BAB 3

Romance Completed 123037

TANGISAN Atiya buat hati Afiqah dirundum pilu. Jika boleh diputarkan masa dia lebih rela membiarkan hubungannya bersama Harris tetap sebagai adik dan bekas abang ipar daripada isteri. Sekarang bukan lagi sebagai seorang isteri tetapi dia telah menjadi bekas isteri Harris. Tapi itulah takdir Allah. Mana mampu kita sebagai manusia kerdil ini mahu melawan kehendak Allah Taala. Menyalahkan takdir Allah. Tidak sama sekali. Dia masih ada iman di dada. Biarpun sukar dia tetap redha.

" Kenapa umi dah tak boleh tinggal dengan ayah?", soal Atiya naif.

" Umi dengan ayah dah berpisah sayang. Kami dah tak boleh tinggal satu rumah lagi. Tiya tak perlu sedih sebab tak lama lagi ibu akan balik tinggal dengan Tiya di sini. Atiya akan ada ibu untuk jaga Atiya",

" Tapi Tiya nak umi juga ada dekat sini",

" Tak boleh sayang. Ala..rumah ayah dengan rumah Oyang kan dekat je kan. Atiya nak jumpa umi Tiya suruhlah ayah hantar rumah Oyang", pujuk Afiqah memberi cadangan yang terlintas di kepalanya tika ini.

" Tiya tak suka macam ni. Dulu ibu. Sekarang umi. Semua orang nak tinggalkan Tiya tak sayang Tiya", Atiya terus menyatakan perasaannya.

" Tak..Kan ibu dah balik. Ibu kan sayang Tiya. Sebab tu ibu balik sini", Afiqah terus memujuk. Kemesraan Afiqah dan Atiya bukan baru 6 bulan tapi sejak anak itu berumur 7 tahun dia datang kepada Atiya. Sejak Zahlia tinggalkan anaknya bersama Harris dan Harris pulang dan tinggal di kampung ini.

" Tapi Tiya nak umi juga", tangisnya makin kuat. Puas memujuk hingga anak itu tertidur. Mungkin trauma ditinggalkan ibunya dulu kembali semula.

" TIYA tidur. Nanti dia bangun saya hantar Tiya ke rumah awak", ujar Afiqah apabila Harris datang mahu menjemput Atiya yang berjalan kaki dari rumah ke sini.

" Hmm..", Harris menggumam sahaja dan turun dari tangga menuju ke kereta Ford Raptor miliknya. Afiqah hanya memandang kepergian bekas suaminya itu. Sesingkat ini hubungannya bersama Harris. Saat hatinya mula mengasihi menyayangi dan mencintai lelaki itu dia terpaksa melepaskan lelaki itu pergi. Oh..Sakit. Peritnya rasa hati saat melepaskan seseorang yang kita cintai. Tapi..Lebih baik melepaskan daripada terus bertahan dan tersakiti.

" Nenek minta maaf", sapaan Hasnah mengejutkan Afiqah.

" Kenapa pula nenek nak minta maaf ni?",

" Kalau nenek tak suruh Iqa nikah dengan Harris tentu nasib Iqa tak macam ni", ada rasa kecewa dalam hati Hasnah dengan keputusannya.

Afiqah ketawa kecil. " Nenek suruh je. Nenek tak paksa Iqa pun. Iqa yang buat keputusan kan. Tak apalah nek. Kalau kami terus bertahan pun kami berdua takkan bahagia. Kasihan Rris nek. Biarlah. Biarlah dia bahagia dengan pilihan dia", Afiqah tersenyum tawar.

" Nenek tak sangka pula Harris sanggup lepaskan kamu sebab Zahlia", Hasnah sudah tahu akan kepulangan Zahlia kerana cucunya itu pernah datang ke sini beberapa hari lepas sebelum penceraian Afiqah dan Harris.

" Nenek pun tahu kan. Harris kahwin dengan Kak Lia sebab dia sayangkan Kak Lia. Tapi dia kahwin dengan Iqa sebab mak dan nenek nak dia kahwin. Tak apalah nek. Iqa pun dah redha terima semua ni. Tak ada siapa yang salah dalam hal ni. Cuma jodoh kami tak panjang", tenang sahaja jawapan Afiqah. Sungguh biarpun hatinya tetap terasa sakitnya dengan keputusan ini tetapi dia sudah boleh menerimanya. Tak perlulah dia jadi gila hanya kerana dia diceraikan! Hidup masih perlu diteruskan.

Beberapa ketika berbual dia masuk ke bilik. Jika sebelum ini, bilik ini adalah biliknya bersama Harris tapi mulai malam ini tinggal dia sahaja. Tubuhnya terus direbahkan di sebelah Atiya yang lena. Dia juga mahu merehatkan dirinya.

SEMINGGU ini Atiya tinggal bersama Afiqah dan Hasnah. Bukan main dia merajuk dengan Harris kerana tidak lagi tinggal bersama Afiqah. Ya dia sayangkan Afiqah seperti dia sayangkan Zahlia. Dia mahukan keduanya. Dia tidak mahu memilih salah seorang daripada keduanya.

" Hari ni Tiya kena ikut ayah balik", pujuk Afiqah sambil menyelit anak rambut yang keluar di pipi Atiya. Tudungnya dibetulkan.

" Tak nak", memuncung bibir Atiya.

Afiqah ketawa kecil. " Tak bolehlah macam tu. Kasihan ayah tinggal seorang. Tiya tak kasihan dekat ayah. Ayah tak ada teman kat rumah tu",

" Kalau macam tu umi ikutlah Tiya balik",

" Tak boleh. Umi dah tak boleh tinggal serumah dengan ayah. Haram. Ha..Tiya pun faham kan. Haram tu berdosa. Berdosa kalau umi tinggal kat rumah tu", Afiqah cuba memberi penjelasan terbaik.

" Rumah ayah bukannya ada arak bukannya ada anjing",

Terjerut leher Afiqah. Ke situ pula fikirnya Atiya. " Ya betul. Tapi apa yang perlu Atiya tahu adalah umi dengan ayah tak boleh tinggal serumah lagi",

" Tak nak tahu",

Puas memujuk akhirnya terpujuk juga anak kecil itu. " Walaupun Tiya tak suka macam ni. Tapi Tiya kena terima juga kan umi",

Afiqah hanya menganggguk dengan senyum kecil sambil mengusap kepala gadis kecil itu.

PETANG itu kereta Toyota Camry milik Harris menjalar di hadapan rumah Hasnah. Elok sahaja dia keluar dari kereta matanya terus tertumpu pada Afiqah dan Atiya yang menunggu di beranda rumah. Hasnah juga ada berdiri di situ.

" Tiya dah siap kemas?", soal Harris mendekati ruang beranda.

" Dah. Tapi boleh tak kalau Tiya nak tinggal sini dengan umi. Kasihan umi dari pagi tadi umi asyik muntah je", ujar Atiya memberi laporan. Berkerut dahi Afiqah dengan aduan anak itu.

" Muntah? Iqa tak sihat?", soal Harris memandang wajah Afiqah.

" Sihat je", Afiqah tak sangka pula Atiya akan mengadu kepada Harris akan hal ini.

" Habis muntah tu?", Harris terus menyoal.

" Salah makan je",

" Dah pergi klinik?", prihatin pula lelaki itu.

" Tak pun. Tiya bawa beg ni.
Pergi masuk kereta cepat dah petang nak Maghrib dah ni", Afiqah tidak mahu lelaki itu terus bertanda tanya. Dia rimas dengan keprihatinan lelaki itu!

Atiya tetap berdiri tegak di situ. Langsung tidak berganjak dari tempatnya. " Atiya ikut ayah balik kalau ayah bawa umi pergi klinik lepas Maghrib nanti" , pandai pula dia memberi ugutan kepada ayahnya.

" Ya lah. Lepas Maghrib kita bawa umi pergi klinik", ujar Harris bersetuju sahaja.

" Tak payah..", cepat Afiqah menjawab.

" Kalau umi tak nak pergi klinik Tiya pun tak nak balik rumah ayah",

Haih. Manalah budak kecil ini belajar mengugut begini. Gerutu Afiqah.

" Ya lah. Kita pergi klinik nanti", cepat sahaja Afiqah berjanji kerana dalam kepalanya sudah berencana dia mahu terus tidur lepas Maghrib nanti.

" Okay. Lepas Maghrib umi tunggu Tiya dengan ayah datang ambil umi ya",

" Hmm..", angguk Afiqah dibuat-buat.

JAM 8 Harris sudah menunggu di hadapan rumah. Atiya bergegas masuk ke dalam rumah apabila pintu utama dibuka Hasnah.

" Umi dah siap ke Oyang?",

" Umi dah tidur. Katanya penat mengantuk",

" Lah..Tadi kan umi kata nak pergi klinik",

" Umi dah okay. Tiya beritahu ayah umi dah tidur ya",

" Okaylah", kecewa suara anak itu. " Tiya nak jumpa umi sekejap boleh Oyang?",

" Hmm..",

Afiqah yang sedang berbaring seperti berpura-pura tidur cepat menutupkan matanya sebelum Atiya masuk ke dalam bilik.

" Umi..", panggil Atiya perlahan.

Afiqah terus memejamkan matanya kerana dia mahu Atiya cepat pergi. Pipi Afiqah dikucup lembut. ' Tiya balik dulu umi. Sayang umi", ucapnya dan segera berlalu tidak mahu terus mengganggu wanita itu yang sedang lena.

" Umi dah tidurlah ayah", ujar Atiya apabila masuk ke dalam kereta.

" Awalnya umi tidur", Harris kehairanan kerana selalunya pada waktu ini bekas isterinya itu masih berjaga sementara menunggu makan malam, solat Isyak dan menyediakan kelengkapan sekolah Atiya.

" Nenek kata umi penat mengantuk sebab tu tidur awal. Tiya masuk bilik kiss umi pun umi tak sedar", adu Atiya.

" Tak apalah esok pagi ayah call nenek. Kalau umi muntah lagi ayah bawa umi ke klinik", Harris memulakan pemanduan.

" Ayah", suara Atiya kedengaran teruja. " Entah-entah dalam perut umi ada baby tak ayah", telahan Atiya buat Harris terngadah. Hampir sahaja pemanduannya tersasar.

" Baby?",

" Ya lah. Macam Mak Usu. Kan Mak Usu muntah-muntah lepas tu nenek cakap dalam perut Mak Usu ada baby",

Harris mula terdiam. Apakah Iqa mengandung? Tak mustahil jika itu berlaku kerana aku bukannya tak pernah sentuh Iqa selama 6 bulan ni? Mahu sahaja Harris berpatah balik ke rumah Hasnah untuk menanyakan kepada bekas isterinya itu. Tapi. Biarlah. Tunggu esok pagi usai hantar Atiya ke sekolah dia akan singgah ke rumah Hasnah.

TERJINGKIT-JINGKIT kakinya melangkah keluar dari bilik apabila suasana di luar bilik mula sunyi tanpa suara bualan lagi.

" Dah balik pun..", ujar Hasnah yang sedang duduk di ruang tamu menonton berita.

Afiqah tersengih sahaja memandang Hasnah yang menjeling. Dia duduk di hadapan Hasnah.

" Iqa rasa Iqa nak kerja dekat Kuantan semula la nek", ujarnya memandang wajah Hasnah.

" Nak larikan diri sebab tak nak Harris tahu kamu tu sedang mengandungkan anak dia? Tak sayang tak cinta konon. Mengandung juga kamu", sindir Hasnah.

" Ish nenek ni. Mengandung ni bukan kira ada perasaan sayang atau tak. Dah ada depan mata takkanlah nak tengok je. Macam neneklah. TokYang suruh kahwin. Kahwin. Lepas tu nenek mengandung juga kan", selamba dia menjawab ujaran neneknya itu.

" Atuk dulu kahwin dengan nenek walaupun bukan sebab sayang sebab cinta tapi belajar untuk sayang untuk cinta. Orang dulu-dulu bila kahwin ada masalah cuba selesaikan. Perbaiki apa yang rosak. Bukan buang beli baru macam orang sekarang", mendalam maksud Hasnah.

" Nek..Iqa nak ke Kuantan esok nek",

" Boleh. Tapi kamu kena beritahu dulu yang kamu tu mengandung pada Harris. Nenek nak Harris tahu. Nenek nak Harris bertanggungjawab . Nenek tak nak dia abaikan tanggungjawab dia", tegas suara Hasnah menampar pendengaran Afiqah.

" Tak perlu nek. Iqa boleh besarkan anak ni sendiri tanpa dia. Dia tak tahu itu lebih baik nek",

" Tapi dia perlu tahu kamu mengandung Iqa",

Afiqah malas melayan bebelan Hasnah dan dia segera berlalu dari situ. Nak Harris tahu? Jangan harap! Tadi dia telah menghubungi Siti kawannya semasa bekerja di Kuantan dulu. Dia mesti keluar dari sini secepatnya. Jauh dari Harris walaupun hatinya agak berbelah bagi apabila memikirkan Hasnah dan Atiya.

Happy reading..

Share this novel

ShalizaMY
2024-06-20 00:48:51 

Sis...bila nak up chapter br


NovelPlus Premium

The best ads free experience