Bab 17 - Hati yang Mula Terusik

Action Series 562

Luna bersandar di pintu sebaik sahaja dia menutupnya. Jantungnya masih berdegup kencang selepas pertemuannya dengan Diez di luar tadi.

Kenapa aku rasa begini?

Dia sepatutnya takut. Seharusnya berasa marah kerana Diez mengawal hidupnya. Tetapi entah kenapa, jauh di sudut hatinya, dia merasa… selamat.

---

Keesokan harinya, Luna cuba menjalani hari seperti biasa. Dia hadir ke kelas, berborak dengan Syasya, dan cuba melupakan kehadiran Diez dalam hidupnya.

Namun, sepanjang hari itu, dia tetap dapat merasakan seseorang sedang memerhatikannya.

Dan dia tahu siapa yang menghantarnya.

Ketika dia keluar dari perpustakaan pada waktu petang, Luna tidak dapat menahan diri lagi. Dia berjalan terus ke arah lelaki berkaca mata hitam yang berdiri tidak jauh darinya.

"Beritahu Diez saya tak perlukan pengawal."

Lelaki itu tidak berkata apa-apa, hanya mengangguk kecil.

Luna menghela nafas dan berpaling untuk pergi. Namun, dia tidak sempat melangkah jauh sebelum telefon bimbitnya berbunyi.

DIEZ CALLING…

Luna menggigit bibir sebelum akhirnya menjawab.

"Apa lagi, Diez?"

Suara lelaki itu kedengaran tenang di hujung talian. "Jangan lari dari aku, Luna."

Luna mendengus kecil. "Saya bukan lari. Saya cuma nak hidup saya kembali normal."

Diez ketawa kecil. "Normal? Selepas apa yang berlaku? Kau fikir Yaya akan biarkan kau begitu saja?"

Luna terdiam.

"Aku buat semua ni untuk keselamatan kau," sambung Diez lagi.

Luna menggenggam telefonnya erat. "Kenapa awak peduli sangat pasal saya?"

Talian sunyi seketika. Kemudian, suara Diez kedengaran lagi, lebih perlahan tetapi penuh maksud.

"Sebab kau dah mula masuk dalam hati aku, Luna."

Jantung Luna hampir berhenti. Dia tidak tahu bagaimana mahu membalas kata-kata itu.

Tanpa menunggu jawapan, Diez terus memutuskan panggilan.

Luna berdiri kaku di situ. Dia cuba menafikan, cuba menyakinkan dirinya bahawa semua ini hanyalah permainan Diez…

Tetapi kenapa hatinya terasa hangat?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience