Dayana menolong Ariaz mengikat tali lehernya itu, ada ada sahaja lelaki di depan nya. Sesama sikit je nak suruh orang juga mengikat tali lehernya, padahal boleh ikat sendiri.
"Ingat yana, kata office jangan nak cakap kita ni suami isteri. Kalau aku dengar mulut orang kata siap kau" ariaz mengingatkan Dayana supaya tidak membuka mulut.
"Iya tahu, ni nak bawak bekal ke nak beli makan luar je?" Tanya Dayana kepada ariaz.
Ariaz mengerling ke arah bekal makanan itu.
"Meh lah aku bawak" kata ariaz kepada Dayana.
"Kalau bawak habis kan eh, kalau tak habis kan saya dah tak nak masak. Ikut suka hati awak lah nak kebulur ke apa." Kata Dayana.
Ariaz mengangguk sahaja. Kedua dua orang itu pergi ke tempat kerja dengan kereta yang berbeza.
•__________________________•
Waktu rehat, ariaz membuka bekasnya itu. Dan terlihat cantik sahaja makanan itu, yang tidak cantik telur yang berada di atas nasi itu ada bentuk muka yang mengeluarkan lidah yang di perbuat dari sos cili.
Ariaz menutup bekal nya dan menggoncang kan bekal itu. 'bagi macam tak ikhlas bagi je perempuan ni. Kalau tahu aku tak ambik dari tadi.'
Ariaz menyuap nasi itu ke mulutnya, rasa sedap di mulutnya itu di kunyah. Sampai tiada apa dalam bekasnya, yang ada kesan minyak sahaja. Ariza melihat ke arah tempat Dayana, Dayana tidak sentuh lagi makanannya.
Jadi ariaz meminta Dayana bekal makanan Dayana, atau dia main ambik sahaja. Sudah tentu dia main ambik sahaja bekal yang sudah berada di atas meja.
Ariaz mengambil Tampa Dayana tahu dan bila Dayana mencari bekal nya tiada, Dayana mengeluarkan roti yang dia beli pagi tadi.
Setelah siap kerja nya Dayana pergi ke surau di tempat kerjanya itu. Bertembung lah ariaz dengan Dayana. Dayana melihat bekal nya yang berada di tangan si suami.
"Bertuah punya orang, patutlah hilang bekal saya. Kenapa tak bagi tahu awak nak, saya cari tahu tak. Nasib ada roti tadi saya beli." Bebel Dayana kepada ariaz.
"Kau buat bekal aku sikit sangat." Jawab ariaz kepada Dayana. Dayana memukul bahu si suami.
"Nak kena kan, dah. Lain kali saya buat dalam bekas ais krim tu. Nak sangat kan banyak banyak." Bebel Dayana lagi.
"Terima kasih..." Ariza mendekat ke telinga di isteri dan... "Sayang" muka Dayana kelihatan merah dan dia memukul ariaz, Dayana laju masuk ke dalam surau pejabat itu.
"Ya Allah, Dayana jangan fikir bukan bukan Yana." Kata Dayana dengan perlahan. Dayana buka tudungnya dan tinggal anak tudungnya sahaja di atas kepala.
Dayana mengambil air wuduk dan membaca doa selepas wuduk. tiba-tiba seorang lelaki keluar dari tandas yang telah di sediakan di tempat wuduk. Lelaki itu memegang kedua-dua belah bahu Dayana, Dayana jerit ketakutan.
Ariaz yang mendengar Dayana menjerit terus pergi ke arah tersebut, dia ternampak seorang lelaki memegang Dayana. Tampa ambil tahu dia terus menolak lelaki itu, dan lelaki itu terjatuh akan tolakkan daripada ariaz.
"Yana duduk belakang saya." Ariaz melindungi Dayana yang anak tudungnya itu hampir jatuh.
"Woi, kenapa kau ada kat tempat wuduk perempuan ni. Kau keluar sekarang" tengking ariaz kepada lelaki itu. Lelaki itu terus keluar dari tempat wuduk itu. Ariaz memandang Dayana, ariaz memeluk Dayana.
"Tak apa, jangan nangis. Dia dah pergi dah, nak duduk kat saya punya pejabat dulu tak?" Tanya ariaz kepada Dayana. Dayana mengangguk kepalanya, dia berasa takut akan apa yang sudah berlaku.
Kesudahannya, mereka gagal untuk menyimpan rahsia yang mereka sudah berkahwin. Berita itu laju sampai ke pekerjanya.
Share this novel