Bab 19 - Perasaan yang Tidak Lagi Bisa Dinafikan

Action Series 562

Luna duduk di birai katilnya, memandang coklat yang masih dalam genggamannya. Matanya kosong, fikirannya penuh dengan kata-kata Diez tadi.

"Aku nak kau percaya pada aku."

Hati Luna berkecamuk. Diez bukan lelaki biasa. Dia bukan seseorang yang mudah dipercayai, tetapi entah kenapa, Luna merasakan keikhlasan dalam kata-katanya.

Dia mengeluh perlahan. "Apa yang kau dah buat pada aku, Diez?"

---

Keesokan harinya, Luna cuba menjalani hidup seperti biasa. Dia bertemu dengan Syasya di kafe universiti, tetapi fikirannya masih melayang-layang.

"Luna, kau dengar tak apa aku cakap ni?"

Luna tersentak. "Hah? Apa dia?"

Syasya menjeling. "Kau ni kenapa sejak dua tiga hari ni? Macam orang angau je."

Luna cepat-cepat menundukkan wajah. "Tak ada apa-apalah."

Syasya tersenyum nakal. "Kau ada crush eh? Jangan cakap kau dah jatuh cinta!"

Luna tergamam. Jatuh cinta? Tidak mungkin.

…Kan?

Tiba-tiba, bunyi telefon Luna bergetar. Dia melihat skrin dan hampir tersedak.

DIEZ CALLING…

Syasya memandangnya dengan curiga. "Siapa tu?"

Luna cepat-cepat menekan butang decline. "Tak ada siapa-siapa."

Namun, tidak sampai seminit, mesej masuk.

Diez: Aku tunggu kau di luar universiti. Jangan buat aku menunggu lama.

Luna terkedu. Diez ada di sini?!

Dia cepat-cepat mengemas barang dan bangun.

"Aku kena pergi dulu, Syasya!"

Syasya menjulingkan mata. "Kau makin pelik, Luna!"

Luna hanya tersenyum kelat sebelum bergegas keluar.

---

Sebaik sahaja dia sampai di luar universiti, sebuah kereta hitam mewah diparkir di tepi jalan. Cermin tingkapnya diturunkan, dan di dalamnya, Diez sedang memandangnya dengan senyuman tipis.

"Masuk."

Luna menelan air liur. Dia tahu dia sepatutnya menolak, tetapi kakinya tetap melangkah mendekati kereta itu.

Tanpa banyak soal, dia membuka pintu dan masuk ke dalam.

Diez memandangnya sebelum berkata perlahan, tetapi cukup untuk membuatkan hati Luna berdetak laju.

"Aku rindu kau."

Luna membisu. Dia tidak tahu bagaimana harus membalasnya.

Tetapi satu perkara yang pasti—hatinya semakin sukar menafikan kehadiran Diez dalam hidupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience