar Ju?", sapa Harris mesra.

" Alhamdulillah. Sihat. You?",

" Alhamdulillah. Sihat-sihat sahaja. Kenalkan wife I, Afiqah. Sayang ini Julia. Kawan tempat kerja abang masa di KL dulu", rangkulan di pinggang Afiqah dilepaskan.

Afiqah menghulurkan salam perkenalan. Salam disambut namun riak wajah Julia nampak seakan keliru.

" I dah berpisah dengan Lia", ujar Harris yang faham maksud pandangan Julia kerana dulu Harris selalu membawa Zahlia dalam majlis syarikat.

" Oh..", Julia mengangguk perlahan. " You pun sejak berhenti dari JAZ Holding terus senyap. Langsung tak dengar khabar. Media sosial pun tak wujud",

Harris tergelak. " I nak hidup tenang-tenang. Aman-aman. Kalau tak ada berita I meninggal tu maknanya I hidup lagilah", Harris ketawa pula. Waktu itu waktu dia sedang bergelut dengan perpisahan dengan Zahlia. Jadi dia memencilkan diri dari dunia luar kerana dalam proses pemulihan dan menenangkan diri. Bukanlah situasinya sehingga menyebabkan dia hampir gila namun ditinggalkan Zahlia merupakan satu memori pahit dalam hidupnya. Dia terlalu sayang dan cintakan Zahlia tetapi Zahlia memilih meninggalkannya.

" Eh. Ke situ tu pula", tidak suka dengan gurauan Harris. Memanglah sebagai manusia kita perlu sentiasa ingat mati kerana mati itu pasti tapi usahlah dibuat gurau dengan perkara mati.

" Fuad ke oversea?",

" Biasalah..",

" You tak ikut?",

" Banyak kerja kat sini. Ini pun balik sekejap rumah mak I cuti dua hari ni. Thaqif tengah cuti semester. Stress study nak cari laut katanya", Thaqif di sebekah hanya tersenyum sahaja.

" You masih dengan JAZ Holding? ", tidak ambil pusing dengan ujaran Julia dia menyoal kehidupan kerja terkini wanita itu.

" Masih..",

" Yalah. Arkitek yang boss paling sayang kan", Julia menantu kepada pemilik syatikat. Walaupun begitu, bukan kerana status itu yang buat Julia disayangi majikan tetapi Harris akui hasil kerja Julia sebagai arkitek syarikat sangat bagus. Beberapa kali juga wanita itu mendapat anugerah dari hasil kerjanya. Bila seseorang komited dengan kerja tentulah hasilnya akan setara dengan usahanya.

" Sayanglah sangat", mesra bualan Julia dan Harris.

Beberapa ketika Harris meminta diri dan bersahaja pula Julia meminta nombor telefon terkini Harris. Langsung Harris memberi tanpa banyak soal. " Okaylah. I gerak dulu", Harris mencapai jemari Afiqah dan berlalu.

" Bukan main siap minta nombor telefon. Depan Iqa pula tu. Masalahnya ingat pula abang pada dia tu. Iqa abang tak ingat..", cemberut sudah wajahnya ketika mereka sudah berjalan sedikit menjauh dari Julia.

Harris ketawa dan pinggang Afiqah diraih. " Tak ingat pun abang sayang Iqa juga kan. Jadi tak penting dah pun abang ingat atau tak. Abang sayang isteri comel abang ni. Lagipun dia cuma kawan abang sayang. Memang kawan semata-mata. Jangan risau. Dia ada suami. Suami dia kerja offshore sebab tu suami dia tak ada sekarang dengan dia. Suami dia anak Tan Sri ahli korporat lagi. Suami dia kawan abang juga",

" Nasib dah ada suami",

" Cemburu? Hmm?",

" Mestilah. Suami kita dahlah kacak, sasa, stok lelaki idaman gadis-gadis. Biarpun kerja angkat sawit je tapi duit berkepuk. Mana tak cemburu", terus mengakui perasaannya.

" Julia tu tak gadis dah. Sayang tengok anak dia tu dah besar pun. Tak lama lagi jadi nenek lah tu. Tak muda dah pun. Stok bakal- bakal nenek. Haa..kita muda lagi. Lambat lagi nak jadi atuk dengan nenek sebab Akid pun tak sampai setahun lagi",

Afiqah ketawa. Pelukan di pinggang Harris dieratkan. Sempat Harris mengucup kepala Afiqah. Kepala Afiqah mendongak mencari wajah suami tersayang dengan senyum manis terukir di bibir.

" Nak minta cium dekat mana? Bibir? Tempat awam ni. Abang tak nak viral", usik Harris apabila melihat manja isterinya yang terpamer.

" Tak nak sekarang sebab Iqa pun tahu malu jugak. Tunggu dekat rumah", nakal juga dia menjawab mengundang tawa Harris. Akid didukungannya juga turut ketawa apabila ayahnya ketawa.

" Kejap lagi kan nak check in hotel. Abang dah booking dua bilik. Akid kita hantar pada nenek. Minta nenek tolong jaga. Nanti kita upah beli gelang emas kat nenek",

" Amboi. Gelang emas. Tapi kasihan nenek. Nenek bukannya larat sangat tu",

" Kasihan nenek ke kasihan abang. Dah 8 hari otak abang ni beku sayang tahu tak", tahu isterinya sudah suci kerana Afiqah solat subuh tadi. Namun apabila dia mencuba nasib usai Subuh tadi Afiqah sengaja beralasan itu ini. Atiya nak itulah. Akid nak inilah. Sampaikan Hasnah pun termasuk dalam senarai alasan isterinya. Padahal Hasnah tiada kena mengena langsung.

" Tengok..itu je dalam kepala dia kan. Kata otak dah beku tapi boleh pula berfungsi",

Harris ketawa. " Yalah. Masih berfungsi cuma bahagian tu je beku dan perlu dicairkan. Tak tahulah kepala abang ni", dia tersengih.

" Dahlah abang. Cukup-cukuplah tu",

" Selagi tak dapat..",

" Akid..Beritahu ayah ni. Suruh ayah ni banyakkan berzikir",

" Zikir Kid. Zikir..", Harris langsung tidak serius dengan teguran Afiqah.

" Tapi..",

" Tapi apa sayang..",

" Kenapa abang ingat semua perkara sebelum abang nikah dengan Iqa tapi abang tak ingat abang kahwin dengan Iqa?", matanya mencari wajah Harris.

Serius suara Afiqah buat langkah Harris terhenti.

" Entah..",

" Mungkin ada perkara buruk yang buat abang trauma sepanjang abang dengan Iqa. Lagipun abang kan tak suka dengan Iqa sebelum tu sebab tu abang tak ingat. Abang rasa Iqa ni sesuatu yang abang tak nak dalam hidup abang sebab tu mungkin cara abang nak buang jadinya sebab tu abang tak ingat..", telahan Afiqah bikin Harris rasa kurang senang.

" Sayang..",

" Abang boleh ingat Julia. Tapi abang tak ingat Iqa..",

" Sayang pun tahu apa kata doktor kan. Abang hilang sebahagian memori abang selepas abang berpisah dengan Zahlia kan. Abang tak ingat since kita nikah. Kenapa ni. Hmm?", wajah Afiqah dipaut lembut.

" Entah. Tiba-tiba Iqa rasa Iqa ni tak penting dalam hidup abang. Sebab tu abang tak ingat Iqa..",

" Umi cemburu Auntie Julia cantik menawan tu ke apa ni Kid?", soal Harris pada Akid dengan senyum nakal. Namun tanpa disangka Akid meramas mulut Harris bagai marah dengan soalan ayahnya.

" Hmm..Padan muka!", ujar Afiqah memandang dengan jelingan tajam lalu berjalan dengan lebih cepat meninggalkan Harris dan Akid di belakang. Panggilan Harris tidak dihiraukan.

JAM sudah 5 petang ketika mereka mendaftar masuk ke bilik hotel. Harris telah menempah bilik yang bersambung mudah jika berlaku apa-apa.

" Bilik nenek sebelah ni nek", ujar Afiqah membuka pintu di tengah bilik yang bersambung.

" Hmm..nenek nak baring-baringlah sekejap", Hasnah mengibas tilam beberapa kali dan naik ke katil lalu merebahkan tubuhnya mencari posisi yang sekesa.

" Rehatlah nek",Afiqah kembali semula ke bilik mereka yang ada satu katil bujang dan satu lagi katil kelamin. Akid yang kepenatan sudah begitu lena.

Harris menarik Afiqah bergerak ke balkoni. Pelukan tidak dilepaskan. Mata mereka mencerun ke bawah melihat anak-anak kecil yang leka bermain di kolam mandi.

Satu kucupan lembut singgah di bahu Afiqah. Afiqah hanya membiarkan kerana dia juga suka dilayan begitu. Rasa dirinya dikasihi dan disayangi suami.

" Hmm..Atiya la tu call", ujar Afiqah apabila mendengar telefonnya berdering kerana sudah dipesan kepada Atiya jika sudah sampai dan lapang supaya menghubunginya.

" Biarlah..",

" Kejaplah", Afiqah melepaskan pelukan dan masuk semula ke dalam bilik. Dia segera mencapai telefon dan meleret skrin yang terpapar wajah Atiya.

" Umi..", terjerit sedikit suara Atiya apabila wajah Afiqah tertera di skrin telefonnya.

" Ya",

" Aik..Umi kat mana ni?", soal Atiya apabila melihat latar belakang yang asing dan tidak dapat mengenalpasti tempat tersebut.

" DarulMakmur Hotel",

" Hah?",

" Apa ingat Tiya seorang boleh berjalan", nakal suara Afiqah mengusik.

" Hish! Time Tiya tak ada baru nak jalan ya", tidak puas hati dengan berita baru diterima.

Afiqah tertawa. " Bawa oyang dan Akid jalan-jalanlah. Kasihan oyang bosan di rumah",

" Mana oyang?",

" Tidur penat. Tadi bawa Akid main pantai",

" Pantai? Ala..tak aci", rungutnya manja kerana dia juga sukakan pantai.

" Ayah pun nak bercuti juga. Bukan Tiya je", Harris menyampuk. Kamera telefon Afiqah bawa ke wajah Harris.

" Hai..Rris", tiba-tiba suara Zahlia menyapa.

" Hai..", Harris membalas mengawal rasa terkejut kerana tidak menyangka akan disapa Zahlia.

" Rris nak apa dari Langkawi?", kedengaran manja di pendengaran Afiqah dan matanya menjeling riak wajah Harris.

" Tak nak apa-apa", dia menarik Afiqah di hadapannya dan mengucup sekilas pipi Afiqah mahu menunjukkan kemesraan hubungannya bersama Afiqah di hadapan Zahlia.

" Oh..Okay", cepat Zahlia berlalu keluar dari skrin telefon apabila melihat kemesraan lelaki itu. Dia tahu Harris sengaja berbuat begitu mahu memberitahu dia milik orang dan tidak mahu diganggu.

Perbualan kembali kepada Afiqah dan Atiya. Beberapa ketika berbual bersama Atiya, Afiqah menamatkan talian.

" Sengaja?", soal Afiqah.

" Apa?",

" Cium Iqa depan Kak Lia tadi?",

" Hmm..",

Afiqah diam.

" Tak suka?",

" Mestilah suka. Tapi Iqa tak suka abang buat macam tu depan orang", Afiqah membalas dengan mengucup bibir Harris sekilas.

" Ikutkan nak raba tadi. Tapi ada Tiya pula",

" Ya Allah..", Afiqah tepuk dahi.

Harris ketawa lepas. " Takkan abang nak buat macam tu sayang. Kita berdua pun abang bawa masuk selimut", tawanya masih bersisa melihat mulut Afiqah yang melopong. Yalah sangat!

" Ya Allah. Ya Tuhanku. Peliharalah lidah suamiku dari mengeluarkan kata-kata yang membawa kepada kemaksiatan Ya Allah. Peliharalah hatinya supaya kembali kepadaMu Ya Allah ", Afiqah mengangkat tangan dan berdoa.

" Maksiat apanya. Sayang isteri abang kan?",

" Malam ni kita nak keluarkan?", tidak membalas ujaran suaminya Afiqah mengalih topik.

" Hmm..kita solat jamak terus Maghrib Isyak nanti. Lepas tu baru keluar makan, jalan-jalan TC ke. Mall ke. Ikutlah sayang nak ke mana. Nanti tanya Oyang. Kalau Oyang penat pusing bandar dalam kereta je lah ",

" Okay.. nak baring-baring sekejap. Lepas tu nak mandi", Afiqah mula berbaring di katil empuk itu. Harris juga mula berbaring dan menarik Afiqah dalam pelukan. Mata mereka sama-sama tertumpu pada siaran televisyen yang menyiarkan perlawanan sepak takraw ulangan. Afiqah tidak banyak soal kerana dia juga suka menonton rancangan sukan. Bukan peminat tegar tetapi jika Harris mahu ditemani menonton acara sukan di televisyen dia boleh menemani lelaki itu tanpa penolakan.

SUASANA pesisir pantai di Teluk Cempedak nampak meriah walaupun malam masih muda. Selalunya bila semakin tengah malam semakin ramai pengunjung di sini.

" Duduk sini nek. Kita buat senaman mata tengok kelibat dan ragam orang", Harris mengajak Hasnah duduk di kawasan berbatu di situ. Hasnah hanya menurut. Lama sudah dia tidak ke sini pada waktu malam. Ini pun kerjaan Harris jadi diikutkan sahaja ke mana cucu menantunya itu daripada kena tinggal di hotel sendirian baiklah dia mengikut sahaja. Bagus juga melihat ragam manusia. Yang baik boleh diikut. Yang tak baik tak usah diikut.

" Nak ais krim?", mata Harris menumpu pada restoran segera di hadapan mereka.

" Sundae?",

" Hmm..",

" Boikot!", laju Afiqah menjawab.

" Okay..",

" Lagipun masih kenyang",

" Budak tu laju betul berjalan", ujar Hasnah menunjukkan kanak- kanak yang baru pandai berjalan dikejar kakaknya yang terjerit menahan.

" Baru dapat kaki la tu", ujar Afiqah. Akid di dukunfan Harris juga teruja untuk turun.

" Akid tak pandai jalan lagi. Nanti boleh jalan baru boleh turun. Jom kita pergi beli belon. Kita main belon", Harris bangun dari duduknya. " Sayang nak ikut?",

Afiqah menggeleng laju. Dia lebih suka berada di situ menemani Hasnah sambil melihat gelagat orang yang berkunjung sambil mendengar nyanyian kumpulan buskers di hadapan mereka. Harris berlalu meninggalkan Afiqah berdua dengan Hasnah di situ.

" Ni tempat orang-orang muda..", ujar Hasnah saat matanya melilau memandang sekeliling. Ada pengunjung lekaki perempuan. Melayu, cina, india, pelancong asing pun ada.

" Nenek pun muda apa dari orang yang lebih tua", Afiqah mengekek.

" Baiklah nenek duduk dalam bilik tadi. Mengaji ke. Dapat juga pahala daripada mata duk tengok orang pakai baju ketat. Seluar ketat. Tudung singkat. Tak susah je nak kencing pakai seluar ketat tu. Kalau nenek mahunya terkencing dalam seluar. Alang-alang terkencing kencing terus", bebelan Hasnah dibalas dengan tawa besar Afiqah. Namun sempat dia menutup mulut mengawal tawanya.

" Kakak yang tu nek. Cuba nenek tanya dia kalau nak terkencing dan tak buka seluar",

" Ah! Kalau tu kamu. Nenek telanjangkan je terus. Nak sangat telanjang", suara Hasnah mula serius kerana sakit pula matanya dengan fesyen pakaian anak muda melayu sekarang.

" Kita doalah mereka terbuka hati untuk pakai pakaian yang elok dan menutup aurat", Afiqah cuma mampu menjawab begitu. Takkanlah dia mahu berdepan dengan anak-anak remaja itu dan menyuruh balik untuk menukar baju. Dia tiada kekuatan untuk melakukan begitu. " Haa..kira nenek mengumpat budak-budak tu nek. Berdosa! Mana tahu tu sahajalah pakaian yang tiada ada. Dah jatuh fitnah",

" Dah kamu juga yang bawa nenek ke sini. Tengok ragam orang", dia juga tidak mahu dipersalahkan.

Afiqah ketawa lagi. " Dah. Jom kita pergi jalan kat bawah kat tepi pantai tu. Main belon dengan Akid", dia bangun menghulur tangan mengajak Hasnah untuk turun ke pesisir pantai apabila melihat Harris mendekati mereka.

" Nenek marah abang bawa dia ke sini", bisik Afiqah.

" Kenapa?",

" Marah tengok budak-budak melayu tu bertudung tapi baju singkat, seluar ketat",

" Tak apalah nek. Mereka belum dapat hidayah lagi. Nanti dapat hidayah mereka lagi baik dari kita nek..", faham maksud Hasnah bukan memperlekehkan cara berpakaian pengunjung di situ. Cuma perasaan cakna dan kasihnya yang buat dia rasa begitu.

" Hidayah dari Allah. Tapi tetap kena cari. Lagipun pilihan di tangan kita. Nak pilih yang baik ke yang buruk", ketika berjalan Hasnah bersuara.

" Ya nek. Semoga kita pun tak jauh dari hidayahNya", Afiqah membalas dan memaut pinggang Hasnah.

Seketika mata Afiqah tertumpu pada susuk yang dikenali. " Bang, bukan Kak Julia ke tu?",soal Afiqah melihat Julia yang santai berjalan bersama anaknya, Thaqif.

" Hmm..Biarlah dia. Buat-buat tak nampak je lah", jawapan Harris buat langkah Afiqah terhenti.

" Kenapa? Macam pelik je abang ni? Ke abang memang berjanji nak datang sini?",

" TC memang tempat lepak popular malam-malam sayang..Apa berjanji pula",

" Ya ke?",

" Tak percaya. Jom..",

Hah! Sekali lagi pinggangnya dipaut seperti siang tadi hanya kerana mahu menegur Julia? Menyesal pula dia memberitahu Harris tadi.

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience