"Yana, tak makan ke? Jom kita gi makan" kata ariaz kepada isterinya.
"Okay, tapi Yana nak pilih sendiri."
"Pilih apa?"
"Pilih kedai..."
"Okay Yana pilih" kata ariaz yang sedang menunggu apa yang isterinya mahu katakan kepadanya.
"Makan chicken rice shop jom" cadang Dayana kepada ariaz.
"Chicken rice shop? Kenapa chicken rice shop?" Tanya ariaz kepada isterinya.
"Craving nasi ayam pulak..." Dayana menjawab kepada ariaz sambil menggosok perit kempis nya itu. Baby dah lapar agaknya.
"Okay, kalau Yana nak Riaz bawak okay." Kata ariaz kepada Dayana. Dayana mengangguk kan kepalanya.
Dayana mengambil beg tangannya dan terus bangun untuk pergi ke arah parking kereta ariaz.
Ariza melihat Dayana yang gembira untuk memakan nasi ayam, craving sangat. Tapi demi isterinya itu dia sanggup walau pun dia tahu dia tengah banyak kerja. tapi kerja tu boleh bawak balik, jadi dia tidak kesah langsung.
•__________________________•
Sewaktu Dayana di counter, Dayana berasa tidak selesa. Dia merasakan ada orang yang tengah melihatnya dari jauh.
"Riaz... Yana tak selesa lah... Riaz betul ke tak nak ajak bodyguard Riaz?" Tanya Dayana yang berkepit di samping ariaz.
"Sayang Yana, kenapa pulak. Kita dua je tak apa, kata nak dating. Dengan dating nak ajak bodyguard pulak." Kata ariaz yang melihat Dayana yang mukanya tidak selesa.
"Tak apalah, Yana nak air kosong je tau." Kata Dayana.
Ariaz mengisi apa yang nak di makan oleh mereka berdua. Setelah makanan sampai, mereka menjamin selera yang di sediakan di hadapannya. Tetapi...
"Yana, Riaz pergi tandas sekejap tau. Jangan pergi mana mana" kata ariaz dengan nada biasa.
"Okay... Yana habiskan makan dulu." Ariaz mengangguk kepalanya dan pergi dari situ.
Dayana duduk makan, kemudian seorang lelaki menggenggam leher Dayana dengan ketat. Dayana menepuk nepuk tangan lelaki itu.
"Kau ingat kau boleh buat apa kau buat ke Dayana sayang" Dayana mendengar suara yang keluar dari pada walkietalkie lelaki itu. Air mata Dayana turun laju ke pipinya.
"L... Lepas... Kan..." Dayana menguatkan dirinya untuk melepaskan diri.
tetapi lelaki itu menggengam Dayana dengan kuat, Dayana menepuk tangan lelaki itu kerana tidak boleh bernafas.
Ariaz ternampak perkara itu terjadi, cepat cepat pergi ke arah mereka. Ariaz menendang lelaki itu sampai terjelepok lelaki itu di lantai.
"Jangan sentuh dia! Apa kau nak hah?!" Tengking ariaz kepada lelaki tersebut.
Lelaki itu mengadu kesakitan akan perbuatan ariaz sebentar tadi. Setelah itu lelaki itu terus cabut lari, Tetapi ariaz pantas menangkap tangan lelaki itu.
"Jangan nak lari, ikut aku sekarang. Ohh, dah buat salah nak lari dari kesalahan eh" kata ariaz dengan selamba.
Ariaz memandu terus ke balai polis dan report kan kejadian itu. Tapi, ariaz menanya sedikit sebanyak tentang lelaki itu.
"Umur berapa umur, kenapa nampak macam muda ni. Muda muda nak buat zinah eh. Dah lah isteri orang"
"23 bang..."
"Muda muda muda, ni ada orang hantar kau ke? Apasal muka macam nak menangis? Kau relax je dalam ni. Kalau kita selesai balai selesai balai, kalau kita selesai syurga neraka selesai syurga neraka."
Lelaki itu tengok ariaz dengan muka yang pelik, orang tua ni merepek apa pulak ni.
Mereka mulakan perbincangan mereka, selesai sahaja. Ariza terus ke rumah nak singgah di office nya itu, badan Dayana berasa panas, trauma kot kerana perkara yang berlaku kepadanya.
Share this novel