BAB 30

Romance Series 62817

" IQA duduk sini. Abang nak tegur kawan abang tepi kolam tu", suara Harris ditahan dari menunjukkan rasa cemasnya. Harris meninggalkan Afiqah di situ. Afiqah hanya menurut. Dari dalam kafe Afiqah nampak dengan jelas Harris bukanlah menuju ke arah seseorang yang dikatakan kawannya tetapi menuju ke arah Hasnah dan Akid. Melihat Harris yang mengambil Akid dari dukungan Hasnah dan mengajak Hasnah masuk buat Afiqah mengerut kening.

" Abang kata nak tegur kawan?", soalnya apabila Harris masuk semula ke kafe.

" Dah pergi..Dah siap makan jom naik. Kita lepak dalam bilik nanti lepas check out baru kita pusing bandar", ajak Harris.

Afiqah bangun lalu mencapai lengan Hasnah dan berjalan beriringan dengan neneknya. Harris mengekori dari belakang sambil matanya terus meliar mencari kelibat lelaki tadi.

Kau saja kan Firman jelma depan aku! Silap oranglah kalau kau fikir aku takut dengan bayang-bayang kau. Takut? Tidak! Dia cuma bimbangkan keselamatan keluarganya kerana dia kenak personaliti Firman yang pendendam! Jika dia hidup sendiri tahulah dia menjaga dirinya. Tapi dia punya keluarga dan tanggungjawab untuk melindungi keluarganya.

Lif terbuka dan mereka masuk ke dalam perut lif untuk naik ke bilik. Hampir sahaja pintu lif tertutup penuh matanya terpaku pada kelibat lelaki tadi. Melihat senyuman sinis Firman buat Harris hilang sabar. Dia tidak suka dibayangi lelaki itu. Mahu sahaja dia menghentikan pintu lif namun saat mendengar Afiqah dan Hasnah berbual kosng tentang makanan yang dimakan tadi buat Harris terfikirkan orang yang disayangi. Dia tidak boleh terburu-buru membuat sesuatu.

" Nasi lemak beras panjang", kagum dengan hidangan yang dimakan tadi kerana

" Hotel kan nek. Mestilah barang ada class", balas Afiqah.

" Ah. Kalau macam tu Mak Jenab kau tu ada classlah makan beras panjang",

Afiqah ketawa lucu. " Mak Jenab tu sebab ada diabetis. Orang kencing manis mana elok makan beras biasa. Banyak kanji. Tinggi gula. Nanti bacaan kencing manis makin tinggi", ujar Afiqah.

Hasnah mencebik. " Kalau makan beras mahal. Tapi duk minum teh tarik, kopi susu sama je la. Bila nak turunnya kencing manis dia", adunya. Afiqah hanya senyum faham sangat ujaran orang tua seperti neneknya. Terdengar seperti sinis tapi ada benarnya apa yang dikatakan wanita itu.

Harris hanya diam langsung tidak menyampuk. Kepalanya sarat memikirkan Firman. Apa tujuan Firman menunjukkan dirinya begini. Apakah ianya satu amaran atau ugutan?

JINGGA warna mentari menyuluh pandangan mata Harris yang sedang memandu. Dicapai kaca mata hitam dan disangkut di hidungnya. Pemanduan Harris hanya ditemani alunan lagu dari corong radio. Afiqah, Akid dan Hasnah sudah lama terlena.

Harris memandang sekilas Afiqah yang sedang lena. Jemari Afiqah dicapai dan dikucup perlahan. Senyum terukir di bibirnya saat jemarinya dibalas dengan genggaman dari Afiqah. Dia mula melentok manja di bahu kiri Harris.

" Hmm..mengantuk dia macam makan ubat tidur", tegur Harris.

" Hmm..mengantuk..", manja suara Afiqah.

" Patutnya kena teman abang supaya pemandu tak mengantuk. Ni dia pula lena bukan main..",

Afiqah ketawa mendengar rungutan manja Harris.

" Dah mengantuk tidurlah..", meleret nadanya sambil pipi Harris dikucup sekilas.

Harris cuma tersenyum. Senang dengan perbuatan Afiqah.

" Ada nak singgah mana-mana ke sebelum sampai rumah",

" Kita singgah pasaraya sekejap. Atiya nak makan makaroni goreng. Dah habis stok makaroni dekat rumah", jawapan Harris membuatkan senyum Harris melebar. Afiqah langsung tidak berkira dengan Atiya walaupun anak itu bukan anak kandungnya. Dia tahu Afiqah sayangkan Atiya seperti anak sendiri. Layanannya pada Atiya memang seperti anak sendiri. Apa sahaja Atiya mahu makan tak pernah tidak dipedulikan.

" Abang nak makan sayang. Ada stok tak?",

Cepat menegakkan tubuh lalu menampar manja bahu Harris. Membugar terus mata Afiqah dengan soalan Harris. " Hish. Tak senonoh. Nenek ada lah dekat belakang", perlahan suaranya seakan berbisik.

Harris ketawa senang. " Sayang..",

" Hmm..",

" Abang sayang Iqa..", sekilas pandangan Harris kepada Afiqah dan matanya terus memandang ke hadapan.

" Iqa pun sayang abang juga", sekali lagi pipi Harris dikucup apabila melihat Hasnah yang ketiduran di kerusi penumpang belakang." Atiya kata malam baru sampai kot. Tadi masa abang singgah RnR dia call", hilang sudah kantuknya.

" Hmm..",

"Hmm je..",

" Dah tu nak jawab apa",

" Kak Lia suruh abang ambil Tiya rumah dia", ujar Afiqah apabila Atiya memesan supaya memberitahu Harris untuk mengambilnya di rumah Zahlia nanti.

" Dia bawa Atiya keluar dia hantarlah semula", seperti tidak puas hati Harris menjawab.

" Penat dah nak memandu masuk rumah nenek agaknya. Kalau lewat sampai nanti nak patah balik semula rumah Kak Lia lambat pula dia nak sampai rumah", Afiqah menyokong Zahlia. " Perempuan memandu jauh malam sendirian. Kan bahaya", dia terus merasionalkan Harris.

" Hmm..Okaylah abang ambil. Daripada Lia tidur rumah nenek", balasnya.

" Apa masalah kalau Kak Lia tidur rumah nenek?",

" Iqa nak jadi macam hari tu? Dia peluk abang. Lepas tu Iqa cemburu tak percayakan abang. Buat kita bergaduh",

Afiqah diam pula. " Habis kalau Kak Lia dah buat rawatan kemoterapi nanti takkan nak biar Kak Lia seorang dekat rumah dia",

" Abang dah cakap kan. Kalau Lia tinggal dengan nenek kita balik rumah abang",

" Sampai bila kita nak mengelak dari Kak Lia. Kak Lia kakak Iqa. Cucu nenek juga",

" Kita bukan mengelak Lia. Kita cuma mengelak dari wujudnya masalah antara kita dan Lia. Sehinggalah Lia boleh terima hubungan kita dan tak ganggu abang. Tak ganggu Iqa. Tak ganggu kita", serius pula suara Harris.

" Mungkin abang masih sayangkan Kak Lia sebab tu Kak Lia susah nak lupakan abang", Afiqah memandang sekilas wajah Harris sebelum matanya menumpu ke hadapan.

" Kenapa Iqa cakap macam tu. Sayang abang sebagai suami dah habis pada dia. Dahlah sayang. Malaslah abang nak bincang hal ni. Keputusan abang. Kalau Lia tinggal dengan nenek, kita mesti balik rumah abang", tegas suara Harris. " Suka tak suka Iqa kena ikut abang",

" Kalau Iqa tak nak?",

" Bukan susah pun. Abang dukung Iqa bawa masuk kereta pecut balik rumah. Kurung dalam bilik hidup je lah berdua dengan abang. Akid kita tinggal je dgn oyang dia atau Nek Miah dia. Ada berani mahu melawan?", cabar Harris. Tidak serius pun. Dia hanya mahu mengusik Afiqah sahaja.

" Tak..", lurus jawapan Afiqah. " Tapi abang nak layan Iqa macam tu ke?",

" Dah kalau degil tak nak dengar cakap abang. Abang pikul macam buah sawit lepas tu humban je",

" Bencilah. Iqa ni bukan buah sawit! Iqa ni isteri abang. Isteri ni perlu dilayan dengan lemah lembut, penuh kasih sayang bukan humban-humban macam tu",

Harris ketawa besar dengan ujaran Afiqah. " Tak sampai hati abang nak humban. Abang peluk. Abang cium. Abang belai. Abang gosok. Abang raba..",

" Mula dah tu..", pintas Afiqah dengan wajah mencuka apabila Harris mula menunjukkan sisi nakalnya.

" Sekarang ni Iqa isteri abang. Lia cuma bekas isteri abang. Ya kami ada sejarah hidup bersama. Tapi Allah dah takdirkan hubungan abang dengan Lia setakat tu je. Abang tak nak hubungan kita rosak hancur sebab Lia. Abang nak Iqa faham. Apa sahaja keputusan yang abang buat. Abang akan dahului Iqa sebab Iqa isteri abang. Sebab abang nak hidup harmoni dengan isteri abang ni",

" Terima kasih abang. Suami siapa ni ya",

" Entah suami siapa. Kerja angkut sawit je..Bukan doktor, bukan chef..", sengaja menggunakan contoh doktor kerana teringatkan pertemuaannya dengan kenalan Afiqah selepas mereka balik dari hospital dulu. Chef pula kerana pertemuan dengan Zahim pagi tadi. " Bukan juga engineer..", kali ini sedikit menekan suaranya.

Afiqah ketawa lepas mendengar nada rendah diri suaminya. " Eleh. Mengada. Bukan dulu abang jurutera binaan bangunan ke?"

" Dulu..Kira beban tekanan lantai, struktur bumbung, dinding, Tapi abang lebih suka kerja sekarang. Jurutera ukur tubuh sayang dan jurutera binaan baby", Harris terus ketawa lepas. Sangat gembira nada suaranya.

" Tengok..",

" Nanti Akid dan dua tahun kita proses baby kedua ya",

" Tak payah tunggu dua tahun. Sekarang pun boleh",

" Oh..Sayang memang sangat-sangat memahami abang. Mana nak cari isteri yang memahami macam ni ya. Nasib abang cepat capai cepat pegang. Tak lepas dah bila dah dapat",

" Ya lah tu..", cebik sahaja bibir Afiqah apabila teringatkan perbuatan Harris dulu! Sanggup melepaskan dia kerana kepulangan Zahlia. Tidak menyangka Zahlia akan pulang semula. Tapi itu dulu!" Dahlah. Kalau nenek dengar muntah hijau nenek", Afiqah mahu Harris berhenti bercakap bukan-bukan lagi. Kepala dipaling sekilas. Mujurlah neneknya masih lena. Ya. Dia faham benar dengan Hasnah. Kalau naik kereta terus lenanya macam makan ubat tidur.

MALAM itu Afiqah dipaksa menemaninya ke rumah Zahlia. Bila berkait dengan Zahlia dia mahu Afiqah ada sama. Tujuannya adalah tidak mahu Zahlia melebih-lebih. Bukan memandang serong kepada bekas isterinya itu tetapi entahlah. Cuma hatinya tidak aman pula bila berkait dengan Zahlia seakan ada sesuatu yang akan Zahlia lakukan. Jika Zahlia pernah memeluknya mungkin wanita itu akan mengulanginya lagi. Dia cuma mengambil langkah untuk berhati-hati.

Sampai di hadapan rumah Zahlia segera Harris keluar kerana mahu mengangkat beg baju Atiya. Zahlia berdiri di sisi pintu kereta melihat Harris memasukkan beg Atiya ke dalam kereta. Afiqah hanya menunggu di dalam kereta sahaja. Cermin tingkap kereta sengaja diturunkan.

" Ini untuk Rris", huluran bungkusan dalam beg kertas yang agak cantik hanya dipandang Harris. " Tak sudi?", soal Zahlia dengan wajah mengharap lelaki itu menerima pemberiannya.

" Thanks", dicapai juga beg itu dalam terpaksa.

Afiqah hanya melihat sahaja tingkah keduanya dari dalam kereta. Cemburu? Entahlah. Kadangkala dia rasa dia tak berhak pula untuk cemburu. Tapi kadangkala apabila memikirkan Harris suaminya serta merta hatinya dipanah api cemburu. Bukan menggunung namun perasaan itu tetap ada dan membukit di hatinya. Ya. Itu kerana dia sayangkan Harris! Ah! Sukarnya mahu melawan rasa serba salah, rasa keliru, rasa cemburu dan pelbagai rasa yang memekung dadanya!

" Umi..", manja suara Atiya yang mula masuk ke dalam kereta usai bersalaman dengan Zahlia.

" Ya..Seronok bercuti di Langkawi?",

" Seronok. Nanti kita ajak ayah pergi. Tiya boleh jadi pemandu pelancong umi dengan ayah", teruja dan ceria suara Atiya.

Seketika Harris masuk dan menghulurkan beg kertas tadi kepada Afiqah. Tanpa banyak soal Afiqah hanya menyambut dan memangku beg tersebut di pehanya.

" Apa ni?", soalnya sedangkan bukan dia tidak nampak barang itu pemberian dari Zahlia.

" Entahlah! Lia bagi", acuh tak acuh jawpannya.

" Ibu belikan untuk ayah. Tiya belikan untuk umi. Tapi ada dalam beg. Nanti sampai Tiya bagi umi ya",

" Kenapa bukan Tiya yang belikan untuk ayah?", soal Harris kerana dia sudah tidak senang dengan bicara Atiya tadi. Memang Zahlia seperti sengaja mahu buat Afiqah fikir yang bukan-bukan tentang dia dan Zahlia!

" Entah. Tiya tak tanya pun ibu..Ibu cakap macam tu Tiya ikut je lah",

" Hmm..", balas Harris hanya menggumam perlahan.

TUBUH yang masih letih berbaring di katil sementara menanti isterinya masuk ke bilik. Entah apa yang dibualkan antara tiga beranak itu. Hasnah, Afiqah dan Atiya di bilik anak dara itu sampaikan tidak boleh tunggu esok!

Harris akhirnya terlena sebelum Afiqah masuk ke bilik. Akid dibawa ke pelukannya tanpa diletakkan di katil bayi. Apabila masuk ke dalam bilik tidur Afiqah mengangkat Akid je katilnya. Kemudian tubuhnya terus berbaring di sebelah Harris.

" Hmm..borak apa lama sangat?", bisik Harris menarik Afiqah dalam pelukannya.

" Borak kosong je..", Afiqah merapatkan wajahnya ke dada Harris.

" Tak boleh tunggu esok?",

" Tak boleh..Nanti cerita dah sejuk", Afiqah ketawa kecil menyembunyikan rasa
sayu yang ditahan sejak tadi.

" Hmm..Lama abang tunggu",

" Tidurlah..", Afiqah memejamkan matanya. Namun fikirannya ligat memikirkan bicaranya bersama Atiya tadi.

" Ibu cakap lagi sebulan ibu kena buat rawatan kemoterapi. Ibu cakap sakit ibu perlukan sokongan orang tersayang supaya ibu cepat sembuh. Ibu sayangkan ayah. Kalau ibu kahwin semula dengan ayah boleh ke umi?", naif suara Atiya buat Afiqah hilang kata. Tiada jawapan yang boleh dia berikan tadi. Soalan Atiya hanya dibiar sepi. Ketika itu Hasnah sudah meninggalkan mereka berdua sahaja.

" Tapi ayah cakap dulu. Ayah tak boleh kahwin dengan umi dan ibu serentak sebab ibu dan umi adik beradik", Atiya terus berbicara apabila tidak mendapat jawapan pada soalannya tadi.

Lagi-lagi Afiqah terdiam. Mereka dua beranak pernah berbicara soal itu sebelum ini? Apakah maksud di sebalik perbincangan dua beranak itu sebenarnya? Apakah Harris pernah terfikir untuk mengahwini Zahlia semula dalam masa terdekat ini?

" Ayah pernah cakap nak kahwin semula dengan ibu?" soalnya gugup.

Atiya menggeleng laju. " Ayah cakap ayah sayang umi. Sayang Akid. Ayah tak boleh tinggalkan umi dengan Akid", soalan itu pernah disoal Atiya setelah Harris keluar dari hospital dulu.

Wajah lena Harris ditatap penuh kasih. Melepaskan Harris untuk Zahlia dia tidak sanggup kecuali Harris sendiri yang mahu melepaskannya untuk kembali kepada Zahlia. Dan dia tidak akan teragak-agak untuk menerima dengan hati terbuka jika itu kemahuan Harris.

Tidur Harris terganggu apabila tubuh Afiqah tidak tinggal diam apabila isterinya itu sekejap berkalih ke kiri. Sekejap berkalih ke kanan " Kenapa tak tidur lagi.." teguran Harris buat Afiqah memeluk erat tubuh lelaki itu.

" Iqa tak boleh tidur..",

" Fikir apa..",

" Kalau Iqa cakap mesti akan buat abang marah dan kita bergaduh. Iqa tak nak cakaplah",

" Hmm..Kalau tak cakap pun boleh buat kita gaduh juga kalau macam ni. Cakaplah..Abang dengar", kepala Afiqah dibawa ke atas dadanya. Rambut isterinya dikucup perlahan.

Diam dan dia mengeluh kasar. " Tak adil pada abang kan kalau Iqa lebih fikirkan perasaan Kak Lia daripada perasaan abang kan..",

" Hmm..Lia lagi?", bosan nada suara Harris.

Sungguh dia langsung tidak boleh ingat apa yang pernah jadi antara dia, Afiqah dan Zahlia. Tapi Atiya pernah bercerita bagaimana Zahlia meminta anaknya itu membenci Afiqah sebelum ini. Atiya seperti mesin putar masa. Segala cerita di balik lipatan sejarah dibuka anaknya. Benar-benar lurus! Apatah lagi apabila dia mengumpan dengan ayat. Mana tahu cerita Tiya buat ayah cepat ingat semula. Itulah modalnya! " Kali ini kenapa pula?", Harris tidak sabar mahu tahu. Mungkin ada rencana Zahlia setelah dua beranak itu habiskan masa bersama di Langkawi.

" Tak ada apa..",

" Kalau tak ada apa kenapa buat penat otak fikir benda bukan-bukan macam ni?", keras sedikit suara Harris.

" Iqa.. Iqa ni pentingkan diri sendiri ke kalau Iqa nak abang terus jadi suami Iqa?",

" Apa ni sayang?", kepala Afiqah ditolak perlahan. Tubuhnya menyandar ke kepala katil. " Jangan jadi budak-budak boleh? Tolong fikir gaya orang dewasa. Jangan jadikan Lia masalah pada kita. Iqa kena fikirkan diri Iqa dulu. Bukan Lia. Jangan sebab Lia sakit Iqa nak rasa serba salah macam sebab Iqa lah penyebab Lia sakit. Lia sakit sebab Allah beri Lia sakit. Dan setiap sakit ada ubatnya. Jangan sebab Lia sakit Iqa nak korban diri Iqa. Banyak cara untuk Lia bahagia tapi bukan dengan abang", makin tegas suara Harris.

" Abang sanggup nak bawa Lia ke hospital bukan sebab perasaan abang pada Lia. Tapi rasa tanggungjawab nak bantu dia sebab Lia kakak Iqa. Orang yang Iqa sayang. Jangan salah faham! Jangan semakkan otak Iqa fikir benda bukan-bukan. Abang tak suka. Kita dengan hidup kita. Lia dengan hidup Lia!", keras suara Harris mahu Afiqah faham. Perempuan ni memang suka 'overthinking'. Buat serabut kepala je!

" Hmm..", Afiqah menggumam apabila mendengar intinonasi siara Harris mula naik satu oktaf.

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience