BAB 22

Romance Series 62817

" Saya suami Iqa. Tak pelik pun kan kalau saya cintakan isteri saya", jawapan Harris buat hati Zahlia terhenyak.

Harris hanya memandang riak wajah Zahlia yang nampak kecewa. Kenyataannya adalah hati Harris masih ada wanita bernama Zahlia. Namun dia tidak mahu terus memberi harapan kepada Zahlia sedangkan dia suami Afiqah.

" Rris kan tak ingat siapa Iqa",

" Ya. Hilang ingatan saya tak buat saya hilang status dan tanggungjawab pada saya pada Iqa",

Sekali lagi hati Zahlia bagai ditimpa batu besar. Hancur berkecai. Harris benar-benar sedang menolak dirinya.

Zahlia tersentak saat pintunya diketuk dan terjegul kepala Hazirah di muka pintu yang dibuka sedikit. Hilang terus lamunannya tadi.

Wajah sugul Zahlia jelas terpamer saat Hazirah masuk ke bilik rakan sekerjanya itu. Berita tentang penyakit Zahlia baru diketahui olehnya tadi setelah diberitahu oleh Vivy.

" Aku mengganggu?", soal Hazirah bimbang jika kedatangannya tidak disenangi Zahlia.

" Tak..duduklah", pelawa Zahlia yang sudah dapat mengagak tujuan Hazirah masuk ke biliknya. Tentu sahaja berita tentang penyakitnya sudah tersebar dalam jabatan atau mungkin juga satu fakulti.

" Aku baru tahu Lia..", suara Hazirah perlahan. Dia juga terkejut dengan berita itu kerana Zahlia terkenal dengan seorang wanita yang sangat menjaga pemakanan malah rajin juga bersenam. Boleh dikatakan wanita itu seorang yang mengamalkan pemakanan sihat dan amalan gaya hidup sihat. Nah. Sekarang dia menghidapi kanser! Siapa boleh menahan takdir Allah yang sudah menetapkan perjalanan hidup seorang Zahlia.

Zahlia ketawa kecil. Jelas ketawa itu tersirat rasa kecewa.

" Tak mudah nak terima tapi aku perlu terima", senyum kelat terukir di bibirnya.

" Ya..",

" Doktor cakap masih boleh dirawat", Zahlia memujuk diri sendiri sebenarnya. Sedih. Kecewa. Tentu sahaja kerana dia hanya manusia biasa.

" InsyaAllah. Aku tahu kau kuat Lia. Aku doakan kesembuhan untuk kau",

" Terima kasih Ira",

" Kalau kau perlukan bantuan boleh beritahu aku. Jangan simpan sendiri", Hazirah merenung wajah senyum Zahlia.

Hazirah tahu siapa Zahlia. Dia tahu Zahlia sudah bercerai dan bekas suaminya telah berkahwin dengan adiknya. Tidak dapat Hazirah bayangkan bagaimana Zahlia menghadapi keduanya. Bekas suami dan adiknya. Tentu sukar apabila lelaki yang pernah menjadi suami kini menjadi suami adik sendiri. Apakah kerana itu Zahlia menghidapi penyakit ini. Tertekan dengan keadaan yang ada kerana stress juga boleh mempengaruhi dan menjejaskan kesihatan.

" Kau tak boleh stress Lia",

" Ya. Doktor pun sebut hal yang sama",

" Aku keluar dulu. Aku ada kelas kejap lagi. Apa-apa boleh call aku",

" Ya. Terima kasih Ira", senyum kecil Zahlia ukir sebagai tanda menghargai keprihatinan Hazirah padanya.

Keluar sahaja Hazirah dari bilik telefon pintar di atas meja dicapai.

I really need you Rris

Mesej dihantar kepada Harris. Sungguh hatinya dan jiwanya tidak berbohong yang dia sangat memerlukan Harris di sisinya saat ini. Jika sebelum ini dia merasakan Harris bukan lagi kepentingannya tetapi sekarang dia benar mengharapkan kehadiran Harris dalam hidupnya. Dan dia mahu terus mencuba walaupun sudah berkali ditolak lelaki itu.

MESEJ Zahlia direnung. Hati Harris mula diasak sesuatu. Sungguh cintanya kepada Zahlia masih ada namun kerana Afiqah dia cuba untuk membuang jauh cintanya pada Zahlia. Dia tahu yang Zahlia pergi meninggalkannya dulu kerana cita-cita tinggi bekas isterinya itu. Semua itu sudah diceritakan oleh Salmiah setelah dia sendiri yang bertanyakan kepada ibunya dan tentu sahaja Salmiah akan berada di pihak Afiqah kerana Afiqah itu menantu pilihan ibunya.

Rasa kasihan kepada Zahlia tentu ada. Tapi rasa kasihannya kepada Afiqah lebih tebal. Afiqah isteri yang tidak boleh dia nafikan. Tetapi Zahlia cuma bekas isterinya. Tanggungjawabnya pada Zahlia sudah habis. Tapi Afiqah tanggungjawab yang mesti dia pikul. Jika dia bersama Zahlia semula tentu sahaja dia perlu melepaskan Afiqah. Dan dia tidak sanggup sementelah Afiqah selalu memberitahu yang mereka juga saling mencinta sebelum dia hilang ingatan dulu. Apatahlagi memikirkan Akid yang masih kecil kerana anaknya itu memerlukannya.

" Kenapa kau?",

Teguran Azizan menerbangkan semua lamunan Harris.

" Zan..",

" Kenapa?",

" Kalau kau jadi aku siapa yang kau akan pilih?",

" Baik pilih Ghazali dari Yaakub. Ghazali tu bagus. Aku kenal dia", jawab Azizan.

Jawapan Azizan mengundang tawa.

" Apa yang lucunya. Aku tak buat lawak pun", pelik pula dengan tingkah Harris. Tadi termenung sekarang tiada yang lucu lelaki itu ketawa pula. Tahulah hilang ingatan!

" So kita ambil Ghazali lah", jawab Harris kerana tadi memang mereka sedang berbincang perihal pemandu lori yang akan membawa lori yang baru ditempah Harris. Perniagaannya yang makin baik membuatkan dia perlu menambah satu lagi lori yang lebih besar. Sebenarnya tadi dia mahu memaksudkan Zahlia atau Afiqah.

" Lia ada kanser. ", meleret suara Harris.

" Kanser apa?"

" Breast cancer",

" Teruk ke?",

" Masih boleh dirawat", jawab Harris sambil kepalanya terus terngiang bicara Zahlia beberapa hari lepas.

" Tapi yang buat aku kusut sekarang ni adalah dia nak aku kembali pada dia", tidak mampu lagi untuk menyimpan sendiri terluah hal itu kepada Azizan

" Gila. Kau kan dah ada Iqa. Tak serik dengan Lia?", tegang suara Azizan. Bukan Azizan tidak nampak bagaimana Harris meneruskan hidupnya setelah Zahlia memilih untuk meninggalkan lelaki itu dulu. " Kau tak serik ke fasal dia ambil keputusan tinggalkan kau dengan Atiya dulu?",

" Aku tak ingat",

" Ya. Aku lupa Kau hilang ingatan. Nak aku ingatkan kau? Kau frust menonggeng sebab kena tinggal dengan si Lia tu. Kau nak lagi ke dengan perempuan macam tu sedangkan kau ada isteri yang setia dengan kau sekarang?",

Persoalan Azizan buat Harris mengelamun seketika. " Aku tak cakap pun aku nak balik semula pada Lia. Kalau aku tak ada Iqa sekarang mungkin aku pertimbangkan untuk kembali pada Lia",

" Dasar gilakan janda!", kutuk Azizan tanpa rasa bersalah. " Lia sakit. Kau nak kembali sebab kau simpati. Tu bukan cinta dah tu Rris", Azizan memberhentikan pacuan empat roda di dalam kawasan ladang.

Harris melepas keluh. " Masih ada cinta untuk Lia. Cuma aku seakan terperangkap dengan hubungan aku dengan Iqa sekarang",

" Terperangkap? Iqa tu isteri kau setan", Azizan mula bercakap lancang dan bergerak keluar dari kereta.

Hari ini adalah hari pembajaan pokok. Ada masa Harris akan membuat lawatan ke dalam ladang untuk memastikan pekerjanya melakukan urusan pembajaan pokok kelapa sawit mengikut jadual. Pokok kelapa sawit memerlukan pembajaan yang cukup untuk mendapatkan hasil yang lebih banyak. Banyak hasil banyaklah untung.

" Tak pernah pula aku tak mengaku yang Iqa tu isteri aku" , balas Harris juga turun dari kereta dan berjalan beriringan di sebelah Azizan.

" Habis tu? Iqa dengan Lia tu adik beradik. Kalau kau nak kakak kau kena lepaskan adik. Kalau kau nak adik kau biar je kakak dia tu",

" Aku tahu",

" Dah tak payah kusut-kusut. Setia je la dengan Iqa tu. Kalau kau lepaskan Iqa tu sekali lagi. Aku tak rasa dia akan beri peluang lagi pada kau. Nak pula dia ada anak apa nak hairan dengan lelaki. Orang perempuan zaman sekarang ni Rris. Ada je yang boleh hidup tanpa lelaki. Tanpa suami", bicara Azizan kedengaran logik. Ya. Bukan dia tidak nampak itu semua. Ada sahaja janda muda di kampungnya ini memilih membesarkan anak sendiri. Ya bila berpengalaman hidup dengan suami yang tidak menjalankan tugas suami! Baik tiada suami. Mungkin itu fikir mereka.

" Kalau Lia tu baik Rris dia takkan ganggu rumah tangga kau dengan Iqa. Tapi bukanlah maksud aku Lia tu jahat", Azizan ketawa pula sedangkan dalam hatinya menyumpah. Jahatlah tu. Sibuk nak ganggu rumah tangga adik sendiri! Padahal kau juga yang cabut lari dulu. Dasar perempuan tak cukup kasih sayang!

" Boss", sapaan Hashim membantutkan bicara Harris.

" Macam mana progress hari ni?",

Hashim penyelia ladang yang diupah Harris. Tugasnya menyelia dan membuat laporan kepada Harris. Lancar perkataan demi perkataan yang keluar dari mulut Hashim memberi laporan berdasarkan pemerhatian dan pemeriksaannya tadi. Dia kagum dengan Harris yang masih mahu masuk ke ladang sedangkan ada sahaja tuan tanah yang menyerahkan sepenuhnya kepada pekerja ladang dan menunggu hasil sahaja. Jika hasil banyak gembira. Jika hasil sikit mulalah bising kata pekerja culas tak buat kerja.

" AKID..anak ayah ", teguran Harris membuatkan Akid tidak sabar mahu berada dalam pelukan ayahnya. Langsung dia melonjakkan tubuhnya mahu diambil Harris.

" Rindu sangat dengan ayah ya?", Akid diambil dari dukungan Afiqah. " Tanya ibu. Rindu ayah tak?", pipi Akid dikucup penuh kasih.

" Tak..", Afiqah menjawab malas.

" Betul ke umi tak rindu ayah? Tadi mesej tanya ayah balik jam berapa", usik Harris menjeling manja Afiqah di hadapannya.

" Tanya sebab Iqa nak keluar kalau abang balik",

" Keluar? Ke mana?", wajahnya berpaling mengadap Afiqah pula.

" Nak beli benang dengan manik",

" Kan selalu beli online?", Harris mula masuk ke dalam rumah. " Nek", sapa Harris apabila Hasnah ada di ruang tamu menonton televisyen. Hasnah hanya membalas dengan senyum nipis.

" Ingat nak tengok juga kat kedai kalau ada yang berkenan",

" Lepas Asar kita keluar",

" Eh. Iqa boleh je keluar sendiri sebab nenek nak ke rumah Mak Cik Fatin. Iqa nak minta tolong abang jaga Akid je. Sebab bawa Akid susah nak memilih. Dia sibuk nak pilih sama nanti",

" Tunggu kejap. Kita keluar sama sambil hantar nenek ke rumah Mak Cik Fatin",

" Okay. Meh Akid dengan umi", tangan dihulur namun cepat Akid berpaling. Jika sudah dalam dukungan ayahnya memanglah. Kecuali nak susu barulah mencari umi!

" Ayah solat kejap. Akid duduk dengan umi. Kejap lagi ayah bawa Akid jalan. Okay", Harris memujuk. Macamlah anak sekecil itu faham sangat. Namun apabila tangan anak itu memeluk erat leher Harris Afiqah hanya membiarkan dan mengikut sahaja langkah Harris ke bilik.

" Ayah solat sekejap okay", tubuh anak itu diletakkan di dada katil. Mainan diletakkan di dada Akid sebelum melangkah ke bilik air.

Keluar dari bilik air Harris melihat isterinya sedang bersiap di hadapan cermin." Amboi wangi semacam. Nak pergi mengorat ke apa ni?", tegur Harris apabila bau pewangi Afiqah menyerbu masuk ke hidungnya ketika pintu bilik air dibuka. Langkahnya diatur mendekati Afiqah.

" Eh abang nak solat kan", Afiqah menjauh buat Harris ketawa.

" Oh. Bila dapat saya pagi tadi. Lepas tu nak jual mahal pula ya", Harris mengusik teringat adegan mesra mereka awal pagi sebelum Subuh tadi.

" Ya Allah En Harris. Ada wuduk nak solat kan", Afiqah terus terdiam. Lama tidak memanggil lelaki itu Encik Harris kerana pernah ditegur Harris dia tidak suka dipanggil begitu. Namun kali ini lelaki itu hanya diam dan terus membentangkan sejadah.Ya. Harris kan hilang ingatan. Mana mungkin dia ingat panggilan yang tidak digemarinya itu.

LAJU kaki Afiqah mengejar langkah Zahlia di hadapannya walaupun dihalang Harris. Kebetulan pula mereka terserempak di lot kedai ini hari ini. Ya. Tentu sahaja Zahlia baru habis waktu kerja dan mungkin merayap di bandar mencari barang atau menyelesaikan urusan lain.

" Nenek tanya lama Kak Lia tak balik rumah", sudah berminggu sejak peristiwa di meja makan dulu.

Harris yang mendukung Akid hanya menjadi pemerhati dan langsung tidak peduli bualan dua beradik itu.

" Busy", matanya mengerling ke arah Harris yang melayan Akid dalam dukungannya. Tingkahnya kaku seketika kerana teringatkan layanan Harris kepada Atiya sewaktu Atiya seusia Akid.

" Nanti Kak Lia baliklah",

" Aku busy tak faham ke?", dek kerana rasa cemburu dengan layanan Harris kepada anaknya itu tanpa sedar dia meninggikan suara. Afiqah dan Harris sama-sama terkedu terkejut dengan nada tegang Zahlia. Beberapa mata juga memandang ke arah mereka berdua.

" Okay. Iqa faham Kak Lia busy", kendur suara Afiqah kerana terkejut seakan dimarahi tadi.

" Aku balik dulu", tanpa menunggu balasan daripada Afiqah, Zahlia terus berlalu. Sebenarnya malu juga kerana mendapat perhatian orang awam di kawasan itu tadi. Itulah cemburu sangat!

Afiqah memandang Harris di hadapannya. " Kak Lia marahkan Iqa ke?",

" Tak adalah. Dah. Jom. Nak masuk kedai mana lagi ni?",

" Tanya ke perli?", Afiqah menyoal kerana sudah lebih lima kedai mereka keluar masuk.

" Tanya je kan Akid?",

" Tadi Iqa nak pergi sendiri abang sibuk nak ikut. Lepas tu nak merungut", Afiqah terus berjalan dengan wajah mencukanya.

" Bila pula saya merungut. Saya tanya je Puan Afiqah", Harris membuntuti langkah Afiqah.

" Iqa nak pergi kedai eco. Nenek kirim bakul kain",

" Bukan setakat kedai eco nak beli bakul kain. Kilang bakul kain pun kita boleh pergi", Harris membalas.

Afiqah ingin ketawa mendengar sindiran Harris namun segera ditahan. Dia senang dengan gurauan lelaki itu kerana tentu sahaja senda gurau itu akan mengeratkan hubungan mereka yang hambar sebelum ini.

PASANGAN itu sampai ke rumah sebelum azan Maghrib berkumandang. Namun sangat mengejutkan Afiqah dan Harris apabila ketika mereka mahu keluar dari kereta, Honda Civic hitam milik Zahlia memasuki halaman rumah.

" Terkejut tengok aku?", soal Zahlia ketika mereka sama-sama keluar dari perut kereta.

" Taklah", nafi Afiqah sedangkan ketika terserempak di bandar tadi tidak pula Zahlia memberitahu mahu datang ke sini.

" Rris", tegur Zahlia kepada Harris yang baru keluar dari ruang pemandu. Harris hanya tersenyum kecil menyambut teguran Zahlia. Entahlah. Dia berasa sedikit kurang senang dengan bekas isterinya itu apabila teringatkan pertemuan mereka baru-baru ini.

" Jomlah na...", tidak sempat menghabiskan pelawaan Zahlia bergerak laju ke beranda rumah. Afiqah termangu pula dengan sikap kakaknya itu. Dia kemudiannya menunduk untuk membawa Akid keluar dari car seat.

" Abang jangan menggatal dengan janda abang tu ya. Iqa tak suka", sebelum naik ke beranda sempat dia memberi amaran kepada Harris yang mengeluarkan barang dari bonet kereta.

" Bila pula saya menggatal dengan janda?", Harris tidak puas hati.

" Bukan main makan berlayan hari tu. Abang suami Iqa tahu bukan suami Kak Lia yang rajin nak menggatal dengan dia",

" Cemburu?",

" Kalau Iqa tak dapat kawal cemburu Iqa susah abang nanti. Jangan menyesal", tidak mengaku secara terus terang namun dia berharap Harris faham yang dia cemburu. Cepat dia berlalu tanpa menunggu jawapan dari Harris yang jelas terpinga-pinga.

Macam manalah aku boleh kahwin dengan adik janda aku. Kepala ni pun bila lah kau nak ingat. Agaknya bukan sebab Atiya, mak atau nenek pun, tapi sebab aku pun gatal sangat nak kahwin masa tu. Dah anak dara lawa takkan nak tolak. Aku pun tak tahan nak dibelai dengan kasih sayang kot. Harris ketawa sendiri sambil mengangkat barang masuk ke dalam rumah.

AFIQAH yang masuk ke dalam rumah melihat Hasnah melayan bualan Zahlia di ruang tamu. Dia bersahaja menyerahkan Akid kepada Hasnah dan terus berlalu ke dapur.

" Tadi bukan awak yang tanya Lia bila nak balik rumah nenek. Ni dia dah balik nak warning saya pula", Harris meletakkan barang yang dibeli tadi di atas meja dan terus berdiri di sebelah Afiqah yang sedang duduk meneguk minuman. Nampak seperti haus sangat gayanya.

" Ya. Memanglah Iqa tanya. Dan Iqa tak kisah pun Kak Lia datang sini. Tapi Iqa tak suruh Kak Lia datang untuk dia menggatal dengan abang ataupun abang menggatal dengan dia", Afiqah bangun menuju ke sinki membasuh cawan yang digunakannnya.

Tidak semena-mena Harris datang memeluk tubuhnya dari belakang. " Awak cemburu dengan Lia ke Iqa?", soal Harris serius.

Tubuh Afiqah diam dan kaku. Ya. Aku cemburu!

" Kan Iqa cakap. Jangan sampai Iqa tak dapat kawal cemburu Iqa",

" Tak payah nak cemburu sangat. Awak tu isteri saya. Lia tu bekas isteri saya. Mana yang lebih berhak pada saya. Awak ke Lia?", Harris melepaskan pelukan dan mencapai cawan. Dia juga perlu membasahkan tekak yang sudah kering.

" Iqa tak nak abang melebih dengan Kak Lia. Kalau melebih siaplah. Jangan kata saya tak ingatkan", sungguh Afiqah takkan biarkan Zahlia mengambil kesempatan kali ini. Dia tidak suka.

" Minum seorang je Rris?", sapaan manja Zahlia membuatkan Harris tersedak. Terkejut saat kepalanya sedang memikirkan ugutan Afiqah tadi. Haih. Zahlia ni sengaja nak buat aku bergaduh dengan Iqa ke? Mata dikerling memandang Afiqah yang sudah mencuka.

Happy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience