Bab 15 - Dia Sentiasa Ada

Action Series 562

Luna berjalan keluar dari bangunan kelab itu dengan langkah yang berat. Udara malam yang dingin menyentuh kulitnya, tetapi dia langsung tidak merasa tenang. Kata-kata Diez masih terngiang di telinganya.

"Aku akan pastikan kau sentiasa diawasi."

Dia memandang ke sekeliling. Tiada sesiapa yang kelihatan mencurigakan, tetapi entah kenapa, dia merasa ada mata-mata yang sedang memerhatikannya.

Adakah aku sedang diperhatikan sekarang?

---

Keesokan harinya, Luna melangkah masuk ke dalam Universiti Yonsei seperti biasa. Syasya menunggunya di hadapan kafe universiti dengan senyuman lebar.

"Luna! Lama tak nampak kau! Kau okay tak?"

Luna cuba tersenyum walaupun hatinya masih resah. "Aku okay… cuma banyak benda dalam kepala sekarang."

Syasya memandangnya dengan dahi berkerut. "Benda apa? Jangan cakap kau tengah bercinta diam-diam?"

Luna tersentak. "Apa? Taklah!"

Syasya ketawa kecil. "Kau nampak lain sejak kebelakangan ni. Macam ada sesuatu yang kau rahsiakan."

Luna terdiam. Dia tidak boleh beritahu Syasya tentang Diez. Itu hanya akan membawa lebih banyak bahaya.

Mereka mengambil tempat di meja kafe, tetapi Luna tidak dapat menghilangkan perasaan tidak enak di hatinya. Dia rasa seperti ada seseorang yang sedang memerhatikannya.

Dia menoleh ke arah luar kafe… dan jantungnya hampir berhenti.

Di seberang jalan, berhampiran sebuah kereta hitam, seorang lelaki berkaca mata hitam berdiri tegak, seolah-olah sedang memantau setiap pergerakannya.

Luna tahu lelaki itu bukan sekadar pejalan kaki biasa.

Dia orang Diez.

---

Malam itu, Luna berjalan pulang ke apartmennya dengan lebih berhati-hati. Namun, sebaik sahaja dia sampai di hadapan pintunya, dia tersentak.

Ada seseorang yang sedang bersandar di dinding berhampiran pintunya.

Dengan cahaya lampu koridor yang samar, Luna dapat melihat wajah lelaki itu dengan jelas.

Diez.

Dia tersenyum tipis, menyilangkan tangan ke dada. "Kau nampak terkejut, Luna."

Luna mengetap bibir. "Apa awak buat di sini?"

Diez menolak badannya dari dinding dan melangkah mendekati Luna. "Aku kata aku akan pastikan kau selamat. Aku tak pernah kata aku akan jauh daripada kau."

Luna merasakan darahnya berderau.

Diez tidak hanya menghantarnya orang untuk mengawasi…

Dia sendiri yang datang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience