BAB 23

Romance Series 63878

PASRAH sahaja hati Afiqah apabila Zahlia memberitahu yang dia akan bermalam di sini. Mahu melarang ini bukan rumahnya kerana dia juga menumpang hidup di rumah Hasnah. Mahu tinggal di rumah Harris dia bimbang meninggalkan Hasnah sendirian di rumah sejak peristiwa malam itu. Dia juga masih trauma. Jika terjaga waktu malam tentu sahaja dia akan bangun dan menyingkap langsir melihat suasana di luar rumah. Bila pasti tiada yang mencurigakan barulah dia akan sambung tidur. Itulah yang akan dia lakukan jika terjaga waktu malam. Dan sejak ada Akid anak itulah yang yang membuatkan dia terjaga malam. Bangun untuk menyusukan Akid dan selepas itu menyelak langsir memerhatikan kawasan sekitar rumah. Harris juga sudah masak dengan tingkah isterinya itu.

Suara gelak tawa Zahlia dia luar bilik membuatkan Afiqah makin sebal. Dia tahu kakaknya itu sengaja berkelakuan begitu. Dia tahu Zahlia sengaja mahu menarik perhatian Harris.

Mahu sahaja dia keluar dan menarik Harris masuk ke dalam bilik duduk bersama dengannya. Atau lagi bagus kalau dia dapat duduk di ribaan Harris menciumi bibir suaminya itu di hadapan Zahlia sebelum menarik tangan suaminya masuk ke bilik dengan gaya menggoda. Biar membuntang mata Kak Lia melihat aksinya itu. Ah! Apa kau melalut ni Iqa! Kepalanya digeleng-geleng dengan idea nakal yang menjengah ruang fikirnya. Dia cuba berfikiran waras apabila memikirkan Atiya dan Hasnah juga ada di situ sama-sama menonton televisyen. Tak mungkin Kak Lia akan buat bukan-bukan di hadapan Atiya dan nenek!

" Akid. Tolong umi Kid", Akid yang sudah mula bangun dari riba usai menyusu dipangku di atas lutut yang dilipat. Afiqah bangun dari katil dan meletakkan Akid di muka pintu bilik. " Akid pergi dekat ayah. Suruh ayah masuk bilik. Okay?", bisik Afiqah perlahan sebelum melepaskan Akid untuk merangkak ke ruang tamu. Namun apabila Akid duduk bersila dan bertepuk tangan Afiqah mengerutkan wajahnya. " Ala..Akid faham tak ni. Umi cakap Akid pergi dekat ayah lepas tu tarik tangan ayah masuk bilik. Buat macam umi suruh ya", Afiqah mengulang menyebut dengan nada penuh kasih sayang. Akid bagai faham dengan bicara Afiqah laju sahaja keluar dari bilik.

Sudah menjadi kebiasaan Akid merangkak antara bilik dan ruang tamu sejak anaknya itu boleh merangkak sepanjang dua minggu ini. Dia hanya memerhati dari celah pintu bilik berharap Akid dapat menyelesaikan tugas yang diberikannya dengan baik.

Afiqah hampa apabila anak itu tidak sempat pun menuju ke arah Harris tetapi sudah diambil oleh Atiya. " Hai budak gebu", Atiya menggomol wajah Akid. Geram dengan pipi gebu adiknya itu.

Hish Tiya ni kan! Bentak Afiqah dalam hati. Bengang pula rasanya dengan anak saudara merangkap anak tirinya itu.

" Umi Akid nak bersenang-senanglah tu pos Akid ke sini", suara Harris membuatkan Afiqah terkaku. Makin bengang hatinya dengan gurauan Harris yang seperti sedang menyindirnya apabila terdengar Zahlia menyambut dengan tawa. Aku dengarlah! Hee. Menyampah! Sakit hati!

Dia bergerak ke katil dan menghenyak tubuhnya ke dada katil dengan kasar. Matanya dipejam cuba membuang rasa sebalnya dengan ketawa Zahlia tadi. Tidak lama dia ketiduran. Penat siang tadi kerana mengadap tempahan sulaman dan manik buat dia cepat terlena.

TIDUR Afiqah terganggu apabila terasa tangan merayapi bajunya. Matanya terus terbuka apabila melihat Akid yang melompat-lompat seperti tidak sabar sambil menyembam wajah kecil ke dada ibunya. Afiqah menarik Akid dalam pangkuannya. Tahulah anaknya itu tentu sudah kelaparan.

" Akid lapar ke?", dia bingkas bangun membetulkan batal dan bersandar di kepala katil. Akid bersuara dengan bahasanya sambil tersengih-sengih menanti habuannya.

" Tak nak tidur lagi ke?", soal Afiqah mengerling jam di dinding yang menunjukkan angka 11 malam apabila Harris mahu keluar semula dari bilik. Dia tahu tentulah Harris yang meletakkan Akid tadi.

" Saya nak ambil air masak Iqa. Nanti tengah malam dahaga tak payah nak ke dapur dah", ujar Harris buat Afiqah termangu kerana tadi fikirnya Harris mahu keluar semula disebabkan masih belum puas menghabiskan masa bersama jandanya.

" Terima kasih abang", rajin pula Harris membantunya. Selalunya Afiqah sendiri yang akan mengambil air sebelum tidur. Harris berlalu tanpa membalas apa-apa.

Wajah Akid direnung penuh kasih. " Kenapa Akid tak buat apa yang umi suruh tadi?", bisik Afiqah apabila Akid sudah melekap di dadanya. Penyusuan Akid terus terhenti dan memandang wajah uminya. Dia mula berkata sesuatu sebagai menjawab soalan tadi buat Afiqah ketawa. Melihat Afiqah ketawa dia juga ketawa sebelum sambung melekap ke dadanya uminya. Gaya faham sangat!

" Lain kali bila umi suruh jalankan sesuatu tugas Akid kena pastikan misson completed. Jangan macam tadi..",

" Mission apa?", celah Harris mengejutkan Afiqah kerana dia menunduk saat berbicara dengan anaknya tadi.

" Misson apa?", soalnya pula mengawal gugup kerana terkejut dengan sapaan Harris.

" Tadi awak cakap jalankan tugas? Tugas apa?",

Afiqah mahu ketawa pula bila teringat misi yang diberikan kepada Akid tadi tapi ditahan sahaja kerana tidak mahu suaminya mengesaki apa-apa.

" Tugas untuk esoklah. Bangun pagi nak masakkan sarapan. Nak buat itu buat ini. Macam-macam tugas nak disiapkan", cepat dia mencari helah.

Harris meletakkan bekas air di tepi meja katil sebelah Afiqah. Dia tahu Afiqah selalu bangun untuk minum air pada waktu malam.

" Terima kasih ayah. Tolong bawakan air untuk umi", sekali ucapan terima kasih diberi. Manja suara Afiqah kerana bahagia dengan keprihatinan yang ditunjukkan Harris. Selalunya suami itu tak peduli pun akan hal itu. Malam ini? Ada apa-apa ke?
" Apa kena mengena dengan Akid?", masih belum puas hati dengan jawapan dari Afiqah. Dia memanjat katil dan mula bersandar di kepala katil sambil matanya tertumpu pada Akid yang sedang menyusu.

" Pesan kat Akid supaya jalankan tugas dia lah. Tidur lama sikit supaya umi boleh buat kerja dengan tenang dan aman",

" Selama ada Akid awak tak tenang dan tak aman ke?",

" Hish. Bukanlah macam tu",

" Maksud awak tu macam ada Akid menyusahkan je",

" Taklah. Iqa tak maksudkan macam tu pun. Akid ni cinta hati Iqa tahu. Apa pula menyusahkan", pipi gebu Akid dikucup rakus sehingga Akid menolak wajah Afiqah kerana sedang menggangunya yang mula lena. " Sorry umi geram dengan orang tu. Akid jadi mangsa", pipi Akid dielus perlahan pula.

" Orang mana?", bersahaja Harris menyoal sambil membetulkan bantal dan berbaring dengan lebih selesa.

" Tanya lagi orang mana. Abanglah",

" Geram dengan saya kenapa pula?", Harris sudah memejamkan mata. Dia sudah mengantuk kerana banyak kerja yang diuruskan siang tadi. Penat badan dan penat otak.

" Geramlah. Layan janda abang tengok tv kat luar tadi. Gelak-gelak. Ingat Iqa suka?",

" Ingatkan suka..", selamba Harris menjawab walaupun matanya sudah terpejam.

" Tak sukalah",

" Tak suka kenapa tak keluar. Memerap dalam bilik. Hantar spy buat apa?", kali ini Harris mengubah kedudukan dengan mengiring membelakangi Afiqah.

" Spy?",

" Akid tu kecil lagi. Tak pandai nak selesaikan misi. Lain kali hantar diri sendiri. Kan senang. Tentu selesai misi tu", Harris menahan tawa. Tentu isterinya itu bengang dengan jawapannya. Dia sempat mendengar bicara isterinya tadi sebelum masuk semula ke bilik.

" Hish. Menyampah!", Akid yang memang mengantuk senang sahaja terlena dalam pangkuan ibunya. Kerana sebal dengan jawapan Harris sengaja diletakkan Akid di tengah antara dia dan Harris.

Tetapi cepat sahaja Harris berpaling. " Kenapa tak letak Akid kat katil dia?"

" Saja..Nak tidur peluk Akid malam ni", Afiqah menarik Akid rapat dalam dakapannya.

Melihat tingkah Afiqah Harris bingkas bangun. Akid dalam dakapan Afiqah diambil dan diletakkan di dalam katil bayi. Afiqah melihat sahaja tanpa berkata apa- apa. Peha Akid ditepuk perlahan apabila anak itu mencelikkan mata tiba-tiba mungkin kerana terganggu tidurnya. Tidak lama Akid terlena semula. Harris memanjat katil. Berbaring dan menarik Afiqah rapat dengan tubuhnya.

" Ingat nak peluk janda", sindir Afiqah langsung tidak menolak pelukan suaminya.

" Janda yang tu haram. Buat apa peluk yang haram kalau ada yang halal. Kecualilah janda yang itu dah halal", sengaja menguji hati isterinya.

Afiqah menolak tubuh Harris. Namun makin kuat tolakannya makin erat pelukan Harris hingga buat Afiqah termengah pula dek kerana cuba melawan kudrat suaminya.

" Saya penat ni. Mengantuk. Tidur je lah",

" Iqa tak nak tidur. Tak mengantuk",

" Memanglah awak tak mengantuk. Awak dah tidur tadi",

Afiqah ketawa dengan sindiran suaminya. Ya hampir dua jam juga dia dapat tidur ketika Akid disuruh menjalankan misi tadi. " Main teka teki jom?",

" Okay..saya mula dulu?", persetujuan Harris mengejutkan Afiqah.

" Okay", Afiqah teruja. Sebenarnya dia bukan serius tetapi sengaja mahu mengusik suaminya. Namun tidak sangka pula Harris yang mengadu penat dan mengantuk itu mahu melayannya.

" Senang je teka teki ni. Kalau kita mengantuk kena buat apa?",

Afiqah ketawa. Ingatkan dia mahu mengenakan Harris. Rupanya Harris lebih bijak.

" Makan?", sengaja memberi jawapan yang tidak menjawab soalan.

" Itu kalau lapar",

" Mandi?", lagi sengaja diberi jawapan yang salah.

" Itu kalau bangun pagi, panas",

" Apa eh?", Afiqah tersenyum. Ingat dia bijak? Aku pun bijaklah.

" Iqa..Saya mengantuk ni. Jawapannya adalah tidur", manja suara Harris buat Afiqah juga ketawa manja. Sengaja dikucup bibir suaminya itu sekilas.

" Mengantuk. Mengantuk. Nak tidur mana. Mengantuk. Mengantuk. Tolonglah saya", lagu Didi and Friends bermain di bibir Afiqah. Ceria dan manja.

" Hmm. Nyanyilah sampai pagi. Selamat malam sayang", celah Harris dengan mata terpejam. Makin segar mata Afiqah saat mendengar panggilan sayang daripada Harris. Lama sudah dia tidak mendengar suaminya memanggilnya begitu.

" Abang..", bisiknya perlahan.

Senyap.

" Abang..", panggilnya lagi. Kehadiran Zahlia malam ini benar-benar membuatkan Afiqah tidak keruan sebenarnya. Bibirnya nakal bermain di dada Harris yang berlapik t shirt.

" Iqa..", Harris yang masih dalam keadaan lena tak lena mahu menegah tetapi tidak sampai hati pula.

" Abang tidurlah. Iqa tak ganggu", namun tangannya mula menyusup masuk ke dalam baju Harris.

" Boleh ke saya tidur kalau isteri saya duk meraba sana meraba sini?", matanya dipaksa untuk dibuka walaupun dia memang mengantuk.

Meletus tawa Afiqah mendengar rungutan bersahaja Harris.

" I miss you", bisik Afiqah dan terus naik ke atas tubuh Harris.

Mata mereka saling bertatapan. Senyum menggoda Afiqah buat Harris terpana. Hilang terus kantuknya tadi. Dia tahu kenakalan Afiqah dan dia juga sangat suka saat isterinya menunjukkan kenakalan itu. " Let me.." tidak menghabiskan ayatnya bibir Harris dikucup.

SAAT terjaga dari tidur tubuh Harris tiada di sebelahnya. Kepalanya menoleh ke arah katil Akid kerana ada masanya dia hampir tidak terjaga apabila Akid merengek lapar dan Harris yang akan bangun mendapatkan anaknya itu. Tetapi Harris tiada di situ.

Bilik air diintai. Gelap dan tiada pula bunyi air dari situ. Matanya dibuka lebih luas memerhati sekitar ruang bilik sederhana luas itu. Tiada. Ke mana? Seketika jantung Afiqah berdetak laju apabila teringatkan Zahlia ada di sini malam ini. Dia bingkas bangun dari katil dan perlahan-lahan membuka pintu bilik.

Degupan jantung Afiqah makin laju apabila terdengar gemersik suara orang sedang berbual dari ruang dapur. Langkahnya diatur perlahan kerana tidak mahu orang di dapur mendengar langkah kakinya. Mujur juga rumah Hasnah di ruangan ini berlantaikan mozek tentu sahaja tiada derap kaki kedengaran. Afiqah mahu mencuri dengar. Dia tahu. Ada Harris dan Zahlia di situ. Dia dapat mendengar ada bicara antara keduanya. Namun tidak jelas bicaranya. Dia dengar Zahlia yang seakan sedang merayu.

" Tak boleh diamkan. Kena beritahu nenek beritahu Iqa", sela Harris

" Lia cuma nak Rris dengan Lia.Bukan nenek. Bukan Iqa", dia terus merayu dan terus memeluk tubuh sasa di hadapannya.

" Lia.. Lia.. tak boleh..macam ni", suara Harris yang seakan tersekat-sekat membuatkan Afiqah hilang sabar. Dia mahu tahu apa yang sedang berlaku. Afiqah terus menerjah ruang dapur. Bagai mahu pitam apabila melihat Harris dalam pelukan Zahlia.

" Abang..",

Tubuh Zahlia ditolak kuat saat suara Afiqah dapat ditangkap di pendengarannya.

" Abang dengan Kak Lia buat apa ni?", tiada jeritan cuma soalan yang bernada lemah dan kecewa.

" Iqa..", Harris terus menuju ke arah Afiqah.

" Abang dengan Kak Lia buat apa?", suram pandangan mata Afiqah menyesakkan dada Harris.

" Tak buat apa-apa sayang. Kami tak buat apa-apa", Harris cuba menenangkan Afiqah.

" Tak buat apa-apa sampai berpeluk?",

Harris tidak mahu memujuk Afiqah di hadapan Zahlia lalu ditarik tangan Afiqah masuk ke dalam bilik membiarkan Zahlia sendirian di dapur.

" Apa yang Iqa nampak bukan seperti apa yang Iqa sangka. Saya boleh jelaskan", tubuh Afiqah didudukkan di birai katil.
" Kalau abang masih ada hubungan dengan Kak Lia abang boleh beritahu Iqa. Tapi kenapa nak sorok?", Afiqah langsung tidak menangis malah dia cuba untuk bertenang.

" Tak ada. Saya tak ada apa-apa hubungan dengan Lia",

Afiqah diam.

" Betul. Saya tak bohong. Saya ke dapur nak minum. Tak sangka Lia pun ada di dapur",

" Kenapa tak minum je air abang ambil tadi? Tak pernah abang ambilkan air untuk Iqa. Tapi..rupanya dah janji nak jumpa Kak Lia senyap-senyap",

" Tak..Langsung tak seperti Iqa sangka. Bukan macam tu?",

" Bukan macam tu apa abang? Abang peluk Kak Lia? Atau abang..", jeda seketika. "..dah lebih dari tu abang buat? Jujur dengan Iqa",

" Tak sayang. Tak..", Harris terpempan dengan tuduhan Afiqah. Namun dia tidak boleh berbincang dalam keadaan tegang. Dia perlu bertenang. Tentu sahaja Afiqah akan salah sangka dengan apa yang dilhat tadi dan dia tidak meyalahkan Afiqah jika isterinya itu berprasangka buruk.

" Abang kahwinlah semula dengan Kak Lia. Lepaskan Iqa", Afiqah terus berbaring.

Harris sudah terngadah mendengar bicara isterinya. Tubuh Afiqah ditarik dan dipeluk erat. Afiqah cuba melepaskan diri. Makin dia mencuba makin dia terikat kuat dengan pelukan Harris.

" Semua tu salah faham. Tak ada apa-apa antara saya dan Lia. Sumpah. Demi Allah. Allah Maha Melihat. Allah Maha Mengetahui. Apa yang Iqa nampak semua salah faham. Percayalah", tiada cara melainkan hanya sumpah dengan nama Allah untuk menyakinkan isterinya.

" Demi Akid. Anak kita Saya tak bohong. Tiada apa jadi antara saya dan Lia", Harris terus meyakinkan Afiqah. Dia perlu membuktikan tiada apa-apa yang berlaku antara dia dan Zahlia.

" Abang tak buat dosa besar dengan Kak Lia kan?", soalan Afiqah dijawab dengan gelengan.

" Tak. Tak sayang", sudah berapa kali dia memanggil Afiqah dengan panggilan itu.

" Abang tak khianati Iqa kan?",

" Tak..",

" Tapi Iqa tetap kena tahu dari Kak Lia juga. Iqa tak nak dengar sebelah pihak je",

" Iqa tak percayakan saya?",

Afiqah diam pula. Dia masih ragu-ragu. Jika berlaku apa-apa antara Zahlia dan Harris dia tidak mahu Harris lepas diri. Dia mahu Harris bertanggungjawab. Biarpun terpaksa membiarkan hatinya terluka.

Tiba-tiba bunyi notifikasi mesej masuk. Belum habis lagi perbincangannya bersama Harris namun dia mahu tahu siapa yang menghantar mesej tengah malam begini.

Kak Lia.

Harris perlu bertanggungjawab!

Afiqah terus berpaling wajah menoleh ke arah Harris yang masih dengan wajah tertekan. Ketawa sinis Afiqah buat Harris bertanda tanya.

" Siapa?",

" Bacalah sendiri", hilang sabar dia mencampakkan telefon ke dada katil.

Telefon dicapai dan terus membengis wajah Harris saat mesej itu sampai ke neuron otaknya.

" Jangan percaya dia!",

" Iqa tak tahu nak percaya Kak Lia atau abang sekarang", Afiqah bangun dari katil apabila rengekan suara Akid mencelah perbualan mereka berdua.

" Percayakan saya Iqa",

" Entahlah. Susah untuk diterima. Iqa nampak dengan mata kepala Iqa sendiri abang dengan Kak Lia berpeluk",

" No! bukan berpeluk. Lia peluk saya! Saya tak peluk dia!",

" Umi nak percayakan ayah atau umi percayakan apa yang umi nampak Kid?", kali ini Afiqah tidak dapat menahan tangis. Tadi dia boleh bertenang. Namun apabila melihat wajah anak kecil ini dia jadi lemah. Macam-macam bermain di dalam kepalanya sekarang apatahlagi Harris dan Zahlia pernah ada sejarah hidup bersama.

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience