BAB 11

Romance Series 62817

ZAHLIA yang sedang bersiap untuk menghadiri seminar tersenyum saat melihat skrin telefonnya terpapar nama Harris.

" Hmm. Awal pagi dah call. Rindu ke?", ujarnya dengan senyum masih terukir di bibirnya.

Sengaja dia tidak menjawab kerana mahu melihat sejauh mana Harris akan mencarinya. Tiga kali deringan Zahlia abaikan buat dia ketawa sendiri seronok mempermainkan Harris. Tidak pernah Harris menghubunginya awal pagi begini sejak lelaki itu bersama Afiqah semula. Tidak lama bunyi notifikasi mesej masuk.

Harris.

Jangan racun fikiran Atiya dengan perkara yang bukan-bukan Zahlia. Saya tak suka.

What? Membuntang mata Zahlia membaca mesej yang tertera di skrin. Pagi-pagi dah hantar warning! Kerana rasa tidak puas hati dia terus menghubungi Harris dan cepat sahaja panggilannya dijawab.

" Apa maksud awak Harris?", tanpa salam dia terus menyoal. Tinggi nada suaranya tanpa dapat dikawal. kerana bengang dengan tuduhan Harris.

" Apa awak cakap pada Tiya? Saya tak sayang dia? Awak dah hilang akal ke Lia?", suara Harris juga tinggi.

" Bila saya cakap macam tu?",

" Atiya takkan berbohong dengan saya. Tolonglah jadi contoh ibu yang baik",

Zahlia mendengus. " Awak nak beritahu saya ni bukan ibu yang baiklah macam tu?",

" Saya tak maksudkan macam tu" suara Harris mula kendur

" Tapi cara awak cakap tu ibarat sedang buat tuduhan pada saya", Zahlia tidak mahu kalah walaupun dia sudah terjerat dengan kata- katanya pada Atiya. " Jangan ingat saya akan diam sampai saya dapat Atiya. Kita jumpa di mahkamah", terus Zahlia mematikan talian tanpa menunggu jawapan balas daripada Harris. Usai menamatkan panggilan mulutnya tidak habis menggumam itu ini. Marahkah Harris!

HARRIS di dalam terus kereta mencampakkan telefonnya ke kerusi penumpang di sebelah. Dia juga diamuk rasa marah dengan onar bekas isterinya itu. Boleh pula Zahlia berkata yang bukan-bukan pada anak mereka yang masih belum matang fikirannya.

Pemanduannya terus menuju ke pejabat. Lagipun banyak juga urusan yang perlu diselesaikan. Dia terlupa pula dia telah memberitahu kepada Afiqah yang dia cuti hari ini. Bila bekerja sendiri ni mudahlah untuk cuti kerana tidak terikat dengan peraturan majikan.

Dia mendapat panggilan daripada Danial awal pagi tadi yang memberitahu mesyuarat di Kuala Lumpur itu ditangguhkan kerana salah seorang eksekutif pembuat keputusan dalam mesyuarat tersebut terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Mahu melawat dia bukan kenal pun dengan pegawai itu. Inilah kali pertama dia akan berjumpa. Tapi tiada rezeki pula untuk berjumpa.

Baru hampir sampai ke pejabat tempat timbangan buah sawit dan getah dia menerima pula panggilan daripada seorang pegawai polis. Hampir luruh jantungnya apabila pegawai polis itu menyampaikan berita pekerja asing yang diupahnya buat kerja tak senonoh di pondok dalam ladang getah miliknya.

" TAK GUNA! Memang kurang ajar kau kan! Dah cukup baik aku layan kau selama ni. Aku bagi kau kerja. aku bagi kau tempat tinggal. Aku bagi kau gaji. Kau buat taik dengan aku!", bentak Harris mencekak leher baju dan sempat dia menumbuk muka salah seorang pekerja yang tidak ada riak bersalah langsung.

Pagi-pagi sudah buat dia naik angin. Kerja gila betul. Berani pekerjanya ini buat kerja tak senonoh main dadah dalam ladang getah miliknya.

" Aku memang angin. Kau datang negara orang buat taik. Dah cukup baik orang layan kau. Orang lain elok datang nak kerja cari duit nak bagi anak bini makan. Tapi kau orang tak guna ni buat hal!", Harris terus naik angin. Sudahlah bukan murah-murah bayaran yang perlu dibayar untuk membawa pekerja asing. Sudahnya ini kerja mereka. Selalu hanya menonton di rancangan televisyen sahaja pekerja asing diserbu. Sekarang pekerjanya pula.

" Dahlah Rris. Biar polis je uruskan 7 ekor badigol ni", Azizan cuba menenangkan Harris. Dia nampak wajah riak kecewa dan kemarahan Harris bukan sedikit.

" Masalahnya dia buat kerja haram ni dalam ladang aku. Aku pun terpalit juga Zan. Silap-silap aku pun masuk ke dalam sekali. Macam manalah kita boleh tak sedar ", mahu sahaja dia terus memaki namun Azizan terus menenangkannya.

Lama juga mereka di balai polis menguruskan hal sepatutnya. Tiada ikat jamin dibuat. Tak kuasa Harris mahu mengikat jamin setiap seorang dengan nilai RM4k. Kalau sudah 7 orang tidak ke sudah menjangkau RM21k. Banyak lagi perkara yang boleh dibuat dengan wang sebanyak itu. Terserah kepada polis untuk membuat tindakan. Hantar balik ke negara mereka lagi bagus. Terus senarai hitam jangan masuk Malaysia. Tak sedar diuntung! Kufur nikmat! Burukkan nama pekerja asing yang lain yang bagus bekerja sahaja! Kerana mereka bertujuh itu tentu sahaja yang lain pun terpalit sama.

FARHAN tersengih melihat Atiya yang sedang makan bersama Kamalia. Tiga hari dia cuti kerana demam tentulah Atiya aman kerana dia tiada sebagai pengganggu. Dengan langkah penuh gagah pada kiraanya dia menghampiri dua gadis itu.

" Tiya. Kau mesti boring kan aku tak ada 3 hari?",

" Kau tak ada sampai bila-bila lagi bagus", bidas Atiya kemudian meneguk air oren yang dibeli tadi. Mujur juga Farhan datang ketika dia dan Kamalia sudah habis makan.

Farhan ketawa. Kenapa dia suka menggangu Atiya kerana Atiya langsung tidak takut dengannya. Bukan seperti budak perempuan lain kena usik sikit pun dah menangis mengadu pada cikgu. Tapi Atiya. Atiya lah yang selalu menjadi watak penyelamat murid perempuan lain.

" Nanti aku pindah sekolah mesti kau boring aku tak ada kat sini",

Atiya sedikit terkejut namun cepat dia mengawal riak. " Kau tak ada lagi bagus. Aman sekolah ni tak ada pembuli. Alhamdulillah", Atiya mengangkat tangan dan meraup ke wajahnya dengan senyum terukir di bibirnya.

" Nanti confirm cikgu disiplin boring aku tak ada ",

Atiya menjeling. Memang dia ni spesies menjengkelkan kan. Kamalia hanya diam sahaja kerana dia memang jenis pendiam dan penakut. Ketika dia diganggu Farhan dulu, Atiya yang menyelamatkannya sehinggalah sekarang mereka menjadi kawan baik.

" Jom Lia. Cikgu cakap kalau kawan kawanlah dengan tukang minyak wangi kita pun akan bau wangi. Tapi kalau kawan dengan tukang besi. Nanti bau hangit besi", cepat dia mengangkat pinggan dan cawan serta berlalu ke tempat mengumpul pinggan dan cawan. Fikirnya Farhan akan pergi rupanya budak lelaki itu mengikutnya di belakang.

" Kau nak cakap aku ni hangit besilah. Kau ejek kerja ayah aku ke?", soal Farhan kerana ayahnya, Azri memang bekerja membuat gril besi rumah. Kiranya tukang besilah!

" Bila pula aku ejek ayah kau", Atiya tidak puas hati. Dia pun tak ingat yang ayah Farhan bekerja buat gril besi. Bukan dia sengaja pun berkata begitu tadi dan langsung tidak berniat merendahkan pekerjaaan ayah Farhan.

" Tadi. Kau cakap tukang besi. Ayah kau tu wangilah. Lagi busuk. Bau sawit. Bau getah", tempelak Farhan.

" Kalau ayah aku tak jual sawit. Kau pun tak boleh nak makan ayam gorenglah sebab tak ada minyak", Atiya panas hati apabila ayahnya pula dikaitkan. Farhan tak tahu ke. Ayah dia dulu engineer buat bangunan tahu tak!

" Dahlah. Janganlah gaduh", Kamalia sudah cuak. Dia faham benar dengan baran Atiya. Pantang orang cari gaduh dengannya.

" Dia tu cari fasal dulu. Kita elok je makan tadi",

" Dah..Jom", Kamalia terus mengheret Atiya menjauhi Farhan. Kalau dibiarkan memang boleh sampai ke bilik disiplin nanti. Nak pula Farhan memang berada di status murid yang diperhati oleh guru disiplin. Farhan hanya memandang sahaja kepergian dua gadis itu.

SELESAI berurusan di balai polis Harris tidak ke pejabat tetapi terus balik ke rumahnya. Dia perlu bersiap untuk ke rumah Hasnah dan ke sekolah Atiya pula tengah hari nanti. Ini pun sudah hampir jam 10 lebih.

" Awak okay ke?", jelas suara Afiqah yang berbaur kebimbangan apabila Harris melangkah naik ke beranda rumah.

" Kenapa?", soal Harris memandang tepat ke arah mata isterinya. Hilang terus serabut di kepalanya tadi. Makanan yang dibeli dihulurkan kepada Afiqah.

" Aya cakap awak ke balai polis tadi? Kenapa?",

Harris tersenyum. Senang hati dengan keprihatinan yang ditunjukkan isterinya. " Sayang juga Iqa pada abang ya", makin lebar senyuman Harris memandang wajah Afiqah yang sedang mengawal riak.

" Jangan nak perasan",

" Cakap je lah Iqa bimbangkan abang. Ambil berat fasal abang. Abang terima dengan senang hati", manja nada suara Harris.

" Kenapa awak ke balai polis?", Afiqah malas melayan usikan lelaki itu.

" Ada pekerja tu main dadah dalam ladang. Malam tadi polis buat serbuan. Pekerja abang 7 orang kena tangkap positif. Lain-lain tu adalah lagi 6 orang pekerja ladang lain", Harris duduk di kerusi kayu yang diletakkan di beranda rumah.

" Beraninya datang negara kita buat hal macam tu",

" Hmm..malas nak komen. Nanti abang komen cakap lebih-lebih sayang rekod masuk internet abang pula kena tangkap", wajah Afiqah dpandang Harris.

" Saya nak rekod buat apa?", berkerut dahi Afiqah dengan ujaran suaminya.

Harrus tergelak. " Abang gurau je lah. Sayang dah makan?",

" Dah..", dia baru sahaja makan nasi lemak jam 9 tadi.

" Abang nak ke sekolah Atiya kejap lagi. Iqa nak ikut?",

" Tak mahulah. Awak ada kan. Sebelum ni awak tak ada bolehlah saya tolong gantikan",

Harris merenung wajah Afiqah. Lama mata lelaki itu turun naik sehingga Afiqah mula rasa tidak senang hati. Pandangan Harris sukar untuk ditebak. Entah apa dalam kepala lelaki itu sehingga Afiqah rasa seperti dirinya sedang ditelanjangi sahaja.

" Nenek mana?", tiba-tiba Harris menyoal setelah mendiamkan diri.

" Mengaji rumah Hajah Maimun. Baru pergi tadi. Biasa terus Zohor dekat surau", balas Afiqah. Biasa setiap Khamis itulah jadual neneknya.

Harris tersenyum dan bangun dari duduknya lalu mendekati Afiqah yang dari tadi berdiri di jenang pintu. Bungkusan makanan ditangan Afiqah diambil. Perut Afiqah disentuh perlahan dan dikucup lembut.

" Baby ayah okay hari ni?", tangannya masih mengusap lembut perut Afiqah dan isterinya itu hanya membiarkan sahaja perlakuan suaminya.

Afiqah agak kekok kerana lama sudah dia tidak serapat ini dengan Harris. Malam tadi pun kerana keadaan dia tidak sihat dan antara sedar tidak sedar sahaja. Malah dibiarkan sahaja apa perlakuan Harris kepadanya malam tadi.

" Abang ada perkara nak cakap dengan Iqa", lembut tangannya mencapai jemari Afiqah. Afiqah hanya mengikut langkah suaminya masuk ke ruang tamu. Tiada halangan dan bantahan seperti selalu. Entah apa pula mahu dibicarakan Harris. Nampak serius sahaja.

JAM sudah 1.30 tengah hari. Batang hidung ayahnya langsung tidak kelihatan. Beberapa rakan sekelasnya sudah pun balik kerana penjaga sudah datang dan urusan pelaporan perkembangan pembelajaran bersama guru kelas juga selesai.

" Manalah ayah aku ni", Atiya merungut kepada Kamalia yang duduk di sebelahnya.

" Ayah kau kata nak datang kan. Datanglah kejap lagi", Kamalia memujuk. Ibu Kamalia sedang duduk di kerusi yang diatur di tepi bilik darjah menunggu giliran sampai.

" Hmm.. Mesti sibuk layan umi",

" Kenapa dengan umi kau?",

" Demam",

" Hmm..Tu..sampai dah ayah kau",

Atiya mengangkat wajah dan terus bangun menuju ke arah ayahnya. Dia gembira melihat ayahnya yang baru tiba berdiri di koridor hadapan kelas.

" Tiya ingat ayah tak datang?",

" Mestilah datang. Ayah dah janji nak datang",

" Jom duduk dekat dalam", Atiya mengheret tangan ayahnya masuk ke dalam kelas dan duduk di kerusi yang telah diaturkan. Atiya pula duduk semula di kerusinya tadi sambil menunggu giliran. Harris diam di situ. Penjaga di sebelahnya langsung tidak ditegur. Dia bukan jenis seorang lelaki yang peramah. Jika tiada yang memulakan rela dia mendiamkan diri seperti tidak wujud pun di situ. Telefon dicapai.

" I love you sayang", mesej ditaip dan dihantar kepada Afiqah.

Senyum dikawal agar tidak dituduh gila kerana tersenyum sendiri. Teringatkan hal tadi buat hati Harris berbunga. Pujukannya rayuannya yang menginginkan Afiqah akhirnya tertunai jua setelah lima bulan mereka tidak bersama. Jika bukan kerana janjinya dengan Atiya tentu sahaja diulit tubuh isterinya itu semahunya. Biar Afiqah terus terkulai dalam dakapannya. Peduli apa dia walau siang hari sekalipun. Dia bukan buat dosa! Lagipun tidak salah jika dia menuntut keinginan lelakinya. Harris mengawal senyum. Namun apabila matanya bertembung dengan Atiya. Anaknya itu menunjukkan wajah bertanda tanya apabila melihar ayahnya khayal sahaja. Namun senyuman Harris buat Atiya juga tersenyum senang.

Happy reading..

Share this novel

Wan Hamilah E'lah
2024-07-12 12:38:53 

nk pi sekolah ank sempat lg si harris bermadu kasih...

Tchr IzAn
2024-07-11 19:25:44 

Senyum sampai ke telinga la harris


NovelPlus Premium

The best ads free experience