BAB 8

Romance Series 63878

KERETA Honda HRV rona kuning menjalar masuk ke halaman rumah Hasnah. Hasnah kenal itu kereta Zahlia. Sejak pulang semula ini kali kedua Zahlia datang ke sini. Itu sebelum Harris dan Afiqah berpisah dan kali ini selepas Afiqah dan Harris bersama semula.

" Nek", sapa Zahlia bersalaman dengan Hasnah.

" Jomlah naik", ajak Hasnah.

" Taklah nek. Sekejap je ni. Lia nak jumpa Iqa",

" Naiklah dulu. Iqa ada dalam rumah. Ini rumah kamu juga",

Zahlia naik juga setelah berkali-kali diajak masuk. Langkahnya diatur ke ruang tamu. Seketika Afiqah yang berada di dapur tadi keluar ke ruang tamu. Jika ikutkan hatinya malas dia mahu bertemu kakaknya itu kerana setelah 3 kali berjumpa sebelum ini mereka berbalahan. Tetapi Hasnah bersungguh memaksa dia keluar berjumpa Zahlia.

" Atiya tak ikut?", soalnya.

" Adalah latihan netball. 6.30 baru balik",

Jawapan Zahlia buat Afiqah terima sahaja kerana dia tahu anak saudaranya itu aktif dengan sukan permainan tersebut.

" Dua hari ini Harris tak ada. Tiya dengan aku",

" Hmm..Harris dah beritahu", Afiqah duduk bertentangan dengan Zahlia. Wajah Zahlia ditatap seketika sebelum dilarikan pandangannya pada skrin televisyen yang menayangkan sebuah drama cina kesukaan Hasnah.

" Aku nak minta tolong kau", Zahlia tiada basa basi. Dia terus menyampaikan tujuan kedatangannya petang ini.

" Kak Lia nak Iqa tolong apa?", jantung Afiqah mula berdebar tiba-tiba. Kak Lia nak minta tolong apa?

" Pujuk Harris serahkan Atiya pada aku. Dulu aku tak pernah tuntut hak penjagaan Atiya sebab aku nak Harris jaga Atiya. Tapi sekarang aku nak Atiya dengan aku. Aku dah minta pada Harris tapi Harris tak setuju. Aku kalau boleh tak nak bawak hal ini ke mahkamah. Aku tak nak Atiya tertekan",

Afiqah terdiam. " Iqa tak nak masuk campur urusan Kak Lia dengan Harris", balas Afiqah. Ya. Hal anak Harris dan Zahlia bukannya ada kaitan dengannya.

" Aku bukan suruh kau masuk campur. Aku nak kau tolong pujukkan Harris tu je", keras sikit suara Zahlia.

" Iqa minta maaf Iqa tak boleh tolong. Kak Lia bincanglah sendiri dengan Harris",

" Kau tak kisah kalau aku jumpa Harris?", Zahlia merenung wajah adiknya itu.

Afiqah ketawa kecil. " Kalau setakat Kak Lia jumpa Harris nak bincang hal anak Iqa tak ada masalah. Atiya anak Kak Lia dan Harris",

" Okay", laju Zahlia bangun dari duduknya. Afiqah terdongak mencari wajah Zahlia. " Kau jangan cemburu pula kalau aku jumpa Harris nanti", Zahlia tersenyum. Lain senyuman Zahlia pada kiraan Afiqah. " Aku balik dulu", ujar Zahlia melangkah ke luar rumah. Afiqah juga bergegas bangun menurut langkah kakaknya.

Hilang sahaja kereta Zahlia Afiqah masuk ke dalam rumah.

" Lia nak apa?", soal Hasnah.

" Suruh pujuk Abang Harris bagi Kak Lia jaga Atiya", bersahaja Afiqah membalas.

