Dayana membuat penghadang daripada mendekati ariaz.
"Dah kenapa nak buat bantal tu Duk tengah? Bantal tu kan boleh duduk kat tempat lain. Nak juga tengah, macam tak der tempat. Nanti sempit tempat nak tidur tu." Kata ariaz kepada Dayana yang sedang mengejas tempat tidur itu.
"Sebab kau tak boleh tidur dekat dengan aku" kata Dayana dengan nada yang marah.
"Lah, aku gurau sikit je tadi. Tak payah lah nak megurau bagai." Kata ariaz.
"Tu bukan bergurau tau, ada juga yang kena tampar lagi sekali."
"Sakit tau kau tampar, bukan sikit. Dah bantal ni gi mampus, tidur tergolek nanti padam muka." Kata ariaz sambil membaling bantai ke arah almari.
"Eh dia ni, suka hati je baling. Bersepah bilik nanti macam mana." Kata Dayana sambil mengangkat kakinya untuk mengambil bantal yang di baling oleh ariaz.
"Tak payah nak peluk sangat bantal golek tu, dah lah busuk. Kau ingat aku tak bau waktu kau gi mandi, bau hapak. Busuk" kata ariaz, ariaz tahu bantal akan jadi busuk kalau kita tak basuh. Jadi bantal yang di dalam biliknya semuanya di spray dengan perfume nya selepas tidur atau mandi.
Jadi itu lah sebab bau katil nya bau wangi, sebab sembur perfume. Walau pun perfume tu sebenarnya perfume dua ringgit, tetapi wangi dia tahan lama.
"Mana ada busuk, okay jelah ni. Nah bau." Dayana memberi bantal ya itu ke ariaz. Ariaz menolak pelawaan Dayana itu.
"Tak nak, bau busuk." Kata ariaz dengan selamba.
"Halah, bukannya busuk sangat sampai tak boleh bernafas."
"Memang busuk sampai tak boleh bernafas pun."
Dayana memukul belakang ariaz. Ariaz mengaduh kesakitan.
"Sakit lah, main pukul je dia ni. Asyik asyik nak pukul bertepuk tampar orang kan, patutlah kau singlet." Kata ariaz sambil mengaduh kesakitan nya.
"Alah, kau pun sama singlet. Kau ingat kau sorang je ke boleh kata macam tu, aku pun boleh lah. Nurul Dayana Zerya Binti Muhammad Zulkhairi ni." Kata Dayana dengan penuh bangga.
"Kau ingat aku tak tahu nama panjang kau ke hah, aku yang sebut nama panjang tu waktu nikah. Hah, Nurul Dayana Zerya Binti Muhammad Zulkhairi." Kata ariaz dengan riak.
"Eh, riak eh kau. Riak." Kata Dayana dengan muka menyampah.
"Riak riak aku pun, tak lah macam kau dan Dayana." Ariaz tersenyum dengan perbuatan untuk mengenakan Dayana lagi.
Tiba tiba seekor lipas lalu di depan muka Dayana, Dayana terus berdiri dan menuju ke belakang ariaz.
"Eh, bilik awak ada lipas lah." Kata Dayana dengan nada yang geli.
"Mana ada, bilik saya ni bersih Aja."
Tiba tiba atas kepala ariaz ada lipas terus Dayana lari memakai tudung dan keluar menuju ke ruang tamu.
Ariaz kelihatan pelik terhadap perlakuan Dayana, ariaz mengusap kepalanya dan mengambil lipas itu. Dengan memegang badan dia, ariaz mengambil spray lipas dan menspray betul betul di depan muka lipas itu.
Ariaz pun keluar dari bilik dan menunjuk ke ruang tamu.
"Dayana, tengok ni. Sini lah" ariaz menuju ke arah Dayana dengan menunjukkan lipas yang sudah mati itu.
"Ya Allah, Muhammad ariaz. Jangan lah bawak sini." Dayana menjauhkan diri dari ariaz yang nak mendekat dengan nya.
"Ya Allah, kenapa kecoh kecoh ni. Dah malam dah ni, tak reti nak tidur." Kata puan tiara yang baru sahaja keluar dari dapur. Katanya tuan Aiman lapar tadi.
"Tu ariaz tu... Dia main lipas" kata Dayana yang menyorok di belakang puan tiara.
"Ya Allah, bertuah punya budak." Kata puan tiara sambil mencekak pinggangnya itu.
"Mama ni, orang nak bergurau pun tak boleh." Kata ariaz dengan selamba.
"Tipu, dia tak gurau. Dia sengaja nak buat macam tu mama" kata Dayana kepada puan tiara.
"Riaz, gi buang lipas tu. Pastu basuh tangan, buat main pulak lipas tu. Baba marah baru tahu." Kata puan tiara kepada ariaz, ariaz tersengih dan terus masuk dapur untuk membuang lipas itu ke dalam tong sampah.
Dayana terus masuk bilik.
"Oh nak gurau eh" Dayana mengunci pintu bilik tidur itu dan terus melabuhkan diri ke atas tilam.
Ariaz menaiki tangga dan berada di depan pintu biliknya. Ariaz memutar memulas tombol pintu itu, tetapi pintunya tidak terbuka.
"Woi, asal kunci pintu. Buka lah pintu ni" kata ariaz dari luar bilik.
"Tak boleh, tidur atas sofa tu. Nak gurau sangat kan, orang buat baik nak main gurau gurau macam tu. Padam muka" kata Dayana kepada ariaz dari dalam bilik.
"Weh, buka pintu. Aku tak buat dah, ya Allah." Kata ariaz yang nak menotak pintu itu dengan kuat.
"Tak nak"
"Aku pecah kan pintu ni, serius aku pecah kan"
"Pecahlah kan, ni bilik sapa. Bukan bilik saya" kata Dayana dengan selamba.
Ariaz mencari satu lagi kunci biliknya yang berada di dalam laci meja babanya.
"Jumpa pun" ariaz menuju ke bilik dan membuka pintu bilik itu. Dia mengunci pintu itu dari dalam.
"Eh, ada satu lagi kunci ke?" Kata Dayana sambil memeluk bantal nya untuk mempertahankan dirinya.
"Kau kalau satu minit tak buat hal tak sah kan. Habis kena marah aku sebab kau mengadu, pastu kau kunci pulak pintu bilik." Kata ariaz yang sedang mendekat dengan katil itu.
"Mana ada saya mengadu. Kau tu yang main gurau kasar, aku buat lah benda sama." Kata Dayana dengan nada yang sedang takut.
Ariaz semakin mendekat dengan nya, Dayana terpaksa berserah kepada tuhan. Benda nak jadi nak buat macam mana.
Semalaman Dayana di ikat di dalam selimut kepunyaan ariaz, yang nampak kakinya dan kepalanya Aja. Dayana terpaksa tidur dalam keadaan di ikat dengan selimut, dah jadi ariaz punya bantal peluk dah. Dah lah tebal. Sampuk pulak tu, sebab selimut tu tebal.
Share this novel