Bab 11 - Keputusan diantara Dua

Action Series 628

Luna berdiri kaku di hadapan pintu, berhadapan dengan Diez yang masih menantinya dengan tenang. Pilihan yang diberi lelaki itu membuatkan tubuhnya menggigil—mengikutnya dengan rela atau dipaksa.

Aku tak mahu terlibat… tapi adakah aku ada pilihan?

Dia menelan air liur. “Apa yang awak nak tunjukkan?”

Diez tersenyum tipis. “Kau akan tahu bila kau ikut aku.”

Luna berpaling ke dalam apartmennya. Fikirannya bercelaru. Jika dia menolak, dia tahu Diez tidak akan berhenti di sini. Tapi jika dia mengikut lelaki itu… apa yang menantinya?

“Luna…” Diez bersuara perlahan, tetapi penuh dengan maksud tersirat.

Dengan berat hati, Luna akhirnya mengangguk. "Baiklah… saya akan ikut awak. Tapi saya nak tahu, ini tentang apa sebenarnya?"

Diez mengangkat kening sedikit, seolah-olah kagum dengan keberanian Luna. "Satu dunia yang kau tak pernah lihat sebelum ini."

Luna merasakan bulu romanya meremang.

---

Di dalam kereta hitam mewah yang dipandu oleh salah seorang orang kanan Diez, Luna duduk diam di sebelah lelaki itu. Matanya memandang keluar tingkap, melihat jalan-jalan Seoul yang semakin sunyi menjelang malam.

"Kita nak ke mana?" suara Luna memecah kesunyian.

Diez tidak terus menjawab. Sebaliknya, dia menoleh ke arahnya dan berkata, "Ke tempat aku."

Jantung Luna berdegup laju. “Awak bawa saya ke markas mafia awak?”

Diez ketawa kecil. "Pandai juga kau meneka."

Luna segera berpaling ke arahnya. "Kenapa saya? Saya orang biasa. Saya tak ada kaitan dengan dunia gelap awak."

Diez menyandarkan tubuh ke kerusi, matanya masih merenung Luna. “Itu kau silap. Sejak hari aku selamatkan kau daripada Yaya, kau bukan lagi orang biasa dalam dunia aku.”

Luna menggenggam erat kain bajunya. "Jadi… saya perangkap?"

Diez mengukir senyum kecil tetapi sinis. "Bukan perangkap, Luna. Takdir."

Luna tahu, sejak malam ini, hidupnya tidak akan pernah sama lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience