"TAK GUNA! AKU HANTAR ORANG UNTUK CULIK DAYANA! BUKAN KANTOI SAMPAI MASUK PENJARA!" tengking Rahimi dengan nada yang marah. Rahimi tidak boleh akan rancangannya yang gagal itu.
"Maaf tuan, orang saya tak sempat nak bawak lari Dayana. Sebab ariaz." Kata orang bawahan Rahimi kepada Rahimi.
Rahimi menggenggam tangannya dengan kuat sampai ternampak urat sudah timbul.
"AKU NAK KAU KELUAR!" Tengking Rahimi kepada orang bawahannya.
Mereka pun keluar dari situ, jangan naikkan amarah orang bila orang tu tengah marah. Buat je apa dia suruh. Jangan letakkan minyak pada api yang sedang membara.
Rahimi menggosok dengan kuat kepalanya, rimas bila rancangan dia itu tak jadi.
"Tak guna ariaz!" Rahimi membuka komputer nya. Dia mahu membongkarkan rahsia ariaz, dan dengan sekali klik. Dia dapat semua informasi ariaz.
"Kau nak main dengan api sangat kan" laju tangan Rahimi menaip sesuatu di komputernya.
•___________________________•
"Yana, bangun cepat. Kita lari jom" kejut ariaz kepada Dayana.
"Riaz... Kenapa kena lari?" Tanya Dayana kepada ariaz.
"Kalau awak tak nak kena tembak cepat bangun" gegas arias menarik Dayana untuk lari. Sampai sahaja ke motorsikal yang di beri bapanya, dia terus naik.
Tangan Dayana di tarik dan meletakkan tangannya di perut ariaz. Ariaz terus memecut laju meninggalkan rumahnya itu.
"Riaz, kenapa kita lari ni?" Tanya Dayana kepada ariaz.
"Nanti arias cerita." Kata ariaz kepada Dayana.
Dayana menggenggam kuat bahagian baju arias apa bila motorsikal yang di tunggangannya meluncur laju di jalan raya.
Share this novel