Dayana dan keluarganya bersalaman dengan keluarga Ariaz. Rupa-rupanya hari jadi Aris dan ariaz, tapi Aris dengan puan tiara yang buat semua benda ni.
"Woah, akal Yana cantik. Abang bagi ke?" Tanya Aris kepada Dayana
"Iya, tapi tak pe ke pakai macam ni... Sebab orang lain semua pakai baju yang tak cekak pinggang." Kata Dayana dengan nada tak sedar hati.
"Tak apa" jawab Aris.
"Oh, Aris... Ni abang yana. Danish isteri dia Airin dan budak kecik ni Darwish. Dan mak ayah saya" bila Dayana menyebut pasal itu puan tiara menurut serta mendengar perbualan mereka.
"Woah, nice to meet you. Duduk lah dulu. Makan makan, dua pinggan je cukup." Kata puan tiara dengan nada bangga.
Majlis hari jadi Aris dan ariaz berjalan dengan lancar Tampa gangguan, Dayana masuk ke dapur rumah itu. Bila dia lihat ke semua pinggan yang tidak di basuh terus sahaja dia membahu pinggan mangkuk itu dengan bersih.
"Woi." Panggil ariaz kepada Dayana.
"Apa dia lagi?!" Dayana mengeluarkan perkataan nya dengan nada yang marah.
"Ya Allah, garangnya. Macam singa, cantik kau pakai baju ni. Tapi..." Kata ariaz yang berhenti ti tengah ayat.
"Tapi apa?" Tanya Dayana kepada lelaki yang berada di depannya.
"Tak ada apa lah, saja je cakap macam tu."
"Ikut suka hati hang lah."
'ya Allah, apa kau nak cakap tadi tu bodoh, jangan cakap. Kalau kau cakap orang pun boleh tahu kau ni suka dia, ya allah.' ariaz berkata dalam hatinya. Gementar pula tengok Dayana.
Dia janji dia nak berubah, atas kejadian dia kena tangkap buat berkata basah di tandas sekolah waktu tingkatan 6. Tapi sebenarnya dia di tuduh, ada yang mereka cerita dan memberi tahu berita palsu kepada cikgunya.
Sejak dari waktu tu dia tak mahu dekat dengan perempuan, tapi bila jumpa Dayana. Hati dia berdegup laju, tak tahu nak kata apa tentang degupan ni.
Share this novel