BAB 18

Romance Series 62817

KEESOKANNYA Afiqah melawat semula Harris di hospital. Jika diikutkan hatinya mahu sahaja dia bergegas ke hospital selepas mendapat panggilan Zahlia semalam. Tetapi dia tidak mahu mencari susah. Buatnya Harris yang hilang ingatan itu mengamuk dan merapu yang bukan-bukan melafazkan cerai tidak ke haru jadinya.

Pintu bilik ditolak perlahan. Hari ini dia membawakan makanan kegemaran Harris. Soto Ayam. Mana tahu lelaki itu boleh teringatkan sesuatu hanya kerana suapan pertama soto ayam yang dimasaknya. Ah! Drama sungguh kau ni Iqa.

" Assalamualaikum abang", ucapnya manja dan ceria sahaja nadabta saat masuk ke dalam bilik. Senyuman diukir sehabis manis.

" Waalaikumussalam", beku dan mendatar nada suara Harris menunjukkan tidak suka akan kehadiran Afiqah. Malah langsung tidak memandang ke arah Afiqah yang sedang berjalan mendekati katil. Sengaja fokus pada buku di tangannya. Bukan dibaca pun.

" Abang baca buku apa tu? Macam menarik", mesra suara Afiqah dan makanan yang dibawa diletakkan di atas almari sisi katil.

Diam.

" Abang dah makan?", matanya memsndang Harris

Diam.

" Nak makan tak? Iqa bawakan makanan kegemaran abang. Soto ayam special ada begedil ayam. Nak makan sekarang?", senyuman masih tidak lekang dari bibir Afiqah dan dia mula duduk.

Masih diam.

Dalam debar Afiqah bersuara. " Semalam Kak Lia beritahu Iqa abang nak pisah dengan Iqa. Betul ke? Iqa perlu tahu kalau betul abang memang berniat", dalam kepalanya sudah terfikir apakah sekarang dia diceraikan sekali lagi apabila Harris mahu mereka berpisah! Nampak muka Harris soalan itu yang kau tanya Iqa? Ada ke patut!

" Status awak sebagai isteri saya pun saya tak ingat. Macam mana nak pisah?", jawapan Harris buat Afiqah termangu. Habis. Kata Kak Lia semalam? Ah. Kak Lia ni kan! Kenapa soal cerai ini dibuat main! Namun jauh di sudut hatinya dia kelegaan.

" Awak tahu kan saya sayang Lia. Saya cinta Lia", tiada lagi panggilan abang dan Iqa.

" Tahu. Tapi itu dulu. Sebelum abang kahwin dengan Iqa. Selepas abang kahwin dengan Iqa abang sayang Iqa . Abang cinta Iqa", bersahaja Afiqah menjawab dengan senyuman.

Harris mengeluh kasar. " Sampai bila awak nak tunggu saya. Kalau selamanya saya tak ingat awak. Awak masih nak hidup dengan saya?",

" Ya. Iqa nak hidup dengan suami ni Iqa sampai akhir hayat",

Jawapan Afiqah membuatkan Harris ketawa sinis. " Awak tahan ke nak layan karenah saya Afiqah",

" Tahan. Apalah sangat kalau setakat nak layan amukan abang, sindiran abang apa lagi..", sengaja dia menjawab seperti itu sedangkan dia sebenarnya bukanlah penyabar sangat. " Tapi..kalau sepanjang kita hidup bersama nanti abang..abang memang tak boleh terima Iqa. Iqa akan undur diri",

Harris melepas tawa. Ketawa besar Harris membuatkan Afiqah kehairanan.

" Kata tahan. Belum apa-apa awak dah menyerah kalah Iqa", sindir Harris.

" Tak..Bukan menyerah kalah. Iqa pun nak abang bahagia. Tapi..kalau bahagia abang bukan dengan Iqa. Iqa takkan memaksa abang", lirih suara Afiqah buat Harris terdiam.
" Kalau abang kenal Iqa. Iqa bukan seorang pemaksa. Iqa seorang yang sangat bertolak ansur dan bertimbang rasa. Rugi tahu kalau abang reject Iqa sebelum abang beri peluang pada Iqa", dia ketawa kecil pula.

" Peluang apa awak maksudkan?",

" Doktor cakap abang dah makin sihat. Mungkin esok lusa abang dah boleh keluar hospital. Kita balik rumah nenek ya. Biar Iqa jaga abang. Belai abang. Manjakan abang. Apa lagi abang nak Iqa buat. InsyaAllah Iqa boleh buat yang terbaik untuk abang", senyuman diukir.

" No..saya nak tinggal dengan anak dan isteri saya",

" Lah. Iqa kan isteri abang. Abang lupa? Ops Iqa lupa. Abang lupa ingatan", Afiqah ketawa kecil dengan bicaranya sendiri.

" Saya serious Iqa", Harris tidak suka Afiqah mempermainkannya.

" Iqa seriuslah",

" Saya maksudkan Atiya dan Zahlia",

Afiqah mengeluh perlahan. Susah betullah bercakap dengan orang hilang ingatan ni. Dompetnya dikeluarkan dan kad nikah mereka dihulurkan kepada Harris. Berkerut dahi Harris melihat apa yang tertera pada kad itu. Kenapa dia boleh kahwin dengan Afiqah sedangkan Afiqah adik iparnya. Zahlia? Kenapa sejak awal Zahlia mengakui mereka masih suami isteri? Afiqah tidak berbohong. Aku suami dia!

" Iqa tak tipu abang yang Iqa ni isteri abang. Buat dosa je kalau tipu",

" Saya tak faham dan saya tak nak faham", kad itu dihulurkan semula kepada Afiqah. " Lagipun tak mungkin saya akan kahwin dengan awak..", Harris tidak meneruskan bicaranya.

" Ya. Abang takkan kahwin dengan Iqa yang tak ada apa-apa ni. Belajar pun setakat SPM je. Tak macam Kak Lia pensyarah lulusan luar negara. Cantik dan bijak. Tapi realitinya sekarang ni Iqa isteri abang. Tak apa. Iqa tahu sukar untuk abang terima semua ni kan. Tapi Iqa akan bantu abang. Okay",

Harris diam. Sejak semalam Afiqah mengatakan dia suami wanita itu dan hari ini Afiqah datang membawa buktinya sekali. Tetapi dia langsung tidak ingat.

" Nak makan tak Iqa masukkan dalam mangkuk?",

" Tak nak. Pergilah balik Iqa. Saya penat nak tidur",

" Tak apa abang tidurlah. Iqa tunggu abang dah tidur Iqa balik",

" Memang susah nak faham bahasa ke?", suara Harris kedengaran sinis.

" Okay. Iqa balik. Tolong rindukan Iqa ya" nakal suara Afiqah makin membuatkan Harris meluat. Dulu Afiqah tak macam ni dengannya. Afiqah bukan jenis yang terlalu mesra. Huh. Rimas!

SELEPAS dua hari Harris dibenarkan pulang apabila semua keadaan dirinya bertambah stabil. Kata doktor Harris perlukan suasana yang lebih tenang untuk kembali sihat semula. Sokongan keluarga sangat membantu Harris untuk pulih dari sakitnya. Kata doktor berapa lama masa untuk kembali pulih itu tidak dapat ditentukan. Mungkin sekejap dan mungkin juga lama. Mungkin sehari dua lagi. Mungkin seminggu. Mungkin juga sebulan setahun. Atau mungkin beberapa tahun. Yang penting Harris tidak boleh berada dalam keadaan tertekan. Cuma Harris juga masih perlu melalui rawatan di hospital.

Suasana di dalam kereta sepi sahaja. Manakan tidak tadi di hospital mereka telah bergaduh juga. Ya. Bergaduh kerana Atiya mahu ayahnya dibawa pulang ke rumah mereka. Jika tidak pun sekurang-kurangnya ke rumah Salmiah. Afiqah pula mahu Harris balik ke rumah Hasnah. Dan sekarang mereka dalam perjalanan ke rumah Hasnah apabila Harris yang memberikan keputusan itu tadi.

" Terima kasih sebab abang ikut Iqa balik rumah nenek", Afiqah tersenyum.

" Jangan gembira sangat", suara Harris berbaur ugutan.

" Tentulah Iqa gembira. Abang ingat semua orang. Tapi abang tak ingat yang Iqa ni isteri abang", ingatan Harris yang ada hanyalah memori ketika dia masih suami Zahlia dan masih tinggal di Kuala Lumpur. Cerita tentang Zahlia pernah meninggalkannya dan cerita perpisahannya bersama Zahlia langsung hilang.

Harris diam.

" Ada seseorang yang sangat istimewa tengah tunggu abang di rumah. Lama dia tunggu nak jumpa abang. Sebelum ni dapat dengar suara abang je", Afiqah cuba membayangkan saat Harris berjumpa dengan Akid nanti. Apakah Harris akan gembira atau sebaliknya kerana itu lelaki langsung tidak tahu yang mereka berdua sudah ada anak bersama.

" Tak ada yang istimewa dalam hidup saya melainkan Lia dan Atiya", suara Harris perlahan sahaja namun tetap singgah di pendengaran Afiqah.

Afiqah ketawa kecil. " Ya. Atiya istimewa sebab Atiya anak abang. Kak Lia pernah jadi yang istimewa dalam hidup abang. Tapi itu dulu. Sekarang..", tidak sempat menghabiskan ayatnya Harris mencelah.

" Boleh diam tak. Bawa je lah kereta tu",

" Okay..", Afiqah tersenyum sahaja. Entah. Dia langsung tidak ambil hati dengan bicara Harris tadi.

MASUK sahaja ke dalam rumah Harris dibawa duduk di ruang tamu sementara Afiqah bergegas masuk ke bilik. Harris jadi agak canggung. Bukan dia tidak biasa di rumah ini kerana selalu sahaja dia pulang ke sini bersama Zahlia. Apa yang canggung adalah dia di sini sebagai suami Afiqah. Wanita yang dinikahi tetapi dia langsung tak ingat. Dan dia terpaksa menerima kenyataan itu walaupun hatinya tidak mahu.

Lama juga dia berbual di ruang tamu bersama Hasnah sementara Afiqah masih lagi di dalam bilik.

" Rris pun penat. Pergilah masuk bilik berehat", ujar Hasnah.

" Bilik mana nek?", naif soalan Harris.

" Bilik kamu dan Iqa lah",

" Boleh ke kalau Rris tak sebilik dengan Iqa nek. Rris tak biasa", walaupun tahu Afiqah isterinya namun mahu sebilik dia rasa berdosa pula. Haih.

" Lepas tu kamu nak sebilik dengan nenek?", bersahaja soalan Hasnah.

" Ish nenek ni. Rris guna bilik Rris dengan Lia dulu nek. Boleh?",

" Kalau dah tak duduk sebilik macam mana nak pupuk semula kasih sayang kamu dengan Iqa yang kamu dah lupa tu. Pergilah masuk bilik. Berehat. Nenek nak siapkan minum petang",

Harris bangun juga. Dia berjalan menuju ke dalam bilik walaupun debar mula bertamu di hatinya. Saat berdiri di jenang pintu jantungnya berdegup laju melihat Afiqah yang sedang memangku seorang bayi. Afiqah mengangkat wajah saat terasa ada seseorang sedang memerhati.

" Masuklah", lembut suara Afiqah memanggil masuk namun Harris tetap kaku di situ. Afiqah bangun dan mendekati Harris.

" Anak kita. Akid Zhafran", Afiqah cuba menahan tangis walaupun sebak sudah menyerbu relung hatinya.

Diam. Tiada respon dari Harris. Aku dah ada anak dengan Iqa? Sejauh mana hubungan aku dengan Iqa sebenarnya?

Melihat Harris yang hanya kaku dengan pandangan kosong buat Afiqah juga diam.

" Anak yang abang tunggu-tunggu", Afiqah berbicara perlahan. " Abang nak cuba pegang dia?", soal Afiqah dengan senyuman. Agak terkejut apabila Harris menghulurkan tangannya. Tubuh Akid berpindah tangan.

" Siapa namakan Akid Zhafran?", soal Harris mula berjalan menghampiri katil.

" Akid nama yang Iqa pilih. Zhafran nama yang abang pilih", Afiqah mengikut langkah Harris dan dia juga melabuhkan punggung di sebelah Harris.

" Saya tak ingat", naif suara Harris namun pipi gebu Akid dikucup penuh kasih.

" Tak apa..", Afiqah bersuara perlahan.

" Ini seseorang istimewa yang awak cakap dalam kereta tadi?", Akid di pangkuan Harris masih lena. Langsung tidak terganggu.

" Hmm..",

Harris diam. Sepi. Seketika keduanya saling melayan perasaan.

" Surat beranak dia. Saya nak tengok", permintaan Harris buat Afiqah terkejut. Tentu sahaja Harris mahu melihat bukti yang Akid Zhafran adalah anaknya.

Afiqah tidak banyak soal dan bangun bergerak ke laci. Ditarik laci dan dicapai sekeping kertas yang diletakkan di dalam fail. Afiqah melepas nafas. Dia tahu tak mudah untuk Harris menerima kenyataan ini.

Akid diletakkan di dada katil saat Afiqah menghulurkan helaian kertas itu. Riak wajah Harris sukar ditafsir. Tiada langsung riak terkejut. Lama Harris merenung sehelai kertas itu. Semua maklumat yang tertera langsung tiada yang meragukan. Nama anak, ibu dan ayah semuanya jelas. Jelas nama ayah adalah dirinya. Harris Bin Ismail. Itu dia. Memang dia.

" Akid anak saya", suara Harris juga sukar ditafsir. Gembira tidak. Kecewa juga tidak. Kertas tadi dihulurkan semula kepada Afiqah. Wajah Akid direnung. Pipi Akid dielus dan dikucup perlahan. " Anak ayah..", kali ini terdengar sebak.

Afiqah hanya melihat perbuatan Harris yang mula berbaring di sebelah Akid yang sedang lena. " Tak sukar untuk saya terima Akid anak saya. Tapi..awak..", Harris berpaling memandang Afiqah yang sedang berdiri dengan sijil beranak tadi masih di tangannya. Melihat wajah polos Akid yang comel itu buat Harris terus jatuh hati pada anak itu.

" Iqa akan tunggu abang.",

Harris diam.

" Abang rehatlah. Nanti Asar Iqa kejut", Afiqah cuma tersenyum apabila melihat tubuh Akid didakap lelaki itu.

TANGISAN Atiya mengajak Harris pulang petang itu buat Afiqah diserbu pilu. Berbulan Harris tidak sedarkan diri buat Atiya hampir kemurungan. Trauma dengan kejadian malam itu dan melihat Harris yang terbaring lama di katil hospital. Anak itu ceria semula selepas Harris mula sedar dua minggu lepas.

" Tiya tinggal kat sini dengan ayahlah", pujuk Harris.

" Tak nak",

" Ayah tak boleh tinggal Akid",

Akid? Itu sahaja alasan Harris? Afiqah menahan rasa. Tak apalah. Maafkan dia. Dia lupa siapa aku.

" Ayah dah tak sayang Tiya ke?",

" Sayang..Mestilah sayang. Tiya pun anak ayah juga",

" Dah berbulan ayah koma. Sekarang ayah dah sedar tapi Tiya tak boleh tinggal dengan ayah pula",

" Boleh. Siapa kata tak boleh", kepala Atiya diusap dan dikucup perlahan. " Tinggal di sini dengan ayah",

" Kenapa kena tinggal di sini. Ayah kan ada rumah. Jomlah kita balik rumah kita", Atiya masih mahu memujuk.

" Tak boleh sayang..",

Lama juga Harris mahu memujuk dan menenangkan Atiya. Rancangan awalnya tinggal sahaja di sini dan dia mahu melihat sejauh mana Afiqah akan bersabar dengan karenahnya. Tetapi Atiya.

TUBUH Harris direbahkan ke dada sofa. Kepalanya pening semula memikirkan situasi ini. Memilih untuk terus tinggal di sini akan melukakan Atiya. Memilih untuk tinggal di rumahnya atau rumah Salmiah akan melukakan Afiqah. Ah! Aku fikirkan Afiqah ke? Dia akui tiada langsung memorinya bersama Afiqah sebagai suami isteri namun dia tidak boleh menolak kenyataan yang Afiqah adalah isterinya. Semuanya sudah terbukti. Bukan hanya pada kad nikah tetapi dia sendiri telah bertanya kepada semua orang terdekat yang mengesahkan Afiqah adalah isterinya. Tiada yang menafikan termasuklah Zahlia walaupun Zahlia yang pada awalnya menafikan.

