Aris yang sudah mengandung dua bulan itu mengheret Dayana ke arah dapur. Katanya nak ajak Dayana makan cupcake, cuma kena buat sendirilah. Aris sudah tahu yang Dayana pandai bake, jadi dia suruh Dayana buat.
Yang bermasalah suami Aris sudah menghalang perempuan itu dari makan benda manis, risau katanya.
"Kak Yana, tak apa. Jangan hiraukan suami Aris tu, kak Yana buat ye. Aris tolong akak." Kata Aris kepada Dayana, Dayana hanya mampu mengikut kata Aris itu.
"Yana! Jangan nak manjakan sangat aris, kalau abang tahu Yana buat juga abang tak nak bagi bag yang Yana suruh abang beli tu." Kata ariaz dari ruang tamu hingga ke dapur.
"Abang ni! Suka hati Aris lah nak ke tak. Kalau boleh abang jerit satu rumah, biar mama dengan baba marah abang" kata Aris kepada ariaz. Si kembar itu tidak boleh kalau tidak bergaduh sewaktu Aris mengandung, dua dua tak nak kalah.
"Aris tak payah mengada, kalau mama dengan baba dengar pun diorang marah Aris bukan abang."
"Ish, tak fair lah."
Dayana memegang bahu Aris.
"Yana buat brownies lah, lagi pun dia sihat sikit dari cupcake" kata Dayana kepada Aris yang mukanya sudah masam manis.
"Akak Yana betul ke nak buat dekat Aris?" Tanya Aris kepada dayana.
Dayana mengangguk kepalanya. Jadi Dayana pun mula membuat brownies yang sedap untuk Aris. Aris dengan wajah gembira tidak sabar untuk memakan brownies itu, Yana membuatnya dalam bekas besar supaya semua orang dapat makan.
•________________________•
"Hmm, sedapnya. Kak Yana tak nak jual? sedap ni." Tanya Aris kepada dayana, Aris sudah menjilat jari. Coklat yang tidak terlampau manis itu memang memikat hati Aris.
"Yana, saya dah cakapkan. Tak payah manjakan Aris ni, kenapa buat brownies ni kat dia." Kata ariaz yang sedang berjalan ke arah dapur. Dia tahu akan bau sedap itu dari dapur, bukan dari rumah jiran sebelah.
"Tak apa lah, lagi pun brownies ni kan ada khasiatnya." Kata Dayana kepada ariaz apa bila arias mencubit pipi gebu Dayana.
"Khasiat manis, Sayang oi. Lain kali jangan buat eh" kata ariaz kepada Dayana. Dayana mengangguk yang dalam cubitan ariaz.
Tetapi ariaz makan juga brownies yang di buat oleh Dayana. Muka ariaz dan Aris sama sahaja jika mereka senyum.
Share this novel