"Eh, kenapa tidur luar pulak ni. Kenapa tak tidur dengan isteri sendiri?" Tanya puan tiara kepada anak lelakinya itu.
"Dayana tu lah, nak tolok tolok orang." Kata Ariaz dengan nada tak puas hati.
"Lah, merajuk ke. Dah tak payah nak merajuk sangat lah, sikit je pun. Baba tu lagi lah, merajuk sampai tak nak balik rumah. Gi juga tidur rumah nande." Kata puan tiara. Tuan Aiman yang baru sahaja keluar dari dapur terus mencelah.
"Saya pulak, awak tu. Awak kalau merajuk lari sampai orang lain tak tahu, umi dengan abah pun tak tahu lari pergi mana." Kata tuan Aiman kepada puan tiara. Ariaz yang sedang mendengar itu pun terkejut, masing masing tak nak kalau kalau merajuk eh.
"Ye ke, tapi Aris pun sama juga macam baba. Dulu tu dia nak lari rumah ajak Riaz, tapi tak tahu nak pergi mana kitaorang balik rumah. Tu pun sebab mama marah." Kata Ariaz kepada mama dan babanya itu.
"Iya, sapa tahu bawak balik waktu tu. Nasib orang tu bawak Aris dengan Riaz balik. Hah" mengeluh tuan Aiman dengan perangai anak anaknya dulu.
"Riaz pun sama, mama ingat dulu yang waktu Riaz umur 3 tahun tu. Merajuk tak nak balik nak duduk rumah nande je, pastu last last sekali baba bawak motor baru nak balik." Cerita puan tiara kepada anak lelakinya itu.
"Ye ke, tapi okay lah. Motor baba besar weh, sekarang ni kita yang pakai." Kata Ariaz dengan bangga, tak sia sia dia merajuk suruh babanya bagi motor besar tu kepada dia.
Tiba tiba sahaja ada bunyi barang jatuh dari tingkat atas. Ariaz, puan tiara dan tuan Aiman terus pergi ke tingkat atas untuk melihat apa yang sedang terjadi.
"Aduh... Sakit weh..." Mengaduh Dayana apabila dia terlanggar satu meja yang sudah tidak pakai oleh Ariaz, katanya meja tu dah nak roboh. Jadi dia letak lah tepi nak beli baru.
"Ya Allah, runtuh habis. Hangpa duduk atas meja ke apa ni" kata Ariaz sambil mengangkat Dayana untuk duduk di atas kerusi.
"Mana ada, nak pergi tandas... Tiba tiba terlanggar benda tu, runtuhlah dia... Dah lah jatuh kayu tu atas kaki..." Mengaduh Dayana kepada Ariaz.
Tuan Aiman mengangkat kayu kayu yang sudah hancur.
"Riaz buang lah benda ni, nanti Riaz beli lah baru." Suruh tuan Aiman kepada Ariaz.
"Itu lah tu, bahaya ni. Nasib tak ada anak lagi ni, kalau ada Naya Riaz Naya." Sambung puan tiara.
"Okay, nanti Riaz beli baru. Jangan risau."
Mereka mengemas sepuhan kayu itu dan membuangnya ke dalam tong sampah. Beberapa jam selepas minum kopi dengan ayahnya, Ariaz terus naik ke bilik nya dan melihat Dayana.
'ya Allah, aku tak boleh terima akan kejadian yang lepas ya Allah. Kuat kan lah hati untuk terima perempuan yang sudah di halal kan ini ya allah.' pinta Ariaz dalam hati. Ariaz menyesal dengan pertuduhan yang di rancang itu, sampaikan dia buat betul betul benda itu.
Share this novel