BAB5

Romance Series 2199

"Umiiiii, oh umiiiii" jerit malas itu dilontar daripada Dayana dengan perasaan malas.

      "Iya kenapa" balas cik dahlia.

"Esok bos ajak pergi rumah mak, tapi..." Perkataan Dayana berhenti di situ seketika.

"Semua sekali family kita kena pergi." Sambung dayana.

"Boleh boleh, nanti umi bagi tahu Abi ye." Jawab cik dahlia kepada anak daranya itu.

Dayana sebenarnya tak mahu berkata bergitu, yang dia mahu berkata. Yang dia kena berpura pura menjadi pasangan dengan ariaz.

"Kenapa ni, Dayang tak suka ke. Kalau tak umi tak pergi, Dayang pergi sorang." Kata cik dahlia, walaupun perkataan yang keluar itu macam menyedihkan, tetapi ada senyuman yang manis.

Dah macam herba yang bau busuk, tapi banyak yang boleh dia ubati. Macam senyum walau pun sakit tapi senyuman tulah yang buat air pulih.

Dayana mengeluh, tak tahu bagai mana dia nak beri tahu keluarnya. Yang dia mampu buat berdoa dan selawat.

•_________________________•

"Woah, cantik baju!" Kata Danish kepada Dayana apabila melihat Dayana memakai pakaian yang cantik.

Baju kurung bersaiz batik dan mencekak pinggang itu memang di minati oleh semua perempuan, Dayana sudah lama mahukan baju macam yang dia pakai ni. Tapi dia perlu menyimpan lebih banyak duit untuk masa hadapannya.

"Orang kasi, Dayang pakailah kalau orang kasi. Tak salah kan?" Kata Dayana yang sedang memakai lip bump dan sunscreen.

"Suka suka hati kau je, kau sewa ke kau curi. Kau tu kan suka simpan duit, tak ingat dunia diri tu ada duit." Kata Danish, dia mengambil sikat yang berada dalam bilik Dayana dah menyikat rambutnya itu.

"Kau faham tak orang bagi tu apa?" Tanya Dayana.

"Tahu, tapi tak percaya." Kata Danish, isteri Danish mendukung anak mereka yang masih sembilan bulan itu.

"Kak Rin betul ke nak pergi... Takut Darwish meragam nanti" kata Dayana kepada Airin.

"Tak pe, lagi pun semalam pun Darwish dah okay dah." Kata Airin kepada Dayana.

"Meh kita pegang budak tecik ni" Dayana mengambil Darwish dari pada kakak iparnya itu.

Darwish tidak meragam pun, malah tidak menangis.

"Oh, sekarang baru nak dengan cik Su eh. Eh budak kecik ni," kata Dayana dengan nada yang geram, tak boleh nampak budak kecik sebenarnya dia ni.

Selepas semua orang siap, mereka semua memasuki kereta milik Danish. Kereta perodua itu meluncur laju ke jalan raya, dan Darwish tak menangis langsung. Tapi, mesti sebab ada Binky itu di dalam mulutnya. Senyap Aja budak tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience