Dayana melihat ariaz yang sedang marah akan orang yang berada di dalam telefon milik ariaz.
"AKU NAK KAU CARI ORANG TU SAMPAI DAPAT! AKU NAK ORANG YANG BUAT FITNAH KAT AKU TU MASUK DALAM TIRAI BESI SECEPAT YANG MUNGKIN!" Kata ariaz dengan nada yang marah. Ariaz meletakkan telefonnya di atas meja bilik hotel tersebut.
"Riaz nak suruh yana buatkan riaz air tak? Boleh tenangkan diri sikit dengan minum air." Tegur dayana yang masih tidak tahu apanya berlaku.
"Yana tidur sekarang, pagi nanti kita gi rumah papa." Kata ariaz dengan nada yang sedikit meninggi.
Dayana mencebik bibirnya bila lelaki itu meninggikan suaranya kepada nya.
Dayana terus baring di katil empuk itu, malam pun berlalu. Dayana dapat merasakan ariaz memeluk Dayana arat. Sambil arias memeluk tu sambil dia mengusap perut Dayana yang semakin membesar.
Dayana tetap memejamkan matanya, takut ariaz marah lagi.
"Maaf kan papa ye, papa tak sengaja marah mama." Ariaz berkata sambil mengusap perut itu.
"Mama tak nangis, baby pun tak boleh nangis" kata ariaz lagi. Anaknya yang ada dalam perut pun nak bersembang. Belum lagi keluar nanti, lagi lah.
Dayana merasa tenang dengan belaan dari ariaz yang lembut. Namun dayana tidak tahu lagi kenapa ariaz nak suruh Dayana lari, sampai naik motor.
Ariaz mencium leher isterinya, dia sayang sangat dengan isterinya. Tak mahu jadi apa apa kan.
•______________________________________•
"Kesian, captain ariaz. Kau ingat kau hebat sangat, last last sekali... Kau lari, tak nak ada orang kejar kau. Bijak bijak, tapi... Senang sangat nak cari kau ariaz." Kata Rahimi sambil memandang komputer ribanya, komputer itu terpapar dengan maklumat ariaz. Dan ada orang bawahan mengikuti ariaz.
"Sikit lagi sayang, sikit je lagi. Nanti bila I dah dapat you, you boleh belikan apa apa je untuk anak kita. You boleh shopping, boleh beli apa apa je you nak." Kata Rahimi sambil membelai gambar Dayana.
"Boss, ni tempatnya. Nak pergi sekarang ke esok pagi." Tanya orang bawahan Rahimi.
"sedia bila aku cakap" balas Rahimi.
"Baik boss, saya akan sediakan dulu orang orang kita"
"Bagus..."
Share this novel