BAB 29

Romance Series 62817

LANGKAH Harris terhenti apabila melihat kelibat seseorang yang dikenalinya. Firman! Bukankah Firman di penjara? Dah keluar ke? Seketika dia teringat pula kes yang disabit kesalahan ke atas Firman dulu bukanlah hukuman penjara seumur hidup. Ini dah berapa tahun ya? Kepalanya mula mencongak. Dah lebih 7 atau 8 tahun! Dah habis ke hukuman?

" Kenapa bang?", soal Afiqah apabila langkah kaki Harris kaku di situ. Melihat kerut pada wajah suaminya yang langsung tidak kalih pandang pada sesuatu di hadapan buat Afiqah didorong rasa ingin tahu.

" Hmm..tak ada apa. Abang nampak macam kawan abang. Tapi bukan agaknya..", langkahnya diatur semula sedang dalam hati sudah diasak debar. Apatahlagi lelaki yang disangka Firman tadi nampak agak mencurigakan! Tajam pandangan lelaki itu padanya. Namun saat Harris tersedar dirinya diperhatikan lelaki itu mula menghilang.

" Lelaki ke perempuan?",

" Lelaki..", lurus sahaja jawapan Harris saat kepalanya sudah bercabang hala fikirnya.

" Abang salah orang kot. Hilang dah Kak Julia tadi bang", ujar Afiqah saat matanya mula melilau mencari kelibat Julia dan Thaqif yang hilang dari pandangan gara-gara perbuatan Harris tiba-tiba berhenti tadi.

" Haa..kan abang dah cakap. Tak berjanji pun. Iqa tu je suka salah sangka. Tahulah abang ni idaman wanita", sengih ditayang.

" Perasan!",

' Biar je lah dia. Tak penting pun. Jom turun bawah", langkah mereka mula meniti anak tangga menuruni ke kawasan pantai berpasir.

" Malam-malam nak main pantai ke?", Hasnah menyoal.

" Malam-malam orang tak nampak nek. Nenek nak mandi tak pakai baju pun boleh", usik Faisal.

" Huh! Tak ada kerja. Malaikat maut dah menunggu nak buat hal lagi", jawapan Hasnah buat Harris ketawa.

" Kita nak main belon buih sabun ni nek", dia mengangkat satu bekas belon buih sabun yang berwarna hijau di tangannya.

" Lepas tu kamu nak suruh nenek tangkap belon tu?", pertanyaan lurus Hasnah dibalas dengan tawa Harris.

" Boleh. Rris tiup nenek tangkap", Harris tetap mahu melayan bual neneknya.

" Tak ada kerja nenek nak melayan kamu", seketika Hasnah berjalan dan mudah sahaja dia mendapat rakan bual seorang wanita tua lain yang ada di situ.

Harris terus meniup belon dan Akid terlompat-lompat di dukungan mahu mencapai belon yang berterbangan di udara.

" Mari umi tiupkan", Afiqah mencapai alat peniup dan Harris pula bergerak sedikit menjauh dan mengangkat Akid duduk di bahunya. Terkekeh Akid ketawa apabila Harris berlari anak mengejar belon. Afiqah meneruskan menuip belon leka dengan gelagat Harris dan Akid. Sungguh Harris pandai melayan anak bermain sebab itulah setiap kali Harris pulang Akid langsung tidak sabar tingkahnya sementara menanti Afiqah membuka pintu.

Sedang leka dengan permainan mereka tanpa sedar tubuh Afiqah terjatuh kerana dilanggar seseorang dengan kasar. Harris yang leka dengan buih belon lambat tersedar. Melihat Afiqah yang sudah terduduk di pasir seakan menahan sakit cepat Harris berlari mendekati isterinya.

" Iqa. Okay?",

" Abang, lelaki tu macam sengaja langgar Iqa lah", adu Afiqah cuba bangun apabila dibantu Harris.

" Lelaki mana?",

" Dah hilang. Pakai baju hitam tadi", mata Afiqah terus melilau namun matanya langsung tidak dapat mengesan batang tubuh lelaki tadi yang lenyap dalam keriuhan suasana di situ.

Jantung Harris kembali berdebar saat Afiqah menyatakan lelaki berbaju hitam. Firman? Firman ke?Kelibat seperti Firman tadi juga berbaju hitam.

" Kenal ke lelaki tu?", soal Hasnah.

" Tak",

" Tempat ni luas. Macam dia sengaja je dia langgar Iqa. Nenek nampak dari sana tadi",

Harris makin tidak senang duduk. Namun dia cuba untuk mengawal rasa hatinya.

" Hmm..Jomlah balik hotel", Harris mengawal keadaan yang penuh tanda tanya.

SEJUK pendingin hawa benar-benar menyamankan saat pintu bilik hotel dibuka. Harris membiarkan Afiqah dan Hasnah masuk dahulu. Hasnah terus menuju ke bilik sambungan di sebelah.

" Nenek dah mengantuk ni. Nenek tidur dulu",

" Hmm..ya nek", Afiqah mula menanggalkan tudung.

" Iqa nak mandilah sekejap", gara-gara dia terduduk di pasir pantai tadi dia mahu mandi semula. Bimbang gatal tubuhnya jika tidak mandi.

" Hmm..Abang basahkan Akid sekejap", tuala dicapai dan membawa Akid ke bilik air. Mahu membersihkan anaknya sebelum tidur supaya anaknya dapat tidur dengan lebih lena dan selesa.

Afiqah terasa lama pula menunggu Harris keluar dari bilik air. Mahu ke bilik air di bilik Hasnah malas pula kerana tidak mahu menggangu tidur neneknya. Sudahnya dia meletakkan kepala di meja almari solek melayan matanya yang mula mengantuk.

" Hey sayang. Jangan tidur lagi. Pergi mandi dulu", tegur Harris saat keluar. Afiqah yang duduk di kerusi dengan merebahkan kepala beralaskan lengan sudah memejamkan matanya.

" Hmm..Lamanya. Abang kata sekejap je. Penat tunggu tahu tak..", rungutnya dengan wajah mencuka.

" Kasihannya umi Akid. Penat tunggu Akid. Lama sangat. Haa.. tunggu ayah tidurkan Akid. Nanti ayah tolong dukung umi bawa masuk bilik air. Ayah mandikan sekali nanti", sengaja Harris mengecilkan suaranya seperti Akid yang bersuara

" Tak payah. Umi pandai je mandi sendiri", dalam pada sebal dengan jawapan Harris dia bangun juga dan berlalu ke bilik air.

" Hmm.. umi Akid kalau dah penat mengantuk macam tu lah", Harris mengadu kepada Akid yang dibaringkan untuk menukarkan lampin pakai buang dan pakaian baru. Terjerit Akid ceria kerana tubuhnya terasa segar selepas dimandikan dengan air suam tadi.

" Akid kena bagi kerjasama pada ayah malam ni okay. Kalau tak beri kerjasama. Ayah hantar tidur dengan nenek",

Akid terus menjawab dengan gaya bahasanya. Selesai sahaja berpakaian Akid mula bingkas bangun dan merangkak mahu menuruni katil. Sepertinya selepas mandi tadi tubuhnya makin segar.

" Nak ke mana. Jom tidur", terus ditangkap tubuh Akid dibawa ke katil bujang di tepi dinding. Dipeluk tubuh itu namun Akid berkeras mahu dilepaskan. Melihat Akid yang masih belum mahu tidur dibiarkan sahaja anaknya terus bermain. Main turun naik katil. Laju sahaja dia turun namun apabila mahu naik semula terjerit pula dia meminta pertolongan ayahnya. Beberapa ketika bunyi pintu bilik air dibuka.

Mata Harris mula menumpu pada batang tubuh isterinya yang baru keluar dari bilik mandi dengan bertuala singkat paras dada ke peha. Melihat Afiqah di hadapan mata terus Akid meluru mahu mendapatkan ibunya. " Hmm..bukan Akid je nakkan umi. Ayah pun sama umi..", selamba pula Harris berbaring sambil jarinya ditaut lalu ditindih di belakang kepala. Kakinya yang berlunjur disilang dan dihayun perlahan dengan matanya terus menumpu pada dada Afiqah. Matanya dikenyit sekali dan bibirnya sengaja dimuncungkan bagai mahu mencium.

Lagak Harris itu mengundang tawa besar Afiqah.

" Ayah awak Kid. Kalau tak menggatal tak sah", bersahaja Afiqah menayang tubuhnya ketika mahu berpakaian. Tubuhnya disarung lingerie nipis bertali halus berona pink lembut. Membulat mata Harris dengan pemandangan indah di hadapannya. Terus dia melompat turun dari katil mendekati Afiqah.

Akid yang merangkak tadi sudah memanjat di betis Afiqah. " Tapi Akid jugalah yang lebih memikat hati umi", Afiqah tersenyum dan dicapai Akid dibawa dalam dukungan dan kakinya melangkah menghala ke pintu bilik sambungan. Terus diselak pintu itu.

Harris terus membuntuti langkah Afiqah. " Kenapa kunci. Biar je lah. Nenek takkan terjah masuk punyalah kalau bunyi pelik-pelik tengah malam ni", ketika Afiqah berdiri di tepi katil Harris memeluk lembut tubuh isterinya seraya meletakkan dagu di bahu isterinya. Leher Afiqah yang terdedah dikucup sekilas.

" Harris Bin Ismail..Tolong jaga kelakuan boleh?", lembut sahaja suara Afiqah.

" Abang ke Iqa. Iqa tu siap pakai baju seksi tu apa jadahnya. Selalunya pakai baju pijama siap seluar panjang lagi. Tak pernah-pernah seksi macam ni depan abang. Ni bila pula beli baju ni?", Harris masih tersengih teruja dengan persediaan isterinya malam ini.

" Pinjam Atun punya", balasnya dengan senyuman dan terus berbaring di katil. Akid pula terus dibawa ke dalam dakapannya.

Harris ketawa lepas. " Atun hilang akal ke apa pakai baju seksi tidur seseorang. Tak payah sayang pinjam Atun punya lagi lepas ni. 365 helai abang boleh belikan. Boleh tukar hari-hari", walaupun langsung tidak percaya dengan jawapan Afiqah yang menyebut gaun tidur itu milik Rabiatun dia layankan sahaja.

" Tidurlah abang. Iqa pun mengantuk dah ni", matanya terus dipejam.

Harris pula tersenyum dan bingkas berbaring di belakang tubuh Afiqah yang sedang mendodoikan Akid. Tubuh isterinya dipeluk. " Akid tidur sayang kejut abang", bisiknya perlahan.

" Hmm..", balas Afiqah acuh tak acuh sahaja. Rasanya nanti dia juga akan tertidur sambil menyusukan Akid kerana dia juga sangat mengantuk. Penat juga walaupun hanya duduk-duduk sahaja dia tepi pantai tadi.

PAGI itu mereka turun bersarapan di kafe hotel. Banyak juga pilihan makanan pagi itu. Ada pelbagai kuih muih, bihun goreng, kuey teaw goreng yang sedang digoreng oleh chef. Ada juga roti jala dan nasi lemak hijau ayam berempah. Pelbagai jenis kopi dan minuman jus.

" Sini Akid. Sayang makan. Biar abang suapkan Akid", Harris duduk di kerusi di sebelah Afiqah mengambil Akid dari dukungan Afiqah dan diletakkan di kerusi kanak-kanak. Nasi lemak yang diambil tadi disuap ke mulut Akid. Laju sahaja menganga saat makanan dihulur ke mulutnya.

Selalunya memang begitu. Tidak kira di rumah atau di luar. Ada masa Harris akan makan dahulu dan Afiqah menyuap Akid makan. Ada masanya Afiqah akan makan dahulu dan Harris menyuap Akid makan.Tiada istilah isteri makan kenyang suami kelaparan atau suani makan kenyang atau isteri kelaparan kerana pada mereka berdua biarlah pasangan mereka makan dengan tenang.

Afiqah duduk di sebelah Harris. Baru satu suapan masuk ke mulut Afiqah, Harris membuka mulutnya. Faham dengan kemahuan suaminya Afiqah menyuapkan nasi lemak ke mulut Harris. Sudahnya mereka berdua berkongsi makan pula.

" Nak lagi ke nasi lemak?", soal Afiqah apabila nasi yang diambil tadi hampir habis.

" Sayang tolong ambilkan char kuey teaw la. Macam sedap je. Bau dia menggoda betul", manakan tidak makanan itu sedang dimasak oleh chef di hadapan mereka tentulah semerbak baunya.

" Okay. Nenek nak?",

" Tak naklah. Nenek kenyang dah..",

Afiqah bangun dan menuju ke kiosk char kuey teaw. Saat sampai di hadapan kiosk Afiqah dan chef tersebut saling berpandangan.

" Iqa?", tegur lelaki itu.

" Zahim?",

" Ya. Aku",

" Ya Allah. Jadi chef kau", Afiqah sangat terkejut dengan pertemuan dengan rakan sekolah lamanya.

" Eh..makan dulu. Nanti aku pergi meja kau. Aku tengah masak ni", Zahim menghulurkan sepinggan char kuey teaw yang masih berasap.

" Okay. Tengah kerja kan..", faham dengan keadaan Zahim Afiqah bersetuju sahaja. Langkahnya diatur ke arah meja yang diduduki tadi.

" Chef ni kawan Iqa masa sekolah. Zahim anak Pak Uda Daud tu nek",

" Oh..Budak berisi bulat tu..", Hasnah masih mengingati kerana lelaki itu seorang yang sangat sopan santun orangnya.

" Dulu nek. Sekarang dah elok sangt rupanya", tanpa sedar Afiqah memuji. " Abang tak ingat?", wajahnya dipaling memandang Harris di sebelah yang masih menyuapkan Akid. Cara makan kanak-kanak. Banyak main dari makan.

Harris berpaling melihat lelaki itu. Cuba diamati wajah yang leka memasak itu tetapi langsung dia tidak ingat. " Tak..",

" Masa tu abang dah sekolah kat luar agaknya sebab dia sekejap je kat kampung kita tu. Lepas ayah dia meninggal dia duduk Perak",

" Hmm..ye agaknya",

Sedang menjamu selera Zahim datang mendekati dan tempatnya digantikan pembantu chef.

" Apa khabar nek?", sapa Zahim sopan.

" Sihat. Segak kamu sekarang ya",

Zahim ketawa kecil. " Tak adalah nek. Cuma dah kuruslah berbanding dulu", senyuman ditayang sekilas memandang lelaki di sebelah Afiqah.

" Sedap kau punya kuey teaw. Apa resepi rahsia. Nanti share resepi", seloroh Afiqah. Tentulah tidak untuk chef hotel berkongsi resepi.

" Datang sini je lah nak makan, aku masakkan",

" Kaya sangat aku hari-hari nak makan kat hotel",

Jawapan Afiqah dibalas dengan tawa kecil. " Makan kenyang-kenyang. Bayar semua ni bukan free", senda Zahim memandang sekilas Harris yang hanya diam.

" Kenyang sampai esok ni", balas Hasnah kerana sudah bermacam makanan masuk ke dalam perutnya.

" Okaylah. Aku kena sambung kerja", Zahim mengundur diri memandangkan dia sebenarnya sedang bekerja dan mencuri masa menegur orang yang dikenalinya.

" Okay..", Afiqah pula meneruskan makan dan juga menyuap makan Harris. Angin suaminya mahu bermanja jadi dia layankan sahaja.

Selesai makan Hasnah membawa Akid berjalan di kolam mandi tepi kafe. Sengaja dia membiarkan Afiqah dan Harris makan dengan lebih selesa.

" Kawan sekolah Iqa?", soal Harris matanya benar-benar mencari jawapan pada wajah isterinya.

" Ya..",

" Tapi nampak macam lain..",

" Lain? Lain macam mana?",

" Mana tahu cinta monyet Iqa dulu",

Cepat Afiqah menekup mulutnya menahan tawa. " Kawan sepermainan Iqa lah abang. Sekejap je dia kat kampung kita. Sebab tu abang tak kenal",

" Okay..", balasnya mencapai sudu di tangan Afiqah dan menyuapkan makanan ke mulut isterinya.

" Saja kan..", tetap juga menerima suapan lelaki itu.

" Bertujuan..",

" Tujuan?",

" Zahim tu pandang Iqa lepas dia pergi. Abang nampak dari cermin depan ni ha..",

Huh! Sepeka itu lelaki ini memerhati. Patutlah diam je.

" Sebab tu abang tanya cinta monyet Iqa ke. Yalah kadang-kadang kawan sepermainan ni boleh sampai jatuh cinta",

" Luculah abang ni", Afiqah ketawa kecil. Peha Harris diusap perlahan dan jelingan manja diberi. " Jangan kata abang cemburu dengan Zahim",

" Adalah rasa cemburu tu. Sebab. Berani-berani dia toleh pandang Iqa semula ya. Allah nak tunjuk bagi abang nampak",

" Dia ingat kenangan lama tu..",

" Kenangan apa?",

" Masa masuk rintangan berhalangan pijak titi apa entah nama permainan tu Iqa terpijak anu dia", bisik Afiqah perlahan.

Terus Harris berpaling menatap wajah Afiqah. " Terpijak ke sengaja?",

" Ter..Dia kena duduk atas titi. Lepas tu Iqa kena jalan kat titi yang ada orang tu. Haa..sebab tak boleh jatuh dari titi masa berjalan Iqa pijak celah kangkang dia. Akhirnya terpijak anu dia", dia terkekeh ketawa ketika itu apabila Zahim langsung tidak menjerit. Dia juga langsung tidak meminta maaf dan berpura-pura tidak berlaku apa-apa kerana rasa malu yang menyerbu.

" Agak-agak mati pucuk tak?",

" Hish abang ni kan! Tengah makan ni!", Harris memang langsung tak boleh kalau tak mengusik begitu. Memang kepala dia ingat benda macam tu je agaknya! Gerutu
Afiqah dalam hati.

" Iqa yang mula ya", kuih muih yang masih berbaki terus dihabiskan.

Sedang leka berbual mata Harris tertumpu pada seseorang yang berada di luar kafe melalui cermin yang memisahkan ruang kafe dan kolam. Jantungnya berdegup laju dan tanpa sedar dia terus terbangun.

" Kenapa bang?" Afiqah cemas melihat tingkah Harris yang nampak cemas.

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience