Bab 2 - Bayang - bayang yang Mengintai

Action Series 562

Luna masih teringat kejadian di persimpangan jalan semalam. Jantungnya berdegup kencang setiap kali mengingatkan wajah lelaki yang menyelamatkannya. Wajah yang tegas, suara yang kasar, tetapi dalam nada kasarnya itu… ada sesuatu yang membuatkan Luna tidak dapat melupakannya.

“Luna! Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?” suara Syasya memecah lamunannya.

Luna tersentak. “Hah? Apa dia?”

Syasya mengeluh. “Aku tanya, kau okay ke? Dari tadi kau asyik termenung je.”

Luna menggigit bibir. “Tak ada apa-apalah. Aku cuma penat sikit.”

Syasya memerhati Luna dengan ragu. “Kau pasti?”

Luna hanya mengangguk sebelum mereka berdua melangkah masuk ke dalam kafe universiti. Mereka duduk di satu sudut dan mula berbual seperti biasa. Tetapi tanpa Luna sedar, seseorang sedang memerhatikannya dari jauh.

Diez.

Dari dalam keretanya yang berkaca gelap, Diez menyalakan sebatang rokok sambil memerhati Luna. Dia sendiri tidak pasti kenapa dia berada di situ. Tetapi ada sesuatu tentang gadis itu yang menarik perhatiannya. Sesuatu yang membuatkan dia ingin tahu lebih lanjut.

“Bos, awak okey?” tanya salah seorang orang kanannya, Adam.

Diez tidak menjawab. Dia hanya merenung Luna dari jauh sebelum berkata, “Cari maklumat tentang dia.”

Adam terkejut. “Maksud bos… perempuan itu?”

Diez mengangguk. “Nama penuh dia, di mana dia tinggal, siapa keluarganya. Aku nak tahu segalanya.”

Adam mengangguk sebelum keluar dari kereta, meninggalkan Diez sendirian.

Dari sudut lain, Yaya juga sedang memerhatikan Luna. Wajahnya penuh kebencian.

“Kau fikir kau siapa, Luna?” bisiknya dalam hati. “Aku tak akan biarkan kau rampas Diez daripada aku.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience