BAB13

Romance Series 2199

"Macam mana, suka tak?" Tanya ariaz kepada Dayana.

         "Kenapa awak bawak saya bercuti? lagi pun hari berkerja kan." Tanya  Dayana yang pelik tiba tiba suaminya itu nak bawak dia pergi bercuti.

         "Oh, tak nak tak apa. Saya cakap kat counter pastu terus masuk pejabat, nak ke." Kata ariaz dengan selamba.

          "Tak nak tak nak, jom kita pergi makan nak?" Tanya Dayana yang sudah lapar dalam perjalanan jauh mereka.

         "Lapar ke, kenapa tak bagi tahu awal awal. Tadi boleh je berhenti sekejap." Bebel ariaz apa bila dia tahu yang Dayana tak suka menyusahkan orang lain.

          "Alah, tak payah lah bebel. Tak apa lah, kita makan Maggi saya bawak" terkejut ariaz dengan apa yang Dayana kata. Dia terus menarik tangan Dayana.

           "Tak payah mengada, jom. Kita pergi makan lepas tu Discuss pasal apa yang jadi, kalau tak nak cakap saya tinggal Yana sorang sorang. Nak?" Kata ariaz dengan nada yang memaksa.

          "Riaz jangan tinggal Yana sorang sorang kat sini. Tak selesa lah." Kata Yana dengan muka manjanya itu.

          'aduh, jantung ku...' kata ariaz dalam hati, jantungnya sedikit demi sedikit dapat menerima Dayana yang di jodoh kan, atas sebab penipuannya dengan dayana.

          Malanglah, jodoh tak kemana. Kalau Allah dah letak itu, itu lah jalannya. Dan jalannya itu indah.

         

            •_______________________•

          "Dah makan kan, sekarang bagi tahu semuanya. Tak nak tertinggal satu habuk pun Yana." Kata ariaz.

           "Okay, janji tak tinggal Yana kat sini." Ariaz mengangguk kepalanya itu.

           "Mesti abang dah bagi tahu kan. Memang Yana hampir mengandung, tapi sebenarnya memang dah mengandung dah pun. Yana kena paksa buat, kalau tak dia nak shared gambar bogel Yana." Cerita Yana kepada ariaz.

            "Yana terpaksa lah ikut cakap orang tu, Yana tak tahu waktu tu Yana dah mengandung. Tapi Yana jatuh kat tandas bilik sewa Yana, jadi anak tu pun gugur." Sambung Yana lagi, selepas ariaz melihat wajah Dayana dia tahu yang Dayana mahu menangis. Jadi ariaz memeluk Dayana dengan erat.

             "Kalau Yana nak nangis Yana nangis je dekat Riaz. Riaz tak gelak." Kata ariaz kepada Dayana.

             Dengan perkataan yang keluar dari mulut arias, Dayana terus mengalihkan air matanya. Ariza menggosok belakang Dayana untuk menenangkan isterinya itu.

             "Okay, kali ni ariaz jaga Yana baik baik. Tak mau dah gaduh gaduh, Riaz janji." Kata ariaz kepada Yana.

           "Riaz janji betul betul ni?" Tanya Dayana dengan nada yang sebak.

           "Iya, Muhammad Ariaz Tahrin bt Aiman khalish akan jaga Nurul Dayana Zerya  Binti Muhammad Zulkhairi." Kata ariaz dengan nada janjinya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience