Diez mengeluarkan telefon bimbitnya dan membuat satu panggilan. Luna berdiri kaku, dadanya turun naik menahan debaran. Syasya dalam bahaya, dan satu-satunya orang yang mampu menyelamatkannya sekarang ialah Diez.
"Kumpulkan semua orang. Kita bergerak sekarang," suara Diez tegas ketika berbicara di telefon.
Sebaik sahaja panggilan tamat, dia memandang Luna yang masih kelihatan panik. "Aku janji aku akan bawa Syasya balik, Luna. Tapi kau kena ikut arahan aku. Jangan buat benda bodoh."
Luna menggenggam tangannya erat. "Saya nak ikut."
Diez mengerutkan dahi. "Tak mungkin."
Luna tidak peduli. "Syasya kawan baik saya. Saya tak boleh duduk diam!"
Diez mengetap bibir. Dia tahu Luna degil, tetapi kali ini keadaan terlalu berbahaya. "Luna, Yaya bukan lawan kau. Dia licik dan kejam. Kalau kau ikut, kau cuma akan membahayakan diri sendiri."
"Kalau awak risau, lindungi saya."
Diez terdiam. Luna sendiri terkejut dengan kata-katanya, tetapi dia tidak mahu berpatah balik.
Akhirnya, Diez menghela nafas panjang sebelum bersuara, "Baik. Tapi kau ikut arahan aku, faham?"
Luna mengangguk laju.
---
Beberapa minit kemudian, mereka tiba di gudang lama di pinggir bandar—tempat di mana Syasya dikurung. Diez turun dari kereta, diikuti oleh beberapa orang konconya yang bersenjata. Luna bersembunyi di belakangnya, jantungnya berdegup laju.
Tiba-tiba, suara Yaya bergema dari dalam gudang.
"Akhirnya, kau sampai juga, Diez."
Luna terkejut melihat Yaya berdiri di hadapan Syasya yang diikat pada kerusi, wajahnya penuh dengan kepuasan.
"Lepaskan dia, Yaya!" suara Luna lantang.
Yaya tersenyum sinis. "Oh, Luna sayang. Kau fikir ini semudah itu?"
Diez melangkah ke hadapan. "Apa yang kau nak, Yaya?"
Yaya merenung tajam. "Aku cuma nak kau. Kau milik aku, Diez. Dan aku takkan biarkan perempuan murahan ni rampas kau daripada aku."
Luna tersentak. Matanya bertemu dengan mata Yaya yang dipenuhi kebencian.
Diez hanya ketawa kecil. "Kau fikir kau boleh paksa aku?"
Yaya tersenyum, kemudian mengeluarkan pistol dari belakang pinggangnya. Dia menghalakan senjata itu ke arah Syasya.
"Kalau aku tak boleh dapat kau, sekurang-kurangnya aku boleh buat Luna menderita."
Luna menahan nafas. Diez menegang.
"Jangan buat benda bodoh, Yaya."
Tetapi sebelum sesiapa sempat bertindak…
DOR!
Bunyi tembakan memecah udara.
Luna menjerit. Syasya terkulai lemah di kerusi.
Dan Diez…
Dengan wajah yang dipenuhi kemarahan, dia mengeluarkan pistolnya.
"Kau baru saja buat kesilapan terbesar dalam hidup kau, Yaya."
Share this novel