Bab 14 - Perlindungan atau Penjara ?

Action Series 562

Luna duduk di sofa dalam bilik Diez, masih cuba menghadam kata-kata lelaki itu tadi. "Mulai hari ini, kau akan berada di bawah perlindungan aku."

Perlindungan? Atau sebenarnya penjara?

Diez berdiri di hadapannya, meneliti reaksi Luna. "Aku tahu kau tak setuju dengan semua ni, tapi percayalah… ini untuk kebaikan kau."

Luna mendongak, matanya menikam tajam ke arah Diez. "Kebaikan saya? Atau kebaikan awak?"

Diez ketawa kecil sebelum bersandar di meja. "Dua-duanya."

Luna menghela nafas panjang. "Awak tak boleh paksa saya tinggal dalam dunia awak, Diez."

Diez memandangnya dengan pandangan penuh maksud. "Aku tak paksa. Aku cuma tak beri kau pilihan lain."

Luna bangkit dari sofa, cuba mengawal emosinya. "Saya ada kehidupan sendiri. Universiti, kawan-kawan… saya tak boleh hidup dalam bayang-bayang awak!"

Diez tersenyum sinis. "Kau masih boleh jalani hidup kau seperti biasa. Tapi mulai sekarang, aku akan pastikan kau sentiasa diawasi."

Luna mengetap bibir. "Maksud awak, awak akan hantar orang untuk mengintip saya?"

Diez mengangkat bahu. "Anggap saja sebagai penjaga keselamatan peribadi."

Luna menggenggam tangan. "Ini gila."

Diez melangkah mendekatinya, membuatkan Luna semakin terperangkap di antara dinding dan tubuh lelaki itu. "Aku hanya buat apa yang perlu, Luna. Aku tak boleh benarkan sesiapa sentuh kau. Terutama Yaya."

Luna menelan air liur. Nama Yaya sahaja sudah cukup membuatkan dia merasakan bahaya sedang mengintainya.

"Jadi… saya tak boleh lari, kan?" suaranya perlahan, hampir berbisik.

Diez mengangkat tangannya, menyentuh lembut dagu Luna, membuatkan gadis itu menegakkan wajahnya.

"Kau boleh cuba, tapi aku akan sentiasa menemui kau semula."

Luna tahu—malam ini, dia bukan lagi orang biasa. Dan Diez bukan lelaki yang akan membiarkan dia pergi begitu sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience