Aris mengetuk pintu bilik air. "Kak Yana, kenapa kak Yana lama sangat kat dalam bilik air tu? Kak Yana okay ke?" Tanya aris dengan perasaan risau akan wanita itu.
"Aris, Yana okay je... Cuma..." Dayana berhenti berkata sekejap. Aris mula risau, dah lah semalam dia yang buat brownies. Tak nak lah dia sakit,nak. Suruh dia yang buat brownies lagi.
"Kalau ada apa apa boleh Aris tolong?" Tanya Aris
Dayana membuka pintu cepat cepat menarik Aris ke dalam bilik air itu.
"Aris... Tengok ni" Dayana menunjukkan nya pregnancy test yang dia ambil sebentar tadi. Aris terkejut dengan apa yang di tunjuk kepada kakak iparnya itu.
"Kak Yana mengandung?!" Ariza yang sedang lalu di situ terdengar jeritan Aris dalam bilik air. Terkedu ariaz apa bila mendengar Dayana mengandung.
"Ya Allah, syukur. Nanti anak Aris ada geng lah dengan anak abang." Kata Aris kepada wanita di depannya itu.
"Tapi Yana takutlah, takut Yana gugurkan lagi." Kata Yana yang sedang mengusap perutnya yang masih lagi kempis.
"Lagi?" Aris pelik, tiada angin tiada ribut tiba tiba arias menarik Dayana keluar bilik air.
"Ya Allah, Yana sayang mengandung. Kenapa tak bagi tahu awal awal, patutlah sayang Penat." Kata ariaz sambil menarik isterinya untuk duduk di atas sofa, ruang tamu di atas memang selesa kalau nak duduk. Tenang pun tenang.
"Riaz janji jaga sayang baik baik, lepas tu Riaz bagi makan kat Yana cukup cukup." Kata afiaz lagi kepada Dayana.
Tangan ariaz sudah menyentuh perut si isteri, walau pun si isteri pernah mengandung anak haram. Tapi dia masih sayangkan isterinya.
•_______________________•
Rahimi membaling cermin ke arah orangnya.
"Kau kata apa?!" Rahimi menengking orangnya, lelaki di depan Rahimi tidak mampu berkata.
"Aku tanya! Kau kata apa tadi?! Kau pekak ke sibat!" Tengking Rahimi dengan kuat. Orang orang nya yang berada di sekitar boleh dengar dengan jelas yang Rahimi sedang marah.
"Daya... Dayana mengandung tuan." Kata lelaki itu kepada Rahimi.
"Aku nak kau, gugurkan anak tu. Kau je yang berkerja dengan dia. Kalau kau gagal, aku akan bakar rumah kau. Aku takkan seksa keluarga kau, tapi aku akan bakar rumah kau." Kata Rahimi kepada lelaki itu.
"Be... Ba... Baik tuan." Lelaki itu bergetar getar dengan tengkingan Rahimi.
"Tunggu apa lagi! Pergi lah buat kerja kau!" Kata Rahimi dengan tegas.
Lelaki itu bergegas keluar dari bangsal itu dan terus pergi ke rumah yang dia sedang berkerja. Nick adalah pemandu ariaz dan Dayana buat masa sekarang, sementara encik Juan tengah sakit.
Rahimi mengusutkan rambutnya, gambar Dayana sewaktu sekolah menengah masih ada dengannya.
"Dayana, sayang. Kalau Dayana boleh gugurkan anak abang, tak kan abang tak boleh gugurkan anak orang tu. Dayana tak boleh kandung anak orang lain selain anak abang." Kata Rahimi dengan penuh tawa. Hawa nafsu betul lelaki ni, asal perempuan lawar je menggila. Ce tengok perempuan tak kenang test dia, ehhh. Tak adanya nak menggilakan.
Orang Rahimi hanya mampu melihat dia tertawa jahat, fikirannya masih dengan Dayana. Dia gila akan nafsu, dia gilakan akan Dayana yang dulu. Yang terpaksa melayannya, dia yang rasa Dayana luar dan dalam. Selepas sahaja dia keluar penjara dia mahukan Dayana lagi dalam hidup nya.
Share this novel