Balik sahaja dari makan itu, puan tiara menghantar kad jemputan digital kepada dayana. Dayana rasa bersalah pula kalau tidak beri tahu keluarganya tentang itu.
Dayana mengetuk seketika, telefon yang berada di atas meja itu berbunyi. Dayana mengangkat telefon yang berdering itu, buat sakit telinga sahaja kalau tidak angkat.
"Hello?"
"Masuk bilik aku sekarang" kata ariaz yang di dalam telefon itu. Dayana meletakkan telefon itu dan menuju ke arah pejabat ariaz.
"Masuk je, tak payah nak ketuk" kata ariaz kepada Dayana. Macam tahu tahu je dia ada di depan pintu.
"Esok kau bawak je keluarga kau tu, kalau tak nanti kantoi" kata ariaz kepada Dayana.
"Iya, tahu" kata Dayana dengan nada yang selamba.
"Tak payah nak mengada Ngadau nak pakai make up tebal eh" kata ariaz. Mamanya tidak suka tengok orang pakai make up tebal.
"Ada nampak saya ni pakai make up ke, tengok muka lah. Pakai sunscreen pun dah cantik lah" kata Dayana yang macam mahu bergaduh.
"Helah, tahu lah... Tak payah cakap" guman ariaz dengan suara yang perlahan.
"Hah?" Dayana terlepas dengar ke? Dah kenapa.
•__________________________•
"Kak Dayana! Kak Dayana pergi ke esok?" Tanya Aris kepada Dayana.
"Umm, pergi... Umm ariaz suruh..." Kata Dayana kepada Aris, wajahnya sudah kekok tidak tahu mahu kata apa.
"Akak pergi, ye" sorak Aris dengan penuh gembira.
Dayana tertawa kecil, walau pun mereka sama umur tapi dia panggil akak kerana bersama dengan abangnya. Perangainya pun manja manja, comel, rawwr.
"Abang ariaz tak bagi hadiah kat kak Yana ke?"tanya Aris kepada Dayana.
"Tak ada lah, ariaz tak kata apa apa pun" jawab Dayana dari soalan Aris.
"Tak apa, nanti Aris suruh abang bagi hadiah."
"Eh, tak-" ayat Dayana di potong oleh aris.
"Abang ni tak jadi gentleman lah." Kata Aris kepada Dayana. Dayana mengangguk kepalanya.
'gentleman?' terus fikiran Dayana melayang sewaktu dia dalam lindungan oleh ariaz, merah betul muka Dayana ketika mengingatkan tentang itu.
"Akak, akak okay ke tu?" Tanya Aris bila melihat muka Dayana sudah Verona merah.
"Eh, Yana okay je. Yana rasa panas sikit je." Kata Dayana kepada Aris.
"Oh ye eh, jom lah kita masuk dalam sama sama. Baru sejuk" kata Aris kepada Dayana. Dayana sudah berpeluh ada bila Aris perasan mukanya yang merah itu.
Mereka berdua masuk ke dalam cafe khas pejabat itu bersama sama sambil bersembang, Dayana baru faham yang Aris ni tidak lah kebudak-budakan. Dia nampak macam tu sebab babyface dia, muka sama macam ariaz. Tapi, ariaz tak nampak macam babyface, Aris yang nampak macam babyface.
Share this novel