Angin malam makin dingin. Sawah yang luas di hadapan Zulkarnain terasa sunyi, tetapi hatinya tahu itu cuma ilusi. Bahaya sudah semakin hampir.
Lebih tiga puluh orang, tuan hamba," ujar Panglima Hidayat, suaranya rendah tetapi tegas. "Hamba perhati, ada sepuluh laras bedil milik kafir Belanda itu."
Zulkarnain menggenggam tangannya. Musket. Satu tembakan sudah cukup untuk menghapuskan sesiapa yang terkena.
Flashback#1 : Perpustakaan UM , 2015
Bunyi helaian kertas dibalik. Aroma kopi panas .
"Musket bukan senjata yang sempurna," suara Salsabila kedengaran seperti bisikan jauh.
Zulkarnain terpejam mata sejenak. Ini bukan masa untuk berkhayal.
Flashback (Kenangan yang Bertindih)
Perpustakaan Universiti Malaya. Cahaya matahari petang menyimbah lantai kayu, memantulkan sinar ke cermin kaca mata Salsabila. Dia menyesuaikan bingkainya.
"Musket? Senjata tu bukan hebat sangat," katanya sambil menunjuk tesis bertajuk "Mentaliti Imperialis dulu dan kini" yang dibuatnya di hadapan zulkarnian.
"Terangkan." Zulkarnain tertarik.
"Ia lambat diisi semula. Kurang efektif dalam jarak dekat. Dan kalau hujan…"
Flash kembali ke masa kini.
Guruh kedengaran di langit. Angin semakin kuat. Petanda hujan bakal turun.
"Apa rencana tuan hamba?" Panglima Hidayat bertanya lagi, suaranya berbisik namun penuh debar.
Zulkarnain menarik nafas dalam. Kalau hujan…
Salsabila tersenyum dalam memorinya. "Serbuk letupan basah, musket jadi besi buruk."
Mata Zulkarnain terbuka. Dia tahu apa yang perlu dilakukan. Dia memandang Panglima. "Kita ada peluang.Tapi jika kita berlengah, mereka akan tiba ke kampung sebelum ayam berkokok
Panglima Hidayat mengangguk, wajahnya serius. "Apa rencana tuan? Bagaimana kita hendak menahan mereka sebelum kampung binasa?"
Zulkarnain menoleh ke batas sawah. “Kita umpan mereka ke lorong sempit dalam hutan, tempat perangkap sudah tersedia. Andai hujan turun malam ini, bedil mereka tiada harga, sekadar besi buruk. Kita terjang dari sisi sebelum sempat mereka melepaskan tembakan kedua.”
Panglima Hidayat diam sejenak, lalu mengangguk perlahan. “Rencana itu ada harapan. Namun, kita mesti bergerak sekarang. Mereka barangkali tidak akan menanti fajar.”
Zulkarnain menarik nafas. Dia rindu masa dia bersama dengan Faris, Salsabila, Azman. Tapi ini bukan masanya untuk tenggelam dalam nostalgia. Langkasura perlu diselamatkan.
"Baik," katanya akhirnya. "Kita runding dengan Penghulu dan Orang Kaya Salim malam ini juga. Ramadan baru bermula... tapi kita ada peperangan yang perlu dimenangi."
________________________________
Malam Ramadan Pertama
Langit malam kelam sarat dengan awan mendung seakan menjanjikan hujan tetapi di Kampung Langkasura, ketegangan lebih terasa daripada ketenangan. Dalam rumah Penghulu Kassim, cahaya pelita minyak berkelip-kelip, membentuk bayang-bayang resah di wajah semua yang hadir.
Zulkarnain duduk bersila di lantai, berhadapan dengan Penghulu Kassim dan Orang Kaya Salim . Di sudut, Radina memegang tangan adik nya Salleh, kanak-kanak itu menatap Zulkarnain dengan mata penuh harapan.
Panglima Hidayat bersuara, tenangnya berlapis amaran. "Lanun datang. Ramai. Dan mereka membawa bedil kafir belanda."
Suasana dalam rumah semakin tegang. Penghulu Kassim menghela nafas panjang. "Hamba tahu benar bisa bedil Belanda itu. Sekali berdentum, seperti petir membelah langit, dua nyawa melayang. Dengan apa hendak kita menangkisnya?"
Zulkarnain bersandar ke depan, tenang walaupun hatinya berdegup kencang. " bedil itu kuat, tetapi ada kelemahan. Ia lambat diisi peluru. Dan jika basah, tak berguna."
Orang Kaya Salim memandangnya dengan mata tajam. "Jadi apa rencana tuan hamba?"
"Kita perangkap mereka di laluan hutan. Kita sudah pasang perangkap. Jika hujan turun, musket mereka gagal berfungsi. Kita serang sebelum mereka sempat menembak banyak kali."
Suasana hening sejenak. Kemudian, Orang Kaya Salim mengangguk perlahan. "Benarkah tuan seyakin itu?"
Zulkarnain membalas dengan anggukan. Walaupun hatinya berdebar, dia tahu ini peluang terbaik mereka.
"Kita kena bertindak malam ini," tambahnya. "Sebelum mereka sampai ke kampung."
Panglima Hidayat bangkit, menghunus tombaknya. "Hamba akan kumpulkan pejuang. Penduduk yang tidak mampu melawan perlu bersembunyi di sungai."
Radina berdiri, suaranya lembut, namun penuh tegas. "Hamba akan bawa Salleh dan yang lain ke sana, tetapi…" Dia terhenti seketika, matanya bertaut dengan Zulkarnain, penuh perasaan yang sulit terungkapkan. "Hati-hatilah, Tuan. Janganlah tuan terperangkap dalam bahaya."
Zulkarnain tersenyum kecil. "InsyaAllah, Radina."
Setelah itu, Penghulu Kassim melangkah perlahan menuju Zulkarnain. Wajahnya tegang, jelas terlihat keresahan yang bersembunyi di sebalik ketegasannya. Malam ini, mereka bakal menentang lanun musuh yang tidak berbelas, yang telah lama menjadi duri dalam daging. Namun, ketakutan tiada dalam hatinya, hanya kebimbangan terhadap anak-anak buahnya yang akan turun berjuang.
Dia menghulurkan sebilah keris kepada Zulkarnain. Cahaya pelita berkelip-kelip, memantulkan kilauan samar pada bilahnya yang berukir halus, seakan menyimpan sejarah panjang perlawanan.
“Zulkarnain… terimalah keris ini. Wasiat turun-temurun, tanda amanah dan maruah orang kita.” Suaranya perlahan, namun tegas. “Biar darah yang mengalir malam ini jadi saksi, bahawa kita takkan menyerah kepada angkara durjana.” "
Baiklah penghulu Kassim akan hamba terima keris ini , ' kata zulkarnian
PERTEMPURAN PUN BERMULA
Hujan gerimis menimpa dedaun rimba, membawa bau tanah basah yang menyucuk hidung. Langit gelap, hanya diterangi bias cahaya bulan samar.
Jantung Zulkarnain berdegup kencang. Tangannya berpeluh. Tombak buluh yang digenggam terasa terlalu berat. Nafasnya pendek dan kasar, dada turun naik dengan laju.
Di sebelahnya, Panglima Hidayat berdiri tegak, mata tajam mengawasi kegelapan di hadapan mereka.
"Tenang, Tuan. Mereka dah masuk perangkap kita," bisik Hidayat.
Zulkarnain menelan liur.
Dari celah pokok, bayang-bayang manusia bergerak perlahan.
Lanun.
Mereka bersenjata parang, lembing, musket. Sebahagian bertatu di dada, ada yang berparut di muka, ada yang giginya bertindih-tindih seperti pemangsa.
"Kau sangka dapat lari dari kami, Orang Kaya Salim?" seru salah seorang dari mereka, suaranya serak bagai iblis dirasuk tuak. "Serahkan orang tua itu, atau kampung ini kami jadikan lautan darah!"
Zulkarnain menggenggam tombaknya erat.
Dia bukan askar.
Bukan pejuang.
Dia seorang saintis kuantum. Seorang lelaki dari masa depan yang sepatutnya berada di makmal, bukannya
BANG!
Letupan musket menggegarkan malam. Peluru merempuh kulit pokok hanya beberapa inci dari kepalanya.
Zulkarnain tersentak. Kakinya melangkah ke belakang secara refleks dan—
"YA ALLAH!"
Dia terpijak tepi lubang pancang tajam yang dia sendiri rancang!
Tetapi Hidayat sempat menarik baju belakangnya.
"Fokus, Tuan!"
---
Masa Lalu – Flashback #1 (Trauma Pertama Zulkarnain)
Tahun 2018. Dewan Makan Kolej Kediaman Universiti Malaya.
"Woi, diamlah kau!"
Seorang lelaki bertubuh sasa menghentak meja, tangannya menggenggam kolar baju seorang pelajar kurus.
Di sudut, Zulkarnain memerhati.
Dia tahu dia patut masuk campur. Tapi kaki dia terasa berat.
Pelajar kurus itu dikeronyok, dihentak ke dinding, ditumbuk di perut.
Zulkarnain menggenggam jari-jarinya.
Dia patut buat sesuatu.
Tapi dia tak bergerak.
Sampai akhirnya, pengawal datang. Pelajar itu diselamatkan. Tapi dia?
Dia hanya berdiri, kaku, tanpa berbuat apa-apa.
Dan hingga hari ini, wajah itu masih menghantuinya.
Bibir yang pecah. Mata merah, dipenuhi kekecewaan.
Seakan-akan berbisik,
‘Kenapa kau cuma diam?’
---
Masa Kini – Keputusan untuk Bertindak
Zulkarnain membuka mata.
Dia tak boleh ulang kesilapan yang sama.
"KITA SERANG!"
Jerat pertama teraktif.
Seorang lanun yang melangkah terlalu ke depan tiba-tiba terangkat ke udara kakinya tersangkut dalam jerat rotan.
"ARGHHH—!!"
Tubuhnya dihempas ke dalam pancang buluh tajam.
Bulu roma Zulkarnain meremang.
---
Masa Lalu – Flashback #2 (Salsabila & Moral Tindakan Manusia dalam Sejarah Peperangan)
1 jam sebelum pesawat berlepas ke Venezuela.
Salsabila menutup buku Why Nations Fail lalu menyandarkan kepala ke belakang.
"Kau tahu, Zul..."
"Apa?" Zulkarnain bertanya, menghirup kopi.
Di kedai kopi KLIA, Salsabila menjeling tajam ke arah TV gantung yang menayangkan berita rusuhan berdarah di Indonesia.
"Sejarah penuh dengan konflik yang tercetus kerana orang percaya mereka tak ada jalan lain."
Zulkarnain mengerutkan dahi. "Maksud kau?"
"Semua yang pernah membunuh, mulanya fikir mereka tak ada pilihan. Tapi sedikit demi sedikit, mereka mula percaya. Bahawa ini bukan salah. Bahawa ini perlu. Bahawa ini satu-satunya cara."
Salsabila menyentuh jari ke meja.
"Dan akhirnya, mereka bukan sekadar orang yang membunuh kerana perlu. Mereka jadi orang yang bersedia untuk membunuh."
Dia mendongak, memandang Zulkarnain.
"Soalan aku untuk kau, Zul... Bila masanya seseorang itu mula jadi pembunuh?"
---
Masa Kini – Pertempuran Berterusan
BANG!
Satu lagi tembakan. Zulkarnain mengelak, tetapi lututnya terhentak ke tanah.
Seorang lanun menyerbu dengan parang.
Dia terpaksa bertindak.
Dengan satu hentakan, tombaknya menusuk tepat ke perut lanun itu.
Darah panas mengalir ke tangannya.
Matanya bertemu dengan mata lanun itu.
Ketakutan.
Penderitaan.
Dan buat sesaat, wajah lanun itu bukan wajah lanun.
Tetapi wajah pelajar yang pernah dia biarkan dipukul di dewan makan.
Dan wajah itu seolah-olah bertanya...
"Kenapa?"
Lanun itu terbatuk darah, tangannya menggenggam tombak itu erat.
"Kau... kau......"
Zulkarnain menarik keluar tombaknya, lanun itu terhuyung-hayang sebelum rebah ke tanah.
Tapi belum sempat dia menarik nafas, seorang lanun lain menerkam dengan sebilah parang!
Zulkarnain tak sempat mengangkat tombaknya
TING!
Sesuatu berkilat memintas serangan itu.
Keris!
Zulkarnain memandang tangan kanannya. Dia tak sedar bila dia mencabut keris pendek di pinggangnya.
Lanun itu terpaku seketika, sebelum menyerang lagi.
Zulkarnain memiringkan badan, mengelak tikaman, lalu menikam tepat ke bawah tulang rusuk lawannya!
"URGH!"
Lanun itu menggigil. Matanya terbeliak.
Zulkarnain mendesak lebih dalam, lalu menarik keluar keris yang berlumuran darah.
Lanun itu rebah dan tidak bangun lagi.
Dada Zulkarnain berombak kencang.
Tangannya menggenggam keris itu erat.
Dan soalan Salsabila itu bergaung dalam kepalanya.
"Bila masanya seseorang itu mula jadi pembunuh?"
Seketika, semuanya terhenti.
Zulkarnain merasa seolah-olah tubuhnya diseret jauh dari dirinya.
Angin membeku. Suara menghilang.
Dia cuba bernafas, namun udara terasa seperti pasir halus yang menyusup ke dalam paru-parunya.
Hutan Langkasura berkedip-kedip di sekelilingnya.
Dalam sekelip mata, Zulkarnain melihat Salsabila bersama seorang anak kecil di sisinya. Mereka tersenyum lembut ke arahnya
Dalam sekelip mata lagi, dia melihat kapal perang Belanda membom pelabuhan langkasura.
Kemudian, dia melihat Faris dan Dr. Rahman di makmal rahsia UM serta beberapa orang berpakaian sut hitam menodong kan senjata kepada mereka
Dan akhirnya—
BAM!
Dia terhempas ke tanah.
Kembali ke realiti.
Panglima Hidayat segera menggoncang bahunya dengan cemas.
"Tuan Hamba! Apa yang terjadi kepada tuan hamba?!"
Zulkarnain terkaku, tubuhnya lemah.
Matanya terasa berat, dipenuhi air mata yang tak mampu ditahan.
Dia terpinga-pinga. Sebuah kekosongan menghantui fikirannya.
Dia tak tahu.
Benar-benar tak tahu.
Setelah beberapa ketika, suaranya yang serak keluar dengan perlahan, hampir seperti berbisik.
"Adakah... aku baru mengalami temporal displacement untuk kali kedua?"
Share this novel