BAB1

Romance Series 2199

"Dayang, macam mana kerja. Okay tak okay" tanya encik Zulkhairi.


"Okey je pa, cuma anak bos tu. Bossy sangat lah dia tu, tak siap sikit je lagi dia nak marah marah. Tak boleh nak buat kerja dengan aman." Kata Dayana. Keluarganya akan panggil dia dengan nama Dayang, kerana dia dulu suka nama tu.


"Eh kau ni, jangan sampai gaduh dengan dia sudah." Kata Danish abangnya.

"Dah gaduh dah pun" kata Dayana dengan selamba.


Encik Zulkhairi tersebut kopi yang dia minum sebentar tadi.


"Ya Allah papa!" Panik cik dahlia. Cik dahlia mengambil tisu dan memberi tisu itu kepada encik Zulkhairi.

"Eh Dayang ni, kamu buat apa sampai papa kamu ni tersedak kopi." Kata cik dahlia kepada anak daranya itu.

"Lah... Dayang, umm... Simbah kopi kat dia..."


"Kau ni, pergi simbah kopi kat dia kenapa" kata Danish dengan selamba.

"Dia marah aku, kopi aku tu sejuk. Jadi aku sembahlah dia dengan kopi sejuk tu, buat sejuk sikit hati mamat tu."

"Ehem, jangan gaduh gaduh sangat. Terjodoh nanti baru tahu." Kata encik Zulkhairi.

"Eh papa ni, anak kita ni bangun pagi pun malas. Nak jadi isteri orang, masyaallah. Insaf orang nya pa." Kata cik dahlia.


•_______________________•


Pukul 5 petang sebentar tadi.

Dayana berada di tempat rehat pekerja, dayana membuat kopi sejuk. Kerana test dia.

"Dayana zerya, aku dah cakap berapa kali. Mana kau punya noktah kat akhir ni!" Tengking ariaz.


"Tuan ariaz, tapi tu noktah je..." Kak zaitun yang berdiri sebelahnya terkejut bila Dayana melawan kata kata ariaz.

"Apa awak kata? Noktah je? Awak lulus ujian bertutur ke tak ni?! Awak ingat ni perkara biasa ke?! Buat balik! Pastikan semuanya kemas. Kalau saya nampak awak buat kesalahan lagi siap awak. Awak faham ke tak!" Tengking ariaz kepada Dayana.


Tampa sengaja Dayana menyimbah kopi yang dia buat sebentar tadi ke arah ariaz.

"Tuan, saya tahu tuan nak semuanya sempurna tapi ni waktu balik saya. Saya tak kan sambung apa yang tuan nak, tak sekali pun" Dayana berkata dan berjalan keluar dari tempat berehat pekerja.

Ariaz menggenggam tangannya dengan kuat, penampakan urat di tangannya itu yang semua orang tahu dia tengah marah hebat.

"Kau dah letak minyak dekat api yang panas Dayana, kau akan menyesal nanti." Guman ariaz dengan nada yang tahan marah.

•______________________•

"Ohh, macam tu" kata Danish apa bila Dayana sudah habis menceritakan segalanya.

"Mesti orangnya pandai jaga kemas makan minum apa kan. Bagus lah tu, cuma dia macam ada OCD. Nampak satu tak perfect terus nak marah marah. Dah macam mama Zila kat cerita BoBoiBoy tu dah" kata encik Zulkhairi.

"Eh, papa ni. Tengok lagi cerita BoBoiBoy tu." Kata Danish.

"Mesti lah"

Cik dahlia menggeleng kepalanya. Dari tidak sakit jadi sakit memikirkan perangai anak anak dan suaminya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience