Ariaz berada di dalam office nya bersama Dayana. Dengan tidak sengaja dia ternampak kembarnya mahu memasuki office dia.
"Dayana, kau dengar sini. Sebabkan aku pakai sarung tangan kau pegang je tangan aku, lepas tu kau pura pura jadi gf aku walau pun kau bukan." Kata ariaz kepada Dayana. Dayana sudah ternganga dengan perkataan yang keluar dari mulut anak majikannya itu, wang tebiat ke apa?
"Kenapa pulak?" Tanya Dayana kepada ariaz.
"Sebab nanti adik aku merajuk" kata ariaz kepada Dayana, Aris mengetuk pintu perjabat ariaz.
"Hello, eh. Ada kakak ipar lah!" Kata Aris kepada orang yang berada dalam bilik itu.
"Iya, iya. Ni kenapa tiba-tiba datang ni, tak bagi tahu papa dengan abang pun?" Tanya ariaz kepada Aris.
"Adik dah call abang. Abang tu yang tak angkat, sebab dengan girlfriend ke? Tu lah tak angkat." Kata Aris dengan selamba, Dayana hanya mampu tersenyum sahaja.
"Di, adik dah bagi tahu baba. Nak pergi makan mama pun dah ada kat bilik baba tu, sementara Dayana ada jom lah pergi rehat sama sama." Kata Aris kepada dua orang di hadapannya.
"Umm... Tak apa kot, lagi pun saya bawak bekal." Kata Dayana kepada Aris.
"Tak apa, bekal tu nanti saya suruh orang makan. Kita pergi makan ye" kata Aris sambil menarik tangan Dayana untuk keluar dari pejabat ariaz. Ariaz menggeleng kepalanya, dari tak sakit kepala automatik sakit.
•_____________________•
"Dayana, ambik lah banyak sikit. Awak tu kurus, makan banyak sikit ye?" Kata Tiara yang sedang meletakkan nasi dan lauk ke dalam pinggan Dayana.
Dayana menarik lengan ariaz, menandakan dia dah tak boleh makan dah. Arias sedang bermanja manja dengan suaminya Reduan.
"Mama, tak payah lah. Dia dah penuh dah ma, biar ariaz makan ye ma." Kata ariaz sambil menukarkan pinggan dengan Dayana.
"Alah kamu ni, nanti kalau dah tunang, dah kahwin bagi dia makan banyak banyak." Kata puan tiara kepada anak lelakinya itu. Dua orang je anak.
"Mama ni, dia gementar tu ma." Kata Aris.
"Eh, tak boleh gementar. Baik kahwin terus. Oh, Dayana. Aunty nak buat makan makan esok, Dayana ajak keluarga Dayana datang tau." Kata puan tiara kepada perempuan yang duduk bersebelahan dengan anak lelaki nya itu.
Ariaz yang sedang menguyah makanan nya itu hampir tersembur dengan perbualan mamanya itu.
"Ma, buat makan makan apa pulak ni?" Tanya ariaz kepada mamanya itu.
"Adalah, mana boleh spoiler kan Aris" kata puan tiara kepada anak nya itu. Aris hanya mengiyakan sahaja.
Ariaz dah tak sedap hati bila mamanya itu suruh Dayana membawa keluarganya itu. Dah lah mereka buat buat sahaja, ariaz dan Dayana melihat sesama sendiri. 'habislah' kata mereka berdua dalam hati.
Share this novel