"Nak duduk luar tak?" Tanya ariaz kepada Dayana yang asyik duduk berkepit di sebelahnya.
Dayana menggeleng, selepas dia solat terus dia duduk di situ. Tidak mahu pergi mana mana.
"Habis tu macam mana nak balik, Yana tak siap kerja kita tak balik. Yana nak?" Kata ariaz kepada Dayana.
Dayana mengangguk, dia tidak kisah dia tidur di situ ke di mana. Asalkan ada ariaz sudah cukup.
'ya Allah, macam mana nak pujuk dia ni.' kata ariaz dalam hatinya, jantungnya berdegup laju bila perempuan itu berkepit dengan dia.
"Riaz, tolong lah ambik kerja saya. Tak nak duduk luar..." Pinta Dayana kepada ariaz.
"Ish, yelah yelah." Ariaz bangun dan pergi ke tempat Dayana. Ariaz berasa serabut sedikit apa bila ramai rakan Dayana menanyakan tentang Dayana kepada nya. Bukannya nak bagi makan, gi tanya pulak tentang isterinya.
Ariaz pergi ke pejabatnya selepas menjawab semua pertanyaan rakan Dayana.
"Laptop saya mana, macam mana nak buat kerja..." Kata Dayana dengan muka muram.
"Sabar jap" seorang mengetuk pintu pejabat ariaz, rupanya kawan Dayana memberikan labtop Dayana. Tahu sangat Dayana ni pemalu orangnya, orang tu pun satu, Pergi pegang dia kenapa, Trauma member.
"Dah buat kerja, tak siap kita tak balik. Ingat tu Yana." Ariza mengingatkan Dayana tentang itu, terus Dayana membuka labtop dan membuat kerjanya.
•________________________•
Sewaktu Dayana tidur akan kepenatannya, ariaz menelefon Danish. Mahu tanya kenapa Dayana takut sangat, dah nampak macam hantu.
"Kau tak tahu?" Tanya Danish kepada ariaz.
"Tak tahu? Kenapa?"
"Haih kau ni, sebagai seorang suami kau patut tanya dia. Baru lah ada perbincangan antara satu sama lain" ceramah danish.
"Tak, sekarang aku tanya kenapa. Tak payah nak ceramah bagai" kata ariaz yang sedang tahan sabar dengan abang iparnya itu. Nasib buat abang iparnya itu sebagai sahabat, kalau tak memang kena dah dia ni.
"Haih, aku tak tahu nak bagi tahu macam mana. Kalau aku bagi tahu, dia marah aku. Kalau tak pulak, nyawa dia dalam bahaya. Tak apa lah, bagi tahu jelah"
"Hah, bagi tahu cepat"
"Ada sorang laki ni dulu, dia suka kat Dayana. Dayana kan suka jaga badan, simpan duit apa semua tu. Jadi lelaki tu suka lah dayana. Tapi cara dia suka tu yang seram."
"Seram? Seram yang macam mana?" Tanya ariaz sambil meminum kopi yang dia baru sahaja buat.
"Yana hampir hmm"
"Hmm apa? Cakap lah betul betul"
"Mengandung..."
Air yang di minum arias tersembur keluar dari mulutnya.
"Woi, okay tak tu?" Tanya Danish apabila terdengar ariaz terbatuk kerana tersembur air yang di minumnya.
"Mengandung!? Kau biar betul. Kau tipu kan?" Tanya ariaz agar dia dapat tahu cerita itu benar atau tidak.
"Cakap benda betul pun nak cakap aku tipu lagi. Dah lah kau." Danish terus menutup talian itu. Dah macam perempuan merajuk dah dia ni, cakap macam tu pun nak tutup telefon.
'jadi ni lah sejarah hitam Dayana, ya Allah." Patutlah first time dia jumpa dayana, Dayana benci kepada dia.
Jadi ariaz memikirkan jalan untuk menghilangkan trauma yang berada dalam diri Dayana. Bodyguard, tak. Kerja, lagi lah tak. Tambah stress adalah.
Semalaman ariaz memikirkan tentang itu, sampai aris tak sanggup nak kacau abangnya yang tengah termenung jauh untuk memikirkan hal peribadi nya.
Share this novel