" Sekarang ni kan elok je Harris bagi dia jumpa Atiya",

" Entahlah nek. Nak ambil Atiya sepenuhnya agaknya. Katanya tak nak bawa ke mahkamah. Tapi Iqa cakap Iqa tak nak masuk campur hal ni",

" Tak payahlah. Nanti kamu dengan Harris pula yang bergaduh. Pandailah dia berdua tu selesaikan",

Afiqah diam. Setuju dengan ujaran Hasnah. Dengan Hasnah Afiqah tidak malu bercerita kerana semasa Zahlia belajar di luar negara dulu dia hanya ada Hasnah tempat mengadu dan bercerita. Hubungannya dengan Zahlia memang tidak rapat sejak kematian ibu dan ayah mereka kerana kemalangan maut setelah pulang dari melawat Afiqah. Sejak itu Zahlia menyalahkan Afiqah kerana menjadi punca kematian ibu dan bapa mereka sehingga Afiqah mengalami kemurungan semasa dia di sekolah dulu. Puas berubat. Perubatan moden di hospital dengan terapi itu ini. Berubat juga dengan perubatan Islam. Sehinggakan kemurungan kerana rasa bersalah itu menjejaskan pelajarannya dan keputusannya hanya cukup makan sahaja.

SUASANA malam ini tetap indah walaupun tanpa cahaya bulan. Langit tidak berawan terhias dengan taburan jutaan bintang membuat Afiqah tersenyum sendiri. Tambahan pula dengan tiupan angin sederhana yang menyapa menghantar suasana yang begitu mendamaikan hatinya. Seketika ingatannya terus dibawa kepada peristiwa petang tadi.

Kak Lia minta dipujuk Harris? Mahu ke Harris lepaskan Atiya pada Zahlia?

Ketika sedang mengrlamun jauh skrin telefonnya yang diletakkan di atas meja menyala dan berbunyi.

Harris.

" Rajinlah pula nak bervideo call", bebel Afiqah namun dijawab juga.

" Kenapa gelap?", tegur Harris apabila langsung tidak nampak wajah Afiqah usai menjawab salam tadi.

" Ada luar rumah",

" Dengan nenek", laju Harris menyoal.

" Tak. Seorang",

" Jam 10 dah sayang. Masuk. Tak elok sayang duduk dekat luar malam- malam ni",

" Ambil angin je bukan buat apa pun",

" Sayang. Masuk dalam please", kali ini bernada memujuk.
" Yalah", nada suaranya tidak puas hati dengan permintaan lelaki itu namun Afiqah melangkah juga masuk ke dalam rumah dan terus mengunci pintu. Punggungnya dilabuhkan ke sofa ruang tamu. Sunyi. Hasnah sudah lama ketiduran mungkin.

" Nak tengok muka comel sayang. Abang rindu", bicara rasa Harris buat Afiqah sengaja mengalihkan skrin telefonnya ke arah sofa.

" Iqa", panggil Harris.

" Cakap je la. Nak tengok muka buat apa",

Harris ketawa kecil. Sinis suara Afiqah langsung tidak dia peduli. " Abang rindulah nak tengok wajah comel isteri abang",

Afiqah mula mengangkat telefon dan terlayar wajahnya di skrin telefon.

" I miss you", ucap Harris romantis buat Afiqah terdiam. " Abang rindu isteri abang", Harris mengorak senyum saat matanya menatap wajah Afiqah di skrin.

Afiqah masih diam. Entahlah. Walaupun hatinya masih keras mahu menerima semula kehadiran lelaki itu tapi dia akui masih ada sekelumit rasa sayang pada lelaki ini.

" Baby okay?", soal Harris. Kandungan Afiqah sudah mencapai 4 bulan usianya.

" Hmm..",

" Hmm apa sayang?", sengaja Harris terus menyoal kerana mahu mengajak Afiqah terus berbual dengannya.

" Okay..", sepatah jawapannya.

" Sayang ada nak makan apa-apa abang belikan",

" Tak ada",

" Tak ada rasa teringin apa-apa?",

" Tak ada",

" Betul ni. Petang esok abang balik. Kalau ada apa-apa abang singgah belikan", Harris terus menyoal meminta kepastian. Bukan dia tidak tahu isterinya itu mengerah Rabiatun jika teringinkan sesuatu.

" Saya cakap tak ada. Tak ada lah", keras sikit suaranya.

" Okay. Kalau tak ada apa-apa tak apalah",

Afiqah perasan nada suara Harris yang agak tidak senang. Mungkin terasa dengan keras suaranya tadi. Biarlah!

" Saya dah mengantuk ni", sengaja Afiqah berpura-pura menguap kerana malas mahu berbual panjang.

" Okay. Pergilah berehat. Tidur. Ibu mengandung kena cukup rehat", prihatin suara Harris dapat didengar dengan jelas.

" Bye", ucap Afiqah dan terus mematikan talian.

AZIZAN tergelak kecil mendengar bebelan Harris yang tidak puas hati apabila Afiqah terus menamatkan panggilan tanpa sempat dia mengucapkan selamat malam.

" Nasib badan", perli Azizan dan menghirup kopi yang baru dibancuh.

" Iqa jual mahal lagi dengan aku", Harris tersengih.

" Memang patut pun Iqa buat macam tu. Nasiblah aku dah kahwin kalau tak elok habis iddah aku pinang Iqa tu",

" Jangan nak berangan syaitan", selamba Harris menempelak bicara Azizan.

Azizan ketawa lucu. Biasa sahaja jika mereka berdua bebicara kasar begitu " Shahril anak Haji Sukri tu awal-awal dah ajak aku pinangkan Iqa untuk dia", sengaja Azizan mahu panas line! Biar Harris tahu menghargai dan tidak terburu-buru buat keputusan selepas ini.

" Salah aku. Tapi masa tu aku memang ingat nak berbaik dengan Lia sebab anak aku. Entahlah hati aku macam tak keruan masa tu. Kau pun tahu kan aku nikah dengan Iqa sebab mak aku. Sebab tak nak timbul fitnah bila Iqa kerja dengan aku. Orang nampak kami ni macam...", bicara Haris terhenti. " Yalah kau faham-fahamlah fikiran sesetengah orang kampung yang tak cukup iman ni. Yang suka fikir bukan-bukan", suka hati sahaja Harris menggelarkan orang begitu. Tidak cukup iman? Habis dia tu cukup iman sangatlah?

Harris melabuhkan punggung di katil. Selalunya jika ada urusan di luar mereka akan berkongsi bilik hotel untuk elak kebosanan dan senang untuk berkerja.

" Kahwin ni bukan benda main-main. Kau suka ke kau tak suka ke jangan dibuat main. Kau ingat senang Nek Hasnah tu bela cucu dia. Alih-alih kau buat cucu dia macam tu je. Kalau aku ni abang Iqa dah lama terabur gigi kau tu",

" Aku nak tebus semula silap aku sebab tu lah aku rujuk semula Iqa",

" Kak Lia?",

Harris diam. " Lia memilih tinggalkan aku. Tapi Iqa. Aku yang minta dia tinggalkan aku. Tentu aku pilih Iqa",

" Susah kahwin salin tikar adik beradik ni kan. Kalau berpisah mati senang sikit. Ni bercerai hidup. Iqa kena bersemuka dengan Kak Lia . Kau pun kena bersemuka juga dengan Kak Lia. Kalau budak adik beradik boleh buat madu", Azizan terkekeh ketawa. "Tapi Aya cakap Kak Lia cari kau",

" Fasal Atiya. Dia nak ambil Atiya", Harris menjawab sambil menatal skrin telefon membaca mesej yang diterima dari Afiqah.

" Kau bagi?",

" Jumpa boleh. Nak ambil terus memang aku tak izinkan", dalam keras suaranya Harris tersenyum membaca mesej dari isterinya.

Saya nak makan satay kajang.

" Senyum pulak", tegur Azizan.

" Bini mesej. Jangan kacau aku. Esok sebelum balik kita pergi cari satay kajang sekejap. Iqa mengidam", Harris tersenyum lalu bangun dan bergerak ke balkoni. Azizan hanya memandang sahaja. Biarlah. Harris dengan jiwanya.

PUAS Hasnah mengajak makan namun cepat ditolak Afiqah. Dia mahu menunggu Harris membawa balik satay kajang. Perutnya teringin benar dengan makanan itu.

" Pergilah makanlah nasi dulu. Nanti Harris sampai makanlah pula satay tu",

" Tak apa nek. Nanti makan nasi Iqa kenyanglah pula",

Lewat jam 10 malam barulah Harris sampai ke rumah Hasnah selepas menghantar Azizan. Hujan lebat dan kemalangan 3 buah kenderaan di lebuh raya tadi menyebabkan Harris kelewatan. Afiqah sudah ketiduran di ruang tamu. Ketukan di pintu buat Afiqah terjaga. Saat pintu dibuka terus Harris menunjukkan bungkusan satay di tangannya.

" Maaf. Abang lambat", ucap Harris apabila melihat wajah masam isterinya. Afiqah merajuk?

Langsung tidak berminat untuk membalas Afiqah terus berbaring di sofa. Harris tidak terus memujuk malah terus menuju ke dapur. Memanaskan makanan yang dibawa balik tadi. Beberapa ketika dibawa satay yang telah dipanaskan ke ruang tamu. Siap dengan teh o panas lagi.

" Jom. Abang teman sayang makan",

" Dah kenyang", jawab Afiqah sedangkan aroma bau satay dan kuah kacang yang telah dipanaskan itu menyerbu masuk ke hidungnya buat dia makin kelaparan.

Harris ketawa kecil. Kenyanglah sangat. Tadi semasa dia menelefon Afiqah mahu memaklumkan dia akan lambat sampai isterinya itu tidak menjawab panggilannya. Terus sahaja dia menghubungi Hasnah dan Hasnah sudah memberitahu yang isterinya itu masih belum makan malam kerana menunggu satay yang dibeli Harris.

" Mari abang suapkan",

" Kenyanglah", masih jual mahal tingkahnya.

" Bangunlah", kali ini Harris cuba untuk membangunkan tubuh isterinya. Tiada penolakan malah Afiqah menurut sahaja. Namun wajahnya masih tetap masam mencuka.

" Abang dah panaskan. Nak abang suapkan ke sayang nak makan sendiri",

" Tangan saya sihat je", terus dicapai secucuk satay dan dicelupkan ke dalam kuah kacang. Dengan lafaz bismillah terus makanan itu dimasukkan ke mulutnya. Terbias sinar wajah isterinya buat Harris tersenyum lebar.

" Sedap?", soal Harris.

" Tak..", jawapan Afiqah buat Harris ketawa apabila isterinya mencapai cucuk satay yang kedua. Afiqah tidak mempelawa malah langsung tidak peduli Harris yang terus memerhatikannya. Namun apabila melihat Harris langsung tidak mengalih pandang buat Afiqah tidak keruan pula.

" Awak nak kena cucuk biji mata tu dengan lidi satay ni ke?", lidi satay yang kosong diangkat.

Kuat tawa Harris mendengar soalan isterinya itu. Garang semacam!

" Tak nak. Abang buta nanti macam mana nak pandang isteri cantik abang ni",

Afiqah menjeling tajam. " Tak nak ke?", soal Afiqah.

" Tengok Iqa makan pun abang dah kenyang. Abang lapar tidur je ni. Abang tidur sini ya",

" Atiya?",

" Dengan Lia. Esok baru abang ambil. Abang tidur sini ya",

" Hmm..", balas Afiqah buat Harris tersenyum lagi. " Malam ni tidur dalam bilik. Saya tak nak nenek membebel pada saya sebab biar awak tidur dekat luar",

" Betul? Boleh abang peluk tak?", nakal dan manja suara Harris.

" Jangan harap..", cepat Afiqah membalas.

Happy reading..

Share this novel

Anie Z Iman Alya
2024-07-06 15:54:58 

Marathon ai baca bestnya cerita ni.. Update lg sis tq

Wan Hamilah E'lah
2024-07-05 14:27:18 

iqa merajuk manja-manja je tu...saje nk abg haris pujuk...


NovelPlus Premium

The best ads free experience