" Jomlah tidur dalam bilik", teguran Afiqah dibiarkan tanpa jawapan namun dia tetap bangun dan menuju ke bilik.

Afiqah pula ke dapur mengambil air masak untuk diletakkan di dalam bilik. Akid yang kuat menyusu buat dia selalu rasa dahaga. Masuk sahaja ke bilik Afqah lihat Harris sudah berbaring di katil.

" Boleh ke Iqa tidur sebelah abang?", soal Afiqah sambil meletakkan air di alamri kecil sebelah katil. Dia tidak mahu Harris berasa tidak selesa jika dia terus berbaring di situ.

" Hmm..", gumam Harris menarik selimut dan mengiring membelakangi Afiqah.

Afiqah senyum dan tidak terus berbaring tetapi duduk bersila di belakang Harris. " Selalunya sebelum tidur Iqa salam dan minta maaf dulu dengan abang", ujarnya perlahan. " Boleh Iqa buat macam tu?",

Harris diam tidak menjawab. Afiqah berbaring di sebelah Harris. Tidak rapat kerana bimbang Harris akan menjauhkan tubuhnya. " Maafkan segala silap Iqa. Iqa sayang abang. Assalamualaikum. Selamat malam abang",

Diam. Namun Afiqah tersenyum sahaja. Sekurang- kurangnya lelaki ini tidak berkasar dan terlalu beremosi dengannya. Harris yang dia kenal bukanlah lelaki mudah marah malah selalu sahaja tenang.

Afiqah dapat merasakan gerakan tubuh Harris yang berpaling dan menarik tubuhnya rapat ke tubuh lelaki itu. " Tak salahkan saya menuntut hak seorang suami", bisik Harris ke telinga Afiqah sengaja mahu menguji Afiqah. Bagai mahu tercabut jantung Afiqah dengan tindakan Harris. Dia berpaling mengadap wajah Harris.

" Iqa hak abang", dia juga berbisik. Jika Harris berkeinginankannya tentulah dia takkan menolak.

" Mungkin dulu awak suka dibelai saya. Tapi selepas ini jangan pernah bermimpi", keras suara Harris. Tubuh Afiqah dilepaskan dan dia bangun. Serta merta dia keluar dari bilik. Baru satu malam berbaring di sebelah Afiqah jiwanya sudah diburu gelora asmara. Bagaimana dia mahu menghadapi malam-malamnya selepas ini. Mampu kah dia untuk bertahan. Ah! Kusut! Walaupun tiada rasa cinta pada Afiqah. Namun isterinya itu punya daya tarikan yang sangat kuat seperti ada sesuatu yang menarik-narik dia dekat dengan isterinya itu.

LAMA juga Afiqah menunggu Harris masuk semula je bilik tetapi tiada langsung bayang lelaki itu. Mungkin juga lelaki itu sudah ketiduran di luar. Sebelum nenek nampak baiklah dia menyuruh Harris masuk ke dalam bilik. Teguran nenek bukan biasa-biasa. Kadang berdesing juga telinganya dengan kata-kata nenek kesayangannya itu.

Langkah diatur ke luar bilik. Harris sudah ketiduran di sofa. Dihampiri lelaki itu walaupun debar di dada mula memburu. Bimbang juga jika Harris mengamuk kerana tidurnya diganggu.

" Abang..", panggil Afiqah perlahan menepuk lembut bahu Harris.

" Hmm..",

" Tidur dalam bilik",

" Saya tidur sini je", dengan mata yang terpejam Harris membalas malas. Afiqah juga malas terus memaksa dibiarkan sahaja Harris di luar. Dia pula berlalu masuk ke bilik. Apabila terdengar pintu bilik ditutup Harris bangkit. Haih. Harris. Apa kau nak buat lepas ni? Sampai bila kau nak bertahan hidup dalam keadaan begini. Tidak menunggu lama dia masuk juga ke bilik. Panas di luar buat dia tidak boleh tidur. Di dalam bilik Afiqah ada pendingin hawa.

" Panas kat luar tak boleh tidur", ujarnya saat Afiqah hanya memandang dia yang berbaring.

" Jangan risau. Iqa takkan goda abang. Abang selamat dengan Iqa", sengaja Afiqah mengusik dan ketawa nakal.

" Lawaklah konon", jawapan Harris buat Afiqah tersenyum.

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience