BAB 15

Romance Series 62817

PAUTAN tangan Afiqah tidak dilepaskan sepanjang mereka berjalan bersama. Suasana di dalam pusat beli belah East Coast Mall tidak sesak tapi menerima ramai pengunjung pada cuti hari minggu begini.

" Iqa nak shopping apa hari ni? Abang payung", ujar Harris apabila mereka mula masuk ke ruang tingkat bawah.

Afiqah tergelak. Lama sudah tidak mendengar perkataan itu digunakan. Mungkin sudah habis musim. " Nak beli apa? Iqa tak tahu nak beli apa",

" May be handbag baru , baju baru, kasut baru", cadang Harris.

" Iqa bukan kerja pejabat pun",

" Memanglah. Tapi abang nak isteri abang ada semua tu untuk Iqa guna",

" Beg yang abang kasi birthday bulan lepas ni pun cantik lagi abang", Afiqah menyentuh beg tangan berjenama Bonia berona khaki disandang Harris. Selalunya begitu bila keluar bersama. Harris yang akan menggalas begnya. Walaupun lelaki itu akan merungut beg berat macam ada batu bata.

" Itu bulan lepas sayang. Ini bulan ni Hmm..Abang tahu. Jom", mereka berjalan beriringan masuk ke ruang kedai jam tangan. " Kita beli jam sepasang hari ni. Nak? Biar Tiya jealous tengok jam umi dan ayah sama", nakal suara Harris saat masuk ke ruang kedai berjenama terkenal buat Afiqah ketawa.

Sejak mula bersama semula dia nampak sisi Harris yang manja dan sukakan perhatian. Tidak seperti Harris sebelum ini yang beku dan dingin.

" Kang tambah merajuk anak abang tu",

" Biarkan dia", seloroh Harris buat Afiqah ketawa kecil.

Lama dan leka mereka memilih sehinggalah keduanya sama-sama berkenan dengan jam yang menggunakan leather strap berona coklat gelap.

" Mahalnya abang harga dia. Jam je kot. Nak tengok masa je", ujar Afiqah setelah keluar dari ruang kedai.

" Abang tak pernah belikan jam untuk Iqa kan. Bukan mahal pun", Harris ketawa.

Tak mahal pun kata Harris? Hampir 2k hanya untuk seutas jam tangan? Ah. Pemboros juga Harris ni. Afiqah bermonolog dalam hati.

" Kalau darurat Iqa boleh jual", balas Afiqah dengan senyum nakal.

" No. Tak boleh", laju sahaja Harris menjawab.

Mereka naik ke tingkat dua hinggalah ke atas. Puas pusing sana sini. Masuk kedai itu ini Harris mengajak rehat kerana kasihan dengan Afiqah yang membawa perut yang sudah berusia hampir 8 bulan.

MATA Zahlia memerhatikan kedua tubuh yang sangat dikenalinya. Kebetulan juga dia ke sini hari ini usai mesyuarat di Hotel Zennith tadi. Cadangnya mahu window shoping sahaja. Tidak menyangka pula akan bertemu adik dan adik iparnya itu.

Melihat layanan Harris kepada Afiqah buat Zahlia dilanda cemburu. Manalah dia tidak cemburu apabila tangan Harris sentiasa menggenggam tangan isterinya saat mereka berjalan tadi. Apatahlagi apabila sesekali tangan Harris merangkul pinggang isterinya. Jelas wajah Harris yang nampak bahagia bersama Afiqah.

Kali ini melihat Harris menyuapkan makanannya kepada Afiqah buatkan cemburu Zahlia bertukar menjadi sayu pula. Dulu aku yang dilayan begitu. Dia akui Harris memang pandai melayan perempuan miliknya. Sikap penakluk Harris disenangi kerana lelaki itu tidak cemburu buta. Cemburunya bijak dikawal kerana dia sangat menjaga nama sendiri.

Tapi..Masa aku balik dulu Harris ceraikan Iqa. Dia masih sayangkan aku lah kan. Cuma..cuma selepas tahu Iqa mengandung terus lelaki itu berubah fikiran dengan begitu pantas. Cepatnya bagai memetik suiz lampu dan terus menyala.

" Kau tengok apa Lia", teguran Maya yang ke tandas tadi buat lamunan Zahlia terus melayang terbang.

" Harris",

" Bekas suami kau? Mana?", kepala Maya tertoleh ke kiri dan kanan.

" Tu..tengah makan dengan wife dia. Adik aku",

" What?", membuntang mata Maya mendengar bicara Zahlia dengan lagak yang agak tenang. "Ex kau kahwin dengan adik kau? Seriuslah. Sejak bila?",

" Dah setahun lebih. Iqa pun tengah pregnant tu",

" Habis sekarang ni anak kau dengan siapa?",

" Dengan Harris",

" Hmm..", Maya hilang kata. Beberapa tahun lepas dia bersama Zahlia di luar negara dan rakannya itu pernah bercerita dia pernah berkahwin dan ada anak. Namun setakat itu sahaja dan Zahlia tidak suka bercerita tentang keluargannya.

" Bahagia je diaorang kan Maya", sayu suara Zahlia bagai menzahirkan perasaan kecewaya.

" Kau pun boleh bahagia walaupun bukan dengan dia. Dr Faizal ada", Maya tersengih menyebut nama lelaki itu. Dia berkenankan Faizal tapi Faizal berkenankan Zahlia pula. Nasib badan. Namun dia langsung tidak kisah. Soal cinta tak boleh dipaksa. Lebih baik dia buka hati dia untuk lelaki lain daripada terus menanti yang terang-terangan menolaknya.

PERJALANAN dari Kuantan untuk balik Ke Kg Bangas 1 jam lebih walaupun menggunakan lebuh raya.

" Tak duduk diam ni. Anak umi happy dapat berjalan hari ni ya", Afiqah mengusap perutnya yang nampak menonjol sekejap di sebelah kiri sekejap di sebelah kanan.

Harris terus melabuhkan telapak tangan kirinya menyentuh bonjolan yang ketara pada perut isterinya yang membulat. " Anak ayah main apa kat dalam tu. Main bola ke?",

" Tengah buat kerja berat angkat buah sawit kot ", balas Afiqah dengan ketawa.

" Oh..penat kan angkat buah sawit sayang",

Makin kuat tendangan demi tendangan apabila mendengar suara Afiqah dan Harris.

" Kerja apa pun dalam dunia ni penat ayah",

" Ya. Mengerjakan umi pun penat sayang", Harris ketawa lepas.

" Abang! Sila jaga kelakuan diri ya", sempat ditampar bahu kiri Harris yang sudah beralih ke stereng kereta tadi.

Harris masih ketawa. Langsung tidak mengadu sakit walaupun kuat juga tamparan Afiqah tadi. Sungguh. Dia bahagia.

WAJAH Atiya muncung sahaja saat menerima kepulangan Harris dan Afiqah. Berdiri tegak di jenang pintu dengan wajah mencuka petanda anak itu tidak puas hati. Ya mungkin kerana tidak dibawa bersama. Kebetulan pula dia ada latihan choral speaking hari ini. Lusa akan ada pertandingan peringkat sekolah peringkat daerah.

Matanya melihat sahaja Harris dan Afiqah naik ke dan duduk di kerusi.

" Assalamualaikum anak ayah. Macam mana hari ni. Okay?", sapa Harris apabila Atiya datang memeluknya.

" Waalaikumussalam. Tak okay", balas Atiya laju.

" Kenapa pula tak okay?", pipi Atiya ditekap lembut dan wajah anaknya mendongak mencari wajah Harris. Afiqah hanya diam dan memerhati sahaja tingkah dua beranak itu.

" Sebab ayah tak bawa Tiya",

" Tadi kan Tiya ada latihan choral speaking. Tiya juga cakap tak boleh ponteng latihan kan",

" Memanglah. Janganlah pergi hari ni. Pergilah hari Tiya tak ada latihan",

" Okay nanti kita pergi sama okay",

" Okay", pelukannya sengaja tidak dilepaskan.

" Ayah ada beli barang untuk Tiya tapi ayah nak bawa umi masuk bilik kejap. Umi sakit pinggang. Kasihan umi",

" Hmm..Tapi Tiya nak peluk ayah", kemanjaan sengaja ditunjukkan di hadapan Afiqah. Mahu membuat Afiqah cemburu namun Afiqah langsung tidak ambil hati. Haih. Atiya. Atiya.

" ANAK abang cemburu tu. Pergilah pujuk dia. Iqa nak mandi dan nak tidur sekejap", ujar Afiqah sambil menanggalkan tudung apabila mereka berdua sudah di dalam bilik.

" Cemburu mengada dia je tu", Harris juga mencapai tuala menanggalkan pakaiannya dan terus berlalu ke bilik air.

" Hmm.. Biarlah Iqa mandi dulu", suara Afiqah menghentikan langkah Harris. Diputarkan tubuhnya dan berjalan mendekati Afiqah.

" Mandi sama. Jom", sengaja dia berbisik di telinga Afiqah dan cepat Afiqah menolak perlahan tubuh suaminya.

" Jangan nak mengada",

" Ala..kita tak pernah mandi sama. Jomlah. Mandi sama dapat mengeratkan hubungan suami isteri tahu sayang", rengekan Harris buat Afiqah merenung tajam.

" Jangan nak melebih ya. Dah bagi betis nak peha",

" Tapi sayang dah bagi abang lebih dari betis dan peha sayang. You always make me..",

Tidak sempat Harris menghabiskan ayatnya cepat Afiqah menekup mulut suaminya. Tidak mahu Harris meneruskan ayat yang buat wajahnya menyerbu malu. Harris cuba melepaskan diri namun kuat juga tekupan yang dilakukan isterinya sehingga Harris mengangkat kedua tangannya tanda mengalah barulah Afiqah melepaskan. Selebihnya tidak mahu melawan kudrat isterinya yang tidak seberapa itu.

" You always make me t...", apabila dia sudah di depan pintu bilik air dia bersuara lambat- lambat dan sengaja tidak menghabiskan ayatnya.

" Cakaplah. Tidur luar. Jangan harap dapat tidur sebelah Iqa", ugutan Afiqah buat Harris kembali semula kepada isterinya.

" Okay. I'm surrender. Tak nak tidur luar..", manja pula suara Harris saat berhadapan dengan isterinya.

" Haa..Tahu pun tak nak. Dah lah pergi mandi",

" Okay sayang abang", sempat bibir Afiqah dikucup sekilas dan berlalu.

Afiqah hanya tersenyum dengan kenakalan Harris. Manalah Atiya tidak cemburu jika di hadapan anak itu sengaja dia memeluk dan menciumi Afiqah.

" HADIAH untuk Tiya", Afiqah menghulurkan kotak beg kertas berona hitam saiz sederhana kepada Atiya. Wajah anaknya itu masih mencuka menunjukkan rasa hatinya yang tidak suka dengan situasi ini.

" Kenapa muka macam tu. Tak suka hadiah umi bagi?", soal Harris memandang wajah anaknya.

Lambat-lambat Atiya menyambut huluran daripada Afiqah seperti tidak berminat langsung dengan pemberian itu.

" Bukalah sekarang", Afiqah hanya memandang dengan senyuman di bibirnya.

Atiya mengeluarkan kotak di dalam beg kertas itu. Melihat kotak sahaja membuatkan mata Atiya bersinar. Senyum tidak dapat ditahan apabila membuka kotak tersebut.

" Suka?",

Laju dia mengangguk walaupun awalnya tadi dia sudah merancang tidak mahu menunjukkan kegembiraannya.

" Cakap apa dengan umi", Harris bersuara.

" Terima kasih umi. Tiya dah lama nak jam ni. Tapi ayah cakap nanti beli guna duit sendiri. Tiya mana ada duit. Jam ni mahal", adunya manja. Sudah lama dia menginginkan jam pintar ini.

" Mari umi tolong pakaikan", Afiqah terus memandang wajah senyum Atiya.

Laju sahaja Atiya mendekati Afiqah dan menghulurkan tangannya. Elok sahaja jam dipakaikan tubuh Afiqah dipeluk erat. " Terima kasih umi", wajahnya masih tidak lekang dengan senyuman.

" Sama-sama kasih", ubun kepala Atiya dikucup perlahan. Afiqah dan Harris saling berpandangan. Harris mengangkat keningnya kerana merasakan ideanya memujuk Atiya dengan membeli jam idamannya itu berhasil.

Namun seketika Atiya bangun dan menjauh. Jam yang dipakaikan Afiqah tadi ditanggalkan semula. Afiqah dan Harris sama-sama kaget melihat aksi anaknya itu.

" Tiya tak suka hadiah umi bagi", dia meletakkan jam tadi di atas meja dan berlalu. Afiqah yang melihat hanya terdiam dengan reaksi Atiya yang tiba-tiba.

" Atiya. Duduk!", keras suara Harris membuatkan kaki Atiya bagai dipaku. " Kenapa buat umi macam tu?",

" Umi bukan ibu Atiya pun!", tidak semena-mena Atiya menangis dan berlari masuk ke bilik.

Hasnah yang kebetulan baru keluar ke ruang tamu tercengang dengan apa yang baru dilihatnya. " Kenapa dengan Atiya tu?", soal Hasnah melabuhkan punggung di sofa.

" Tak habis lagi merajuk nek", bersahaja jawapan Harris sedangkan dalam hatinya membara juga hatinya dengan karenah anak daranya itu " Abang pergi pujuk sekejap", serius pula suara Harris lalu bangun dan berlalu. Sempat Afiqah memaut jemari Harris.

" Abang jangan marah dia. Cakap elok-elok", pesan Afiqah kerana kadang kala boleh tahan juga ketegasan Harris pada Atiya.

" Jangan risau", Harris senyum sahaja.

Afiqah hanya memandang sahaja langkah suaminya.

" Apalah Zahlia cakap pada anak dia tu. Dulu elok je Atiya tu dengan Iqa. Sejak selalu jumpa ibu dia lain macam pula perangai dia", keluh Hasnah dengan tubuhnya menyandar di kepala sofa.

" Tak tahulah nek. Agaknya dia memang nak sangat duduk dengan ibu dia. Tapi Abang Rris tak bagi pula",

" Manalah Rris nak bagi kalau dulu dia yang tinggalkan Rris. Cucu cucu juga. Tapi bila buat salah. Nenek takkan sebelahkan dia", ulas Hasnah apabila teringatkan peristiwa tiga tahun lepas apabila Zahlia membuat keputusan meninggalkan Atiya dan Harris. Jika dia juga kecewa dengan perbuatan Zahlia apatahlagi Harris dan Atiya.

" Iqa ke yang kusutkan keadaan nek. Kalau Iqa tak kahwin dengan Abang Rris. Kalau kami tak rujuk semula tentu Abang Rris dah bersama Kak Lia semula",

" Itu semua ketentuan Allah. Kalau Iqa cuba menidakkan bermakna Iqa tak redha apa yang jadi dalam hidup Iqa. Tak redha dengan ujian yang Allah beri. Atiya tu budak lagi tak faham. Dia cuma ikutkan perasaan dia je. Kamu tu dah dewasa boleh faham apa yang jadi",

Afiqah mengeluh perlahan. Matanya terus tertumpu pada pintu bilik yang terbuka. Fikirnya tadi Atiya akan menerima hadiah pemberiannya dengan rasa gembira tetapi seketika sahaja terus anak itu berubah fikiran. Namun dia tidak boleh berputus asa kerana dia tidak mahu Atiya fikir yang dia adalah musuh yang merosakkan hubungan antara anak itu dengan ibu dan ayahnya. Ya. Kadang kala kita tidak boleh menjangkakan cara fikir seorang anak. Budak 10 tahun zaman sekarang mana boleh disamakan dengan budak 10 tahun dahulu. Perubahan masa boleh merubah cara berfikir seseorang tidak terkecuali seorang kanak-kanak.

Dalam pada Afiqah melamun matanya tertumpu pada Atiya yang tiba-tiba meluru laju ke arahnya.

" Tiya benci umi", pekik Atiya dengan tangisannya dan seketika laju sahaja dia meluru ke luar dari rumah.

" Tiya!", jeritan Afiqah, Hasnah dan Harris bersatu.

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience