Bab 22 - Antara Takdir Dan Pilihan

Action Series 562

Luna berjalan ke tingkap besar di villa itu, memandang ke luar dengan hati yang berkecamuk. Dia bukan banduan, tetapi dia juga tidak bebas.

Diez memberinya tempat yang selamat, tetapi tempat ini juga terasa seperti sangkar emas.

Tiba-tiba, pintu diketuk.

"Luna," suara Diez kedengaran dari luar.

Luna menarik nafas dalam sebelum berpaling. Diez masuk dengan langkah tenang, tetapi matanya jelas memerhatikan setiap perubahan ekspresi Luna.

"Kau masih nak keluar dari sini?" soalnya dengan nada mendatar.

Luna mengangguk. "Saya tak boleh tinggalkan hidup saya begitu saja."

Diez merapatkan jarak antara mereka. "Kau fikir aku suka buat macam ni? Aku takkan paksa kau kalau keadaan selamat, Luna. Tapi Yaya bukan orang biasa. Dia boleh lakukan apa saja untuk dapatkan apa yang dia mahu."

Luna mengetap bibir. "Jadi saya kena hidup dalam ketakutan selamanya?"

Diez mendekat, menatapnya dengan serius. "Bukan. Sebab aku akan pastikan dia takkan ganggu kau lagi."

Luna memandang Diez lama. Ada ketegasan dalam suara lelaki itu—ketegasan yang membuatkan hatinya bergetar.

"Macam mana kalau saya tak mahu awak lindungi saya?" soalnya, mencabar.

Diez tersenyum nipis. "Kau boleh tipu mulut kau, Luna, tapi kau tak boleh tipu hati kau."

Luna terdiam.

Diez mengangkat tangannya, menyentuh pipi Luna dengan perlahan. "Aku tahu kau takut. Tapi kau juga tahu… kau perlukan aku."

Luna menelan air liur. Dia mahu menolak kata-kata itu, tetapi sebahagian daripada hatinya mula mengakui…

Diez semakin menjadi seseorang yang sukar untuk dia lepaskan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience